Episod 11
______________________________________
Warning!!: Bab kali ini jauh lebih menakutkan daripada bab yang lain, sila sediakan keimanan dan ketakwaan serta keberanian anda untuk melihat GIF dan gambar yang menakutkan.
Nia tidak menyarankan untuk orang yang mempunyai masalah jantung dan paranoid untuk baca bab kali ini.
Jika ingin baca juga, itu masalah anda. Nia tak nak bertanggungjawab. Nia dah bagi amaran.
______________________________________
Gempa memandang sekeliling dan tiba-tiba dia ternampak sesuatu, sesuatu yang amat menakutkan iaitu…
Pontianak.
Dia terperasan pontianak itu bertenggek di salah satu dahan pokok, memandang tepat ke arahnya. Gempa menelan air liurnya
"Pandang tempat lain dan jangan takut," ujar Rudy perlahan.
"Baik," balas Gempa lalu memandang ke lantai.
Setelah beberapa jam berjalan, tiba-tiba koridor itu sudah berada di penghujungnya. Tiada lagi tiang atau bumbung. Cuma tinggal pokok yang tinggi-tinggi mengelilingi tempat mereka berdiri sekarang ini tetapi ada sesuatu yang menakutkan sehingga Gempa hanya mampu memberi reaksi terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat, ternyata di depan matanya adalah…
Sebuah tanah perkuburan.
Tetapi tanah perkuburan itu tidak seperti tanah perkuburan Islam, tanah perkuburan Cina atau India tetapi ianya tanah perkuburan Kristian, pelbagai batu nisan tersusun di situ. Keadaan yang gelap dan berkabus itu menambahkan lagi rasa seram.
"Abah rasa dia berada di kawasan ni," ujar Encik Zakaria lalu matanya memandang sekeliling kawasan tanah perkuburan itu, dia terasa sesuatu yang tidak kena.
"Jom," ujar Encik Zakaria lalu mereka meneruskan perjalanan mereka di kawasan tanah perkuburan itu untuk mencari Solar.
Setelah beberapa jam berjalan di kawasan tanah perkuburan itu, Kaizo ternampak kelibat seseorang bertenggek di atas salah satu batu nisan yang berdekatan dengan sebuah pokok yang dililitkan dengan reben merah.
"Itu Solar," ujar Kaizo lalu menyuluhkan lampunya ke arah kelibat yang bertenggek di atas batu nisan itu. Mereka semua memandang ke arah kelibat yang disuluh oleh Kaizo.
"Solar!!" Gempa berasa gembira kerana dapat jumpa Solar semula, dia ingin menghampiri Solar tetapi dihalang oleh Rudy.
"Jangan dekat dengan dia," ujar Rudy.
"Tapi, kenapa?!" Soal Gempa tetapi Rudy tidak membalasnya manakala Encik Zakaria menghampiri Solar dengan wajah tenang.
"Huh.. Huh.. Huh.." Terdengar dengusan menakutkan bak haiwan buas keluar dari salur pernafasan Solar. Solar menatap tajam ke arah Encik Zakaria dengan keadaan tiada anak mata pada matanya, kesemuanya hitam dan gelap manakala mulutnya pula berkumat-kamit ayat yang tidak jelas.
"Mari balik," ujar Encik Zakaria sambil mencuba menyentuh Solar tetapi Solar lebih pantas menepis tangan Encik Zakaria dengab kuat, dengusan semakin kuat kedengaran.
"Aku kata balik!!" Tengking Encik Zakaria lalu melibaskan sejadah ke arah Solar, Solar menjerit kesakitan.
"AKU TAK NAK!!! AKU TAK NAK!!" Tengking Solar pula dengan nada suara bergema seakan-akan ada dua orang atau ramai bercakap di dalam badannya, Gempa yang memandang keadaan Solar seperti terasa ingin menangis.
"Kau jangan degil!! Aku kata balik!!" Encik Zakaria juga tidak mahu kalah jeritannya sambil melibas sejadah di badan Solar sekali lagi.
"AKU TAK NAK!! AKU TAK NAK!!" Tengking Solar lagi dan cuba mengelak dari libasan menyakitkan Encik Zakaria itu.
"Rizwan, Rudy!! Tolong pegang tangan dia," ujar Encik Zakaria lalu Rudy dan Rizwan mengikuti arahan Encik Zakaria dengan memegang tangan serta kaki Solar.
"LEPASKAN AKU!! LEPASKAN AKU, MANUSIA SIAL!!!" Tengking Solar sambil meronta-ronta supaya dirinya dilepaskan, Rudy dan Rizwan masih mengekalkan kekuatan pegangan mereka walaupun realitinya mereka tidak mampu menahan kekuatan Solar yang mengalahkan kekuatan sepuluh orang lelaki berbadan sasa.
"AKU KATA LEPASKAN AKU!! MANUSIA SIAL!!" Tengking Solar lagi, dia semkin kuat meronta manakala Gempa yang melihat kejadian yang berlaku di depan matanya hanya mampu terdiam dengan wajah ingin menangis.
Gempa berasa takut sangat-sangat kerana bukan sahaja Solar yang sudah hilang kawalan kerana kerasukan tetapi sesuatu kelibat yang amat dia benci muncul di hadapan matanya iaitu..
Pocong.
"Kaizo, tutup mata Gempa!! Jangan bagi dia hilang semangat!!" Encik Zakaria menjerit apabila perasan perubahan reaksi pada Gempa, Kaizo cepat-cepat memeluk Gempa dan menutup mata remaja itu.
"Aku takut.. Hiks.. Hiks.. Aku takut.." Gempa semakin luluh, dia semakin takut. Dia tak mampu bertahan lagi, air mata semakin banyak mengalir dan membasahi tangan Kaizo yang menutup matanya.
"Bertenang, Gempa. Jangan hilangkan semangat kau tu!!" Kaizo cuba menenangkan Gempa yang semakin ketakutan. Gempa menangis teresak-esak, dia cuba untuk menguatkan semangatnya semula.
"LEPASKAN AKU!!!" Solar meronta lagi apabila tangan dan kakinya diikat oleh Rudy, Rizwan dan Encik Zakaria.
"LEPASKAN!!!" Solar masih mencuba melepaskan dirinya.
"Bawa dia ke bilik sakit cepat!!" Encik Zakaria memberi arahan, Rudy dan Rizwan membantu Encik Zakaria mengangkat Solar yang masih meronta.
"Biar saya tolong," ujar Gempa dengan nada sendu.
"Tak apa ke??" Soal Encik Zakaria.
"Tak apa," ujar Gempa lalu dia dan Kaizo membantu mengangkat Solar yang masih kuat meronta-ronta.
Beberapa minit berjalan dengan keaadan yang amat susah, mereka semua berjaya membawa Solar masuk ke dalam bilik sakit. Terlihat beberapa orang pelajar lelaki termasuk Puan Manisah sudah berada di dalam bilik itu.
"Pegang dia kuat-kuat!!" Encik Zakaria memberi arahan lagi, terdiri daripada enam orang pelajar lelaki memegang Solar manakala dia membuka ikatan pada kaki dan tangan Solar.
"LEPASKAN AKU!! LEPASKAN!!" Solar masih meronta-ronta supaya dilepaskan.
"Kau diam!!" Tengking Encik Zakaria lalu memicit ibu jari kaki Solar.
"ARGHHH!!! SAKIT!! SAKIT!!!" Jerit Solar kesakitan manakala Gempa duduk sedikit jauh dan ditemani dengan Kaizo yang berada di sisinya.
"Kau keluar dari badan anak Adam ini!! Sebelum aku keluarkan kau guna cara aku!!" Tengking Encik Zakaria sambil menguatkan picitan pada ibu jari kaki Solar.
"SAKITTTTT!!!! AKU TAK NAK!! AKU TAK NAK!!! BADAN DIA, AKU PUNYA!! ARGHHHHH!!!" Jerit Solar sambil meronta-ronta dengan kuat, pelajar-pelajar yang memegang Solar seperti Rudy, Rizwan, Azzriffin, Azzruffin, Jet dan Chris mula terasa tidak mampu lagi memegang Solar yang mempunyai tenaga yang sangat luarbiasa.
"LEPASKAN AKU!! MANUSIA SIALAN!!" Rontaan Solar semakin kuat dan nyaring. Semakin lama, pegangan mereka berenam semakin longgar dan akhirnya, mereka berenam terpelanting ke belakang apabila Solar menendang Rizwan yang memegang kakinya dengan kuat sehingga pemuda itu bergolek jauh dari tempat dia duduk. Solar melompat di atas katil dan kabinet yang tinggi atau rendah secara bergilir-gilir seperti haiwan buas.
"Tangkap dia cepat!!" Rudy cuba menangkap Solar tetapi tidak berjaya apabila dia lincah memanjat kabinet yang tinggi sambil berdengus. Solar menatap tajam ke arah Gempa yang duduk sedikit jauh darinya lalu dia melompat di atas kabinet dengan pantas, mula menerkam Gempa.
"Gempa!! Lari!!" jerit Rudy.
"Apa?! Ugh!!" Gempa tidak sempat melarikan dirinya apabila Solar mendarat tepat di atas badan Gempa lalu tangannya pantas mencekik leher Gempa dengan kuat.
"Le.. Lepaskan aku!! Sa.. Sakit!!" Gempa meronta supaya dilepaskan tapi apakan daya, badannya terlalu lemah untuk berlawan. Sebuah senyuman menakutkan menghiasi bibir pucat Solar lalu tangannya semakin kuat mencekik leher Gempa, walaupun kuku Solar pendek tetapi dia berjaya menekan kukunya pada leher Gempa sehingga berdarah.
"Lepaskan.. Hikss.. A.. Aku.. Mohon.." Gempa cuba melawan dan rasa sakit kuku yang menusuk kulit lehernya menyebabkan dia menangis.
"Lepaskan dia!! Allahuakbar!!" Encik Zakaria melibas sejadah pada badan Solar tetapi Solar mengerang kesakitan dan masih tidak beranjak, masih terus mencekik leher Gempa.
"Allahuakbar!!" Encik Zakaria melibas lagi tapi tidak berjaya.
"ALLAHUAKBAR!!!" Encik Zakaria meninggikan suaranya lagi dan kali baru Solar melepaskan cekikkannya, Gempa terbatuk-batuk sambil memegang lehernya yang terasa pedih dan berdarah itu. Puan Manisah cepat-cepat menarik Gempa jauh daripada Solar dan memeluk remaja itu erat.
"PANAS!! PANAS!! SAKIT!!" Solar mengerang kesakitan lalu mereka berenam dan Encik Zakaria kembali mengepung Solar.
"Zass!! Aku tahu kau kawal budak ni!! Aku nak kau keluar sekarang!!" Tengking Encik Zakaria lalu memicit ibu jari Solar.
"SAKITTTTT!! AKU TAK NAK!! AKU TAK NAK!!" Jerit Solar lebih kuat, Gempa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Encik Zakaria.
"Abang Zass!! Tolonglah jangan ganggu dia!! Aku mohon," ujar Rudy pula, Gempa terkesima.
"Abang?!" Gempa bermonolog seorang diri, tiba-tiba dia memandang ke arah kelibat yang amat dikenalinya iaitu Ali. Ali berada di salah satu penjuru bilik itu dan memandang ke arah Solar dengan mata sayu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top