Chapter 38

Bab 38



Kris merebahkan dirinya di sofa setelah selesai mandi selepas pulang dari kerja bersama Chanyeol. Chanyeol pula sudah duduk di sofa berhadapan dengannya sambil berbual dan ketawa dengan Baekhyun.

"Dah lama kita tak pergi tengok wayang sama-sama kan?" Chanyeol bersuara sambil berfikir seketika.

Baekhyun mengerutkan dahinya sebelum menoleh memandang Chanyeol. "Saya dah cakap saya tak kisah kan. Saya tahu macam mana susah keadaan kita sekarang. Lagipun, kita ada tv kat rumah. Kita boleh tengok wayang kat sini je."

Chanyeol hanya tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tahu. Tapi, saya rasa kadang tu nak juga bawa awak keluar."

Baekhyun turut tersenyum. "Ya. Tapi, kita masih sibuk kan sekarang ni? Tak apa. Saya cuma perlukan awak ada kat sini je kalau saya pulang ke rumah."

"Minggu depan saya ambil cuti sehari." beritahu Chanyeol. "Saya nak bawa awak keluar boleh kan?"

Senyuman Baekhyun semakin lebar. "Mesti lah boleh."

"Tch!" Kris mendengus kuat selepas memandang pasangan itu berbual. "Kamu buat saya rasa macam nak demam."

"Oh, tolong lah, Kris." Chanyeol segera ketawa. "Awak kena biasakan diri."

Kris menggolekkan bebola matanya. "Apa-apa pun..." Dia berpaling memandang Suho yang duduk di sebelahnya dari tadi hanya berdiam diri. Matanya lelaki itu tertutup rapat. Akan tetapi, dia bukannya tidur. Kris menyigungnya. "Hei! Apa kena dengan awak?"

Suho menggelengkan kepalanya dengan mata yang masih terpejam. "Tak ada apa."

Kris menggolekkan bebola matanya lagi. "Tolong jangan buat saya tergelak sebab awak tak pandai menipu. Beritahu je lah."

Suho menarik nafas panjang kemudian membuka matanya dan memandang Kris. "Tak ada apa-apa lah, Kris."

"Betul ni?" Kris mengangkat sebelah keningnya. Jelas dia masih tidak percaya apa yang Suho katakan.

"Ya." Suho membetulkan kedudukannya. "Saya cuma menyampah mendengar dua orang ni bermesraan."

"Diam lah!" Baekhyun menggerutu.

"Jangan lah cemburu, Suho." Chanyeol tersengih. "Awak tu perlu beranikan diri ajak Ella tu keluar."

Suho menjeling tajam ke arah Chanyeol. "Jangan nak mengada lah."

"Oh, tolong lah, Suho." Chanyeol menggolekkan bebola matanya. "Jangan ingat kami tak tahu awak selalu pergi sana dengan alasan nak melawat Sehun. Tapi sebenarnya awak nak jumpa Ella kan?"

"Mana ada lah!!" Suho menderam.

"Apa-apa pun..." Baekhyun memandang lelaki itu. "Jangan menyesal kalau ada orang potong jalan awak dulu."

Suho menggerutu lalu memeluk tubuhnya dan bersandar di sofa.

"Macam mana dengan awak, Kris?"

Kris memandang Chanyeol. "Macam mana dengan saya?"

"Bila awak nak ada kekasih ni?" tanya Chanyeol.

Kris tersengih mendengar pertanyaan itu. "Saya tak perlukannya."

"Duh..." Baekhyun menggolekkan bebola matanya mendengar jawapan itu. "Awak nak bujang sampai tua ke?"

"Saya tak kisah." Kris hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh. "Lagipun, gadis idaman saya belum muncul lagi."

"Gadis macam mana yang awak idamkan?" Suho bertanya.

"Seorang gadis yang sangat berkarisma."

Suho mendengus mendengar jawapan itu lalu berdiri pantas. "Saya dah malas nak dengar. Saya ke dapur dulu. Tengok apa yang Kyungsoo masak untuk makan malam."

Baekhyun, Chanyeol dan Kris hanya memandangnya berlalu pergi. Suho berjalan memasuki dapur. Bagaimanapun, langkahnya terhenti di pintu apabila terpandang Kyungsoo yang tengah fokus memasak. Bukan itu yang membuat Suho berhenti di situ. Tetapi Kai yang sedang duduk di meja makan. Memerhati setiap pergerakan yang Kyungsoo lakukan.

"Kai..."

Serentak Kyungsoo dan Kai menoleh memandang Suho yang sedang tersenyum kambing berjalan masuk ke dapur.

"Saya masih masak ni." beritahu Kyungsoo sambil menyambung kerjanya semula. "Saya akan panggil kamu kalau dah siap."

Suho menoleh memandang Kai dengan senyuman sinis. "Kai. Awak sepatutnya tolong Kyungsoo. Bukan memerhatikan dia."

"A - apa??" Kai membesarkan matanya.

Kyungsoo terkedu seketika. Dia berusaha untuk tidak memberi sebarang reaksi. Wajahnya bertukar merah.

"Baiklah..." Suho masih lagi ketawa sebelum berjalan pergi. "Saya nak tengok keadaan yang lain pula."

Suho meninggalkan dapur itu dengan keadaan Kai dan Kyungsoo yang masih kekok. Dia berselisih dengan Kris dalam perjalanan.

"Awak nak ke mana ni?"

"Nak pergi tengok yang lain." selamba Kris menjawab.

Suho mengangguk sambil tersenyum. Tahu apa rutin kedua-dua mereka sebagai ketua di situ. "Kalau macam tu awak lah pergi."

Kris hanya mengangkat keningnya memandang Suho yang mengubah perjalanannya menuju ke ruang tamu. Dia mengangkat bahunya sebelum kembali berjalan menuju ke tingkat atas. Dia membuka bilik yang pertama. Kelihatan Lay sedang tidur dengan tenang di katilnya. Dia berfikir seketika sama ada ingin membangunkan lelaki itu atau tidak memandangkan dia nampak letih.

"Saya biarkan awak berehat dulu." gumam Kris sendirian sebelum beralih ke bilik sebelah. Kelihatan Sehun baring di katil sambil memerhatikan Tao yang kini sedang berdiri di hadapan cermin.

"Ia nampak hodoh!" Tao merungut sambil membetulkan jaket yang dipakainya.

"Yang hodoh tu awak." komen Kris. "Bukan jaket tu."

"Kris!!" Tao menghentakkan kakinya.

Kris hanya ketawa. "Awak nak keluar ke?"

"Saya ada temujanji malam ni." jawab Tao dengan wajah penuh kerisauan.

"Wuoh..." Kris membuat mimik muka terkejut. "Mengejutkan. Saya harap dia tak reject awak kat first date macam yang sebelum-sebelum ni."

Tao hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum memandang cermin sekali lagi. "Saya pergi dulu. Wish me luck!"

Kedua-dua lelaki itu hanya memandang Tao berjalan pergi sebelum Kris kembali memandang Sehun.

"Luhan masih belum pulang?"

Sehun menggelengkan kepalanya sebelum mengeluh perlahan. "Dia ada syif malam hari ni."

Kris hanya mengangguk sebelum merenung lelaki itu tajam. "Awak dah buat keputusan ke?"

"Keputusan apa?" Sehun mengerutkan dahinya.

"Pasal tu lah." Kris mengangkat bahunya. "Pasal awak, Xiumin dan budak Charlotte tu."

Sehun menarik nafas panjang. "Ya. Saya akan bercakap dengan Xiumin nanti. Saya harap dia akan terima keputusan saya macam sebelum ni.

Kris hanya mengangguk. "Saya harap semuanya akan baik-baik saja. Dan awak buat keputusan yang betul."

"Saya harap macam tu."

Kris menarik nafas panjang sebelum menutup pintu bilik Sehun. Dia perlu membiarkan lelaki itu berfikir sendiri. Dan kini dia berdiri di bilik yang hujung. Ketika dia membuka pintu bilik itu, kelihatan Xiumin sedang berdiri berdekatan tingkap sambil memandangnya.

"Hai, Kris."

"Hai." Kris membalas sebelum berjalan masuk dan duduk di kerusi. "Apa yang awak buat? Masih berfikir?"

Xiumin hanya tergelak kecil. "Tak. Saya bukan berfikir."

"Bukan??" Kris mengangkat keningnya.

Xiumin menggelengkan kepalanya. "Bukan."

"Kenapa tak?"

"Saya dah buat keputusan pun." beritahu Xiumin. "Ingat tak?? Saya cuma tunggu keputusan mereka."

Kris hanya mengukir senyuman. Dia tahu Xiumin lebih matang dalam hal-hal sebegitu. Dan dia tahu lelaki itu akan membuat keputusan yang terbaik.

"Saya dah bersedia." gumam Xiumin.

Kris menarik nafas panjang sebelum mengangguk. "Saya harap semuanya akan baik-baik saja untuk kamu."

"Ya." Xiumin mengangguk bersetuju.

"Tapi kan..." Kris memandang sekeliling. "Mana Chen? Saya nampak dia pulang dari kerja tadi."

"Dia keluar."

"Ke mana?" Kris mengangkat keningnya.

Xiumin hanya mengangkat bahunya. "Saya tak tahu. Dia cakap ada sesuatu yang dia nak buat."

Kris mengangguk.

"SEMUA!!! MAKAN MALAM DAH SIAP!!!" jeritan Kyungsoo bergema di setiap sudut rumah itu.

Kris dan Xiumin berpandangan seketika sebelum ketawa bersama-sama.

"Suara Kyungsoo macam taufan. Bergegar satu rumah." ujar Kris.

Xiumin masih lagi cuba menahan ketawa. "Ya."

"Dah jom." Kris bingkas bangun. "Nanti dia menjerit lagi sekali."

"Ya. Jom."


_______________________________________

A/n: As promiseeeeee. Akhirnya dpt update. Hehehehe. Hah. Yg ni kira bonus part. Bg member lain pun ada scene jgk. Hehehe. Jgn lupa komen tau. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top