Chapter 31
Bab 31
Charlotte berdiri di hadapan rumah itu lagi. Kadangkala, dia merasakan yang dia seperti pengintip yang obses memandangkan dia tidak pernah berputus asa. Semuanya kerana seseorang yang tinggal di rumah itu.
Dia sebenarnya sudah berfikir untuk mengalah. Dia tidak tahu apa yang dia akan dapat jika melakukan semua perkara ini. Tapi ada sesuatu yang membuatkan dia meneruskan berbuat demikian. Sesuatu yang dia tidak tahu apa.
TOK!TOK!
Charlotte mengetuk pintu rumah itu. Berharap seseorang yang tidak pernah ditemuinya akan membuka. Dia mengetuk sekali lagi memandangkan tiada balasan. Tiada sebarang bunyi yang didengarinya. Seperti tiada sesiapa di rumah. Mungkin semua sudah keluar bekerja.
Baru sahaja Charlotte berpaling untuk berlalu pergi, pintu itu dibuka perlahan-lahan. Seseorang muncul dengan rambut serabut. Mata lelaki itu hanya terbuka sedikit dan dia masih menggosoknya.
"Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki itu sambil menguap.
Charlotte tidak dapat mengawal dirinya daripada tersenyum. Lelaki itu kelihatan sangat comel.
"Uh..." Lelaki itu berusaha untuk cuba membuka mata seluas-luasnya. Matanya terbeliak apabila terpandang jelas wajah Charlotte. "A - awak?"
"Saya?" Charlotte mengukir senyuman sinis.
"Apa awak buat kat sini?!" tanya lelaki itu agak panik.
"Saya datang dengan polis."
Lelaki itu sepertinya tersedak apabila mendengar perkara itu.
"Saya bergurau lah." Charlotte segera ketawa. "Lucu betul reaksi awak.
Lelaki itu hanya mampu memandangnya dengan wajah yang pucat.
"Awak tak terkejut tengok saya kat sini?" tanya Charlotte. "Maksud saya... Awak langsung tak mengelak."
Lelaki itu hanya mengangkat bahunya. "Saya tahu awak akan datang ke sini lagi. Kami semua tahu."
Charlotte hanya membalas dengan senyuman.
"Dah, jemput masuk." lelaki itu membuka pintu seluas-luasnya untuk membolehkan Charlotte masuk. "Tapi kalau awak betul-betul bawa polis, jangan masuk."
Charlotte segera ketawa sebelum melangkah masuk ke rumah yang seperti tidak asing baginya. "Apa awak buat sebelum saya datang?"
"Tidur." lelaki itu melemparkan renungan tajam. "Awak mengganggu temujanji saya dengan Beyonce dalam mimpi."
Charlotte ketawa sekali lagi. "Oh, apa nama awak?"
"Saya akan beritahu kalau awak teka saya penculik ke berapa." balas lelaki itu sambil tersenyum sinis.
Charlotte hanya menggolekkan bebola matanya. "Awak Penculik 12. yang paling terakhir. Jangan fikir saya tak kenal."
Lelaki itu hanya ketawa. Agak kagum kerana gadis itu dapat meneka. "Saya Baekhyun."
"Baekhyun..." gumam Charlotte sambil mengangguk. "Awak seorang je ke kat rumah?"
"Ya." Baekhyun memandang gadis itu dengan pandangan menyakat. "Kita boleh berseronok."
"Nak saya tumbuk muka awak ke?" Charlotte menjeling ke arah lelaki itu.
Baekhyun hanya ketawa. "Duduklah. Nak minum apa-apa?"
"Tak mengapa." Charlotte segera duduk. "Saya dah minum banyak air tadi. Jadi jangan susah-susah."
"Bagus lah." Baekhyun mengangguk. "Sebab malas saya nak buat air."
Charlotte hanya mendengus kuat.
"Apa yang awak buat kat sini?" Baekhyun duduk di sofa berhadapan dengan gadis itu. "Masih mencari putera awak?"
"Macam mana awak tahu?" Charlotte membesarkan matanya.
"Macam mana awak fikir saya boleh tak tahu?" Baekhyun mengangkat keningnya. "Awak cari kami satu-persatu."
Charlotte berfikir seketika. "Kamu semua tahu apa tujuan saya?"
Baekhyun mengangguk tanpa berselindung. "Tapi... Kami tak berbincang untuk tahu siapa. Biarkan masa yang menjawab."
Charlotte menggolekkan bebola matanya. "Awak masih buat bising malam-malam sebelum tidur ke?"
Baekhyun hanya merenung gadis itu. "Kalau saya tak buat macam tu... Semua orang akan kesunyian."
Charlotte hanya tersengih. "Awak masih pakai eyeliner?"
Baekhyun menjeling lagi. "Saya tak boleh bazir duit."
"Saya hairan juga kenapa awak pakai." Charlotte meneliti wajah lelaki itu. "Awak dah nampak comel macam ni."
"Tolong jangan jatuh cinta dengan saya pula."
Charlotte menderam. Dia tahu lelaki ini sangat suka membuat lawak dan menyakatnya. Tidak hairan mengapa dia paling bising.
"Jadi... Bukan saya orang yang awak cari." Baekhyun berfikir seketika. "Ada empat lagi yang belum awak jumpa."
Charlotte mengukir senyuman. "Empat lagi."
Tiba-tiba sahaja pintu depan dibuka membuatkan mereka menoleh. Seseorang melangkah masuk bagaimanapun terhenti apabil terpandang Charlotte.
"Ada perempuan tinggal kat sini?!" Charlotte memandang Baekhyun terkejut.
"Uh oh." Baekhyun tersenyum sinis sambil memandang orang yang baru masuk itu. "Awak dalam masalah."
"Saya bukan perempuan!!"
Charlotte kembali memandang orang itu. "Awak lelaki?"
"Awak rasa?" lelaki dengan wajah seperti perempuan itu menggolekkan bebola matanya.
"Tapi..." Charlotte segera ternganga. "Awak sangat cantik sebagai lelaki."
"Tolong lah tukar topik lain." Lelaki itu mendengus perlahan sebelum menyertai mereka dan duduk di sebelah Baekhyun. "Apa awak buat kat sini?"
Charlotte tersentak kembali ke dunia nyata selepas terpegun melihat lelaki itu. "Apa awak rasa saya buat kat sini?"
Lelaki itu hanya mendengus perlahan. "Awak masih tak putus asa?"
Charlotte mengangkat keningnya. Tiada balasan yang diberikan. Dia masih lagi merenung lelaki itu.
"Boleh awak berhenti renung saya?" lelaki itu menggerutu.
"Maaf." Charlotte berdehem sedikit. "Awak sangat kacak. Setakat ni... Awak yang kedua paling kacak selepas Kris."
Lelaki itu tersenyum bangga. "Saya tahu!!"
"Semua kami cakap benda yang sama." Baekhyun menjeling ke arah lelaki itu. "Kami tahu awak kacak."
"Awak yang paling suka mempermainkan muka saya." lelaki itu menderam.
"Saya bergurau je." Baekhyun membalas dengan wajah suci.
"Hei..." Charlotte segera tersenyum setelah cuba berfikir sejak tadi. "Awak adalah Penculik 11."
Lelaki itu mengukir senyuman manis. "Nama saya Luhan."
Charlotte membalas senyumannya.
"Jadi..." Baekhyun memandang gadis itu. "Luhan bukan orang yang awak cari?"
Charlotte menggelengkan kepalanya.
Baekhyun mengangguk teruja. "Tiga lagi. Entah kenapa, benda ni sangat seronok pula."
Luhan menggelengkan kepalanya. "Tapi entah kenapa... Saya rasa saya dapat teka siapa orangnya."
Charlotte segera membesarkan matanya.
"Siapa??" Baekhyun memandang Luhan teruja.
Lelaki itu hanya menjeling tajam ke arahnya. "Saya tak akan beritahu."
"Kenapa pula?" Baekhyun mencebik.
Luhan tidak membalas sebaliknya kembali memandang gadis itu. "Lebih baik Charlotte jumpa sendiri. Saya tak nak cakap apa-apa."
Baekhyun mendengus kuat sebelum bersandar. "Apa-apa lah."
"Oh..." Charlotte memandang Luhan dengan mata bersinar. "Macam mana dengan awak? Awak dah berbaik dengan lelaki yang awak sayang?"
"Lelaki yang awak sayang?" Baekhyun memandang Luhan.
Luhan hanya menderam. "Awak tahu siapa orangnya, Baek. Siapa yang selalu bermanja dengan saya?'
Baekhyun segera ketawa apabila tahu siapa yang dimaksudkan. "Tapi... Kali terakhir saya ingat dia suka dengan seorang perempuan."
"Bukan sayang macam tu lah!" Luhan menempik.
"Tapi, lelaki tu..."
"Dia bergurau je ni." Luhan memintas sebelum kembali memandang Charlotte. "Awak tahu dia ni suka bergurau.
Charlotte pula langsung tidak merasakan itu satu gurauan.
"Jangan ambil serius."
Charlotte kembali memandang Baekhyun. "Apa awak rasa? Sayang macam mana mereka ni?"
Baekhyun memandang Luhan sekali imbas sebelum mengangkat bahunya. "Saya tak nak komen."
"Jangan buatkan benda ni pelik!!" Luhan menumbuk bahu lelaki itu perlahan.
"Kenyataan kot." ujar Baekhyun. "Saya tak boleh nak komen."
________________________________
A/n: Hah! Comel tak Baek dgn Lulu? Hehehe. Paling suka la prangai Baek yg suka menyakat. Ada 3 org lg. Korang rasa sapa? Hehehe. Korang rsa ada apa dgn HunHan? Ops. Nantikan. Leave me your feedback :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top