Episod 10

Terdengar deruman motor kapcai di parkir di tempat letak kereta berdekatan dengan sebuah rumah flat, Encik Zakaria turun dari motornya setelah dia mematikan motor dia yang sudah bertahun-tahun dia gunakan itu, Encik Zakaria menaiki tangga untuk ke rumahnya yang berada di tingkat satu. Encik Zakaria memulas tombol pintu rumahnya dan memasuki rumahnya dengan tertib.

"Assalammualaikum, abang dah balik." Encik Zakaria memberi salam sambil menutup pintu rumahnya.

"Waalaikumsalam." Seorang wanita dalam lingkungan 30-an membalas salam Encik Zakaria lalu dia menghampiri Encik Zakaria dan bersalaman dengan Encik Zakaria.

"Manisah, dah makan??" soal Encik Zakaria kepada isterinya itu, Puan Manisah.

"Dah, bang. Abang duduklah dulu, Manisah buatkan air untuk abang. Manisah yakin yang abang penat," ujar Puan Manisah lalu dia masuk ke dapur untuk membuat air untuk Encik Zakaria.

Encik Zakaria tersenyum lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sangat empuk yang berada di ruang tamu, Encik Zakaria merehatkan badannya dengan menyandarkan badannya pada sofa itu. Encik Zakaria memejamkan matanya untuk tidur seketika, sementara menunggu Puan Manisah menyiapkan minuman untuknya. Tiba-tiba bunyi nada dering pada telefon menyedarkan Encik Zakaria dari melelapkan matanya, Encik Zakaria mengambil telefonnya yang berada di atas meja kopi di hadapannya. Terpampang notifikasi pada skrin telefon Encik Zakaria, ternyata Encik Zakaria menerima mesej daripada anak sulungnya iaitu Rudy. Encik Zakaria membuk peti mesej dan membalas mesej anaknya itu.

Encik Zakaria terdiam seketika setelah membaca mesej daripada Rudy, Encik Zakaria bangun dan berjalan ke dapur.

"Manisah." Encik Zakaria memanggil isterinya yang sedang membancuh kopi untuknya.

"Ya, bang??" Puan Manisah berhenti membancuh kopi dan memandang wajah suaminya itu.

"Ikut abang pergi ke sekolah along dengan adik," ujar  Encik Zakaria.

"Kenapanya, bang? Along sakit ke? Adik sakit ke?" soal Puan Manisah, wajahnya terpampang reaksi sedikit risau.

"Tak. Ada budak hilang dalam koridor 13," ujar Encik Zakaria, Puan Manisah terkejut.

"Astagfirullahalazim!! Macam mana boleh hilang kat situ?!" Puan Manisah meninggikan sedikit suaranya kerana terlampau terkejut.

"Abang pun tak tahu. Mari cepat, abang takut ada apa-apa yang terjadi kat budak tu." Encik Zakaria mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding dan terus berjalan ke tingkat bawah untuk pergi ke keretanya yang terletak di tingkat bawah, Puan Manisah segera mengunci pintu rumah mereka dan mengikutu suaminya itu.

[Beberapa jam sebelum itu]
[Gempa's P.O.V]

"Solar!! Tidak!!" Aku menjerit apabila aku tidak berjaya mencapai tangan Solar dan aku hanya mampu melihat Solar hilang disebalik kegelapan koridor yang menakutkan itu.

Aku cuba bangun untuk berjalan masuk ke dalam koridor tetapi seperti ada benda yang menghalang aku untuk ke sini. Aku tersungkur di atas lantai, aku tak mampu buat apa-apa. Aku yakin yang demam aku masih tidak pulih sepenuhnya, kepala aku terasa pening dan dunia ini seakan-akan berputar. Aku tak kuat lagi untuk menahan semua ini lagi.

"Gempa!!" Satu suara menerpa telinga aku, aku cuba membuka mata aku yang sudah mula tertutup itu dan aku ternampak seseorang berlari laju ke arah aku.

"Ru..Dy.." Hanya ayat itu sahaja keluar sebelum aku sepenuhnya menutup mata aku.

"Gempa!!"

☆☆☆☆

"Gempa!! Tolong aku, Gempa!! Gempa!!"

"Solar!!" Aku terbangun dari pengsan aku apabila aku terkejut mimpikan Solar meminta tolong daripada aku, aku pandang sekeliling. Ini bukan ke bilik sakit??

"Kau dah sedar, baguslah." Suara seseorang menarik perhatian aku, aku menoleh ke sebelah kanan aku dan ternyata Rudy datang menghampiri aku bersama dua botol air mineral.

"Ambil ni," ujar Rudy sambil menghulurkan aku satu botol air mineral.

"Terima kasih," ucap aku lalu mengambil botol itu dari tangan Rudy dan meneguk sedikit air di dalam botol itu. Rasanya lain sedikit, aku memandang label botol itu. Air zamzam rupanya.

"Macam mana kau tahu aku ada di koridor itu??" soal aku dengan perasaan ingin tahu. Selalunya ramai yang jarang ikut koridor itu di tengah malam.

"Aku pun tak tahu, aku rasa macan tak sedap hati. Aku pun lalulah ikut koridor tu. Tahu-tahu terjumpa kau terbaring atas lantai," ujar Rudy sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berdekatan dengan katil yang aku baring.

"Kau buat apa seorang diri kat koridor tu?" soal Rudy kepada aku, aku terdiam seketika.

"Sebenarnya.. Aku tak pergi berseorangan," ujar aku dengan perasaan takut bercampur bersalah, aku perasan riak wajah Rudy berubah ketika aku berkata sedemikian.

"Kau pergi dengan siapa?" soal Rudy tetapi dia mengekalkan riak wajah biasanya.

"Aku.. Pergi dengan adik aku, Solar." Aku membalas soalan Rudy dengan perasaan takut.

"Mana dia?" soal Rudy.

"Dia.. Dia kena tarik masuk ke dalam koridor larangan tu," ujar aku, aku perasan sekali lagi riak wajah Rudy kembali berubah.

"Kau biar betul ni?!" soal Rudy dengan nada sedikit tinggi, aku yakin Rudy sangat terkejut.

"Aduh." Aku terdengar Rudy sedikit mengeluh cemas lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan dia menghantar mesej kepada seseorang. Tanpa berkata apa-apa, Rudy mula mengorak langkahnya ke pintu bilik.

"Kau nak pergi mana?" soal aku.

"Aku nak pergi cari adik kaulah." Kata-kata Rudy membuatkan aku rasa bersemangat untuk mengikutinya.

"Aku nak ikut," ujar aku lalu turun dari katil tetapi jangkaan aku meleset apabila…

"Tak boleh," ujar Rudy dengan nada mendatar, aku terdiam seketika.

"Kenapa??" Soal aku.

"Sebab aku tak nak terjadi apa-apa kat kau. Kau masih lemah," ujar Rudy kepada aku, aku cuba mengumpul segala kekuatan itu membantah Rudy.

"Tak nak!! Aku tetap nak cari Solar walau apa-apa pun terjadi!! Tolonglah beri aku ikut kau," ujar aku, Rudy mengeluh.

"Baiklah. Jom," ujar Rudy lalu aku dengan gembiranya mengikuti Rudy dari belakang.

[Gempa's P.O.V End]

Gempa dan Rudy berlari ke salah satu rumah warden yang berada tidak jauh dari kawasan asrama yang mereka tinggal, Rudy mengetuk pintu rumah warden yang paling dekat dengan mereka.

"Cikgu Zain!! Assalammualaikum!! Cikgu Zain!!" Rudy memberi salam sambil mengetuk pintu rumah warden bernama Zain itu. Setelah beberapa minit menunggu, pintu rumah itu dibuka dan terlihat Zain yang cuma berbaju t-shirt kuning dan berkain pelikat berdiri di muka pintu.

"Waalaikumsalam. Rudy? Kenapa datang malam-malam buta ni? Sekarang dah lewat malam," ujar Zain dengan wajah hairan.

"Cikgu, Solar hilang." Rudy berterus terang.

"Apa?! Solar?! Light Solarillion?!" Zain terkejut beruk apabila nama Solar diperkatakan oleh Rudy.

"Ya, cikgu." Rudy mengganggukkan kepalanya.

"Dia hilang kat mana??" Soal Zain lagi.

"Dia hilang kat koridor 13 tu," ujar Rudy.

"Apa?! Koridor tu?! Macam mana boleh terjadi tu?!" Soal Zain.

"Cikgu tanyalah abang dia sendiri," ujar Rudy lalu memandang ke arah Gempa yang berada di belakangnya, Zain mengalihkan pandangannya ke arah Gempa.

"Nanti saya tanya. Kita kena cari Solar dulu sebelum pukul 3 pagi," ujar Zain lalu dia mengambil lampu suluh.

"Kamu dah beritahu abah kamu?" soal Zain sambil mengunci pintu rumahnya.

"Sudah," balas Rudy ringkas lalu mereka bertiga berlari ke koridor di mana Solar hilang.

Sementara itu, Encik Zakaria dan Puan Manisah sudah tiba diperkarangan tempat letak kereta khas berdekatan dengan asrama. Encik Zakaria dan Puan Manisah berjalan keluar dari kereta dan mengambil beberapa barang di dalam bonet kereta.

"Abah!! Mak!!" Tiba-tiba suara seorang gadis memanggil kedua-dua pasangan suami isteri itu, Encik Zakaria dan Puan Manisah mengalihkan pandangan mereka. Ternyata Moon dan ditemani dengan dua lagi rakannya yang bertudung merah jambu dan kuning datang menghampiri Encik Zakaria dan Puan Manisah.

"Adik, kenapa adik datang ke sini? Anak dara tak elok keluar malam-malam buta macam ni," ujar Puan Manisah sambil memeluk anak perempuannya itu.

"Abang long mesej adik tadi, kata abah ngan mak nak datang cari pelajar lelaki yang hilang kat koridor 13 tu. Adik pun turunlah, nasib baik ada kawan-kawan adik yang boleh temankan adik." Moon menunjukkan dua rakan yang menemaninya tadi iaitu Iman dan Yaya.

"Assalammualaikum. Pakcik, makcik." Yaya dan Iman serentak memberi salam kepada Encik Zakaria dan Puan Manisah.

"Waalaikumsalam." Encik Zakaria dan Puan Manisah membalas salam dua gadis itu serentak.

"Adik, boleh adik mesej mana-mana kawan abang long? Minta mereka tolong abang long pegang budak yang hilang tu nanti selepas abah jumpa dia," ujar Encik Zakaria.

"Baik, abah." Moon mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada beberapa orang rakan yang rapat dengan Rudy.

Kembali ke Zain, Rudy dan Gempa, mereka bertiga menuruni anak tangga di koridor di mana Solar menghilang. Terlihat Kaizo dan Rizwan sudah berada di situ sambil memegang lampu suluh.

"Abang Kaizo!! Abang Rizwan!!" Rudy menghampiri kedua-dua jejaka itu.

"Abah kau dah sampai??" soal Rizwan.

"Dah sampai, dia ada kat parking lot. Siapa panggil abang berdua??" soal Rudy.

"Moon," ujar Kaizo ringkas.

"Tapi sebenarnya ramai lagi yang akan bantu tapi mereka tunggu di bilik sakit," ujar Rizwan pula.

"Along!!" Tiba-tiba suara garau seorang lelaki menerpa telinga Rudy, Rudy menoleh dan ternyata Encik Zakaria menghampiri mereka berdua.

"Abah," ujar Rudy lalu menyalam dan mencium tangan abahnya itu.

"Jom kita cari dia cepat," ujar Encik Zakaria lalu Zain, Rudy, Gempa, Kaizo dan Rizwan berjaln mengikuti Encik Zakaria melepasi garis larangan yang menghalang koridor lama itu.

"Solar!! Di mana kau?!"

"Solar!! Jawablah!!"

"Solar!!"

Pelbagai jeritan daripada mereka kecuali Encik Zakaria dan Rudy bergema di kawasan koridor menakutkan itu, cuma lampu suluh yang mereka pegang menjadi penerang jalan mereka. Tempat itu sangatlah gelap dan langsung tidak kelihatan, cuma dikelilingi dengan hutan yang sangat tebal. Gempa yang berada di tengah-tengah kumpulan, hanya mampu berasa takut. Gempa memandang sekeliling dan tiba-tiba dia ternampak sesuatu, sesuatu yang amat menakutkan iaitu…

Pontianak

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top