Chapter 33
Bab 33
Kyungsoo menjalankan tugasnya seperti biasa di kaunter hadapan. Dia menunggu pelanggan yang keluar dan masuk ke situ. Sehun dan Xiumin pula bertugas di dapur. Dia tidak banyak mengeluh walaupun dia tidak suka bekerja di bahagian depan. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa mengenai itu. Hanya dia seorang saja pekerja berada di situ saat ini. Dan dia perlu melakukannya.
Dia menemani Kai sepanjang masa semalam. Mereka akhirnya tidur di ruang tamu bersama Suho dan Kris. Apa yang peliknya, Kai tidak begitu sedih seperti yang mereka jangkakan. Dia berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.
"Hai, Kyungsoo."
Riak wajah Kyungsoo berubah apabila mendengar suara itu. Dia kenal betul siapa pemiliknya. Amanda, bekas kekasih Kai yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum dengan seorang lelaki tampan berada di sisinya.
"Awak..." Itu sahaja yang keluar dari mulut Kyungsoo. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak senang berjumpa dengan gadis itu.
"Awak cari meja kosong untuk kita." Amanda memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. Lelaki itu tidak membantah dan terus sahaja berjalan pergi.
"Kekasih baru ke?" Kyungsoo mengangkat keningnya. "Oh lupa. Dia dah lama jadi kekasih awak."
Riak muka Amanda tidak berubah sama sekali. "Dengar ni, Kyungsoo... Saya tahu awak benci tengok saya sekarang ni."
Kyungsoo hanya mendengus.
"Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya buat semua ni pada Kai."
"Oh, ya..." Kyungsoo memeluk tubuhnya. "Apa alasannya? Pastikan ia benar-benar kukuh supaya saya tak benci awak."
Amanda menarik nafas panjang dan berfikir seketika. "Macam mana saya nak bersama dengan lelaki yang sama sekali tak mencintai saya??"
Kyungsoo berkerut mendengar kata-kata gadis itu.
"Bahkan, Kai tak pernah mencintai saya." tegas Amanda. "Jadi, macam mana awak rasa perasaan saya selama ni?? Sangat Sakit."
"Kenapa awak boleh cakap macam tu?!" marah Kyungsoo. "Kai mencintai awak."
Amanda segera ketawa mendengar kenyataan itu. "Macam mana dia boleh mencintai saya tapi asyik bercakap pasal orang lain??"
"Orang lain??" Kyungsoo mengerutkan dahinya.
"Dia asyik bercakap pasal awak je, Kyungsoo."
Kyungsoo terkejut mendengar kenyataan itu.
"Kyungsoo ini, Kyungsoo itu... Semuanya pasal Kyungsoo!" beritahu Amanda. "Semuanya hanya pasal awak."
"Awak cemburu dengan saya?" tanya Kyungsoo. "Dia mungkin risau pasal saya je sebab kami dah macam adik-beradik."
"Kalau macam tu kenapa dia asyik cakap pasal awak seorang je?" Amanda bertanya lagi. "Yang lain tak. Saya tak pernah dengar nama lain kecuali awak!"
Kyungsoo tidak dapat membalas.
"Dahlah, Kyungsoo..." Amanda menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya. "Saya tahu ia kedengaran gila. Tapi, saya rasa dia mencintai awak."
"T - tapi..."
"Saya tahu." pintas Amanda. "Anda bukan suka lelaki, dan begitu juga dia. Kamu cuma dah rasa macam keluarga. Tapi, saya dapat rasa, Kyungsoo. Macam mana awak boleh buat dia tersenyum. Macam mana awak dapat mengawalnya dan macam mana dia menolak semua orang kecuali awak."
Kyungsoo hanya terdiam kaku.
"Mungkin awak boleh bincang dengan pasal hal ni." Amanda mengangkat bahunya. "Saya tahu salah saya sebab menipu dia. Tapi, salah dia juga sebab tak berpisah dengan saya masa dia cuma memikirkan awak. Saya harap awak dapat jawapan untuk semua ini. Saya minta maaf."
Amanda terus sahaja berjalan pergi dari situ. Kyungsoo masih lagi cuba memproses apa yang baru sahaja dia dengar.
"Hai, saya nak kopi panas."
Kyungsoo memandang pelanggan yang memesan minuman itu. Bagaimanapun, matanya terbuka luas. Charlotte berdiri di situ sambil tersenyum.
"Awak nampak sangat terkejut tengok saya." Charlotte tersenyum sinis memandangnya. "Awak kenal saya ke?"
"Err... Sa - saya..."
Charlotte hanya tersenyum. "Saya tahu awak kenal saya. Saya dah dengar suara awak masa awak bercakap dengan gadis tadi tu."
Kyungsoo memandang Amanda sekali imbas yang mana seorang pelayan sedang mengambil pesanan mereka.
"Dan saya juga dengar nama Kai disebut."
Kyungsoo memejamkan matanya seketika.
"Jangan risau." Charlotte mengangkat kedua-dua tangannya. "Saya tak akan buat apa-apa. Saya tak akan ungkit kisah lalu."
Kyungsoo hanya mampu memandang Charlotte.
"Yang saya nak tahu adalah..." Charlotte masih lagi tersenyum. "Siapa nama awak, Penculik 10? Atau awak lebih suka dipanggil 'Mama'?"
Kyungsoo hanya mampu menghela nafas. "Saya Kyungsoo."
"Saya tahu." Charlotte tersengih. "Saya dengar perempuan tadi tu panggil awak. Tapi, saya nak dengar awak sendiri yang sebut."
Kyungsoo hanya tergelak dan menggeleng perlahan. "Apa yang awak buat kat sini? Awak tahu saya kat sini?"
Charlotte menggelengkan kepalanya. "Saya cuma haus je. Saya tak berniat mendengar perbualan awak dengan perempuan tadi."
"Kenapa saya tak perasan awak ada kat sini?" Kyungsoo mengerutkan dahinya.
"Sebab badan saya kecil dan terlindung di belakang perempuan tadi."
Kyungsoo hanya ketawa kecil. "Awak masih teruskan misi mencari?"
Charlotte hanya tersipu malu. "Kenapa lah kamu semua tahu pasal ni?"
"Apa yang awak harapkan??" Kyungsoo membulatkan matanya. "Kami akan menyimpan rahsia antara satu sama lain?"
Jadi, itu bermakna lelaki yang dia cari itu mesti tahu mengenainya. Charlotte segera ternganga. "Oh, tidak!!"
Kyungsoo hanya tersenyum. "Jelas bukan saya orangnya. Jadi, tinggal dua orang lagi awak belum jumpa."
Charlotte tidak berkata apa-apa. Kalau lah dia tahu yang sebenarnya kedua-dua orang yang tinggal belum ditemui berada di belakang saat ini. Kyungsoo langsung tidak berkata apa-apa mengenai itu. Dia juga mahu gadis itu mencari mereka sendiri.
"Apa-apapun..." Charlotte kembali memandang Kyungsoo. "Terima kasih pinjamkan baju. Saya tahu saya pakai baju awak."
Kyungsoo hanya tersenyum manis. "Tak ada masalah."
"Hei, Soo. Awak boleh rehat di belakang kejap. Saya akan ganti awak kat sini. Awak boleh-"
Suara itu terhenti apabila dia muncuk dari belakang lengkap dengan pakaian seragam lengkap. Kyungsoo dan Charlotte memandangnya.
"Awak..." Charlotte membesarkan matanya memandang lelaki itu.
Lelaki yang muncul itu hanya berdiri kaku.
"Okey, saya pergi dulu." Kyungsoo tersenyum sinis sebelum masuk ke bahagian belakang. Meninggalkan kedua-dua orang itu saling bertentang mata.
"S-Sehun?"
Lelaki itu tunduk seketika sebelum mengangguk. "Ya, saya. Hai, Charlotte. Lama tak jumpa."
Charlotte masih lagi dalam keadaan terkejut. Mulutnya ternganga tidak mampu ditutup lagi.
"Awak okey ke?" tanya Sehun ketika duduk di tempat Kyungsoo duduk sebentar tadi.
"S - saya..." Charlotte kehilangan kata-katanya. "Macam mana... Nanti! Suara awak. Maksudnya... Awak salah seorang..."
"Ya, Charlotte." Sehun memintas.
"Oh my God." Charlotte menepuk dahinya. Dia langsung tidak tahu hendak berkata apa mengenai ini. Macam mana dia boleh tidak perasan suara lelaki itu? Lelaki yang dia pernah kenali. Lelaki yang pernah disukainya!
"Awak macam tak gembira jumpa saya." Sehun memandang gadis itu.
"Kenapa awak tak beritahu saya?!" Charlotte kelihatan marah.
"Apa yang nak saya cakap??" Sehun membela dirinya. "Hello, Charlotte. Saya Sehun. Orang yang pernah satu sekolah dengan awak. Macam tu??"
Charlotte masih kehilangan kata-katanya.
Sehun mendengus perlahan. "Dengar ni... Saya minta maaf, Charlotte. Saya tak nak benda ni jadi. Saya tak nak jadi kat awak."
"Awak ke yang cadangkan saya pada yang lain?" tanya Charlotte. "Maksud saya... Untuk diculik?"
"Tak." Sehun menggelengkan kepalanya. "Bukan saya. Saya akan halang kalau saya tahu itu awak. Tapi... Mereka dah tangkap awak masa tu."
Charlotte tidak membalas. Dia bersyukur lelaki itu tidak menghalang untuk dia diculik. Mereka berdua adalah sebaya dan Charlotte masih mengenali lelaki itu. Ini adalah kafe yang sentiasa dia kunjungi. Bukan sahaja dia. Malah, abang-abangnya turut sama.
"Saya dah beritahu awak..." Sehun bersuara lagi. "Yang saya kenal awak. Lagipun awak adalah pelanggan tetap kat sini."
"Saya tak sangka awak salah satu orangnya, Sehun." ujar Charlotte.
"Saya pun."
Charlotte menggigit bibirnya. Dia masih lagi ingat ketika mereka masih di sekolah menengah. Bagaimana dia sangat meminati lelaki ini. Sehun sangat popular. Popular dalam kalangan budak perempuan. Dia sangat manis dan tampan. Semua orang boleh jatuh cinta padanya. Walaupun begitu, Sehun langsung tidak suka pada populariti itu. Dia bukan kaki perempuan.
Dia masih lagi ingat semasa Sehun bercakap dengannya untuk pertama kali. Masa itu, Charlotte jatuh kerana ditolak oleh budak lain semasa dia berlari mengejar Sehun. Lelaki itu membantunya dan pada saat itulah jantungnya berdegup kencang buat pertama kali. Dia tidak boleh membuang lelaki itu dari ingatannya.
Selepas habis sekolah, mereka sudah tidak bertemu lagi. Charlotte sangat menyesal kerana tidak meminta apa-apa alamat perhubungan untuk dia terus berhubung dengan lelaki itu. Dia menyambung pelajarannya di universiti tempatan dan dia tidak tahu apa yang terjadi pada lelaki itu. Malah, Charlotte sudah bercinta dengan beberapa lelaki selepas itu. Tapi, dia mengaku yang dia pernah terfikir mengenai Sehun sedikit.
Apabila tamat belajar, dia kembali tinggal bersama abang-abangnya. Abang-abangnya lah yang membawanya ke kafe itu dan kini dia bertemu dengan lelaki itu lagi. Dia masih merasa gemuruh.
"Charlotte..."
"Hah??" Charlotte memandang lelaki itu.
"Awak mengelamun." komen Sehun.
"Maaf." Charlotte merasa malu.
Lelaki itu hanya tergelak kecil. "Tak mengapa."
"Nanti..." Charlotte membesarkan matanya. "Jadi, awak Penculik 7. Maksudnya, Luhan... Awak suka lelaki ke?!"
Sehun segera ketawa. "Tak. Tak adalah, Charlotte."
"Jadi..." Charlotte teringat dengan kata-kata Luhan. Yang mana mereka saling menyayangi seperti adik-beradik.
"Macam mana kehidupan awak?" tanya Sehun acuh tak acuh.
"Macam mana kehidupan awak pula??" tanya Charlotte semula.
"Saya belajar setakat sekolah menengah je." Sehun tersenyum. "Saya bekerja kat tempat lain juga sebelum saya kerja kat sini."
Charlotte hanya mengangguk. Dia masih ingat lagi yang Sehun adalah anak yatim piatu sejak sekolah. Semua orang tahu.
"Nampaknya awak masih suka bubble tea."
Sehun hanya mampu tersenyum. "Ya."
"Awak ni tak berubah langsung."
___________________________________________
A/n: Nampaknya Charlotte ada masa lalu dgn Sehun. Hehehehe. Sikit lagi nak habis. Sabar ya korang. Leave me your feedback :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top