Chapter 37

Bab 37



Charlotte duduk di beranda biliknya seorang diri dimalam yang dingin itu sambil mendongak memandang ke langit. Fikirannya benar-benar penuh dengan banyak perkara yang mengganggu. Dia tidak boleh berhenti memikirkan perbualannya dengan Xiumin tempoh hari. Dia juga hampir lupa bahawa dia mempunyai masa lalu dengan lelaki itu.



"Baiklah..." perempuan dengan badan yang lebih tinggi dan besar itu bersuara selepas menolak Charlotte jatuh ke tanah. "Saya dengar awak suka dengan Sehun... Beraninya awak nak pada dia?"

"Bu - Bukan..."

"Diam!!" perempuan itu membentak lagi sambil menarik rambut Charlotte. "Awak fikir awak siapa??"

"Saya tak..." Charlotte mengerang kuat. Air matanya tidak dapat berhenti mengalir. "Saya tak ada niat-"

"Baiklah..." perempuan itu memintas. "Dah terlambat." Dia menoleh untuk melihat dua perempuan lain di belakangnya. "Pegang dia! Dia mesti terima hukuman!"

"Tidak!!" Charlotte merayu. "Jangan!!"

Dua lagi perempuan yang lain memegangnya erat membuatkandia sukar untuk bergerak atau melakukan apa sahaja.

"Kita perlu koyakkan pakaian dia dan ambil gambar lepas tu kita sebarkan ke seluruh sekolah." perempuan tinggi itu menyeringai.

"Tidak!! Tolong... Jangan..." Charlotte menangis teresak-esak.

"LEPASKAN DIA!!"

Semua mereka menoleh serentak. Seorang lelaki tampan berdiri tidak jauh dari situ memandang mereka dengan wajah yang marah.

"Pergi dari sini sebelum saya laporkan pada pengetua!!" ugut lelaki itu.

Perempuan tinggi lampai itu memandang dua perempuan lain yang ada di situ sebelum berlalu pergi. Mereka sempat lagi menghantar jelingan maut pada Charlotte.

"Awak okey ke?" Lelaki itu bertanya sambil menyelubung baju seragamnya di badan Charlotte kerana pakaian seragam gadis itu sudah terkoyak sedikit.

"Sa - saya okey." Charlotte masih lagi teresak.

"Tak apa." Lelaki itu membantunya untuk berdiri. "Jangan risau."

"Terima kasih." Charlotte menggumam.

"Tak ada masalah. Saya Xiumin. "

"C - Charlotte."



Charlotte tersenyum sendirian mengingati semula saat itu. Setelah itu, mereka menjadi kawan. Sangat akrab. Walaupun Xiumin adalah senior, dia sentiasa bersikap baik pada semua orang. Dia juga pelajar yang cerdas dan pintar. Semua guru sangat menyenanginya. Sehun, sebaliknya, popular dalam kalangan pelajar. Dia masih ingat saat pertama kali lelaki itu bercakap dengannya.



Charlotte memeluk erat buku nota yang didekatkan di dadanya. Dia berdiri di hujung bangunan itu sudah selama setengah jam setelah makan tengahari bermula. Dia sedang mengintai sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang. Sehun sedang duduk di bawah pohon besar sambil mendengar ipodnya. Dia ingin memberikan surat yang ditulis kepada lelaki itu hari ini juga tidak kira apa pun.

Malangnya, kakinya tersadung batu besar yang dia sendiri tidak perasan ia berada di situ. Dia jatuh tersungkur ke tanah dengan jeritan yang kuat. Buku notanya melayang entah ke mana dan begitu juga dengan surat yang dia selitkan di dalam buku itu.

"Aduh!" Charlotte mengerang kesakitan sambil cuba duduk perlahan-lahan. "Tak guna punya batu! Kenapa awak ada-"

"Awak okey ke?"

Charlotte mengeras di tempat dia duduk. Dia dapat merasakan renjatan elektrik mengelilingi tubuhnya.

"Hei..."

Mata Charlotte terbeliak luas apabila lelaki itu muncul di hadapannya dari belakang. Sehun! Oh Sehun yang bercakap dengannya saat ini. Lelaki itu melutut untuk memandang Charlotte dengan lebih teliti.

"Awak okey ke ni?"

Charlotte hampir tersedak air liurnya sendiri ketika mata mereka saling bertentangan. Dengan jejaka tampan itu!

"Apa ni?"

Mata Charlotte menjadi lebih besar apabila dia terpandang Sehun yang kini memegang surat yang sepatutnya dia berikan kepada lelaki itu.

"Itu saya punya!!" Charlotte menyambarnya dengan pantas.

Sehun hanya tersenyum. "Apapun. Saya Sehun."

"C - Ch - Charlotte."



Charlotte memejamkan matanya setelah mengimbas kenangan itu. Mengingat kembali bagaimana dia menyimpan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia menulis surat setiap hari, tetapi, tidak satu pun daripada surat-surat itu diberikan pada Sehun. Setelah kejadian itu, Sehun mula memberikan senyuman setiap kali melihat gadis itu. Jika ada kesempatan, dia akan bercakap dengan Charlotte. Akan tetapi, tiada seorang pun dari mereka yang memulakan langkah. Sehingga suatu hari, Xiumin memulakan langkah terlebih dahulu.



"Saya suka pada awak, Charlotte."

Charlotte merasakan semua benda di sekeliling mereka terhenti seketika. Xiumin memandangnya dengan wajah penuh keyakinan. Tetapi malangnya, tiada apa yang dapat dia lakukan. Xiumin hanyalah seorang kawan di matanya. Kawan baik dan ia tidak lebih daripada itu.

"Saya suka awak sejak pertama kali saya melihat awak."

Charlotte membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu. Akan tetapi, tiada yang keluar dari mulutnya. Tiada sama sekali.

"Tak mengapa." Xiumin berusaha mengukir senyuman. "Awak tak perlu beri jawapan sekarang. Saya akan tunggu."

Xiumin berpaling untuk berjalan pergi.

"Tunggu!!"

Langkah lelaki itu terhenti. Dia tidak menoleh, Sebaliknya kekal berada di posisi itu dengan hanya belakangnya menghadap Charlotte.

"Sa - saya minta maaf."

Xiumin memejamkan matanya. Dia tahu ini akan berlaku. Dia sudah bersedia menghadapinya.

"Saya suka pada Sehun. Saya minta maaf, Xiumin. " Charlotte bersuara dengan nada yang sayu. "Awak hanya seorang kawan pada saya."



Charlotte menderam sendirian memikirkan hal itu. Dia ingin sahaja menampar dirinya sendiri atas keputusan yang dia lakukan. Kini, karma telah datang kepadanya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bahkan, dia tiada peluang untuk bercakap dengan Xiumin selepas kejadian itu kerana lelaki itu sudah menjarakkan dirinya sehingga dia tamat sekolah.

"Sepertinya awak sedang menghadapi masalah lain lagi."

Charlotte melompat sedikit ketika suara itu menyapanya. Dia amat terkejut melihat kesemua abangnya berada di beranda itu.

"Kami datang ke sini awak tak perasan." Changmin menyakat adiknya itu. "Nampak dah jadi macam kebiasaan awak tak sedar apa jadi di sekeliling awak."

Charlotte hanya menggolekkan bebola matanya.

"Awak dah jumpa dengan lelaki tu ke?" Tanya Yoochun dengan tenang ketika dia berdiri berhadapan dengan Charlotte.

Charlotte menarik nafas panjang sebelum mengangguk.

"Kalau macam tu, kenapa awak macam tak gembira?" Junsu mengerutkan dahinya.

Charlotte berdiam diri seketika. "Kami ada masa lalu yang pahit."

"Masa lalu yang pahit??" ulang Jaejoong. "Apa maksud awak?"

"Dia adalah senior yang pernah luahkan perasaan pada saya dulu. Tapi, saya saya tolak sebab saya suka orang lain."

Semua mereka saling berpandangan sesama sendiri mendengar kenyataan itu.

"Dan orang yang saya suka masa tu pun adalah salah seorang daripada mereka." Charlotte menambah.

"Wuoh..." Changmin menarik nafas panjang. "Ini kisah yang sangat tragis."

"Kalau macam tu..." Jaejoong memandang gadis itu. "Adakah dia menolak awak pula sekarang?"

"Bukan macam tu..." Charlotte mendengus perlahan. "Tapi... Dia nak saya buat keputusan yang betul untuk ini."

"Apa yang dia buat tu betul, Charlotte." Yunho bersuara setelah lama berdiam diri. "Awak perlu buat keputusan yang betul."

"Saya tak tahu apa yang perlu saya buat." Charlotte mendengus lagi.

"Ikut apa hati awak cakap." ujar Yunho. "Biasanya, saat kita jatuh cinta... Hati kita lah yang selalu membuat keputusan yang betul."

"Tapi..." Jaejoong menyampuk. "Dia masih kena berjumpa dengan kami dulu. Itu tak berubah."

Charlotte menggolekkan bebola matanya.

"Sebenarnya..." Yoochun berfikir seketika. "Kita perlu jumpa semuanya. Semua penculik tu kena jumpa kita."

"Fikirkan lagi." Yunho mengusap kepala adiknya itu. "Saya tahu awak dah tahu apa yang awak nak."

Charlotte tersenyum kemudian mengangguk.


____________________________________________

A/n: Yang ni a very simple chapter la. Utk bagi moment2 lalu muncul dulu. So, at least ada bayangan dah sikit. Nnt kalau dpt sy akan cuba update chapter seterusnya hari ni jugak k. Just keep giving me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top