Chapter 25
Tao berjalan ke rumah besar itu sambil memandang sekeliling. Apa yang dia tahu, dia perlu berada di situ selama tiga hari. Menurut majikannya, rakannya yang mana pemilik sebenar rumah itu memerlukan seseorang untuk berjaga di situ kerana mereka perlu ke luar daerah atas urusan kerja. Tao yang bekerja di syarikat pengawal keselamatan terpilih untuk berjaga di situ.
Tao menekan loceng pagar utama berkali-kali tanpa berhenti memandang sekeliling. Mungkin kerana teruja. Tapi lebih kepada mengenali tempat itu. Bagaimanapun, rasa sejuk di luar itu membuatkan dia tidak dapat berfikir jelas. Setelah beberapa kali membunyikan loceng, akhirnya ia terbuka. Dia tidak membuang masa dan terus masuk ke perkarangan rumah menuju ke pintu.
Bukan kerana dia terlalu kebaru-baruan. Tapi sebab rumah agam itu terlalu besar. Ia seperti sebuah istana. Mulutnya ternganga sepanjang kakinya melangkah. Setibanya di pintu, dia membunyikan loceng sekali lagi. Kelihatan kereta mewah besar berada di hadapan pintu dengan dua orang lelaki sedang sibuk memasukkan bagasi ke dalamnya.
Tao melompat terkejut apabila pintu itu dibuka secara tiba-tiba. Dia berdehem cuba menyembunyikan reaksi terkejut itu.
“Siapa awak?” tanya seorang wanita lengkap dengan pakaian orang gaji.
“Er… Adakah ini rumah kepada…”
“Siapa tu, Reena?” tanya satu suara dari dalam.
“Seorang lelaki, tuan.” jawab wanita itu sopan.
Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan dari belakang sebelum seorang lelaki tampan muncul dengan senyuman. “Adakah awak…”
“Pengawal baru.” Tao memintas teruja.
“Oh.” lelaki itu cuba mengingati sesuatu. “Awak dari Falls Company?”
“Ya.” Tao mengangguk lagi.
“Bagus.” lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman. “Saya Yoochun. Saya yang minta khidmat awak di sini.”
“Oh.” Tao segera menyambut salam lelaki itu.
“Masuklah.” pelawa Yoochun.
Tao hanya melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak. Mulutnya sekali lagi ternganga memandang isi di dalam rumah itu yang terlalu mewah.
“Bos awak, Henry, kawan lama saya.” Yoochun bersuara membuatkan Tao memandangnya. “Saya beritahu dia saya perlukan seseorang untuk berjaga di sini selama tiga hari. Dia cadangkan awak. Katanya awak mahir dalam seni bela diri.”
Tao hanya berdehem malu.
“Kami perlukan orang macam awak.” ujar Yoochun lagi. “Ada benda buruk jadi sebelum ni dan kami tak nak ia berlaku lagi.”
“Apa yang jadi?” tanya Tao ingin tahu.
“Adik perempuan saya kena culik.”
Tao tersentak membesarkan matanya. Jangan cakap…
“Siapa tu, Yoochun?”
Seorang lelaki dengan wajah seperti anak patung muncul.
“Ini orang yang akan jadi pengawal sini.”
Lelaki itu segera berjalan mendekati mereka sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman. “Saya Jaejoong. Awak kelihatan lebih muda dari apa yang saya jangkakan.”
Yoochun mengangkat bahunya. “Tao adalah nama yang Henry cadangkan pada saya sebelum ni.”
Jaejoong hanya mengangguk. Tao pula kelihatan tidak senang. Entah kenapa dia mula rasa tidak sedap hati.
“Barang-barang semua dah dimasukkan dalam kereta?”
Serentak mereka semua menoleh ke arah lelaki tinggi lampai yang muncul itu. Matanya segera memandang Tao. “Siapa ni?”
“Tao.” Yoochun tidak tahu ini sudah kali ke berapa dia memperkenalkan lelaki itu. “Pengawal untuk tiga hari.”
Bagaimanapun, berbeza dengan yang lain, lelaki itu tidak menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sebaliknya mengangkat tangan untuk bertepuk dengan lelaki itu. “Yo! Saya Changmin.”
Tao menyambutnya. “Nama saya Tao.”
“Oh.” Max berkerut sedikit. “Awak ada loghat lain.”
Belum sempat Tao menjawab, seorang lagi lelaki muncul membuatkan dia semakin ketakutan. Jantungnya berdegup pantas.
“Kita tak lambat kan?” lelaki yang muncul itu memandang Tao. “Awak mesti pengawal tu. Saya Junsu.”
“Tao.”
“Awak okay ke?” Junsu mengecilkan matanya merenung lelaki itu. “Awak nampak pucat. Tangan awak pun sejuk.”
“Oh, saya okay.” Tao mengukir senyuman hambar membuatkan Junsu mengangguk tidak berkata apa lagi.
“Mana budak tu?” tanya Yoochun.
“Bertekak dengan Yunho kat atas.” Junsu mendengus perlahan. “Mereka akan menyebabkan kita lambat.”
“Kenapa saya perlu ada pengawal?!!” Jeritan seorang gadis kedengaran di tingkat atas. “Saya bukannya budak-budak.”
“Awak tu masih budak pada kami!” suara seorang lelaki membalas.
“Bukan!!”
“Diam, Charlotte!”
Saat itu, Tao mengeras di tempat dia berdiri. Charlotte. Matanya terbuka luas ketika gadis yang dikenalinya itu muncul menuruni tangga bersama seorang lelaki. Gadis itu! Gadis yang mereka culik beberapa bulan lalu.
“Awak pengawal tu?”
Soalan itu membuatkan Tao tersentak kembali ke dunia nyata. “Y - yeah."
“Saya Yunho.” wajah lelaki itu kekal serius. “Saya harap awak boleh tengok-tengokkan rumah ni. Dan budak perempuan sana tu.”
Charlotte menggerutu mendengar dia dipanggil ‘budak’ lagi.
“Saya perlu bermalam di sini?” tanya Tao teragak-agak.
“Ya.” Yunho mengangguk. “Reena akan beritahu awak apa yang awak perlu. Awak boleh tidur di bilik tetamu."
“Tak boleh ke saya balik ke rumah lepas semua dah tidur?” tanya Tao lagi.
“Kami perlukan awak di sini dua puluh empat jam.” Yunho menjawab. “Jangan risau. Kami bayar awak mahal untuk ini.”
Bayaran. Disebabkan bayaran yang ditawarkan sangat tinggi membuatkan Tao menerima tawaran ini. Keluarga mereka perlukannya.
“Pastikan budak perempuan ni selamat.” Yunho. “Itu yang paling penting.”
Tao memandang Charlotte sekali imbas yang sudah merenungnya.
“Baik, tuan.”
“Baik.” Yunho mengangguk. “Kami akan berangkat.”
xxxxx
Tao duduk di sofa yang terletak betul-betul di hadapan bilik Charlotte. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Gadis comel itu bertanya banyak soalan secara bertubi-tubi padanya membuatkan dia berpeluh. Bagaimana takdir membawanya untuk bekerja di rumah gadis yang pernah mereka culik dulu? Maknanya ini adalah rumah keluarga kaya yang mereka hubungi untuk memeras ugut. Jika mereka tahu siapa dia, dia pasti sudah dibunuh sebelum dihantar kepada polis.
Rumah itu mempunyai ramai orang gaji. Dan Reena adalah ketua. Ini adalah kehidupan yang semua orang impikan. Dia pernah merasainya suatu ketika dulu. Sebelum ahli keluarga kandungnya meninggal dunia dan dia dihantar ke rumah anak yatim. Keluarga itu kaya tapi tidak sekaya ini.
Lampu terpadam secara tiba-tiba. Keadaan menjadi gelap-gelita membuatkan Tao mengeras di tempat duduknya. Ini adalah keadaan yang paling dibencinya.
“Apa yang dah jadi?”
Bulu romanya berdiri apabila dia mendengar sesuatu bergerak dari arah belakang. Ada suara seperti berbisik kedengaran sayup-sayup membuatkan airmatanya bergenang. “Aaaaa!! Hyung!!!”
Lampu ternyala semula secara tiba-tiba membuatkan keadaan kembali menjadi normal. Tao membuka matanya perlahan-lahan yang mana dia langsung tidak sedar bila dia menutup matanya.
“Well, well…” Charlotte muncul di muka pintu biliknya. “Lama tak jumpa awak. Penculik 2.”
Tao membesarkan matanya mula cemas. “A - apa?”
“Oh, tak perlu nak berpura-pura.” Charlotte menggolekkan bebola matanya. “Saya tahu awak adalah Penculik 2.”
“A - apa yang awak cakapkan ni?” Tao menelan air liurnya.
“Serius??” Charlotte mengangkat keningnya. “Awak nak terus berlakon?”
Tao semakin kalut. Ingin sahaja dia menangis sendirian di situ.
“Saya tahu itu awak.” Charlotte mendengus. “Saya dah boleh agak hanya dengan suara awak tu je.”
xxxxx
“Mereka akan bunuh saya nanti.” Tao mengeluh panjang.
Charlotte yang berdiri di sebelahnya hanya mengangkat bahu. “Awak tak boleh nak buat apa sekarang.”
Saat ini, mereka sedang berdiri di hadapan rumah Tao, rumah dua belas penculik itu, setelah mereka bergaduh semalaman.
“Jadi, di sinilah saya jadi tahanan?” Charlotte memandang rumah itu.
Tao hanya mendengus tidak menjawab sebelum membuka pintu. Gadis itu segera menyusul di belakangnya sambil memandang sekeliling.
“Panda!!” seseorang menjerit. “Apa awak buat kat sini? Bukan ke awak sepatutnya bekerja?”
“Awak tu pun bukannya perlu kerja ke?” tanya Tao.
“Hari ni cuti.” balas lelaki itu. “Apa yang…”
Kata-kata lelaki itu terhenti apabila dia terpandang Charlotte yang muncul dari belakang Tao. Dia mengeras serta-merta.
“Awak tak nak sapa saya?” Charlotte mengukir senyuman sinis.
“Awak… Apa awak… Buat kat sini?” mata lelaki itu terbeliak luas.
Charlotte berkerut sedikit tidak mengendahkan soalan lelaki itu. “Susah pula saya nak cam suara awak. Tapi dari cara awak bercakap awak mesti Penculik 8 atau Penculik 12.”
Lelaki itu menelan air liurnya ketika Charlotte berjalan menghampirinya sebelum tangan gadis itu menyentuh telinganya. Dia berundur.
“Jangan sentuh!”
Charlotte mengukir senyuman. “Awak Penculik 8.”
Mulut lelaki itu ternganga. Bagaimana gadis ini boleh tahu? Seberapa tajam ingatan dan telinganya?”
“Awak yang buat sesi nyanyian dengan saya tu kan?”
“Apa ni, Tao?” lelaki itu memandang Tao.
“Dia ugut saya.” Tao mengeluh perlahan dengan wajah rasa serba salah. “Saya bekerja di rumah dia lah. Kalau saya tak bawa dia ke sini, dia akan beritahu abang-abangnya. Saya tak ada pilihan, Chen.”
“Jadi, nama awak adalah Chen.” Charlotte mengangguk seolah-olah dia memahat nama itu dalam ingatannya.
Chen menjeling tajam ke arah Tao. “Awak bertuah saya seorang je kat rumah sekarang ni.”
“Mana yang lain?” tanya Charlotte dengan wajah suci.
“Kerja.” balas Chen. “Awak perlu pergi sebelum mereka balik.”
“Kenapa pula saya nak buat macam tu?” Charlotte berkerut.
“Mereka akan bunuh kami kalau awak tak pergi.” ujar Chen. “Tolonglah. Jangan susahkan kami.”
“Saya nak jumpa seseorang.”
Chen dan Tao berpandangan seketika sebelum kembali memandang gadis itu dengan wajah penuh tanda tanya.
“Seseorang dari kalangan kamu.”
“Siapa?” tanya Chen.
“Saya tak tahu.”
“Siapa pun dia…” Chen menarik nafas panjang. “Saya tak rasa dia nak jumpa awak. Kami sepatutnya bersembunyi dari awak.”
“Saya tak akan mengalah.” Charlotte berpeluk tubuh.
“Kenapa pula awak nak sangat jumpa ‘seseorang’ ni?” Chen mengangkat keningnya sambil berkerut.
“Sebab…” Charlotte menggigir bibirnya. “Dia dah curi hati saya.”
_______________________________________
A/n : Dapat update! Walaupun lambat sedekad. Tapi okay lah daripada tak ada lngsung. Anyway, korang jgn lupa support cerita Baekhyun & Rose yg aku buat tau. Nnt akan ada spin off buku utk member lain.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top