Chapter 35

Bab 35



Kai melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu. Dia memandang sekali imbas ke arah Kyungsoo yang seperti kurang senang dengan kehadirannya di situ. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu berperangai seperti itu sejak kebelakangan ini. Jangan salah faham. Mereka tidak bergaduh. Kyungsoo masih bercakap senyum dan memasak untuknya. Tapi, sepertinya lelaki kecil itu agak gementar.

"Awak ada kat rumah?" Kai duduk berhadapan dengan Kyungsoo.

Lelaki itu hanya mengangguk sambil memandang Baekhyun sekali imbas tanpa tujuan. Lelaki yang satu ini hanya sibuk membaca surat khabar.

"Mana Sehun dan Xiumin?" tanya Kai lagi.

"Sehun pergi berbelanja dengan Chanyeol." balas Kyungsoo. "Beli barang-barang dapur sikit. Xiumin masih membantu Ella di kafe. Kami sepatutnya kerja setengah hari je hari ni."

Kai mengangguk.

"Hei..." Kris muncul dari dapur sambil membawa segelas air. Dia masih lagi memakai baju bengkelnya. "Mana Suho? Saya nak bagi dia duit untuk bayar bil-bil bulan ni."

"Suho masih bekerja." Baekhyun melipat surat khabar yang dibacanya kemudian memandang Kris. "Duit tu cukup tak?"

"Saya rasa lah." Kris mengangkat bahunya. "Kami dah kerja keras untuk cover semua bil bulan ni."

"Kalau macam tu bagus lah." Kyungsoo memandang Kris. "Saya tak nak kamu kerja lebih masa lagi."

Kris hanya tersenyum. "Baiklah, mama!"

Kyungsoo hanya menjeling ke arahnya.

"Gurau je lah." Kris mengangkat bahu dengan wajah suci.

TOK! TOK! TOK!

Serentak semua mereka berpaling memandang ke pintu kemudian saling berpandangan antara satu sama lain.

"Siapa tu?" Baekhyun bertanya.

"Mungkin yang lain kot." Kai meneka.

"Serius??" Kris mengangkat keningnya. "Awak fikir orang yang tinggal di rumah mereka sendiri akan mengetuk pintu ke?"

Kai menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Saya akan buka." Baekhyun segera berdiri kemudian berjalan untuk membuka pintu.

"Hai!"

Baekhyun terkejut ketika melihat orang yang berdiri di muka pintu itu. Begitu juga dengan yang lain. Charlotte tersenyum manis dengan wajah suci.

"Awak..." Baekhyun mengukir senyuman. "Apa yang awak buat kat sini?"

"Saya rasa awak patut pelawa dia masuk dulu." ujar Kai.

"Oh, masuklah." Baekhyun membuka pintu seluasnya. Charlotte melangkah masuk ke rumah itu tanpa ragu-ragu.

"Apa yang awak buat kat sini, princess?" usik Kris.

"Saya... Er..." Charlotte berfikir seketika. "Saya nak..."

Kris, Kai, Kyungsoo dan Baekhyun berpandangan sesama sendiri. Mereka kelihatan hairan memandang gadis itu.

"Semua orang ada di rumah tal?" tanya Charlotte tiba-tiba.

"Tak."Kyungsoo menggelengkan kepalanya. "Tak semua."

"Okey." Charlotte segera tunduk kecewa.

"Kenapa, Charlotte?" Baekhyun memandang gadis itu.

"Saya nak jumpa dengan orang yang terakhir. Penculik terakhir."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Semua pandangan masih tertumpu pada Charlotte. Gadis itu hanya memandang mereka satu-persatu.

"Apa??" Baekhyun mengangkat keningnya.

"Saya dah jumpa sebelas dari kamu semua." terang Charlotte dengan tenang. "Jadi... Ini bermakna ada seorang sahaja lagi yang belum saya jumpa. Dan sekarang saya nak jumpa dengan dia."

"Okey..." Kai melirik memandang yang lain. "Macam mana kami nak tahu siapa orang yang masih belum awak jumpa?"

"Kamu tak tahu siapa yang saya belum jumpa ke?" Charlotte mengelipkan matanya.

"Kami tak pernah berbincang." Baekhyun mengangkat bahunya.

Charlotte menarik nafas panjang cuba berfikir.

"Tapi, saya rasa saya tahu siapa orang tu."

Serentak mereka semua menoleh ke arah Kyungsoo yang sedang merenung Charlotte seolah-olah dia sedang membaca sesuatu di wajah gadis itu.

Charlotte membesarkan matanya. "Awak tahu?"

"Saya rasa." Kyungsoo mengangguk. "Sebab hanya dia seorang je yang tak cakap apa-apa mengenai pengalaman berjumpa dengan awak."

Charlotte mengelipkan matanya. "Siapa dia?"

Kyungsoo memandang yang lain sebelum menarik nafas panjang. "Awak tanya lah dengan dia sendiri."

"Kat mana dia sekarang?" Tanya Charlotte agak teruja.

Kyungsoo berfikir eketika. Dia tidak tahu sama ada dia harus memberitahu gadis itu atau tidak. Tapi, dia tidak sanggup membiarkan Charlotte menderita lagi untuk mencari semuanya. Dia memandang yang lain sekali imbas kemudian kembali memandang Charlotte. "Pergi ke kafe yang selalu awak datang. Awak akan jumpa dia di sana."


*


Xiumin berjalan keluar dari bilik belakang sambil membawa beberapa kotak. Bosnya, Ella masih sibuk mengira sesuatu di kaunter.

"Jadi..." Xiumin memandang gadis itu. "Awak masih rasa nak tambah menu baru dalam senarai?"

Ella mendengus perlahan. "Saya tak tahu. Apa pendapat awak?"

"Saya pun tak tahu." Xiumin mengangkat bahunya sambil memandang sekeliling tempat itu. Mereka baru sahaja selesai menghias dan menambah beberapa set meja. "Awak boleh tambah... Tapi, kita perlu cari bahan-bahan untuk membuatnya. Tapi kalau awak tak tambah pun tak apa. Keuntungan kita setiap bulan masih tinggi. "

Ella mendengus lagi. "Saya akan fikirkan lagi."

"Baiklah." Xiumin mengangguk.

"Excuse me?"

Ella memandang ke belakang Xiumin. Xiumin turut berpaling memandang siapa pemilik suara itu. Dia benar-benar terkejut apabila terpandang Charlotte berdiri di situ teragak-agak. Dia berusaha untuk mengawal riak mukanya.

"Maaf..." Ella bersuara sambil tersenyum. "Kami tak buka sekarang."

"Saya tahu." Charlotte turut tersenyum kemudian memandang ke arah Xiumin.

Xiumin tidak bersuara dan masih mengekalkan riak wajahnya. Mereka berdiam diri seketika dengan mata mereka saling berpandangan. Ella hanya berdiri di situ dalam keadaan bingung. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku tetapi memutuskan untuk tidak bertanya. Charlotte kelihatan seperti hendak menangis pada bila-bila masa sahaja. Dan Xiumin pula dapat mempertahankan riak mukanya.

"Boleh saya bercakap dengan awak?" Charlotte memecahkan kesunyian dan ketegangan di antara mereka.

Xiumin memandang Ella seperti meminta kebenaran.

"Tak ada masalah." Ella hanya tersenyum. "Semuanya dah selesai pun. Saya akan habiskan pengiraan ni sebelum pulang. Yang lain dah okey."

Xiumin menarik nafas panjang dengan wajah yang serius memandang Charlotte. "Pergilah duduk di mana-mana meja kat sana. Saya akan datang."

Charlotte tidak membantah. Dia berlalu pergi dan duduk di salah satu meja secara rawak di situ. Selepas beberapa minit, Xiumin muncul sambil membawa dua gelas sebelum meletakkan satu di hadapan Charlotte dan satu lagi di arah bertentangan sebelum duduk di situ.

Charlotte memandang gelas kaca itu. Dia sangat mengenalinya. "Mocha Caramel Milkshake."

Xiumin hanya memandangnya.

"Macam mana awak tahu saya suka minuman ni?" Charlotte memandang lelaki itu.

"Awak tu pelanggan tetap kat sini, Charlotte." Xiumin mengangkat bahunya. "Anda selalu pesan benda yang sama."

Charlotte tersenyum mendengar jawapan itu. "Macam mana awak tahu nama saya?"

Xiumin terkedu seketika. Dia tidak tahu bagaimana untuk menutupi kesalahan kecil itu sebab dia tidak pandai menipu. Jadi, dia memutuskan untuk tidak berkata apa-apa.

"Awak kenal saya..." Charlotte memandang lelaki itu.

"Saya senior awak kat sekolah menengah."

Charlotte mendongak memandang lelaki itu. Saat ini baru dia sedar. Memang benar. Dia adalah seniornya. Dia ingat lelaki itu. Tapi, dia kelihatan berbeza sekarang.

"Apa yang awak nak cakap?" Xiumin bertanyalagi. Dia sebenarnya ingin lari dari keadaan kekok itu.

Charlotte masih tidak mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu. "Awak salah satu penculik saya kan?"

Xiumin kelihatan tidak terkejut. Dia hanya memandang gadis itu.

"Penculik 9."tambah Charlotte. "Siapa nama awak?"

Xiumin tidak segera menjawab. Dia hanya memandang Charlotte dengan wajah serius sebelum menarik nafas panjang. "Xiumin. Nama saya Xiumin."

Charlotte mengukir senyuman manis. Dia gembira. Tidak. Dia lebih daripada gembira. Dia tidak dapat mengawal dirinya daripada tersenyum.

"Awak dah jumpa ke orang yang awak cari?" Tanya Xiumin tiba-tiba.

"Ya." Charlotte mengangguk. "Saya dah jumpa."

Xiumin mendengus kuat. "Bagus lah kalau macam tu."

"Orang itu adalah awak, Xiumin."

Xiumin terkedu sekali lagi. Dia hampir tersedak air liurnya sendiri tetapi berjaya mengawal pada reaksinya. "A - apa?? Saya??"

Charlotte mengangguk.

Xiumin ketawa tiba-tiba. "Jangan menipu saya, Charlotte. Saya tahu awak suka pada Sehun sejak sekolah menengah."

Charlotte tidak begitu terkejut dengan kenyataan itu.

Xiumin mengangkat keningnya. "Padahal saya luahkan perasaan pada awak dulu tapi awak tolak sebab awak suka pada Sehun."

Kali ini, giliran Charlotte pula yang terkedu. Dia membesarkan matanya memandang lelaki itu. Dia sudah lupa mengenai perkara itu. Sekarang, dia baru teringat. Lelaki itu pernah meluahkan perasaan padanya di sekolah menengah.

"Sa - saya..."

"Jadi... Orang tu mesti Sehun kan?" Xiumin mengukir senyuman tawar.

Charlotte berdiam diri seketika. Dia memandang Xiumin sayu. "Ya... Memang dia sehingga lah awak menjaga saya malam tu."

Xiumin segera terdiam. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Dia tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Saya tak tahu apa yang awak dah buat pada saya, Xiumin..." Charlotte menggigit bibirnya. Berusaha untuk tidak menangis. "Awak mengubah semuanya."

Xiumin memalingkan mukanya. Dia tidak mampu untuk melihat wajah gadis itu. Ya, memang benar. Dia suka pada gadis itu sejak sekolah menengah lagi. Malah, sejak sebelum gadis itu jatuh cinta pada Sehun. Dia mengumpulkan semua keberanian untuk meluahkan perasaannya. Dan ketika dia melakukannya, gadis itu sudah jatuh cinta pada Sehun dan hanya mampu menolaknya.

Xiumin tidak pernah menyesal. Disamping itu, dia juga merasa lega kerana dia mengambil peluang yang ada walaupun hasilnya tidak seperti apa yang dia harapkan. Dia cuba meneruskan hidup dengan melupakan gadis itu. Akan tetapi, dia tidak mampu. Dia tidak pernah berjaya. Dan dia berputus asa. Walaupun pertemuan dengan gadis itu untuk pertama kalinya selepas sekolah menengah hampir membuat hatinya bergelora. Semuanya masih sama. Ia pasti Sehun.

Xiumin tidak pernah berdendam memgenai perkara itu. Bukan salah sesiapa jika kita tidak dapat memiliki orang yang kita inginkan. Tapi, dia perlu memutuskan apa yang terbaik untuk dirinya. Iaitu meneruskan hidup.

"Kenapa awak fikir saya nak sangat tengok muka awak malam tu?"

Xiumin kemabli memandang Charlotte.

"Masa saya cuba untuk menggapai..." Charlotte bersuara lagi. "Dan cuba menanggalkan penutup mata saya. Apa yang awak rasa saya rasakan?"

"Awak masih tak tahu siapa kami-"

"Kenapa awak fikir saya teruskan mencari awak kalau saya masih suka pada Sehun??" Charlotte memintas. "Kenapa saya tak berhenti?"

Xiumin kehilangan kata-katanya.

"Awak..." Charlotte menarik nafas sedalam-dalamnya cuba untuk menenangkan dirinya. "Awak..." Dia memandang Xiumin. "Awak tak suka pada saya kan?"

Xiumin menarik nafas panjang. "Bukan macam tu."

"Jadi kenapa??"

"Charlotte..." Xiumin memandang gadis itu. "Terlalu banyak perkara yang perlu awak fikirkan untuk membuat keputusan yang besar macam ni. Serius saya cakap, kalau awak pilih saya, saya tak akan pernah lepaskan awak! Tak akan! Tidak pada Sehun atau orang lain!"

Charlotte ternganga mendengar luahan itu.

"Saya cuma tak nak awak menyesal." Xiumin cuba mengawal nada suaranya. "Sekarang... Awak pergi balik... Fikirkan semula dan kembali dengan keputusan awak yang sebenar. Sebab masa tu nanti, awak dah tak boleh patah balik."


_______________________________________________


A/n: Okey la. Sbb ada yg DM nak jugak biar aku update la. Tp jgn la bagi dry sgt ruang komen tu ek. Komen la sikit2. Komen korang nak bg idea pun boleh. Asal happy la aku nampak ada respon sikit. Dah tahu skrg ni kan sapa yg Charlotte cari2. Huhu. Anyway, selamat membaca.

> VOTE  & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top