Episod 17
"Apa?! Kau hiris tangan kau?!" Bulat terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Ais manakala Khai dan Sai duduk mengelilingi meja Ais.
"Iya tapi jangan risau, aku takkan buat lagi." Ais tersenyum tipis sambil menggosok lengannya sudah dibalut kemas.
"Kau selalu buat aku risau," ujar Bulat sambil bercekak pinggang.
"Hasbulat Zikri!! Cikgu Papazola suruh kau angkat peta!!" Seorang pelajar perempuan melaungkan suaranya dari tempat duduknya yang berada di hadapan sekali berdekatan dengan pintu kelas manakala seorang pelajar lelaki melambaikan tangannya ke arah Bulat.
"Okay, aku datang!" ujar Bulat lalu dia meminta diri untuk beredar. Selepas beredar, Ais terperasan sekuntum bunga putih di atas meja Blaze, Ais mencuit bahu Khai.
"Kenapa, Ais?" soal Khai.
"Siapa yang bagi bunga tu??" soal Ais pula sambil menundingkan jarinya ke arah meja Blaze.
"Oh!! Budak tu yang bagi," ujar Khai lalu menundingkan jarinya ke arah pelajar cina yang duduk di barisan belakang yang berjarak selang satu baris daripada Ais.
"Budak tu ke? Siapa dia? Dia satu asrama dengan kita ke?" Ais bertubi-tubi menyatakan soalan, Khai menggelengkan kepala dia.
"Itu Viktor Lee dan dia satu dorm dengan aku," ujar Khai.
"Ooo.. Dia selalu ke berseorangan macam tu?" soal Ais.
"Tak," ujar Khai ringkas, Ais mengerutkan dahinya.
"Eh?? Apa maksud kau?" soal Ais lagi.
"Kau kenal tak pelajar yang pernah mati di sini beberapa bulan lepas?" Soal Khai.
"Ali?" soal Ais.
"Ya," balas Khai.
"Apa yang terjadi dengan dia sampai jadi macam tu?" soal Ais lagi.
"Dia macam kau juga, sedih dan tertekan sebab hilang orang yang dia sayang. Dia pun pernah cuba bunuh diri sekali tapi kami berjaya selamatkan dia dan bawa dia ke kaunselor. Sejak itu dia okay tetapi cuma jadi pendiam dan tak suka bersosial," terang Khai.
"Dia dengan Ali rapat sangat ke?" soal Ais lagi.
"Rapat. Macam kau dengan Blazelah, rapat sangat-sangat tapi diaorang tu kawan baik sejak kecil. Sejak Ali tiada tu yang dia berubah seratus peratus dan dia juga selalu letakkan bunga putih di atas meja Ali tapi meja Ali sudah dialihkan dan dia tak mampu letakkan bunga tu atas meja Ali lagi. Mungkin sebab dia rindukan Ali, dia letak bunga tu atas meja Blaze pula." Khai membuat andaian sendiri, Ais pula membuat muka datar kerana tidak percaya dengan apa yang Khai katakan.
"Atau mungkin sebab tradisi dia." Sai pula mencelah.
"Huh? Apa maksud kau?" soal Ais, hairam.
"Sebenarnya sebelum sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah kebangsaan, dulu sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah Kristian dan Khatolik. Dulu abang dan kakak Viktor pernah bersekolah di sini dan kes macam ni sudah lama berlaku kerana semua pelajar takut diganggu oleh roh-roh yang mati disini, mereka meletakkan bunga putih di atas meja si mati untuk penghormatan dan memesan supaya mereka hidup aman di dunia sana." Cerita Sai panjang lebar, Ais mengganggukkan kepalanya tanda faham.
"Dia Kristian ke?? Aku ingat Viktor adalah Buddha," ujar Khai dengan wajah terkejut.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Sai.
"Yelah, sebab orang cinakan selalunya beragama Buddha." Khai sekali lagi membuat andaiannya sendiri, Ais dan Sai menepuk dahi masing-masing.
"Kau ingat semua orang cina menganut agama Buddha ke, huh??" Sai membuat muka datar. Nak kata genius, dah terlampau genius Khai ni tapi bab-bab agama orang, memang hampeh.
Sementara itu, Taufan sedang sibuk menjawab soalan matematik tambahan tanpa bantuan Halilintar disisi.
"Susahnya soalan ni!! Hali, aku perlukan kau sekarang!!" Taufan merungut sambil berguling-guling di atas meja manakala pelajar Inviso hanya mampu hairan dengan perangai Taufan.
"Boleh aku tolong kau?" Moon muncul lalu tersenyum manis ke arah Taufan.
"Boleh, boleh!" Taufan membalas dengan perasaan teruja lalu Moon mengalihkan kerusi Halilintar dan duduk menghadap Taufan.
"Mula-mula kau kena tambah ni.." Moon mula mengajar Taufan satu per satu soalan yang Taufan tidak fahami.
Beberapa minit mengajar, guru yang mereka tunggu masih tidak muncul lagi manakala Taufan sudah selesaikan beberapa soalan matematik tambahan dengan bantuan Moon.
"Yeay, dah siap!! Terima kasih, Moon." Taufan berterima kasih lalu menyimpan buku ke dalam laci mejanya dan mengambil tabletnya untuk bermain permainan video.
"Sama-sama." Moon membalas.
"Taufan?" Moon menegur Taufan semula, dia rasa ingin menanyakan sesuatu kepada Taufan.
"Ya, kenapa?" Taufan berhenti bermain permainan video dan memandang ke arah Moon.
"Aku nak tanya soalan kat kau, boleh ke?" Soal Moon dengan nada ragu-ragu.
"Tanyalah," ujar Taufan.
"Gempa ada sixth senses ke?" soal Moon, Taufan terkedu seketika.
"Umm.. Mak aku pernah cerita yang Gempa ada sixth senses dulu semasa kecil tetapi dah dirawat dan setahu aku, dia mana ada sixth senses dah sekarang ni." Taufan membalas jawapan Moon dengan wajah ingat tak ingat.
"Okay… Baiklah, terima kasih." Moon mengalih kerusi Halilintar ke tempat asal dan berjalan meninggalkan Taufan.
"Sama-sama?" Taufan mengerutkan dahinya kerana hairan dengan perangai Moon yang tiba-tiba tanya soalan kepada dia.
"Abang." Moon berjalan menghampiri Rudy yang sibuk membaca novel.
"Kenapa?" soal Rudy tanpa memandang ke arah Moon, Moon tersenyum lalu membisikkan sesuatu di telinga Rudy. Rudy terkejut dan berhenti membaca.
"Seriuslah?" soal Rudy lalu Moon mengganggukkan kepalanya.
"Masa siapa?" Rudy menanyakan Moon tentang masa pensyarah mana yang akan masuk ke dalam kelas mereka selepas ini.
"Bahasa Inggeris, Miss Geetha." Moon membalas soalan Moon tanpa melihat mana-mana jadual kelas.
"Baiklah." Rudy terus bangun dan berjalan keluar dari kelas untuk pergi ke kelas Kombat yang tidak jauh dari kelasnya iaitu kelas di mana Gempa berada.
Di kelas Kombat, terlihat kesemua pelajar Kombat sedang sibuk bersuka ria sambil menyiapkan projek fotografi yang diberikan oleh Karya. Kelas itu menjadi sedikit bising kerana ketiadaan pensyarah di dalam kelas, Rudy menghendap-hendap sedikit di pintu kelas jika ada pensyarah di dalam kelas itu.
"Kenapa kau macam terhendap-hendap orang berak ni?" soal seseorang dari belakang menyebabkan Rudy terkejut sedikit.
"Astagfirullahalazim!! Nurul Hazmika, jangan buat aku terkejutlah. Aku libas kau dengan selendang aku ni baru tau," ujar Rudy sambil menggoyang-goyangkan hujung selendangnya yang dibiarkan sedikit panjang di sebelah kiri manakala Mika sudah ketawa terkekeh-kekeh sambil berundur sedikit ke belakang.
"Maaflah, bro. Aku tak sengaja," ujar Mika dengan nada tomboynya itu.
"Oh ya!! Kenapa kau ada kat sini?? Bukan ke kelas kau kat sana?" soal Mika kerana pelik dengan Rudy yang tiba-tiba datang ke kelasnya.
"Aku nak jumpa seseorang," ujar Rudy.
"Siapa? Gempa ke?" Kata-kata Mika itu membuat Rudy terkejut.
"Kau ni pembaca fikiran ke apa?! Macam mana kau tahu ni?!" Rudy membulatkan matanya.
"Senang je sebab pasal kes histeria Solar tu, Gempa dan kau ada kat situ. Mesti kau nak jumpa Gempa hari ni sudah tentu sebab kes hari tu, kan?" Mika membuat andaiannya sendiri, Rudy terdiam.
"Ya, betul tu. Oh ya! Cikgu tak masuk kelas kau ke? Bising semacam je kelas kau tu," ujar Rudy.
"Tak. Aku dengar yang cikgu ada mesyuarat hari ni," ujar Mika, Rudy mengganggukkan kepalanya tanda faham.
"Boleh aku jumpa Gempa?" Rudy meminta izin.
"Pergi jelah. Gempa tu kawan kau maknanya kelas ni pun kelas kau lah," ujar Mika.
"Okay." Rudy berjalan masuk ke dalam kelas Kombat dan diikuti oleh Mika dari belakang, kelas yang tadi bising kalahkan pasar malam berubah senyap apabila Rudy masuk ke dalam kelas itu.
"Gempa." Rudy memanggil Gempa yang duduk di barisan belakang.
"Oh!! Rudy, kenapa?" Gempa bangun dan berjalan ke arah Rudy.
"Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau ni," ujar Rudy, Gempa mengerutkan dahinya.
"Apa dia??" soal Gempa.
"Betul ke yang kau ada.." Kata-kata Rudy terhenti apabila lagu Fur Elise tiba-tiba dipasang di corong pembesar suara, keadaan menjadi seram dan menakutkan.
"Dah mula dah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top