Epilogue

Epilog



*SETAHUN KEMUDIAN*

Sepertinya semua berjalan dengan lancar. Tidak terlalu lancar sebenarnya. Kadangkala, ada sesuatu yang membuat semuanya goyah Akan tetapi, mereka dapat membuatkannya kembali normal dengan sisi yang matang. Tiada yang terluka dalam keputusan itu. Semua mereka berhak mendapat kebahagiaan.

KRINGG!! KRINGG!!

Baekhyun memandang telefon yang berdering itu sekali imbas di bawah kacamata bulat besar yang dipakai hanya untuk bergaya itu. Tangan yang dari tadi menari-nari di papan kekunci komputer itu menyambar gagang telefon dengan pantas dan menjawab panggilan itu.

"Hello, Mirotic Communication Inc. Boleh saya bantu?" Baekhyun bercakap dengan nada lembut.

"Nak keluar makan tengah hari dengan saya tak?"

Baekhyun menderam setelah mendengar suara yang cukup dikenalinya dari dalam talian. Dia memandang ke meja sebelahnya. Chanyeol sedang tersenyum dengan gagang telefon dilekatkan di telinga.

Baekhyun memandang sekeliling pejabat itu. Tiada yang memandang mereka. "Jangan lah main-main, Channie. Buat kerja."

"Saya tanya je pun." Chanyeol membuat riak wajah sedih. "Saya rindukan awak lah, Baekkie."

Belum sempat Baekhyun menjawab, kedengaran suara orang berdehem dari dalam talian sebelum ia diputuskan. Baekhyun memandang ke arah Chanyeol yang sudah meletakkan telefon sambil memandang seseorang yang berdiri di sebelahnya.

"Saya tak bayar gaji awak untuk mengurat, Chanyeol." Bosnya, Yoochun memandangnya serius.

"Ma - maafkan saya, bos!" Chanyeol tersenyum kambing.

Yoochun memandang ke arah Baekhyun sekali imbas yang berusaha menahan ketawa. Dia hanya tersenyum sebelum berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Chanyeol memandang Baekhyun dengan wajah sedih yang dibuat-buat.

Mereka telah bekerja di bawah Syarikat Mirotic Communication Inc. Itu hampir sembilan bulan sekarang. Mereka berterima kasih kepada abang Charlotte, Yoochun yang merupakan pemilik syarikat itu kerana memberikan mereka kerja dengan gaji yang cukup lumayan. Lagipun, mereka ada bakat dalam bidang alat komunikasi. Tao pula hanya menjadi pengawal di syarikat itu kerana dia menolak untuk berada di posisi yang lebih tinggi. Dia suka menjadi pengawal.

TRUUTT!! TRUUTT!!

Chanyeol memandang telefon bimbitnya. Satu mesej diterima. Dia membukan mesej itu dan membacanya.

From My Baekkie: Saya akan nyanyi untuk awak malam ni. Jangan sedih dan teruskan bekerja. <3

Chanyeol tersenyum membaca mesej itu sebelum memandang Baekhyun yang hanya mengenyitkan matanya.


*


Kai berdiri serta-merta. Dia memandang jam di tangannya sebelum menyambar jakenya. Dia mematikan komputernya sebelum menyambar dompet dan telefon bimbitnya agak kelam-kabut.

"Pergi lunch, Kai?

Kai menoleh pantas apabila terdengar suara itu. Junsu, CEO syarikat Tohoshinki Networking Holdings berdiri memandangnya sambil tersenyum dengan fail berada di tangan. Dia sedang berbincang sesuatu dengan pekerja yang lain.

"Er... ya." Kai mengukir senyuman.

"Okey." Junsu membalas senyumannya. "Selamat makan tengahari. Ucapkan hai pada kekasih awak."

Pipi Kai bertukar merah apabila mendengar kenyataan itu. "Saya akan sampaikan. Terima kasih, bos! Saya pergi dulu!"

Kai terus sahaja berjalan keluar daripada pejabat itu. Dia terus sahaja bertemu dengan lelaki yang sentiasa membuatkan dia tersenyum setiap hari. Kyungsoo sedang berdiri bersandar pada tuang dengan wajah merungut.

"Sorry, babe." Kai membuatkan mimik muka comel. "Saya terlalu leka bekerja."

Kyungsoo menarik nafas panjang sebelum tersenyum. "Tak mengapa. Jom pergi makan."

Kai turut tersenyum. "Jom."

"Kai!! Kyungsoo!!"

Serentak mereka berdua menoleh sebelum sempat mereka membuka langkah. Mereka terkejut apabila terpandang Amanda yang sedang memeluk tangan seorang lelaki.

"Gembira jumpa awak kat sini."

"Awak pun." balas Kai dan Kyungsoo serentak.

"Jadi..." Amanda memandang bangunan tinggi itu sekali imbas. "Kat sini awak bekerja selepas berhenti dari kilang saya?"

Kai hanya tersenyum tawar. "Ya."

"Awak pun, Kyungsoo?" Amanda memandang lelaki kecil itu.

"Tak." Kyungsoo menggelengkan kepalanya. "Saya masih kerja kat kafe. Saya suka kerja kat sana. Jadi, saya kekal."

Amanda mengangguk kemudian tersenyum sinis tiba-tiba. "Nampaknya kamu berdua bersama sekarang... Ambil masa yang lama untuk bertindak, Kai?"

Kai mengelipkan matanya. "Maaf, Amanda."

"Tak apa." Amanda hanya tersenyum. "Saya tahu saya kena tolong kamu."

Serentak kedua-dua lelaki itu berpandangan sebelum ketawa dengan kenyataan itu diikuti oleh Amanda.


*


Suho menghabiskan cream puff itu lalu meneguk kopi panasnya. Dia tidak dapat menghilangkan rasa gemuruh duduk di situ bersama bosnya, Jaejoong. Jaejoong pula duduk dengan tenang menikmati mocha. Tiada apa yang membuatkannya gementar. Walaupun Suho sudah bekerja di bawah Cassiopeia Financial Group hampir setengah tahun sekarang, dia masih lagi gementar jika Jaejoong ada berdekatan. Mungkin sebab apa yang mereka buat sebelum ini masih membuatkan dia rasa bersalah.

"Majlis kahwin saya minggu depan."

Suho memandang bosnya itu.

"Kamu datang lah nanti." jemput Jaejoong sambil tersenyum. "Wajib datang."

"Oh..." Suho tersenyum kekok. "Kami akan datang."

"Dan..." Jaejoong berfikir seketika. "Menurut Charlotte... Kamu semua boleh menyanyi. Jadi, nanti buat persembahan."

Suho hanya tergelak mendengar kenyataan itu. "Kami cuba."

Jaejoong menarik nafas panjang kemudian bingkas bangun dari tempat duduknya. "Jom balik ke pejabat."

Suho tidak membantah. Dia hanya menyusul bosnya itu keluar dari kafe itu, bagaimanapun, dia berhenti seketika sebelum berpaling memandang Ella yang sedang duduk di kaunter mengira sesuatu. Dia berjalan mendekati gadis itu.

"Hai, Ella."

Ella agak terkejut melihat lelaki itu berdiri di hadapannya.

"Awak ada kertas dengan pen tak?" tanya Suho.

Ella tidak membalas. Sebaliknya, menghulurkan apa yang lelaki itu mahukan. Suho segera mencapainya lalu menulis sesuatu di situ sebelum menghulurkannya kembali pada gadis itu.

"Terima kasih. Bye, Ella."

Ella hanya berdiri kebingungan. Mulutnya ternganga tidak tahu hendak berkata apa ketika lelaki itu hilang dari pandangan. Dia memandang kertas yang berada di tangannya sebelum bibirnya mengukir senyuman.

0xxxxxxxxxx – Let's have a dinner later. Call me!


*


"Saya nak design yang baru untuk ini, Kris."

Kris memandang bosnya itu. "Ini??"

Changmin mengangguk. "Ya. Sebab kali terakhir iya diperbaharui hampir dua tahun lalu. Saya nak yang baru tahun ni."

"Okey." Kris mengangguk. "Saya akan bincang dengan team saya."

"Bagus."

TOK! TOK!

Sebelum sempat Changmin menjawab, pintu pejabatnya terbuka. Dan satu-satunya orang yang berani berbuat begitu muncul. Farra.

"Ya?" Changmin mengangkat keningnya.

"Awak ada mesyuarat dalam masa sejam lagi." beritahu Farra selamba. "Jangan lupa tengok balik presentation tu."

Changmin mendengus. "Boleh tak kalau saya tak pergi?"

"Mesti lah boleh..." Farra mengukir senyuman jahat. "Kalau awak bukan CEO kepada DBSK Technologies Holdings."

Changmin menderam sebelum memandang Kris. Lelaki itu pula hanya berdiri tercengang memandang Farra tidak berkelip.

"Hei, bro..."

Kris menoleh memandang Changmin.

"Jangan tenung girlfriend saya!" Changmin merenung tajam ke arah lelaki itu. "Kalau awak tak nak tengok saya berlagak tak professional dengan memecat awak."

Kris mendengus perlahan kemudian memandang Farra semula. "Awak ada adik yang awak boleh kenalkan pada saya? Saya nak yang macam awak."

Farra hanya ketawa. "Saya akan fikirkannya."

"Dia tanya adik awak!!" bentak Changmin. "Bukan awak!!"

Serentak Kris dan Farra ketawa melihat gelagat lelaki itu.

TOK! TOK! TOK!

"Masuk." arah Changmin.

Pintu pejabat itu dibuka perlahan-lahan. Luhan muncul dengan senyuman manis bagaimanapun agak terkejut melihat Kris dan Farra yang turut berada di situ.

"Bos..." Luhan bersuara lembut. "Boleh saya keluar awal hari ni? Saya dah siapkan kerja. Saya ada janji."

"Ada janji atau temujanji??" Changmin mengangkat keningnya membuatkan wajah Luhan kemerahan.

"Oh, jangan macam tu..." Farra memandang kekasihnya itu. "Bukannya selalu. Biar lah budak-budak ni."

Changmin hanya mendengus. "Awak ni selalu melemahkan saya. Dah. Awak boleh pergi, Luhan."

"Terima kasih, bos! Sayang, bos!!

"Jangan nak mengada! Saya dah ada girlfriend!!" Changmin memekik kuat membuatkan mereka semua ketawa.

Luhan masih lagi tergelak ketika dia keluar dan menutup pintu. Dia terus berlari keluar dari pejabat yang mana dia tidak akan pernah bermimpi untuk bekerja di situ. Kelihatan seseorang yang membuatkan hatinya lembut berdiri di luar.

"Sehunnie..."

Sehun menoleh pantas. Senyuman lebar terukir serta-merta apabila terpandang orang yang paling dia sayang itu. "Luhan..."

"Awak tak kerja hari ni?" tanya Luhan.

"Ella benarkan saya keluar awal. Tahulah dia tu kalau mood baik." ujar Sehun. "Ingatkan bos awak tak benarkan awak balik awal?"

Luhan hanya tersengih. "Bos saya tu sangat sporting."

Sehun hanya ketawa sebelum menghulurkan tangannya yang disambut oleh Luhan dengan gembira sebelum mereka berjalan pergi dari situ.


*


Chen memberi sepenuh tumpuan dalam melakukan tugasnya. Dia suka pekerjaannya saat ini. Bekerja di pasar raya dengan Baekhyun sebelum ini benar-benar membuatkannya letih separuh mati. Dia perlu mengira stok atau mengangkat barang berat. Tapi, sekarang, dia telah bekerja sebagai pekerja kerani biasa di TVXQ Corporation dan dia tidak memerlukan kerja yang lebih baik daripada itu.

"Hai, Chen."

Chen mengalihkan pandangan dari komputernya. Kelihatan Charlotte berdiri di hadapannya dengan senyuman gembira.

"Datang lagi nampaknya." Chen tersenyum sinis.

"Saya cuma datang dua kali seminggu je kot." Charlotte menggolekkan bebola matanya. "Dia datang ke tempat kerja saya setiap hari sepanjang minggu ni."

Charlotte juga sudah bekerja. Bekerja mengikut apa yang dia impikan. Dia tidak mahu bekerja di syarikat abang-abangnya. Dia ingin berdikari. Dan sekarang, dia bekerja sebagai guru di sekolah menengah. Baru sahaja bermula. Tapi itu adalah permulaan dalam karier dalam hidupnya.

"Saya tak tahu bila kamu berdua pasangan yang dilamun cinta ni nak berenggang." Chen membuat mimik muka menyampah.

"Tak payah nak kritik saya sangat..." Charlotte merenung lelaki itu. "Awak fikir saya tak tahu? Awak selalu keluar dengan kawan baik saya."

Chen hampir tersedak air liurnya sendiri apabila mendengar kenyataan itu. "Yah!!"

Charlotte hanya ketawa.

"Hai, sayang."

Serentak mereka berdua menoleh. Xiumin berdiri tidak jauh dari situ dengan senyuman manis.

"Hai..." Charlotte tersenyum manis.

"Dah sedia nak keluar?" Xiumin berjalan mendekati gadis itu.

Charlotte mengangguk teruja. Baru sahaja mereka mula berjalan beriringan, kelihatan Yunho berdiri di situ memandang mereka dengan wajah yang serius. Xiumin merasa gusar serta-merta.

Dia tidak mampu menghilangkan rasa itu. Yunho adalah CEO di syarikat TVXQ Corporation merangkap bosnya. Dan kenyataan bahawa dia kini sedang bercinta dengan adik kepada bosnya itu membuatkan dia lebih takut. Aura Yunho terlalu besar baginya. Seolah-olah dia akan dibaham bila-bila masa sahaja.

"Charlotte..." Yunho menarik nafas panjang. "Awak selalu datang mengganggu di syarikat saya. Saya perlu hentikannya."

"Mana ada lah!" Charlotte mempertahankan dirinya. "Ini adalah waktu makan tengah hari."

Yunho menggelengkan kepalanya. "Apa-apa jelah. Dah pergi."

Charlotte segera tersenyum kemudian memandang Xiumin yang masih lagi kelihatan takut di sebelahnya.

"Jaga dia tu baik-baik." Yunho memberi amaran.

"Baik!" Xiumin menjawab dengan yakin.

Mereka segera berjalan keluar dari pejabat. Xiumin tidak pernah sangat lega seperti itu. Dia juga tidak menyedari bahawa dia menahan nafasnya sejak tadi.

"Menakutkan sangat ke abang saya tu?"

Xiumin memandang Charlotte. "Apa awak fikir? Semua abang-abang awak menakutkan. Dan Yunho yang paling menakutkan."

Charlotte ketawa mendengar kenyataan itu. "Mereka tu kuat risau je."

"Saya tahu..." Xiumin tersenyum. "Dan saya mesti kuatkan diri saya. Saya perlu jadi untuk awak."

Charlotte turut tersenyum. "Mestilah. Awak kan sayang saya."

Xiumin hanya ketawa sebelum mengangguk. "Saya akan lakukannya untuk awak. Sebab saya sayang awak. "

______________________________________________

A/n: Okay, guys. Sikit je lagi. Satu part je lagi. Special part. Lepas tu dah boleh move on dari story ni. Jgn risau. Sy akan habiskan hri ni jgk. Just leave me your comment. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top