Chapter 8 - Penculik 5

Bab 8

PENCULIK 5 


Keadaan tidak pernah tegang ataupun kekok sepanjang bersama dengan Penculik 4. Lelalki itu sering bergurau membuatkan Charlotte ketawa. Dia juga sangat baik dan gadis itu tidak pernah seceria ini sepanjang dia berada di situ.

Kenyataan bahawa matanya masih ditutup dilupai buat seketika. Penculik itu mengisi masa mereka dengan memberitahu kehidupan mereka. Hanya perkara-perkara lucu. Walaupun kadangkala, sukar untuk gadis itu memahami apa yang dia katakan dengan loghat itu, ia masih membuatkan dia selesa.

TOK! TOK!

Gelak tawa mereka terhenti apabila bunyi ketukan itu kedengaran. Pintu bilik itu terbuka perlahan. Seseorang muncul di muka pintu.

"Hyung..."

"Yeah?" Penculik 4 mengangkat keningnya.

"Mereka nak awak buat sesuatu." Satu suara dalam yang kedengaran sangat garau dapat didengar dengan jelas.

"Saya?" Penculik 4 mengelipkan matanya seketika. "Tapi... Sekarang masa saya bertugas di sini."

Charlotte hanya berdiam diri mendengar setiap perbualan mereka. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu Penculik 4 pergi.

"Saya tahu." Suara garau itu menjawab. "Tapi, mereka masih perlukan awak tu. Saya tak pasti untuk apa. Saya akan gantikan awak kat sini."

"Oh, okay." Penculik 4 berdiri dan mencucuk hidung gadis itu perlahan. "Syif saya dah habis. Jumpa lagi."

"Gembira bercakap dengan awak, Penculik 4!" gadis itu mengukir senyuman manis. Dia terpaksa merelakan lelaki itu pergi walaupun dia lebih suka jika lelaki itu bersamanya sepanjang hari.

Penculik 4 dan lelaki yang berada di pintu itu berpandangan seketika apabila mendengar nama itu.

"Saya pergi dulu." Penculik 4 mengangguk sebelum menutup pintu itu.

"Jadi..." suara garau itu mula bercakap dan Charlotte dapat merasakan lelaki itu duduk dengan jarak sedikit jauh daripadanya berbeza dengan Penculik 4 yang langsung tidak kisah dengan jarak yang dekat. "Saya yakin saya adalah Penculik 5?"

Gadis itu hanya ketawa. "Tekaan yang baik."

"Jadi, awak beri nama macam tu berdasarkan giliran kami bertugas menjaga awak?" tanya lelaki yang dinamakan sebagai Penculik 5 itu

"Ya." Charlotte menjawab jujur. "Memandangkan saya tak tahu nama kamu dan kamu semua asyik bertukar. Susah saya nak kenal pasti."

Penculik 5 ketawa sebelum berjalan menuju ke arah gadis itu dan membantunya untuk duduk dengan lebih selesa.

"Awak dari belakang saya ke tadi?" tanya Charlotte.

"Ya." Lelaki itu mengerutkan dahinya. "Kenapa?"

"Suara awak kedengaran seperti awak berada jauh sikit... Awak tinggi ke?"

Lelaki itu semakin berkerut kemudian membesarkan matanya. "Wow! Awak benar-benar bagus dalam meneka."

"Jadi... Awak yang paling tinggi antara semua?" gadis itu merasa lebih selesa apabila Penculik 5 selesai mengikat rambutnya.

"Bukan." Lelaki itu menjawab. Dia menarik satu kerusi sebelum duduk di atasnya. "Tapi saya tinggi lah juga."

Charlotte mengangguk. "Suara awak kedengaran... Sedikit garau atau besar."

Penculik 5 mengukir senyuman. "Itu kelebihan saya."

Gadis itu hanya ketawa. Dia tidak mahu menyuarakannya tapi apa yang lelaki itu katakan benar.

"Awak tahu tak..." lelaki itu menarik nafas panjang. "Mereka bercakap pasal awak."

"Benda yang tak baik ke?" Charlotte bertanya, agak risau sedikit mengenai hal itu yang dia sendiri tidak tahu kenapa.

"Tak lah." Lelaki itu ketawa kecil. "Ia pasal awak yang macam langsung tak takut dengan kami."

"Sebab kamu semua langsung tak buatkan saya takut." Gadis itu membalas membuatkan penculik itu tergelak kecil. "Adakah awak pun ada crush dengan salah satu dari kamu?"

Lelaki itu terkedu seketika mendengar soalan yang agak tiba-tiba itu. "Maaf. Apa awak cakap?"

"Well, hampir daripada semua orang yang dah menjaga saya ada crush dengan salah seorang dari kamu." Gadis itu mengangkat bahunya. "Kecuali Penculik 4. Dia memang nafikan sekeras-kerasnya."

Lelaki itu hanya menarik nafas panjang. "Saya ada seorang."

"Siapa?"

"Bukannya awak tahu dia siapa pun." Penculik 4 mengangkat bahunya. "Eh, kejap. Dia dah bertugas jaga awak."

"Yakah?" Charlotte merasa lebih bersemangat entah kenapa. Mungkin ini sesuatu yang baru baginya.

"Ya. Dia orang yang ketiga rasanya."

"Yang suka makan ayam goreng tu ke?"

"Ya." Penculik 5 mengangguk. "Tapi bukan dia yang paling saya rapat lah. Cuma crush sikit je."

"Ah..." gadis itu mengangguk.

"Saya sangat rapat dengan orang yang paling bising antara kami."

"Yang suka menyanyi kuat dan buat lawak malam-malam tu ke?" tanya Charlotte. "Suara dari luar tu kuat sangat."

"Ya. Oh, saya nak tanya sesuatu."

"Apa dia?"

"Antara semua yang dah jaga awak..." Penculik 5 menarik nafas panjang. "Siapa yang paling awak suka?"

"Mmm..." gadis itu berfikir seketika. "Saya suka bergaul dengan orang yang menjaga sebelum awak ni. Tapi... Saya pilih yang suka ayam goreng tu."

"Nampaknya kita minat orang yang sama." Lelaki itu tersengih.

"Dia belikan saya makanan." Selamba Charlotte memberi sebabnya.

"Tapi dia dah ada crush dengan orang lain."

"Banyak betul crush kamu ni."

"Sangat banyak." Ujar lelaki itu.

"Adakah kamu semua... Er... Gay?" gadis itu tidak tahu sama ada itu soalan yang sensitif. "Atau crush macam tu je."

"Saya tak tahu." Lelaki itu membalas, tidak mempunyai jawapan yang pasti. "Kami semua pernah ada girlfriend sebelum ni. Malah, ada yang masih ada juga sampai sekarang. Tapi kalau crush kami tu ada kekasih, kami rasa cemburu juga."

"Sangat rumit."

Penculik 5 hanya ketawa.

"Beritahu saya cerita lucu pasal awak."

"Cerita lucu?"

"Macam yang Penculik 4 beritahu, kamu selalu main satu permainan untuk pilih siapa yang akan mengemas... Macam mana kamu semua main 'Truth Or Dare' sampai ada yang berbogel."

Lelaki itu tersengih sedikit. "Mmm... Ada sekali ni... Kami main bola sepak sama-sama. Saya punya lah semangat sampai saya tendang muka salah seorang dari mereka."

Kenyataan itu membuatkan Charlotte tergelak.

"Lepas tu dia dah tak ajak saya main bola lagi."

Selepas itu, Penculik 5 menambah banyak lagi cerita yang membuatkan gadis itu ketawa terbahak-bahak sampai lah dia tertidur. Suara orang yang bising menyanyi di luar itu masih kedengaran. Penculik 5 pula sudah lena dibuai mimpi. Dengkurannya kedengaran. Charlotte masih lagi memikirkan keadaannya. Tiba-tiba rasa rindu dengan abang-abangnya.

"Oppa, I miss you guys..."



A/n: I'm backkkkk. Huh... Penat je kebelakangan ni. Entah lah. Banyak masalah melanda. Anyway... Korang rasa siapa ni? Penculik 5. hehe. Leave me your answer. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top