Chapter 29

Bab 29



Suho menuangkan air di gelas sebelum menghulurkannya pada Kris yang kini sedang duduk di meja makan. Lelaki itu kelihatan penat. Dalam ramai-ramai orang di dalam rumah itu, dia adalah orang yang paling kuat bekerja setelah Luhan mengubah tabiat kuat bekerjanya. Xiumin yang duduk di hadapan lelaki itu hanya memandangnya risau.

"Awak okey ke, Kris?"

Kris membuka matanya perlahan-lahan setelah menutupnya beberapa minit untuk melepaskan kepenatannya. Luhan menepuk bahu lelaki itu sebelum duduk di sebelahnya.

"Saya masih okey."

"Tak, awak tak okey." Suho duduk menyertai mereka.

Kris hanya mendengus perlahan sebelum meneguk air yang ada di hadapannya itu dengan sekali teguk sahaja.

"Awak perlu berehat." ujar Xiumin. "Maksud saya... Sekurang-kurangnya ambil cuti sehari untuk rehat."

"Macam yang saya cakap..." Kris menarik nafas panjang. "Saya masih okey. Masih dapat bertahan."

"Kris..."

"Saya akan berehat..." Kris memintas sambil memandang Luhan. "Kalau saya dah rasa tak mampu.

Luhan hanya mengeluh.

"Bila rasanya tu?" tanya Suho agak bengang.

Kris hanya mengangkat bahunya. "Mungkin kalau saya betul-betul penat. Saya pun tak tahu. Sekarang saya masih mampu."

"Mungkin awak patut ambil lebih masa secara bergilir dengan Chanyeol. Kamu kan sama tempat kerja." cadang Suho.

"Saya akan bincang dengan dia." Kris mengangguk lemah. "Jangan risau."

Ketiga-tiga kawannya itu hanya mampu mengeluh.

"Saya dengar dari Chanyeol..." Kris memandang Suho. "Budak Charlotte tu datang ke sini. Betul ke?"

"Dia datang ke sini?!!" serentak Luhan dan Xiumin membesarkan mata.

Suho hanya mengangguk. "Dah dua kali."

"Dua kali?!!" sekali lagi Luhan dan Xiumin terkejut.

"Jadi..." Kris memandang gelas yang ada di hadapannya itu. "Dia dah tahu siapa kita semua?"

"Tak semua." Suho menarik nafas panjang. "Cuma Lay, Chanyeol, Tao, Chen dan saya je. Dan Kai jumpa dia semalam."

Kris hanya mengangguk.

"Dia masih nak jumpa yang lain." beritahu Suho.

"Kenapa?" Kris mengerutkan dahinya. "Kenapa dia nak jumpa penculik-penculik dia? Dia cakap dia tak nak kita bayar balik pun kan."

Suho hanya mengangguk. "Kai beritahu saya semalam yang dia nak cari seseorang dalam kalangan kita."

"Apa maksudnya tu?" tanya Luhan.

Suho hanya mengangkat bahunya. "Kai cakap mungkin dia suka dengan orang yang dia cari ni. Saya pun tak tahu. Kai tak cerita panjang."

"Pelik." gumam Xiumin. "Macam mana dia boleh jatuh cinta dengan orang yang culik dia? Kita ni dah kira penjenayah."

"Cinta itu buta, sayang." Kris memberi komen. "Lagipun, kita semua ni kan tampan. Mesti dia jatuh cinta."

Xiumin menjeling ke arah lelaki itu. Suho dan Luhan hanya menggelengkan kepala. Sekurang-kurangnya mereka tahu lelaki itu masih boleh bergurau.

"Tapi..." Luhan tersenyum sinis memandang Kris. "Saya tak rasa yang dia suka tu awak, Kris."

"Kenapa pula tidak?" Kris mengecilkan matanya. "Saya yang paling tampan antara kita semua."

Suho hanya ketawa.

"Ya." Luhan menggolekkan bebola matanya. "Dan orang yang paling menjengkelkan."

Kris menjeling ke arah lelaki itu sebelum memandang ke arah Xiumin. "Saya yang paling kacak kan? Awak sendiri cakap."

Xiumin hanya tersengih. "Yalah. Semua orang tahu, Kris. Awak yang paling tampan antara kita semua."

Kris tersenyum bangga. "Ini yang buat aku sayang sangat dengan awak ni."

Xiumin hanya tersenyum.

"Oh..." Kris memandang Suho apabila teringat sesuatu. "Bil-bil kita dah bayar ke semua?"

Suho hanya mengangguk. "Saya dah bayar semua. Semua gaji kita saya dah kumpul. Baki semua saya dah bagi dengan Kyungsoo. Dia dan Chanyeol dah pergi ke pasar untuk beli bahan makanan. Masih ada baki lagi. Boleh simpan untuk kecemasan."

Kris hanya mengangguk. "Kita perlu kerja lagi untuk dapat duit lebih."

"Uh-uh." Xiumin menjeling ke arahnya. "Bukan awak, Kris. Awak dan Luhan dah kerja keras."

Kris hanya mendengus. "Kami je yang paling senang kerja lebih masa. Apa lagi nak buat."

"Tetap tak boleh." Xiumin menggerutu.

Kris menderam. Dia tahu, apapun yang dia ingin katakan tidak akan pernah mengubah fikiran lelaki itu.

"Mana yang lain?" tanya Luhan.

"Dah tidur."


**********


Charlotte duduk di kerusi berdekatan tingkap biliknya itu. Bunyi hujan kuat di luar sana benar-benar menenangkan. Malam itu, Kai memutuskan untuk menghantar dia pulang ke rumah kerana risau perkara buruk akan terjadi. Mereka berbual panjang. Antara semua penculik yang dia sudah jumpa, Kai adalah orang yang banyak berbual dengan dia. Lelaki itu juga tahu kenapa dia ingin mencari mereka semua.

TOK!TOK!

Charlotte tersentak kembali ke dunia nyata sebelum beralih memandang ke pintu. Jaejoong sedang berdiri memandangnya.

"Boleh saya masuk?" tanya abangnya itu.

"Kalau saya cakap tak boleh?" Charlotte mengangkat keningnya.

Jaejoong hanya menggolekkan bebola matanya. "Macam lah saya kisah."

Charlotte mengangkat bahunya sambil tersengih. "Abang yang tanya. Saya jawab je lah."

Lelaki itu hanya tersenyum. "Apa yang tengah awak fikirkan ni?"

"Tak ada apa."

"Tengok lah budak ni..." Jaejoong menjeling ke arah gadis itu. "Nak menipu pun dengan abang yang tengok dia membesar."

Charlotte menggerutu. "Saya fikir banyak perkara."

"Pasal putera yang menculik awak tu?" Jaejoong tersenyum sinis.

Charlotte menjeling tajam ke arahnya. "Jangan lah cakap mereka tu penculik."

"Dah memang itu yang betul." Jaejoong membalas. "Mereka culik awak. Apa yang awak nak saya cakap?"

"Mereka tak ada niat pun." ujar Charlotte. "Lagipun mereka layan saya dengan baik. Mereka jadi kawan dan bukannya penculik. Saya dah jumpa beberapa dari mereka. Dan mereka semua peduli dengan saya."

Jaejoong hanya mampu tersenyum melihat perangai adiknya itu. "Saya tahu, budak. Tapi mereka tetap dah menculik awak."

"Ughhh, abang ni..."

"Tak, awak dengar sini, budak." Jaejoong mengangkat jari telunjuknya membuatkan gadis itu terdiam. "Kami tahu. Kami tahu mereka bukan orang jahat. Tapi mereka tetap melakukan jenayah. Cuma, tak bermakna kami tak maafkan mereka.

Charlotte membesarkan matanya. "Kamu maafkan mereka?"

"Kalau awak tanya saya, jawapannya ya." Jaejoong menarik nafas panjang. "Saya pasti yang lain pun macam tu."

Charlotte merasa gembira mendengar perkara itu.

"Tapi, pasal jatuh cinta dengan mereka..." Jaejoong merenung adiknya itu. "Awak kena tahu... Awak satu-satunya adik perempuan dalam keluarga ni. Kami perlu jaga awak betul-betul. Kami dah janji dengan mak dan ayah."

Charlotte hanya memandang wajah kacak abangnya itu.

"Kami tak akan menentang pasal benda ni sebab mereka penculik." sambung Jaejoong. "Tapi kami perlu lakukan perkara ni sebagai abang awak. Kami perlu lepaskan awak pada lelaki yang betul."

Charlotte hanya diam membisu.

"Kami tak cakap kami tak terima dia." Jaejoong bersuara lagi setelah perasan riak wajah gadis itu. "Kami akan ketepikan fakta yang dia culik awak. Tapi... Kami masih perlu nilai dia sebagai seorang lelaki."

Charlotte hanya mampu mengukir senyuman manis. Dia tahu, abang-abangnya hanya ingin yang terbaik untuknya.

"Kami semua tak ada masalah." Jaejoong mendengus perlahan. "Tapi kalau Yunho... Saya tak boleh cakap banyak. Awak tahu dia macam mana."

Charlotte hanya mengangguk sebelum memeluk abangnya itu. "Terima kasih untuk semuanya."

Jaejoong hanya mengusap kepala gadis itu. "Sama-sama, budak."

"Bila kamu nak berhenti panggil saya budak?" Charlotte menderam.

"Kami tak akan pernah berhenti." Jaejoong membalas selamba. "Bagi kami, selamanya awak adalah budak."

Charlotte hanya mampu mengeratkan pelukannya.


______________________________


A/n: Dapat update lagi sekali hari ni. Sy nak habiskan cepat supaya boleh fokus cerita Baekhyun & Rose tu. Hehehehe. Excited nak buat cerita lain ni selagi tak mula semester baru. Anyway,  comel je bila older members mesyuarat kan. leave me your feedback. :)

P.s: Komen member mana yg korang rasa pemilik hati Charlotte.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top