Chapter 4 - Penculik 2

Bab 4


Charlotte terjaga dari tidurnya yang dirasakan baru sekejap sahaja apabila terdengar suara orang terjerit-jerit dari luar pintu. Dia berusaha sedaya-upaya untuk membetulkan kedudukannya dalam keadaan itu. Meregang-regangkan otot yang mana hanya berjaya pada bahagian leher sahaja.

"Kami akan beri dia balik! Sediakan duit!"

Charlotte berhenti melakukan apa yang ingin dia lakukan. Dia mengelipkan mata yang masih ditutup itu.

"Sediakan duit lima ratus ribu dalam masa lima hari dan dia akan kembali dengan selamat!"

Keadaan menjadi senyap selepas itu. Pada pendapat gadis itu, talian sudah pun diputuskan.

"Awak tak minta lebih dari tu kan?" suara seorang lelaki memecahkan kesunyian di luar.

"Saya hanya minta jumlah yang kita perlu."

"Bagus."

"Hei... Giliran siapa jaga dia?" suara yang lain lagi bertanya.

"Saya."

"Apa yang awak tunggu lagi? Pergi sana."

Charlotte menarik nafas panjang. Ini adalah masa dia bertemu dengan Penculik 2. Sekali lagi, dia meletakkan nama itu dalam mindanya untuk memudahkan mereka semua dibezakan.

TOK! TOK!

Kedengaran bunyi ketukan pintu sayup-sayup sebelum ia dibuka. Seseorang melangkah masuk.

"Tunggu saya ke?"

Charlotte mengangkat keningnya. Dia dapat memastikan ada sedikit lain dari segi lelaki ini bercakap. Ada loghat yang berbeza daripada yang biasa. Ia hampir sukar difahami, bagaimanapun bahasa masih bahasa yang sama digunakan. Hanya itu yang mampu dia simpulkan pada permulaan.

"Saya bawa sarapan untuk awak."

Gadis itu tersentak seketika apabila dia merasakan kehadiran seseorang yang duduk di sebelahnya. Bagaimanapun, tiada apa yang keluar dari mulutnya. Mengangguk juga tidak. Bukan kerana mulutnya ditutup yang mana itu tidak berlaku. Gam tap dimulutnya sudah ditanggalkan semalam oleh Penculik 1 untuk memudahkan dia bernafas semalaman terutama masa tidur.

"Awak okey?"

"Badan saya rasa kebas." Jawab gadis itu ringkas.

"Yakah?" lelaki yang sudah dinamakan sebagai 'Penculik 2' oleh gadis itu bertanya lagi. "Saya akan buka ikatan kaki dan tangan awak tapi... Janji jangan buka ikatan mata awak ya."

"Baiklah." Gadis itu menjawab dengan penuh semangat. Dia perlu menggerakkan badannya.

Lelaki itu segera melakukan apa yang dia janjikan tanpa teragak-agak seolah-olah dia yakin dengan gadis itu. Charlotte terus meregangkan ototnya. Cuba untuk mengembalikan tenaganya.

"Ingat... Jangan buka..."

"Saya tak akan. Saya janji." Gadis itu memintas.

Penculik 2 hanya mengukir senyuman. "Okey... Ni sarapan awak. Awak perlu makan dulu."

"Dalam keadaan mata saya tertutup?" gadis itu mengangkat keningnya.

"Sandwich je kot." Lelaki itu menarik tangan Charlotte sebelum meletakkan sandwich itu di tangannya.

Charlotte terkedu seketika apabila tangan itu menyentuhnya. Amat lembut. Seolah-olah tidak mampu untuk menyakiti sesiapa. Tapi kenapa mereka melakukan ini? Menculiknya seperti itu.

Dia menyedarkan dirinya sendiri sebelum lebih hanyut dalam khayalannya sendiri. Dia mesti sedar. Mereka adalah penjenayah. Tapi, tangan itu lebih lembut daripada tangan Penculik 1.

"Awak boleh makan. Nanti saya bagi awak air." Lelaki itu bersuara dengan nada yang ramah.

Charlotte merasakan loghat yang lain daripada percakapan lelaki itu adalah comel. Walaupun pelik, tapi ia comel. Dan dia suka mendengarnya. Dia segera menggigit sandwich yang diberikan padanya itu. Serta-merta air mukanya berubah. Keningnya terangkat dengan mata yang terbuka luas walaupun tidak kelihatan.

"Sandwich ni... Sangat sedap! Mana awak dapat?"

Penculik 2 tergelak kecil. Dia sememangnya menjangka ayat itu keluar dari mulut gadis itu. "Sedap kan? Mama yang buat."

"Mama?" gadis itu mengulang. "Ibu awak ada kat sini?"

Lelaki itu tersengih. "Dia sebenarnya salah seorang daripada kami. Tapi kami panggil dia 'Mama' sebab dia sentiasa masak."

"Ah..." Charlotte mengangguk sebelum kembali memakan sandwich yang tidak pernah dia rasa di mana-mana kedai sebelum ini.

"Setiap pagi dia akan buat sandwich dan hantar ke kafe untuk dijual."

"Kamu ada kafe?"

Penculik 2 menggelengkan kepalanya walaupun dia tahu gadis itu tidak akan nampak. "Kami hanya tumpang kat kafe orang. Untuk tambah pendapatan."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Gadis itu mula rasa simpati dengan kehidupan mereka. Sudah pasti penculikan itu satu perkara yang salah. Tapi dia tahu mereka terdesak. Bukan atas dasar suka-suka.

"Ini minumannya." Lelaki itu meletakkan secawan kopi dengan penuh berhati-hati di tangan Charlotte setelah dia selesai makan.

"Beritahu 'Mama, awak yang saya sangat suka sandwich buatannya." Gadis itu mengukir senyuman manis sebelum menghulur kembali cawan kopi tadi setelah meminumnya.

"Saya akan sampaikan." Jawab lelaki itu.

Keadaan menjadi sunyi sepi sekali lagi. Charlotte bergerak sedikit tidak begitu selesa. Seolah-olah dia sedang diperhatikan.

"Awak tak merenung saya kan?"

Kedengaran suara lelaki itu tersengih. "Awak sangat comel untuk saya tidak merenung awak."

Charlotte hampir menggolekkan bebola matanya.

"Saya mesti ikat awak semula." Penculik 2 bersuara simpati.

"Tak boleh ke saya kekal macam ni?" gadis itu cuba untuk memujuk. Dia sudah tidak mahu diikat. Pergerakannya menjadi sangat terhad dan itu membuatkan dia benar-benar lemah.

"Okay..." lelaki itu menarik nafas panjang setelah berfikir. Dia juga kasihan dengan gadis itu. "Saya hanya akan ikat kedua-dua tangan awak. Kaki awak tu saya akan biar dilepaskan macam tu."

Charlotte berfikir seketika. Sama ada dia perlu memujuk lagi untuk memberi dua-dua kebebasan yang dia perlukan atau tidak. Bagaimanapun begitu lebih baik. Takut jika dia mendesak, dia akan kembali pada posisi asal.

"Okay."

Dengan persetujuan itu, kedua-dua tangan Charlotte kembali diikat. Kakinya pula bebas digerakkan. Lelaki itu kembali dengan aktiviti merenung gadis itu seperti apa yang dia lakukan tadi.

"Awak renung saya lagi kan?" gadis itu bertanya.

"Saya tak tahu nak buat apa." Selamba Penculik 2 menjawab.

"Beritahu saya pasal diri awak."

"Mana saya boleh buat macam tu."

"Beritahu apa yang boleh je." Balas gadis itu. "Tak perlu beritahu secara mendalam atau maklumat penting.

"Saya... Um... Tinggi..."

"Paling tinggi antara kamu semua?" pintas gadis itu.

"Tak." Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Ada yang lebih tinggi dan saya benar-benar cemburu."

"Mesti dia kacak kan?"

"Ya. Dia memang kacak." Lelaki itu mengangguk langsung tidak membantah semula. "Majoriti dari kami memang cemburu dengan kekacakannya. Dia nampak sempurna. Dan... Dia juga yang paling saya rapat."

Gadis itu mengangguk berminat dengan fakta itu.

"Saya juga sangat benci perkara atau cerita seram. Saya tak tahu kenapa benda tu wujud dalam dunia ni."

Charlotte mengangkat keningnya. "Kenapa pula?"

"Saya tak suka lah."

"Awak pernah dengar cerita menakutkan pasal rumah yang awak tinggal sekarang ni tak?" tanya gadis itu tiba-tiba.

"Tak! Dan saya tak nak tahu."

"Semalam saya dengar satu bunyi pelik..."

Kata-kata Charlotte terhenti apabila satu tangan mencengkam lengannya. Dia dapat merasakan ada tubuh yang bergerak mendekatinya. Dia tahu, lelaki itu kini ketakutan membuatkan dia tersenyum sinis.

"Saya dengar bunyi perempuan ketawa mengilai dengan kuat."

"Tapi... Mana ada perempuan tinggal kat sini selain dari awak!" lelaki itu menjerit benar-benar ketakutan.

"Sebab tu lah pelik." Gadis itu menambah. "Ia memang menakutkan. Kalau awak dengar..."

"Kr... Hyung!!!" Penculik 2 menjerit dengan kuat sebelum bunyi derapan kaki kedengaran. Lelaki itu berlari keluar dengan pantas meninggalkan gadis itu di situ sendirian lagi.

Charlotte ketawa terbahak-bahak. Merasa keseronokan menakutkan Penculik 2. Dia segera menarik nafas cuba untuk mengawal diri. Kenapa dia terperangkap dengan penculik-penculik yang pelik? Mempunyai perangai yang benar-benar di luar jangkaan. Penculik 1 nak jadi vampire. Penculik 2 pula penakut. Entah bagaimana pula yang seterusnya.


A/n: Ini yang paling senang. Tak tau lah kalau korang tak dapat teka. Jelas lagi nyata perangai siapa ni. Hahaha. Tak nak cakap banyak. Nak baca feedback je nanti. Leave me your answer. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top