Chapter 36
Bab 36
Luhan dan Kris berpandangan sesama sendiri setelah Xiumin selesai menceritakan semuanya kepada mereka. Kedua-dua mereka kehilangan kata-kata untuk memberi apa-apa komen. Xiumin memandang mereka. Menunggu untuk mereka mengatakan sesuatu. Akan tetapi, tiada yang dapat dikeluarkan.
"Okey..." Kris mengelipkan matanya. "Ini sangat rumit."
"Tapi, Xiumin..." Luhan memandang lelaki itu. "Ini jelas menunjukkan yang awak tu lah lelaki yang dia cari selama ini. Itu jawapannya paling ketara."
"Tapi, dia tak tahu ada Sehun dalam kalangan kita." Xiumin membalas.
Luhan tidak berkata apa-apa lagi. Terlalu sulit untuk dia memberi komen.
"Apa yang dia cakap lepas awak suruh dia balik dan berfikir?" Kris memandang Xiumin dengan wajah serius.
"Dia tak cakap apa-apa." Xiumin menarik nafas panjang. "Dia nampak dalam keadaan bercelaru."
Luhan dan Kris berpandangan lagi.
"Jadi, sekarang ni..." Xiumin mengangkat bahunya. "Tunggu je lah keputusan dia."
"Macam mana kalau dia pilih Sehun?" Luhan mengangkat keningnya.
"Saya dah kena tolak sebelum ni, Lu..." beritahu Xiumin. "Saya tak rasa kali kedua akan berbeza."
Luhan hanya memandangnya dengan wajah yang sayu.
"Macam mana kalau dia pilih awak?" Tanya Kris pula.
Xiumin tidak segera menjawab. "Entah lah."
"Awak mesti fikir pasal benda ni juga..." Kris memandang lelaki itu serius. "Kalau dia betul-betul nak kan Sehun... Dia takkan teruskan untuk cari awak."
Xiumin tidak memberi balasan.
"Dia akan berhenti mencari dan teruskan pilih Sehun... Ataupun dia boleh cakap Sehun lah orangnya." Sambung Kris. "Tapi dia datang ke sini bertanya pasal awak macam orang terdesak.."
Xiumin membesarkan matanya.
"Awak rasa apa maksudnya??" Kris mengangkat kening dengan wajah yang serius. "Kalau saya lah kan... Saya tak akan buang masa buat fikiran saya bercelaru."
"Buat pertama kali Kris mengatakan sesuatu yang betul. Saya setuju dengan apa yang dia cakap. " Kata Luhan sambil memandang Xiumin.
"Apa maksud awak pertama kali??" Kris merenung lelaki berwajah cantik itu tajam.
Luhan hanya tersengih sebelum kembali memandang Xiumin dengan wajah serius. "Jadi... Apa pendapat awak?"
Xiumin hanya mendengus perlahan sambil berfikir seketika. "Saya tak tahu. Kalau dia pilih Sehun... Saya akan bersedia."
"Macam mana kalau dia pilih awak pula?" Tanya Luhan lagi.
Xiumin tidak dapat menjawab soalan itu. Bukan dia tidak mahu atau tidak gembira mengenainya.
"Awak risaukan Sehun kan?"
Xiumin memandang Luhan tanpa sebarang balasan. Hanya matanya yang memberitahu sesuatu pada lelaki itu.
"Sehun bukan lagi budak kecil, Xiumin." Kris mendengus.
"Saya tahu..." Xiumin menggumam. "Tapi kamu pun tahu macam mana dia suka dengan gadis tu. Kami pun dah pernah bergaduh pasal perkara ni sebelumnya."
"Itu dah lama dulu, Xiumin." Luhan menderam. "Dia dah jadi lebih matang sekarang daripada sebelum ni."
"Jangan risau." Kris mengukir senyuman. "Kalau Charlotte pilih awak... Sehun masih ada Luhan."
Luhan menjeling ke arah lelaki itu. "Saya bukanback-up plan."
"Dia dah bahagia kalau awak je yang tinggal, Lu." Kris membalas.
Luhan menggolekkan bebola matanya sebelum kembali memandang Xiumin. "Saya rasa lebih baik kalau awak bercakap dengan dia dulu."
Xiumin mengangkat keningnya sedikit.
"Dia ada kat biliknya." Luhan memberitahu. "Awak boleh bercakap dengan dia. Jadi, keputusan awak juga akan jadi semakin jelas. "
Xiumin menarik nafas panjang kemudian mengangguk. Dia berdiri dari tempat duduknya sebelum berjalan menuju ke bilik Sehun. Dia tidak teragak-agak untuk mengetuk beberapa kali sebelum membuka pintu. Kelihatan Sehun sedang baring di atas katilnya sambil memandang siling.
"Xiumin..."
Xiumin memberikan senyuman yang teragak-agak. "Boleh kita bercakap?"
Sehun segera duduk. "Ini pasal Charlotte ke?"
Xiumin mengangguk tanpa berselindung. Dia tahu Sehun lebih matang sekarang berbanding dulu. Jadi, dia tidak akan teragak-agak untuk membincangkannya.
"Apa pendapat awak pasal dia?"
"Hah??" Sehun mengerukan dahinya. "Apa maksud awak?"
"Kita dah pernah bercakap pasal benda ni dulu..." Xiumin menarik nafas panjang. "Awak sangat marah masa tu."
Sehun tergelak kecil. "Nampak sangat saya tak matang masa tu."
Xiumin hanya tersenyum. "Jadi??"
Sehun menarik nafas dan berfikir seketika. Dia masih lagi teringat saat pertama kali dia bercakap dengan gadis itu. Sehingga suatu hari dia dapat melihat betapa comel dan baiknya gadis itu. Membuat hatinya berdebar. Saat dia mengetahui bahawa Xiumin menyukai gadis yang sama, dia sangat marah dan pulang ke rumah untuk bergaduh dengan lelaki itu.
Sehun menutup pintu yang dibukanya dengan kuat setelah pulang dari sekolah membuatkan Kris dan Suho yang duduk di ruang tamu terkejut. Dia langsung tidak peduli memgenai kedua-dua lelaki itu dan terus sahaja menuju ke bilik Xiumin.
"Kita perlu bercakap!!" tegas Sehun setelah menghempas pintu bilik itu dengan kuat.
Xiumin, yang sedang duduk di kerusi hanya memandangnya dengan dahi yang berkerut. "Bercakap pasal apa?"
"Jangan berlagak macam awak tak tahu!!"
"Turunkan nada suara awak, Sehun!!" Xiumin membentak.
"Awak suka dengan Charlotte kan??"
Xiumin terkedu serta-merta apabila mendengar kenyataan itu. "Siapa yang beritahu awak pasal ni??"
"Itu bukan jawapan yang saya nak!!" Sehun menempik.
"Siapa yang beritahu awak?!!" Xiumin menggesa dengan nada yang semakin meninggi.
"Saya dengar dia bercakap dengan kawan dia yang awak luahkan perasaan awak pada dia dan dia bercelaru!!"
Xiumin terdiam.
"Beraninya awak..." Sehun memandang Xiumin tidak percaya. "Beraninya awak buat macam ni?? Awak tahu yang saya suka dia!! Dan awak pergi luahkan perasaan awak pada dia sekarang. Kenapa tak dari dulu lagi??!"
"Apa yang awak kisah? Dia dah tolak saya!!!" Xiumin membentak kuat. "Semuanya dah berakhir!! Awak satu-satunya lelaki yang dia suka!! Jadi, awak tak perlu risau!!"
Sehun tersentak tanpa dia sedari. Dia berusaha untuk menenangkan dirinya pada ketika itu.
"Sudah lah, Sehun..." Xiumin menurunkan nada suaranya semula sambil menarik nafas panjang. Mengelak dari memandang wajah lelaki itu. "Saya dah putus asa. Dia tak akan pandang saya. Dan saya tak akan berada diperantaraan awak berdua."
Sehun tidak membalas. Dia masih berusaha menenangkan fikirannya.
"Keluar." Xiumin duduk semula di kerusinya. "Saya tak nak berjumpa dengan sesiapa sekarang ni. Jadi, tolong... Keluar."
Sehun menggelengkan kepalanya cuba membuang ingatan itu dari mindanya. Dia menyesal kerana bergaduh sebegitu sekali dengan Xiumin walaupun mereka berbaik semula beberapa hari kemudian. Tetapi, pada akhirnya tiada apa yang dapat dia lakukan dengan Charlotte. Kedua-duanya tidak berkata apa-apa tentang perasaan masing-masing antara satu sama lain.
"Saya tak tahu, Xiumin..."
Xiumin memandang Sehun.
"Ya... Saya suka dengan dia sebelum ni." Sehun mengaku. "Dan masih ada sedikit perasaan tu sekarang. Tapi... Saya keliru."
"Keliru tentang apa?" Xiumin mengerutkan dahinya.
"Saya rasa awak tahu sebabnya." Sehun menarik nafas panjang. "Saya hanya perlu fikirkan semuanya lagi."
"Awak tahu tak, Sehun..." Xiumin mendengus lembut. "Tidak semuanya kita kena tunggu. Kadangkala, kita kena mula bertindak dulu."
Sehun tidak membalas.
"Saya takkan berdebat pasal ni lagi dengan awak." ujar Xiumin jujur. "Saya dapat hadapinya dulu. Mungkin kali ni pun sama. Kalau dia betul-betul pilih awak, tolong hargai. Jangan sia-siakan macam sebelum ni."
Sehun menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tahu. Dia tidak tahu apa yang diinginkan oleh hatinya. Sama ada masih sama atau tidak
"Saya akan hormati setiap keputusan yang awak buat."
"Macam mana dengan awak, Xiumin?" tanya Sehun. "Apa keputusan awak??"
"Saya dah ada keputusan sejak dulu lagi dan ia tak pernah berubah." Xiumin hanya tersenyum. "Saya tunggu je apa yang jadi."
Sehun mengangguk faham. Dia perlu membuat keputusan. Dia perlu melakukannya. Dia perlu berfikir dan mencari apa yang sebenarnya ada di dalam hatinya.
__________________________________________
A/n: Hah?? Korang rasa mcm mana? Nak bg Sehun dengan Charlotte ke atau Xiumin dengan Charlotte? Mana satu? Huhuhu. Dah tak lama nak habis ni. Ada beberapa bab lagi. So, jgn lupa bg feedback.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top