Chapter 6 - Penculik 3
Bab 6
PENCULIK 3
Sudah hampir tiga jam. Charlotte benar-benar keletihan walaupun dia tidak melakukan apa-apa. Keadaan itu membuatkan otot-ototnya kebas. Badannya terasa sakit dan lenguh. Dia tidak mampu teus berada dalam posisi itu lagi. Berada dalam keadaan itu sepanjang hari untuk dua hari berturut-turut seperti satu hukuman.
Charlotte segera mengangkat kepalanya apabila terdengar bunyi pintu bilik itu dibuka. Memandangkan dia tidak dapat melihat apa yang terjadi, dia hanya mampu mengesan dari bunyi pergerakan di suatu tempat. Bermakna ada seseorang yang telah masuk ke situ. Tapi siapa dia? Adakah dia Penculik 2 memandangkan lelaki itu melarikan diri dari situ dan masih belum kembali sehingga sekarang.
"Awak okey?" Satu suara yang kedengaran tenang bertanya.
"Adakah awak..." Gadis itu berfikir seketika sambil cuba mengenal pasti suara itu. "Lelaki yang bagi sarapan pada saya pagi tadi?"
"Bukan." Lelaki itu membalas masih dengan nada yang tenang. "Saya orang yang lain."
Gadis itu mengangguk. Maknanya mereka dah bertukar orang. Lagipun, loghat daripada lelaki yang datang pagi tadi masih sudah tidak kedengaran lagi.
"Awak okey?" Sekali lagi lelaki itu bertanya. "Awak nampak penat."
"Apa awak rasa jika awak duduk kekal dalam posisi yang sama selama 24 jam?"
"Maaf." Lelaki yang sudah dilabelkan sebagai Penculik 3 itu menggumam.
Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa. Penculik 3 kelihatan lebih teragak-agak berbanding yang lain. Memandangkan gadis itu juga duduk diam tidak bercakap, dia juga tidak tahu hendak berbuat apa. Charlotte pula seperti hanyut dalam mindanya sendiri. Dia segera teringat dengan abang-abangnya. Segala emosinya kembali.
"Ada apa-apa yang awak nak cakap?"
Charlotte tersentak apabila merasakan ada tangan yang memegang bahunya – lagi. Itu adalah kali keempat lelaki itu berbuat demikian.
"Awak memang suka meletakkan tangan kat bahu orang kan?"
"Maaf." Penculik 3 menggumam lagi sebelum mengalihkan tangannya. "Memang sifat saya macam ni. Maaf."
"Tak apa." Gadis itu mengeluh perlahan. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia masih lagi merasa lemah.
"Awak takutkan Ta – lelaki yang beri awak sarapan pagi tadi ke?"
Charlotte hampir terlupa matanya ditutup sebab dia mengangkat untuk berpaling ketika suara itu kedengaran.
"Maksud saya... Awak buat sesuatu yang buat dia ketakutan ke?"
"Saya nak bergurau je." Selamba Charlotte membalas.
"Kalau awak nak tahu... Dia menangis hampir sejam tadi."
Gadis itu terkedu seketika. "Menangis?"
Lelaki itu mengangguk walaupun dia tahu bahawa gadis itu tidak akan mampu melihatnya.
"Saya hanya bergurau je sebenarnya." Gadis itu menggumam perlahan. "Saya tak berniat nak takutkan dia macam tu."
"Dia memang tak boleh kalau pasal benda-benda seram ni." Penculik 3 membalas sambil memandang ke luar tingkap – di mana dia berdiri saat ini. "Tapi tak apa lah. Kr – maksud saya salah seorang dari kami dah tenangkan dia. Dia satu-satunya yang boleh buat macam tu."
Charlotte mengerutkan dahinya. Ini adalah kali kedua dia menangkap lelaki itu hampir mendedahkan nama salah seorang dari mereka. Yang pertama 'Ta' dan yang kedua 'Kr'. Dan jika dia tidak silap, Penculik 2 juga hampir menyebut 'Kr' sebelum dia melarikan diri daripada bilik itu.
"Adakah awak penakut macam dia juga?"
"Saya?" ulang lelaki itu sambil berlegar-legar di ruangan bilik itu. "Saya tak lah penakut. Tapi saya pun tak juga berminat dengan benda-benda seram ni. Kalau mereka menonton cerita seram, biasanya saya akan masuk bilik dan tidur je. Tapi mereka tu mesti akan kacau saya untuk membuatkan saya bengang. Tapi saya bukan penakut. Saya cuma tak minat."
Gadis itu mengangguk. "Jadi apa yang awak suka buat? Membaca...? Atau berjalan-jalan?"
"Dulu saya suka main permainan video. Tapi sekarang dah tak mampu."
"Dan hobi awak juga suka meletakkan tangan di bahu orang." Charlotte memberi komen apabila dia merasakan ada tangan yang diletakkan di bahunya sekali lagi.
"Maaf." Penculik 3 menggumam sebelum melarikan tangannya sekali lagi. "Saya dah biasa buat benda ni dengan yang lain. Memandangkan di sini hanya awak je yang ada, saya terbuat pula benda ni dengan awak.
"Apa lagi yang saya boleh tahu pasal awak?" Gadis itu bertanya lagi tanpa sebab. Dia sengaja melanjutkan perbualan untuk mengelak dia kebosanan sendiri di dalam bilik itu. Ini lebih baik.
"Saya suka gigit bibir." Lelaki itu menjawab jujur itu.
Charlotte mengangguk sebelum keadaan menjadi sunyi sepi lagi. Masing-masing sudah tidak tahu hendak berkata apa.
"Hei..." Penculik 3 bersuara sambil menarik nafas panjang. "Ada apa-apa yang awak nak makan ke? Mereka akan keluar nanti. Boleh saya pesan pada mereka untuk belikan awak sesuatu."
"Entah." Gadis itu membalas ringkas. Dia segera teringat masa Penculik 1 bertanya jika ada apa-apa yang gadis itu mahukan dan ia tidak dapat ditunaikan. "Apa yang awak cadangkan untuk saya?"
Lelaki itu berfikir seketika. "Coklat? Dulu saya suka sangat makan coklat. Mungkin sebab tu saya berkulit gelap antara kami semua."
"Awak berkulit gelap?" Gadis itu bertanya.
Lelaki itu mengangguk walaupun dia tahu benda itu tidak berguna.
"Biasanya mereka mengejek saya pasal benda ni. Tapi sejujurnya, saya tak kisah sangat."
Charlotte tersengih mendengar pengakuan itu.
"Atau awak nak makan ayam goreng?" lelaki itu bertanya lagi. "Saya sangat suka ayam goreng. Nanti saya beritahu mereka untuk belikan awak."
"Saya tak kisah."
Keadaan menjadi sunyi sepi lagi. Sebelum Charlotte memecahkan kesunyian.
"Boleh saya mandi?"
"Mandi?" ulang lelaki itu.
Gadis itu mengangguk. "Saya janji saya takkan buat apa-apa. Saya cuma nak mandi dan bersihkan diri. Saya dah tak selesa."
"Saya tahu." Penculik 3 mengukir senyuman. "Yang lain macam ada cakap pasal hal ni."
"Saya rasa kamu semua bercakap pasal saya kat belakang tanpa pengetahuan saya kan?" Charlotte memberi kenyataan sambil tersenyum sinis.
"Awak sangat comel untuk kami tidak akan bercakap pasal awak."
Gadis itu segera tergamam apabila mendengar komen lelaki itu. Ia terlalu jujur dan ini membuatkan hatinya berdebar. Tidak pasti sama ada lelaki itu hanya menyakatnya. Badan Charlotte memberi reaksi pantas apabila dia merasakan ikatan tangannya dibuka.
"Saya akan bawa awak ke bilik mandi."
Charlotte mengangguk sebelum berdiri. Kakinya terasa kebas membuatkan dia lemah. Jika bukan kerana berpaut pada tangan lelaki itu, sudah pasti dia akan terjatuh. Langkahnya dibuka perlahan-lahan dengan kaki yang masih terketar-ketar. Mujur Penculik 3 membantu perjalanannya.
"Nampaknya awak akan ambil masa yang lama dalam bilik mandi." Lelaki itu bersuara apabila melihat keadaan gadis itu yang lemah. "Awak perlu rehatkan diri awak lagi."
Charlotte menggolekkan bebola matanya. Tapi dia tidak kisah. Sekurang-kurangnya mereka memberi kebenaran untuk dia membersihkan diri. Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu. Kedengaran suara sayup-sayup berdekatan situ membuatkan dia menggerakkan kepalanya cuba mendengar.
"Hei... Bagi saya baju awak dan tuala yang bersih." Penculik 3 mengarahkan sesuatu secara tiba-tiba.
"Kenapa baju saya pula?"
Charlotte tersentak seketika. Ada seseorang yang berada berdekatan mereka dan dia langsung tidak perasan.
"Dah awak yang paling kecil antara kita semua." Penculik 3 menjawab selamba. "Dan tolong bawa tuala bersih sekali."
Charlotte dapat mendengar suara seseorang mendengus dengan kuat sebelum derapan kaki berlalu pergi.
"Saya tak rasa dia nak pinjamkan baju dia pada saya."
"Jangan risau." Penculik 3 tersengih. "Dia adalah orang yang paling saya sayang dan dia takkan pernah marah pada saya."
"Sayang?"
"Sayang." Lelaki itu tersengih lagi.
"Nah!" satu suara di belakang mereka kedengaran.
"Terima kasih, sayang." Penculik 3 mengenyitkan matanya.
Gadis itu dapat mendengar dengan jelas lelaki yang membawa tuala dan pakaian itu menggerutu.
"Awak boleh masuk sekarang." Penculik 3 membuka pintu bilik mandi itu. "Saya akan tunggu di sini. Dan pakai ikatan mata awak bila awak keluar nanti."
Charlotte hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
A/n: Hah! Ni kalau korang tak dapat teka jangan cakap korang peminat EXO. Ni satu-satunya yang mana clue untuk dia sorang je. Memang pelik kalau korang salah teka. Hahaha. Saya bagi clue yg basic2 je. Tak tau nak bagi mana. Anyway, leave me your answer. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top