Chapter 5

Bab 5


Yunho membaling telefon bimbit yang dipegangnya itu dengan kuat ke dinding menyebabkan ia hancur berderai. Panggilan yang baru sahaja dimatikan sebentar tadi benar-benar mengundang kemarahannya.

"Tak guna!"

"Saya dah cakap dengan budak ni." Jaejoong menggumam dengan giginya yang diketap kuat. "Dia memang degil. Suka sangat jalan sampai lewat malam. Sekarang tengok apa dah jadi!"

"Apa yang mereka akan buat dengan dia?" Junsu memandang yang lain dengan pandangan yang risau. "Dia tu perempuan dan... Penculiknya adalah lelaki. Takut mereka akan buat macam-macam pula."

"Awak nak buat saya tambah marah ke?" Yunho memekik sambil merenung adiknya itu tajam.

"Well, saya pun marah!" Junsu membalas dengan nada yang sama.

"Okey... Guys, tolong bertenang semua." Yoochun mencelah dengan nada yang tenang. "Benda dah jadi. Kita tak boleh nak buat apa."

"Bertenang awak cakap?!" Yunho membentak. "Awak benar-benar suruh kita bertenang ke?!"

"Habis tu awak nak buat apa?" Yoochun mengangkat keningnya. "Tak ada sesiapa yang nak benda ni jadi."

"Tak boleh ke awak risau sikit?" Jaejoong menyampuk. "Adik perempuan kita satu-satunya dah kena culik."

"Semua tolong diam boleh tak?!"

Keadaan menjadi sunyi dengan jeritan Changmin. Yunho hanya terus-menerus merenung lantai. Cuba menahan mulutnya untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Kepalanya dirasakan seperti hendak meledak pada bila-bila masa sahaja. Jaejoong hanya mampu menahan bengang. Junsu memandang semua di situ satu-persatu. Yoochun hanya mengeluh perlahan.

"Gaduh macam ni tak akan menyelesaikan masalah." Ujar Changmin. "Kita kena bagi duit tu kalau nak selamatkan dia. Lima ratus ribu bukannya banyak."

"Ya." Junsu menarik nafas panjang. Dia bersetuju dengan cadangan itu. "Nanti... Lima ratus ribu je?"

Serentak Yunho dan Jaejoong mengangguk sebab hanya mereka berdua yang bercakap dengan penculik itu.

"Menculik hanya untuk lima ratus ribu?" Junsu mengulang cuba untuk memproses maklumat itu.

"Jumlah tu yang mereka minta." Jaejoong mengangkat bahunya. Baginya, Charlotte lebih penting. Bukan wang.

"Pelik." Gumam Junsu.

"Okey..." Changmin memandang ke arah Yunho yang masih tidak membuka mulut. "Jangan panik sangat. Saya tak rasa orang yang menculik dia ni bahaya sangat."

"Apa yang buat awak yakin dengan benda tu?" Yunho mengangkat keningnya dengan nada yang serius.

Changmin memandang lelaki itu dengan selamba. "Lima ratus ribu? Seriously? Kalau nak menculik macam tu bukan nak minta benda sikit. Mereka pun tahu pasal kita. Mesti minta lebih."

Yunho hanya memandang lelaki itu tidak membalas.

"Lagipun, saya boleh rasa dia gementar masa bercakap dengan kami tadi. Dia agak takut." Changmin menyambung. "Saya tak rasa mereka memang biasa buat kerja-kerja macam ni."

Yunho mendengus perlahan. "Saya harap awak betul."


A/n: Amboiii. Bertuah pula budak charlotte ni. Dah lah kena culik oleh EXO. Dapat abang TVXQ pula. Kau ada?? Hahaha. Ini pendek je. Nanti kita jumpa Penculik 3 k. Jangan risau. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top