Chapter 27
Charlotte berjalan perlahan-lahan. Dia tidak pernah merasa gementar seperti ini. Dia tahu dia sedang bertindak seperti seorang pengintip sekarang. Tapi dia tidak akan mengalah. Dia akan teruskan apa yang dia ingin lakukan.
Dia menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu rumah kecil itu. Dia mengingat semua jalan dan alamatnya walaupun dia hanya pernah berkunjung sekali. Dia sudah dapat mengingati semuanya.
“Hai. Ada apa yang boleh saya-”
Seorang lelaki tinggi lampai muncul di pintu, bagamanapun terkedu memandang Charlotte berdiri di situ dengan senyuman yang janggal. Lelaki itu membesarkan matanya cuba menutup pintu sekali lagi.
“Eh, nanti!” Charlotte memekik.
Tiada balasan selepas pintu tertutup rapat.
“Nanti…” Charlotte mendengus perlahan. “Jangan lah takut. Saya dah tahu siapa kamu. Saya dah pernah ke sini.”
Masih tiada balasan yang diterima.
“Saya dah kenal beberapa orang dari kamu.” Charlotte bersuara lagi. “Suho, Lay, Tao, Chen…”
Mendengar nama-nama itu, pintu terbuka sekali lagi. Lelaki yang tadi muncul semula dengan wajah terkejut.
“Awak tak perlu mengelak.” ujar Charlotte. “Saya datang bukan dengan tujuan yang bahaya.”
“Siapa tu, Chanyeol?”
Serentak mereka berdua memandang ke dalam rumah. Suho berdiri sambil memegang segelas air. Dia agak terkejut melihat Charlotte.
“Apa awak buat kat sini?” tanya Suho.
“Boleh saya masuk?” tanya Charlotte sopan.
Lelaki tinggi lampai itu memandang Suho yang hanya mengangguk tanda memberi kebenaran.
“Masuklah.”
Charlotte melangkah masuk. Dia masih lagi memandang sekeliling walaupun itu sudah kali ketiga dia ke situ termasuk semasa dia menjadi tahanan.
“Nak minum apa-apa?”
Charlotte memandang lelaki tinggi yang tampan itu. “Suara awak sangat dalam.”
Lelaki itu hanya berdiri tanpa memberi sebarang reaksi. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
“Oh, dia ni.”
Serentak mereka menoleh memandang Lay yang muncul dari dapur dengan senyuman menunjukkan lesung pipitnya.
“Hai, Lay.” Charlotte melambai.
“Okey…” lelaki tinggi lampai itu kelihatan bingung. “Apa yang dah jadi? Kamu dah kenal?”
“Kami dah pernah jumpa.” Suho menjawab. “Berdasarkan apa yang Tao cakap… Charlotte dah ke sini dan bertemu dengan Chen.”
Charlotte mengangguk.
“Jadi, dia tahu pasal kita?” tanya lelaki tinggi lampai itu.
Suho mengangguk. “Tak semua lah.”
“Wow…”
“Tapi…” Charlotte merenung lelaki itu. “Suara awak benar-benar dalam dan maskulin.”
“Jadi?” lelaki itu mengangkat keningnya.
“Awak mesti Penculik 5.”
Lelaki itu terkedu serta-merta.
“Dia memang ada ingatan yang tajam terutama pasal suara kita.” komen Lay. “Dia boleh kenal.”
“Kenapa awak ke sini?” tanya lelaki tinggi itu lagi.
“Sekurang-kurangnya beritahu lah nama awak dulu.”
Lelaki itu memandang Suho sekali lagi yang hanya mengangguk tanda membenarkan sebelum kembali memandang gadis itu. “Nama saya Chanyeol.”
“Chanyeollie!!!”
“Chanyeol je.” Chanyeol menggerutu.
Charlotte menggolekkan bebola matanya. “Tak payah nak berlagak macho lah. Saya masih ingat awak berdengkur kuat.”
Kenyataan itu membuatkan Lay dan Suho ketawa.
“Ughh!” Chanyeol menderam. “Saya tak sepatutnya tertidur.”
“Benda dah jadi.” Charlotte mengangkat bahunya.
“Tapi…” Suho segera mencelah. “Apa tujuan awak ke sini?”
“Saya nak jumpa yang lain.” Charlotte menjawab tanpa berselindung.
“Well…” Suho menarik nafas panjang. “Kami bertiga je kat rumah sekarang ni. Yang lain kat tempat kerja.”
xxxxx
Charlotte baring di atas katilnya. Dia sudah menunggu selama hampir sepuluh jam di rumah penculik-penculiknya. Tapi lelaki yang dia ingin temui tidak muncul. Dia sampai tertidur dan Chanyeol memberikan dia selimut.
Lepas dia bangun, Chanyeol sudah berangkat kerja. Suho dan Lay terpaksa menghantarnya pulang untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Mereka pernah menculik gadis itu. Tidak mustahil orang lain boleh buat. Dan dia merasa bertuah sebab diculik oleh mereka semua berbanding orang lain.
“Saya tak tahulah saya nak gembira atau tak, tapi…”
Charlotte terkejut dan terus bangun apabila terdengar suara itu. Dia membesarkan matanya sambil mengusap-usap dadanya.
Abangnya, Changmin, memandangnya di muka pintu sambil berpeluk tubuh. “Awak dah banyak berubah. Awak sedar tak?”
Charlotte menarik nafas lega. “Nasib saya tak sakit jantung.”
“Saya panggil awak tiga kali.” Max membalas dengan muka bersahaja. “Saya berdiri kat sini dah lima minit.”
Charlotte mengelipkan matanya. Dia langsung tidak perasan. Dia tidak mendengar apa-apa langsung.
“Apa yang awak tengah fikirkan ni, budak kecil?” tanya Changmin.
“Tak ada apa.” Charlotte mendengus.
“Jangan sampai saya bertukar jadi Sherlock Holmes.” Changmin memberi amaran kepada adiknya itu.
Charlotte menggerutu. Dia tahu dia tak akan pernah dapat merahsiakan apa-apa daripada abangnya yang satu ini.
“Awak masih fikirkan pasal penculik-penculik tu lagi ke?”
Charlotte tidak membalas.
“Memang itulah.” Changmin mengangguk. “Awak berjumpa dengan mereka ke?”
“Beberapa orang dari mereka je.”
Changmin mengangkat keningnya. Agak kagum kerana gadis itu dapat mencari mereka.
“Pengawal yang kamu upah hari tu pun salah seorang dari mereka.”
“Apa?!!!” Changmin membesarkan matanya.
“Dia tak ada buat apa-apa yang bahaya kat saya lah.” Charlotte menggolekkan bebola matanya.
“Ya, ya…” Changmin memintas. “Saya tahulah.” Dia memandang gadis itu lagi. “Jadi, awak jumpa orang yang awak jumpa.”
Wajah gadis itu bertukar merah.
“Tengok lah budak ni.” Changmin menjeling. “Saya tak cakap pun saya akan berikan restu pada dia.”
“Oppa!!”
“Jangan berani-berani nak tinggikan suara kat saya.” Changmin memberi amaran membuatkan gadis itu mencebik. “Saya nak sangat tengok mana satu dia ni.”
“Saya masih tak jumpa dia.” Charlotte mengeluh.
“Pelik.” Changmin mengerutkan dahinya. “Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan orang yang awak tak pernah jumpa?”
Charlotte hanya menjeling ke arah abangnya itu sebelum wajahnya kembali risau. “Abang-abang yang lain akan restu ke dia ni nanti?”
“Kenapa pula tak?” Changmin berkerut.
“Sebab mereka kan penculik saya.”
“Saya tak tahu. Tapi… Awak boleh tanya mereka sekarang.” Changmin menuding ke pintu menggunakan matanya. “Kamu semua boleh masuk.”
Pintu bilik itu terbuka perlahan-lahan. Yunho, Jaejoong, Junsi dan Yoochun berdiri di situ membuatkan Charlotte membesarkan matanya.
“O-oppa?”
“Kami dah dengar semuanya, budak.” Jaejoong tersenyum sinis.
Charlotte memandang ke arah Changmin. “Abang tahu mereka berdiri kat sana ke?”
Changmin hanya mengangguk tanpa rasa bersalah.
“Abang mengkhianati saya!” Charlotte menjerit.
“Jangan tinggikan suara awak, budak.” Yunho memberi amaran.
“Dia rela mengkhianati awak daripada kami.” Junsu mengenyitkan matanya.
“Kita akan berbincang panjang pasal ni.” Yoochun menarik nafas panjang sebelum duduk di sebelah Changmin.
Charlotte merasakan rohnya sudah terbang keluar dari badannya. Dia kini diperlakukan seperti seorang penjenayah yang sedang disiasat.
“Awak tahu semua orang yang nak jadi kekasih awak kena jumpa kami kan?” tanya Jaejoong.
“Saya tahu.” Charlotte menjawab lemah.
“Kami tahu awak suka lelaki ni.” Junsi bersuara. “Kami nampak sangat perubahan yang jadi.”
“Tapi mereka tu penjenayah.” Yoochun berkerut.
“Tak-”
“Kami tahu.” Yoochun memotong membuatkan Charlotte tidak meneruskan kata-katanya. “Tetap juga.”
Charlotte mengeluh panjang.
“Tapi…” Yoochun menarik nafas panjang. “Kami tak akan menghalang awak. Kami tahu dia seorang yang baik.”
Charlotte mengelipkan matanya hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
“Kami cuma perlu berjumpa dia dulu.” Junsu mengangkat bahunya.
Charlotte beralih memandang Jaejoong.
“Kalau adik saya ni suka dia…” Jaejoong menarik nafas panjang. “Maknanya dia memang orang yang baik.”
Charlotte mengukir senyuman sebelum memandang Changmin.
“Saya dah setuju dari mula lagi.” lelaki itu mengangkat bahunya.
Dan sekarang, dia beralih memandang Yunho sambil menelan air liurnya. Abang yang paling ditakutinya itu. Lelaki itu berdiri masih dengan riak wajah serius. Yang lain turut memandangnya.
“Oppa?”
Yunho mengangkat keningnya. “Saya nak jumpa dia. Kalau dia buat awak gembira… Baiklah.”
Charlotte tersenyum gembira memandangkan semua abang-abangnya tidak mempunyai masalah mengenai hal itu. Satu-satunya perkara yang harus difikirkan sekarang adalah apa yang lelaki disukainya itu akan fikir.
_______________________________________
A/n : Okay, skrg ni sy ada soalan untuk korang. Hanya dgn berbaki beberapa org yg dia belum jumpa, korang rasa siapa org yg dia suka tu? Hahhh. Jawab2.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top