Chapter 26

“Sehun, awak senyum macam orang bodoh sejak dua hari lalu.” Kyungsoo menegur. “Boleh awak jangan senyum macam tu dengan poker face awak tu?”

“Saya senyum je pun.” Sehun membela dirinya. “Apa yang salah?”

Xiumin yang sedang mengelap gelas hanya ketawa kecil memandang kedua-dua adiknya itu. Dia sebenarnya tidak kisah dengan senyuman Sehun. Dia tahu lelaki itu gembira sebab Luhan sudah kembali menjadi dirinya.

“Saya perlu minta Luhan untuk buang senyuman tu.” Kyungsoo bersuara dingin.

“Kenapa pula??” Sehun berkerut. “Saya senyum sebab dia tahu.”

“Sebab tu lah.” Kyungsoo menggolekkan bebola matanya. “Awak nampak macam sedang berenang di lautan cinta.”

Sehun hanya mendengus ke arah lelaki itu.

“Serius ni, Sehun…” Kyungsoo merenung lelaki itu. “Awak benar-benar ada perasaan pada Luhan?”

“Perasaan macam mana?” tanya lelaki itu.

“Perasaan. Awak tahu apa maksud saya.” Kyungsoo mengangkat bahunya.

“Kalau ya, kenapa?” tanya Sehun lagi.

“Dia abang awak.” Kyungsoo mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. Agak bingung bagaimana ia boleh terjadi.

“Bukan darah yang sama.” Sehun sepertinya merasa sakit hati dengan topik itu. “Tolong faham.”

“Sehun…” Xiumin mencelah. “Awak benar-benar suka pada dia? Seorang lelaki? Saya ingat awak suka pada Charlotte.”

Sehun berdiam diri seketika. Dia tidak tahu apa yang hendak dijawab. Dia benar-benar kehilangan kata-kata.

“Hei, semua.”

Serentak mereka semua menoleh. Seseorang berdiri di kaunter dengan wajah yang ceria.

“Kai!!”

Lelaki yang cukup dikenali mereka itu hanya melebarkan senyumannya. Akan tetapi, jelas kelihatan rasa penat dan bersalah disebaliknya.

“Apa awak buat kat sini?” tanya Kyungsoo.

“Kami ada temujanji.”

Belum sempat Kai menjawab, seorang gadis memeluk lengan lelaki itu menyebabkan mereka terkejut.

“Oh, hai, Amanda.” sapa Xiumin agak janggal.

“Hai!” balas Amanda kemudian beralih memandang Sehun. “Dan, Sehun… Luhan awak masih kat tempat kerja.”

“Saya tahu.” Sehun hanya tersenyum.

Satu-satunya orang yang tidak tersenyum di situ adalah Kyungsoo. Dia hanya memandang gadis itu. Amanda. Dia memang agak dikenali dalam kalangan mereka. Gadis itu adalah bos kepada Kai sekaligus menjadi teman wanitanya.

“Kamu boleh duduk dulu di mana-mana.” ujar Kyungsoo tanpa nada yang bermakna. “Saya akan ambil pesanan kamu.”

“Okey, jom pergi, Kai.” Amanda menarik lengan lelaki itu. Kai hanya menurut dengan wajah yang sedih.

“Saya akan ambil pesanan mereka.” Xiumin bersuara apabila perasan riak wajah Kyungsoo. “Awak ganti kerja saya ni.”

“Tak. Tak mengapa.” Kyungsoo menarik nafas panjang sebelum berjalan menuju ke meja pasangan kekasih yang sedang tergelak berbual itu. “Dah sedia untuk pesanan?”

“Apa awak nak, sayang?” tanya Kai.

“Mmm…” Amanda berfikir seketika. “Saya nak Brown Sugar Macchiato. Dan cream puff.”

Kyungsoo mencatat pesanan gadis itu kemudian memandang Kai. “Awak?”

Kai masih lagi fokus membaca menu.

“Kyungsoo…” Amanda memandang lelaki itu. “Awak ni sangat comel. Kenapa awak tak ada teman wanita lagi?”

“Macam mana awak tahu saya tak ada teman wanita?” Kyungsoo mengerutkan dahinya.

“Kai yang beritahu saya.”

Kyungsoo menjeling tajam ke arah lelaki itu. “Percayalah cakap saya. Saya nak sangat ada teman wanita. Tapi saya ada banyak hal yang harus diutamakan sekarang.”

“Okey.” Amanda hanya mengangguk. “Saya ada kawan yang boleh dikenalkan. Kamu mesti sepadan.”

“Tak, terima kasih.” Kyungsoo membalas. “Saya dah ada orang yang saya suka.”

Mendengar kenyataan lelaki itu, Kai segera mendongak dengan matanya terbuka luas agak terkejut.

“Betul ke?” tanya Amanda untuk kepastian.

Kyungsoo mengangguk. “Saya tunggu masa je. Kalau benda ni baik untuk kami, saya akan teruskan.”

Kai kini sudah ternganga. Perasaannya mula bercampur-baur. Dia tidak pernah tahu tentang hal itu.

“Apa yang kamu rasa jadi kat sana tu?” tanya Sehun yang sedang memerhati Kyungsoo, Kai dan Amanda.

“Tak tahu.” Xiumin yang berdiri di belakangnya turut melakukan hal yang sama.

“Saya dapat rasakan Kyungsoo tengah marah.” komen Sehun.

“Saya pun rasa macam tu.” Xiumin setuju. “Tapi… Kai tu memang suka kat Amanda tu ke?”

Sehun hanya mengangkat bahunya. “Saya pun tak tahu. Tapi, saya tahu dia tu memang risau dengan Kyungsoo. Saya tak pernah berbual sangat dengan dia pasal ni.”

Xiumin hanya menarik nafas panjang.

“Cuba awak bercakap dengan mereka?” cadang Sehun. “Maksud saya… Semua orang hanya dengar cakap awak, Suho dan Kris. Tapi Suho sibuk dengan benda lain. Kris pula asyik kerja lebih masa. Saya rasa awak je yang boleh harap.”

Xiumin menggolekkan bebola matanya. “Nantilah saya cuba. Saya pun nak bercakap dengan awak juga.”

“Saya??” Sehun mengerutkan dahinya. “Kenapa saya pula?”

“Pasal awak dan Luhan…” Xiumin merenung lelaki itu. “Dan juga pasal awak dan Charlotte.”

Sehun tergamam di tempat dia berdiri sekarang. Dia tidak tahu Xiumin akan membangkitkan perkara itu.

xxxxx


Kai mengetuk pintu bilik Kyungsoo perlahan-lahan. Tiada balasan yang diterima. Dia tahu bilik itu tidak berkunci, tapi dia tiada keberanian untuk membukanya. Jadi dia mengetuk sekali lagi. Terlalu perlahan hampir tiada yang dapat mendengar.

“Masuk.” suara Kyungsoo kedengaran dari dalam.

Kai membuka pintu perlahan-lahan. Kelihatan Kyungsoo sedang duduk di atas katilnya sendiri sambil membaca buku.

“Apa yang awak nak, Kai?” tanya Kyungsoo kembali memandang bukunya.

“Tak ada apa.” Kai duduk di katil sebelah. “Saja nak tengok awak.”

“Oh, pelik.” Kyungsoo mengerutkan dahinya. “Awak pasti awak nak tengok saya je?”

Kai mengangguk teragak-agak. Mereka berdiam diri seketika. Tidak tahu hendak berbuat apa.

“Awak okey ke, Soo?” Kai bertanya setelah beberapa minit.

“Kenapa pula saya tak okey?” Kyungsoo membalas dingin.

“Awak jadi dingin.”

“Saya penat je.” Kyungsoo mengangkat bahunya. “Tak ada sebab lain. Penat dengan kerja je. Dan tak ada mood.”

Kai mengeluh perlahan. Dia benci keadaan ini. Sangat benci. Perkara terakhir yang dia ingin terjadi adalah Kyungsoo menjadi dingin padanya.
“Saya sakitkan kati awak ke?”

Kyungsoo mendengus. “Tak ada apa yang awak buat, Kai. Saya tak ada mood je. Dan penat. Jangan risau sangat.”

“Dengar ni. Pasal Amanda…”

“Lupakan pasal tu.” Kyungsoo segera memintas. “Saya tak peduli apa yang dia cakap. Saya tak berminat je.”

“Tak.” Kai menarik nafas panjang. “Maksud saya, dia…”

“Kai…”

Kai menutup mulutnya apabila Kyungsoo duduk menghadapnya dengan mata bulat yang paling disukainya.

“Lupakan.” Kyungsoo bersuara serius. “Jangan ungkit lagi.”

Kai hanya mampu mengangguk.

“Saya tak ada masa nak bercakap soal perasaan sekarang ni.” Kyungsoo tunduk memandang lantai mengelak untuk bertentang mata.

“Adakah awak…” Kai memandang lelaki itu. “Adakah awak… Benar-benar suka pada seseorang sekarang?”

Kyungsoo mendongak memandang Kai. “Kenapa?”

“Tak ada apa.” Kai menelan air liurnya. “Cuma… Nak tahu je.”

Kyungsoo menarik nafas panjang. Berdiam diri seketika cuba memikir ayat yang sesuai. “Ia bukan hal penting. Saya tak ada masa untuk ni.”

Kai tunduk memandang lantai sambil mengangguk. Dia tidak mahu memaksa lelaki itu untuk memberitahunya walaupun dia benar-benar ingin tahu.

“Dengar ni…”

Kai kembali mendongak.

“Saya minta maaf sebab saya bersikap dingin.”

Kai kelihatan terkejut.

“Ada banyak sangat benda dalam otak saya.”  Kyungsoo menyambung. “Tapi saya okey. Jangan risau.”

Kai hanya mampu memberikan senyuman.

“Dan pasal Amanda tu…” Kyungsoo menarik nafas panjang. “Tak apa. Dia seorang yang baik dan saya tak ada masalah dengan dia.”

Kai tidak mampu memberi sebarang reaksi. Sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu tidak akan bersikap dingin lagi. Walaupun dia mengharapkan benda yang lain. Tapi, dia gembira untuk ini. Cukup baginya.



_______________________________________

A/n : Korang rasa apa sebenarnya masalah Kai dgn D.O ni? Hahaha. Comel kan diorang. Nak cubit2. Sehun pulak dgn Luhan. Mmm.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top