Chapter 32
Bab 32
Charlotte menarik nafas panjang setelah berfikir sendirian agak lama. Tiga lagi. Tiga orang lagi. Orang yang dia benar-benar ingin jumpa ada dalam kalangan tiga orang ini. Tapi, kata-kata Kris tempoh hari membuatkan dia berfikir. Bagaimana jika lelaki itu tiada perasaan padanya? Bagaimana jika semua ini sia-sia?
Charlotte menggerutu sendirian. Fikirannya tidak pernah bercelaru seperti ini. Abang-abangnya juga tidak pernah membuatkannya jadi seperti ini. Apa yang akan terjadi nanti? Dia takut semuanya sia-sia.
"Tengok lah budak ni..."
Charlotte menoleh pantas. Junsu dan Changmin berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh. Sekali lagi dia tidak mendengar bunyi pintu biliknya dibuka. Dia langsung tidak perasan apa-apa.
"Awak patut berhenti mengelamun macam tu." ujar Junsu ketika dia duduk di atas katil Charlotte.
Changmin hanya berdiri di sana sambil bersandar pada meja belajar. Dia masih lagi berpeluk tubuh.
"Awak masih memikirkan pasal penculik tu ke?" tanya Junsu.
"Oppa, tolonglah..." Charlotte menderam. "Tolong berhenti panggil mereka tu penculik."
"Dah saya tak tahu nama dia." Junsu mengangkat bahunya. "Apa yang awak fikir saya akan cakap? Itu je panggilan yang boleh saya fikirkan."
Charlotte menggolekkan bebola matanya.
"Awak dah jumpa orang tu ke?" tanya Changmin.
Charlottemendengus perlahan. "Belum lagi."
"Wuoh..." Changmin membuat mimik muka terkejut. "Kisah cinta ni terlalu panjang. Entah bila nak habis."
Charlotte hanya menjeling tajam ke arahnya.
"Masih belum jumpa?" Junsu berkerut. "Tapi awak dah jumpa yang lain kan? Awak dah pergi ke rumah mereka pun."
Charlotte mengangguk. "Mereka nak saya cari sendiri orang tu. Saya dah pergi ke rumah mereka beberapa kali, tapi masih tak jumpa lelaki tu. Dia mesti tengah kerja."
"Sangat rumit kamu ni." komen Changmin membuatkan Charlotte menjeling tajam ke arahnya sekali lagi.
"Kenapa pula mereka nak awak cari sendiri?" tanya Junsu lagi.
"Kalau saya salah seorang daripada mereka..." Changmin bersuara. "Saya akan buat benda yang sama. Tak seronoklah kisah cinta ni kalau awak tak buat macam tu. Awak patut bersyukur.
Junsu ketawa sambil bertepuk tangan dengan Changmin.
"Abang berdua ni langsung tak membantu." Charlotte menderam.
"Bertenanglah, budak kecil..." Junsu cuba memberhentikan tawanya. "Bukannya kami dapat tolong apa-apa pun."
Charlotte mendengus lagi. "Mana abang-abang yang lain?"
"Yunho masih di syarikat." Junsu menjawab. "Saya tak tahu bila dia akan pulang. Yoochun di biliknya. Membaca. Jaejoong pula keluar dengan tunangnya, Aieyn."
Charlotte hanya mengangguk. "Bila Jaejoong dan Aieyn nak kahwin?"
"Mereka dah merancang." Junsu mengangkat bahunya. "Tapi Aieyn masih nak fokus pada keluarganya. Dia satu-satunya yang menjaga mereka."
Charlotte mengangguk. "Boleh tak beritahu Yunho Jangan terlalu sibuk bekerja?"
"Awak cakap pasal Yunho ke ni?" Changmin mengangkat keningnya. "Awak rasa dia akan dengar cakap kita?"
"Tunang dia sendiri pun tak cakap apa-apa."
"Kadang-kadang saya tak faham kenapa Jyra masih bersama dia." Charlotte mengangkat bahunya.
"Apa yang kita boleh cakap?" Junsu memandangnya. "Saya rasa Jyra masih bersamanya sebab dia adalah setiausaha Yunho di syarikat."
Charlotte hanya tersengih. "Awak pula, oppa..." gadis itu memandang Junsu. "Bila oppa nak bertunang dengan Miezza? Kamu dah bercinta selama hampir dua tahun. Dah lama tu."
Junsu menarik nafas panjang sambil mengangkat bahunya. "Yoochun pun masih belum bertunang dengan Lily... Kenapa pula saya perlu bertunang dulu?"
Charlotte ketawa. "Miezza masih bekerja sebagai doktor di hospital ke?"
Junsu mengangguk. "Dia sentiasa sibuk pasal kerja. Sekarang pun dia berada di hospital."
Charlotte mengangguk sebelum beralih memandang Changmin. "Macam mana dengan awak, Oppa?"
Changmin berkerut selamba. "Macam mana dengan saya?"
"Awak dan Farra..." ujar Charlotte. "Bila kamu akan bertunang?"
"Macam yang saya cakap..." Changmin mendengus lembut. "Saya tak akan bertunang. Saya akan ajak dia kahwin terus."
"Saya rasa kamu patut kahwin dulu lah, Changmin." Junsu memandang lelaki itu. "Kamu dah bercinta cinta sejak sekolah menengah lagi. Sekarang ni dia dah jadi akauntan kat syarikat awak. Jadi, tolonglah kahwin secepat mungkin."
Changmin merenung lelaki itu tajam. "Kamu tu yang patut kahwin dulu. Kamu dah 30-an. Jadi kamu kahwin dulu."
Charlotte hanya ketawa memandang mereka.
Memang benar. Changmin dan teman wanitanya, Farra sudah bercinta sejak sekolah menengah lagi dan hubungan mereka masih bertahan sehingga kini. Dia langsung tidak tahu bagaimana percintaan mereka boleh kekal sehingga hari ini. Farra kini bekerja dengan abangnya itu. Dan menurut Changmin, mereka pernah putus sebelum ini. Bagaimanapun, mereka menyambung hubungan mereka semula. Mungkin kerana mereka sangat mencintai antara satu sama lain.
Selepas mereka, Jaejoong dan Aieyn adalah pasangan yang paling lama. Mereka bertemu di kampus tapi mereka sentiasa bergaduh dan benci antara satu sama lain. Selepas itu, mereka jatuh cinta setelah habis belajar. Yunho dan Jyra pula bertemu di tempat kerja. Mereka adalah pasangan pertama yang bertunang memandangkan Yunho sentiasa serius mengenai perhubungan. Dan selepas itu, Junsu menyusul mereka. Dia dan Miezza bertemu ketika Junsu memberikan sumbangan di hospital di tempat Miezza bekerja sebagai doktor. Dan yang terakhir, Yoochun dan Lily. Mereka adalah pasangan yang paling tenang dan tidak pernah mendapat masalah.
Charlotte mendengus perlahan. Memikirkan hanya dia seorang sahaja yang masih tidak berpunya dalam keluarga itu. Dia tidak pernah merasa jatuh cinta sebelum ini dan sekarang ini pun dia masih tidak pasti sama ada dia jatuh cinta atau tidak. Ini adalah pertama kali dia menjadi gila mengenai seseorang. Dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja seperti yang diharapkan.
***
"Kami dah balik!!"
Kyungsoo, Sehun dan Xiumin melangkah masuk ke rumah. Mereka baru sahaja selesai bekerja dan terus pulang. Kelihatan Kris dan Suho duduk di ruang tamu dengan wajah yang serius. Sepertinya mereka sedang membincangkan sesuatu di situ.
"Ada sesuatu yang berlaku ke?" tanya Xiumin.
Suho dan Kris berpandangan seketika.
"Kai..."
"Kai??" serentak Xiumin, Sehun dan Kyungsoo mengulang.
"Kenapa dengan dia?" tanya Xiumin lagi.
"Kami tak tahu." Suho mengangkat bahunya. "Dia cakap dia ambil cuti hari ni dan akan keluar awal pagi tadi. Selepas beberapa jam, dia kembali dengan wajah yang sedih dan terus masuk ke dalam biliknya."
"Kamu ada tanya apa yang terjadi?" tanya Sehun.
"Kami dah tanya..." Suho mengeluh. "Tapi dia tak buka pintu langsung. Dia hanya membalas dengan 'Saya penat'."
Xiumin, Kyungsoo dan Sehun berpandangan seketika.
"Dia langsung tak makan." Suho menyambung. "Dan dia langsung tak keluar bilik sejak dia balik. Dia tak bercakap langsung.
"Apa kena dengan dia tu?" Xiumin berfikir seketika.
"Kyungsoo..."
Lelaki kecil molek itu memandang Kris.
"Saya rasa awak patut bercakap dengan dia." ujar Kris dengan wajah yang serius. "Awak je yang dia akan dengar."
Kyungsoo kelihatan ragu-ragu. "Macam mana kalau dia tak nak?"
"Mustahil." Kris menarik nafas panjang. "Pergi."
Kyungsoo hanya mengangguk sebelum berjalan terus menuju ke bilik Kai. Dia berdiri di hadapan pintu seketika. Takut jika Kai memarahinya. Dia menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu. Tiada balasan diterima membuatkan dia mengetuk sekali lagi.
"Pergilah, Kris!!" jerit Kai dari dalam membuatkan Kyungsoo terkejut sedikit.
"Kai..." panggil Kyungsoo lembut. "Ini saya... Kyungsoo."
Keadaan sunyi sepi seketika sebelum pintu bilik itu direntap kuat. Kai muncul dengan mata yang bengkak. Mereka berdiri berpandangan antara satu sama lain sebelum Kai menarik Kyungsoo masuk ke dalam bilik dan menutup pintu sekali lagi. Dia terus sahaja memeluk lelaki kecil itu sambil menangis.
Kyungsoo memeluk lelaki itu teragak-agak. "Shhh... Apa yang jadi, Kai? Kenapa awak menangis?"
Kai tidak menjawab. Dia hanya menangis dalam pelukan Kyungsoo. Lelaki kecil molek itu hanya mengusap belakangnya.
"Tak apa. Saya ada kat sini." gumam Kyungsoo. "Kami ada kat sini."
Kai meleraikan pelukan itu sebelum duduk di atas katilnya. Dia berusaha untuk menahan dirinya daripada menangis lagi.
"Maaf. Awak terpaksa tengok saya macam ni."
Kyungsoo menarik nafas panjang sebelum duduk di sebelah lelaki itu. "Tak apa. Bukannya pertama kali saya tengok awak macam ni."
Kai tergelak sedikit.
"Apa yang dah jadi?" tanya Kyungsoo. "Awak nak cakap pasal tu?"
Kai berdiam diri seketika. Dia sepertinya berfikir panjang sambil menggigir bibirnya. "Amanda..."
Kyungsoo terkejut sedikit. "Amanda?? Kenapa dengan dia?"
"Kami dah putus."
Kyungsoo membesarkan matanya. Pasangan itu sudah bercinta selama setahun dan ia sudah berakhir. "Apa? Kenapa??"
"Dia dah jumpa orang lain."
Kyungsoo ternganga tidak percaya.
"Sebenarnya..." Kai menelan air liurnya yang terasa pahit. "Saya dah tangkap dia curang banyak kali. Ada nombor yang saya curiga selalu hantar mesej dan hubungi dia. Tapi, dia cakap itu sepupu dia."
Kyungsoo masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Dan saya nampak dia keluar dengan seseorang..." Kai menyambung. "Tapi... Dia cakap itu sepupu dia juga."
Kyungsoo hanya diam sambil mendengar.
"Dan pagi ni kami keluar untuk temujanji..." Kai menarik nafas panjang cuba untuk mengawal emosinya. "Dia mengaku semuanya. Dia mengaku yang dia ada hubungan dengan seseorang di belakang saya. Lelaki tu bukan sepupu dia. Tapi kekasih dia."
Kyungsoo memandang Kai. Dia takut lelaki itu akan menangis sekali lagi.
"Dia minta maaf pasal benda ni." tambah Kai. "Dia mengaku semuanya supaya dia tak rasa bersalah lagi. Dan kami putus."
"Kai..." Kyungsoo mengusap belakang lelaki itu lagi. "Maaf."
Kai ketawa tiba-tiba. "Sebenarnya... Saya tak tahu kenapa saya menangis. Saya tak sedih yang kami berpisah. Malah, saya rasa gembira."
Kyungsoo mengerutkan dahinya.
"Saya tak ada perasaan pada dia." Kai bersuara perlahan. "Saya gembira dia putuskan hubungan ni sebab saya tak tahu macam mana nak lakukannya."
"Jadi..." Kyungsoo memandang lelaki itu. "Kenapa awak menangis?"
Kai mengangkat bahunya. "Mungkin sebab saya rasa dikhianati. Maksud saya... Dia curang. Kenapa tak putuskan awal-awal daripada curang macam ni."
Kyungsoo hanya mengangkat bahunya. "Tak tahu. Kalau awak nak minta pendapat, awak tanya orang yang salah. Saya tak tahu pasal cinta."
Kai hanya mengukir senyuman.
"Jadi..." Kyungsoo memandang lelaki itu lagi. "Awak tak sedih lagi kan?"
Senyuman Kai semakin lebar. Dia menggelengkan kepalanya. "Tak. Lagipun, awak kan ada. Betul tak??"
Kyungsoo hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Kalau macam tu... Jom makan. Suho cakap awak langsung tak makan sejak pagi."
"Awak akan masak untuk saya?" Kai kelihatan teruja.
"Iya, anakku!" Kyungsoo menggerutu. "Jom."
"Saya tak nak jadi anak awak." Kai mencebik.
"Jadi??" Kyungsoo mengangkat keningnya.
"Saya nak..." kata-kata Kai terhenti seketika. Dia berfikir sedalam-dalamnya sebelum kembali tersenyum. "Tak ada apa lah. Jom."
________________________________________________
A/n: Poor Kai kena tinggal dgn gf dia. Hahahaha. Anyway, guys. Suka tak tgk KaiSoo? Korang ship tak? Nak bagitau lg ni. Tolong support cerita Mocha & Latte sy tu ek. Yg tu fully bromance. Semua ship kat sana. Tapi kalau korang tak selesa baca cerita bro-mance, better jgn la. Hehehehe. Anyway, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top