Episod 16
[Beberapa jam sebelum itu, 10:50 pagi]
"Encik Zain suruh korang semua datang ke rumah dia sekarang," ujar Chris dengan nada serius.
"Untuk apa?" soal Halilintar.
"Pasal hari perkebumian Blaze," ujar Chris. Gempa, Halilintar, Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain.
"Baiklah. Kami pergi," ujar Gempa.
"Macam mana dengan Ais? Mesti Ais pun nak tahu," ujar Thorn.
"Tak perlu, biarkan dia berehat. Nanti aku beritahu dia," ujar Gempa lalu mereka berempat keluar, meninggalkan Ais tidur di dalam bilik seorang diri.
[Ais's P.O.V]
Ktakk!!
Aku terdengar pintu bilik tertutup rapat, aku perlahan-lahan bangun dan memandang sekeliling. Senyap sunyi. Aku memandang jaket Blaze yang berada dalam pelukanku, air mata perlahan-lahan mengalir dan membasahi pipiku.
Blaze, aku rindu gelak tawa dan perangai kau yang selalu meriahkan bilik ni. Aku nak kau kembali. Blaze kembalilah. Aku menangis lalu membaling beberapa barang yang berada di sekeliliing aku.
"Aku dah balik!" Tiba-tiba suara seseorang menerpa telinga aku, suara itu amat aku kenali. Aku berhenti membaling dan menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka. Pemilik suara itu berada di hadapan muka pintu, pemilik suara itu adalah...
Blaze.
"Kenapa bilik bersepah ni, Ais? Kau tak kemas ke, huh?" soal Blaze sambil bercekak pinggang tetapi aku tak kisah pasal itu lagi, aku bangun lalu..
"Blaze!!" Aku berlari dan terus memeluk badan abang yang amat aku rapat dan sayangi.
"Ais?? Kenapa ni?" soal Blaze sambil mengusap belakang aku.
"Kau pergi mana, huh?! Aku rindu kau, tahu tak?! Aku ingat kau dah mati," ujar aku dengan tangisan yang masih tidak berhenti mengalir.
"Apa yang kau mengarutkan ni, Ais? Aku tak pergi mana-manalah. Kau ni, rindu aku macam aku ni tinggalkan kau selama setahun." Blaze ketawa terkekeh-kekeh.
"Mestilah! Kau abang aku," ujar aku sambil memeluknya dengan erat.
"Ya, ya. Aku faham. Oh ya!!Aku nak pergi mandi, habis melekit badan sebab latihan bola tadi. Lepaskan aku," ujar Blaze.
"Patutlah bau busuk," ujar aku dengan nada bergurau sambil melepaskan pelukan aku daripada Blaze.
"Amboi! Pandai dah bergurau sekarang ni," ujar Blaze lalu menjentik dahi aku.
"Sakitlah," rintih aku sambil menggosok dahiku. Blaze ketawa berdekah-dekah dan mengambil tuala serta alat mandiannya lalu berjalan ke bilik mandi. Aku tersenyum sinis dan baring semula di atas katil Blaze.
Aku mimpi ke pagi tadi? Kalau Blaze berada di sini, maknanya dia masih hiduplah. Syukurnya dia masih hidup.
Masa berlalu sedikit demi sedikit tetapi Blaze masih tidak kembali, aku mula berasa risau dan memandang jam yang tergantung di dinding.
11:13 pagi
Kenapa Blaze tak balik lagi ni?? Selalunya dia mandi dalam 6-7 minit je tapi kenapa aku rasa lama pula ni?? Ini tak boleh jadi ni!!
Aku terus bangun dan berjalan ke arah pintu lalu menyarungkan seliparku berwarna biru tetapi semasa aku menyarungkan selipar, aku terperasan selipar berwarna oren api milik Blaze berada di atas rak. Takkan Blaze guna selipar orang lain?? Selipar Solar ke?? Aku terus membuka pintu bilik dan berjalan ke bilik mandi yang berada di hujung koridor. Aku masuk ke dalam bilik mandi itu dan terdengar pancuran air dipasang.
"Blaze?" Aku memanggil nama Blaze tetapi tiada sahutan.
Aku berjalan melalui setiap bilik mandi dan bunyi pancuran air semakin kuat kedengaran. Tiba di hadapan bilik mandi keempat, aku terdengar bunyi pancuran itu dari situ. Bilik mandi keempat, bilik mandi kegemaran Blaze sejak kali pertama kami bersekolah di sini.
"Blaze?" Aku mengetuk pintu bilik mandi itu dan tiba-tiba pintu itu terbuka sikit. Eh? Takkan Blaze lupa kunci? Aku berasa berdebar lalu perlahan-lahan menolak pintu itu dan aku cuma nampak adalah…
Kosong.
Tiada sesiapa di situ, cuma pancuran air yang terpasang serta barang mandian dan tuala Blaze cantik tergantung di atas rak. Mana Blaze? Aku tak salah tengok tadi kan?
"Blaze?! Di mana kau?!" Aku memanggil Blaze dan masuk ke dalam bilik mandi itu, aku terperasan satu tulisan berwarna merah di dinding.
Pandang belakang.
Aku mengikuti arahan tulisan itu lalu menoleh ke belakang, aku terkejut dan aku terasa mata aku panas. Aku membaca tulisan itu satu per satu.
Terima kasih untuk segalanya. Maafkan aku sebab aku tak boleh bersama dengan korang semua buat selama-lamanya. Maafkan aku, Ais. Aku sayang kau dan jaga diri baik-baik ya??
Daripada abangmu,
-Blaze-
Aku terkedu dan terduduk di atas lantai bilik mandi yang basah, air pancuran juga membasahi badan aku. Aku tidak kisah pasal itu lagi. Jadi betullah yang Blaze tinggalkan aku? Jadi betullah yang Blaze sudah mati? Tak mungkin!! Aku tak nak percaya!!
"Ais?!" Tiba-tiba telinga aku terdengar suara seseorang memanggil nama aku tetapi aku tidak kisah pasal itu lagi. Aku terdengar bunyi beberapa tapak kasut datang ke arah aku dan aku ternampak Gempa, Halilintar, Taufan dan Thorn datang ke arahku dengan wajah risau.
[5:59 Petang]
Kringgg!!
Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi loceng asrama kedengaran dengan kuat sekali, aku membuka mata aku dan memandang bilik aku yang sudah berselerak. Aku terasa badan aku lemah semacam, aku terasa seperti hendak demam. Aku terdengar bunyi beberapa orang penghuni berjalan lalu aku memandang ke arah jam dinding.
6.00 petang.
Oh ya.. Waktu roll call, aku perlahan-lahan bangun dan memandang ke arah loker milik Thorn yang terbuka sedikit. Beg galasnya tiada disitu, aku yakin dia ikut Halilintar untuk pergi ke perkebumian Blaze tapi kenapa aku tak pergi?? Sebab aku menolak, aku tak nak pergi dan aku yakin yang Blaze masih hidup.
"Ais, kenapa bangun lambat sangat ni? Roll call lah," ujar Blaze yang datang entah dari arah dapur.
Betulkan aku cakap, dia masih hidup!! Aku berjalan ke arah Blaze dan mencuba memeluk Blaze tetapi tidak berjaya, tangan aku menembusi badan Blaze.
"Apa yang terjadi?? Jadi.. Betullah yang kau dah.." Ais menatap ke arah Blaze, aku terperasan Blaze tersenyum tipis ke arah aku.
"Ya. Aku dah mati, Ais." Kata-kata Blaze itu membuat aku terkedu. Tak mungkin!! Ini tak betul!!
"Blaze!! Kau jangan tipu akulah!! Kau tak mati lagi, kan?! Betulkan?!" soal aku dengan mata yang sudah mengalirkan air mata.
"Maafkan aku tapi aku tak bermain-main, Ais. Aku sememangnya dah mati," ujar Blaze, aku terkedu.
"Tapi kenapa kau datang ke sini?" soal aku.
"Sebab aku nak jumpa kau buat kali terakhir, Ais." Blaze masih mengekalkan senyuman pucatnya.
"Kali terakhir?! Blaze, janganlah pergi!! Jangan tinggalkan aku!! Bawalah aku bersama kau." Aku merayu, air mata semakin banyak mengalir.
"Maafkan aku, Ais tapi aku tak boleh," ujar Blaze, aku terdiam balik.
"Aku kena pergi, jaga diri baik-baik dan kirim salam kat yang lain. Terima kasih untuk semuanya dan selamat tinggal, Ais." Blaze tersenyum manis ke arahku tetapi senyuman itu semakin lama semakin pudar seperti dirinya juga. Badan Blaze semakin pudar dan menghilang dari pandangan aku.
"Blaze!! Jangan tinggalkan aku!! Blaze!!" Aku cuba mencapai tangan Blaze tetapi tidak berjaya, dia terus menghilang begitu sahaja.
"Blaze!! Blaze!! Kembalilah!!" Aku memandang sekeliling tetapi tiada sahutan daripada Blaze, aku menangis lagi dan terduduk di atas lantai.
Aku mendonggakkan kepala aku, aku menatap ke arah pisau yang berada di atas kaunter. Aku mencapainya dan memandang lama ke arah pisau yang tajam itu. Tak salahkan kalau aku cuba untuk cederakan diri aku??? Kalau aku cederakan diri aku, aku yakin yang Blaze akan datang semula. Aku mengacukan mata pisau ke arah lenganku lalu perlahan-lahan menghiris lenganku sehingga berdarah satu per satu. Rasanya sakit tetapi ianya tidak sesakit hati aku ni.
"Ais??" Aku terdengar nama aku dipanggil dan orang yang memanggil nama aku adalah Gempa, aku terkejut lalu berhenti melakukan benda yang aku tengah lakukan.
Aku perasan Gempa terkaku, air matanya seperti ingin jatuh. Aku menatap mata dia lama dan aku tahu hatinya terasa sakit, sangat-sangat sakit. Aku masih terkaku dengan wajah terkejut dan air mata masih bertakung di kelopak mataku, aku perasan yang Gempa menggeletar hebat dan air matanya perlahan-lahan jatuh.
"A.. Ais?? Apa yang kau buat??" Soal Gempa kepada aku dengan suara sedikit menggeletar. Gempa mengangkat tangannya lalu..
Pangg!!!
Satu tamparan kuat terkena tepat di pipiku, aku terbaring dan pisau yang dipegang olehku terpelanting jauh. Aku menggosok pipiku yang mula kemerahan dan terasa panas itu lalu aku mendonggakkan kepalaku ke arah Gempa yang tercungap-cungap sambil menahan tangisan serta kemarahannya.
"Apa yang kau buat ni, Ais?! Kau dah gila ke, huh?!" Gempa menengking ke arah aku, aku terkejut. Aku tak pernah tengok Gempa mengamuk seperti ini sebelum ini.
"Kenapa kau diam, huh?! Apa yang kau buat ni, aku cakap?! Kau memang tak sayang kitaorang ke, huh?! Kau tak sayang Blaze ke, huh?!" Aku terkedu dengan tengkingan Gempa, aku tahu kenapa aku rasa bersalah dengan apa yang aku lakukan.
"Maaf," ujar aku.
"Jangan minta maaf kepada aku tapi Blaze!! Dia dah jaga kau elok-elok tapi kau balas dia dengan ini?! Sampai hati kau!! Aku yakin yang Blaze pasti sedih tengok kau macam ni, Ais!!" Gempa masih menengking aku, aku terasa bersalah. Sangat-sangat bersalah, bersalah kepada Gempa, bersalah kepada Blaze dan semua orang yang menjaga aku. Aku langsung tidak menghargai apa yang mereka beri kepada aku. Aku terus bangun dan memeluk Gempa.
"Maafkan aku, Blaze!! Maafkan aku, Gempa!! Maafkan aku, semuanya!! Maafkan aku," ucap aku berulang-ulang kali sambil memeluk Gempa dengan erat lalu aku terasa Gempa turut memelukku dan aku rasa sesuatu yang panas dan berair membasahi bahuku.
Gempa menangis ke?? Gempa menangis sebab aku ke?? Aku tak pernah lihat Gempa menjadi selemah ini sebab aku. Oh Tuhan.. Apa yang aku telah lakukan?? Kenapa aku bodoh sangat buat semua benda ni tanpa memikirkan orang yang berada di sekelilingku?? Maafkan aku, maafkan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top