Episod 12
Berjam-jam bertarung nyawa dengan keganasan kerasukan Solar, Gempa memandang tepat ke arah Ali yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri dengan wajah yang sedih dan sayu. Matanya masih tidak lekang memandang ke arah Solar yang masih kerasukan, ianya membuatkan Gempa berasa hairan dengan kelakuan Ali.
"AKU CAKAP!!! LEPASKAN AKU!!! ARGHHHHHHH!!!!" Solar masih meronta supaya dilepaskan tetapi enam orang pelajar lelaki itu masih mengekalkan pegangan mereka supaya dia tidak terlepas sekali lagi.
"Tak boleh jadi ni. Azruffin, laungkan azan cepat!! Yang lain, baca yasin atau ayat kursi!!" Encik Zakaria memberi arahan.
"Baik, pakcik!!" Mereka yang berada di dalam bilik itu kecuali Puan Manisah, Kaizo dan Gempa serta enam pelajar yang menahan Solar tidak keluar untuk mengambil wudhu dan al-Quran. Azruffin bangun dari tempat dia duduk sambil berdehem lalu..
"Allahuakbar!! Allahuakbar!!" Azruffin mula melaungkan azan dengan kuat.
"ARGHHHH!!! PANASSS!!! BERHENTI!!! AKU PANASSSSSS!!!" jerit Solar sambil menggelupur di atas lantai akibat daripada penangan azan Azruffin.
Angin kencang secara tiba-tiba berlaku mengakibatkan beberapa barang terjatuh dan lampu juga berkelip-kelip seperti mengalami kerosakan, Gempa mula ketakutan dengan apa yang terjadi tetapi ianya langsung tidak mengoyahkan semangat Azzruffin untuk melaungkan azan.
"SAKITTTT!!! AKU SAKITTTT!!! PANASS!!! PANASSS!!" Jeritan Solar juga tidak mahu kalah dengan laungan azan Azruffin.
"Cepat masuk!!" Ehsan berlari masuk ke dalam bilik sakit bersama pelajar yang lain dan mereka semua membawa al-Quran masing-masing.
Mereka semua bersila dan mengelilingi Solar serta enam pelajar dan Encik Zakaria yang menahan Solar dalam bentuk bulatan. Mereka mula melantunkan ayat-ayat suci al-Quran.
"ARGHHHHHHH!!! SAKITTTT!!! PANASSSSS!!! BERHENTI!!! ARGHHHHHH!!!" Jeritan Solar semakin lama, semakin kuat dan angin kuat juga semakin kencang sehingga mengegarkan bilik sakit itu.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak jangka berlaku, lagu Fur Elise secara tiba-tiba dialunkan di setiap corong pembesar suara sekolah. Pelajar-pelajar yang membaca al-Quran tiba-tiba terhenti dan memandang antara satu sama lain. Nampaknya Zass sudah jumpa mangsa seterusnya.
"Jangan berhenti!! Baca!!" Tengking Encik Zakaria, serta merta kesemua pelajar sambung membaca setelah menerima tengkingan Encik Zakaria.
"ARGHHHHHH!!!! PANAAAASSSSSSSSS!!! ARGHHHHHH!!!" Solar semakin kuat menjerit dan mulutnya mula ternganga luas.
Tiba-tiba Rudy terkejut, dia seperti ternampak sesuatu. Wajahnya menunjukkan reaksi terkejut, dia berasa bersalah lalu dia menatap ke arah Gempa. Gempa mengerutkan dahinya kerana hairan dengan reaksi yang diberikan oleh Rudy. Sepertinya dia tidak memahami apa yang Rudy ingin sampaikan, Rudy cuma mampu menunjukkan riak wajah sedih dan kembali menguruskan Solar.
"Kau keluar sekarang!!! Allahuakbar!!!" Encik Zakaria semakin meninggikan suaranya dan mengerakkan tangannya dengan pantas seperti menarik sesuatu keluar dari Solar.
"Arghhh…" Jeritan semakin perlahan keluar dari mulut Solar, Solar semakin tenang dan matanya menjadi sayu. Dia mula berada dalam keadaan separuh sedar manakala lagu Fur Elise semakin lama menghilang dan semua menjadi asal semula.
"Huh.. Huh.. Jangan bagi dia pengsan," ujar Encik Zakaria lalu Jet mencuba bercakap dengan Solar supaya remaja itu tidak pengsan. Encik Zakaria memandang jam tangannya.
3:00 Pagi
"Abah." Rudy memanggil Encik Zakaria.
"Kenapa, along??" Soal Encik Zakaria.
"Dia dah tak ada," ujar Rudy.
"Siapa??" soal Encik Zakaria lalu Rudy membisikkan sesuatu pada Encik Zakaria, Encik Zakaria perlahan-lahan berubah reaksi setelah mendengar apa yang dikatakan oleh anak sulungnya itu. Encik Zakaria memandang ke arah Gempa yang sedang dirawat oleh Puan Manisah.
"Kamu dah boleh balik ke bilik kamu. Nanti Pakcik Zakaria dan makcik jaga adik kamu buat sementara waktu kat rumah kami," ujar Puan Manisah setelah siap membalut luka di leher Gempa.
"Terima kasih, makcik." Gempa melemparkan senyuman manis kepada Puan Manisah.
"Sama-sama," balas Puan Manisah sambil membalas senyuman manis Gempa.
"Gempa?" Rudy menyapa Gempa dan Gempa terus memandang ke arah Rudy.
"Ya?"
"Aku ada sesuatu nak beri.." Kata-kata Rudy terhenti apabila telefon milik Gempa berdering.
"Sekejap ya," ujar Gempa lalu mengeluarkan telefon bimbitnya, Gempa berasa hairan apabila dia melihat notifikasi pada skrin telefon.
ChitChatApps
1 Message from Icy ❄
"Kenapa Ais tiba-tiba mesej aku ni??" Gempa menekan notifikasi itu lalu aplikasi ChitChat Apps terpampang di skrin telefonnya, Gempa membaca mesej itu daripada Ais itu dan mebalasnya.
"Blaze?? Kenapa dengan Blaze??" Gempa mula berasa tidak sedap hati dan membalas mesej Ais lagi.
Prangg!! Hati Gempa hancur berkecai seperti kaca apabila dia membaca mesej daripada Ais. Gempa yang masih tidak kuat mula mengalirkan air mata lalu telefon bimbitnya terlepas dari tangannya, Rudy yang berdiri di hadapan Gempa terus memeluk remaja itu.
"Kenapa?? Kenapa kau ambil nyawa Blaze dulu?! Kenapa bukan aku??" Gempa menangis teresak-esak, hatinya terasa sakit apabila adiknya meninggalkan dia.
"Nangislah. Nangis semahu kau dan maafkan aku sebab tak beritahu kau awal-awal," ujar Rudy dengan perasaan serba salah. Gempa semakin banyak mengalirkan air matanya di dalam pelukan Rudy manakala Ali yang berada di suatu sudut di bilik itu hanya mampu memandang ke arah Gempa dengan wajah sayu dan sedih.
"Maafkan aku,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top