Chapter 24
Bab 24
Luhan melangkah masuk ke dalam rumah yang terasa amat dingin itu. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Matanya sudah lesu. Seolah-olah dia akan tertidur bila-bila masa sahaja. Kerja membuatkan tenaganya hilang.
"Luhan..."
Lelaki itu memberhentikan langkahnya sebelum menoleh kebelakang. Dia sedikit terkejut melihat Xiumin sedang duduk di sofa dalam keadaan gelap.
"Xiumin?"
Xiumin hanya menarik nafas panjang. "Boleh kita bercakap sekejap?"
"Xiumin..." Luhan mendengus perlahan bagaimanapun menurut. Dia segera duduk di hadapan lelaki itu. "Kalau nak cakap pasal masa kerja ni... Saya tak nak berdebat lagi."
Xiumin memandang Luhan. "Luhan... Keadaan awak dah tak terurus dah."
"Mana ada-"
"Tengok diri awak tu!" Xiumin memintas. "Luhan... Awak dah semakin kurus. Pergi bertimbang kalau awak tak perasan lagi."
Luhan hanya mampu mendengus perlahan.
"Awak dah tak ada masa nak makan." Xiumin kembali memperlahankan suaranya. "Asyik pergi kerja dan penat."
"Saya perlu bekerja."
"Kita semua perlu bekerja." Xiumin membalas. "Tolong... Fikirkan diri awak walaupun sedikit. Akan tambah teruk kalau awak jatuh sakit."
Luhan tidak membalas. Dia hanya mampu berdiam diri. Xiumin tahu. Lelaki itu mungkin sudah menangis. Keadaan yang gelap membuatkan dia tidak mampu melihat dengan jelas. Tanpa banyak bersuara lagi, dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah lelaki itu sebelum memeluknya.
"Maafkan saya." Luhan menggumam dengan nada sayu.
"Kami risau, Lu." Xiumin mengusap belakang lelaki itu.
"Kita perlukan duit." Luhan menggumam lagi. "Kita perlukannya."
"Saya tahu." Xiumin mendengus. "Tapi kita lebih perlukan antara satu sama lain berbanding kita perlukan duit."
Luhan hanya mampu mengangguk.
"Okey, dah tu..." Xiumin melepaskan pelukannya. "Sekarang pergi dapur. Ada seorang yang tunggu awak kat sana."
"Seorang?" Luhan mengerutkan dahinya.
Xiumin hanya mengangguk dengan senyuman sinis. Dia bingkas bangun dan beredar sambil menggumam, "Pergilah tengok."
Luhan masih kebingungan bagaimanapun bingkas bangun dan berjalan menuju ke dapur. Dia terkedu memandang satu susuk tubuh yang sedang tidur dengan kepala diletakkan di atas meja makan. Sehun. Ada makanan yang ditutup berdekatannya jelas menunjukkan apa tujuannya.
"Hunnie..." Luhan menggoyangkan badan lelaki itu. "Hun-ah..."
Sehun membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengangkat kepalanya sebelum memandang sekeliling dalam keadaan mamai. Dia menggosok kedua-dua matanya kemudian memandang Luhan yang berada di sebelahnya.
"Luhan? Awak dah pulang?"
"Ya." Luhan berusaha menahan suara agar tidak menjadi sebak. "Kenapa awak tidur kat sini?"
"Saya tunggu awak." Jawab Sehun. "Jom kita makan sama-sama."
"Nanti..." Luhan membesarkan matanya. "Awak belum makan ke?"
Sehun hanya menggelengkan kepalanya sambil membuka makanan yang ditutupnya di atas meja itu. "Jom kita makan ya."
Luhan berusaha sedaya-upaya untuk tidak menangis. Sehun sentiasa berkelakuan seperti ini. Terutama sekali jika dia bekerja sehingga lewat malam. Sehun sentiasa menunjukkan wajah kuat walaupun sakit pada dalamnya.
"Nah, makan ni, Lu." Sehun menghulurkan mangkuk berisi makanan kepada lelaki itu.
Luhan hanya mengukir senyum. "Saya tak akan tolak kalau Sehun yang ajak kan?"
Sehun tersenyum lebar sebelum makan bersama-sama. Kegembiraan dapat dirasakan oleh mereka pada saat itu.
"Makan cepat dan tidur." Ujar Luhan.
"Boleh saya tidur dengan awak malam ni?" Sehun mengukir senyuman kambing.
"Awak tahu saya tak suka orang duduk kat katil saya, Sehun." Luhan menggerutu perlahan.
"Jadi, kita tidur kat katil saya lah."
Luhan menolak kepala lelaki itu perlahan.
"Ouch!" Sehun mencebik sebelum mengusap kepalanya.
"Dah! Cepat makan!"
***
Sehun, Kyungsoo dan Xiumin bekerja di kedai kopi itu seperti biasa. Xiumin dan Kyungsoo bertugas di kaunter, manakala Sehun bertugas di bahagian belakang. Kedai itu nampak tenang sepeti biasa. Tidak begitu sesak dan tidak begitu lengang.
"Kamu tak ambil cuti?"
Serentak kedua-dua lelaki yang berada di kaunter itu menoleh. Majikan mereka muncul di situ.
"Hai, Ella." Sapa Xiumin.
Walaupun Ella adalah majikan mereka, gadis itu berusia lebih muda. Awal 20-an. Malah dia ke universiti yang sama dengan Charlotte. Dia memutuskan untuk mengambil-alih perniagaan neneknya menjaga kedai kopi itu.
"Kamu macam tak ambil cuti langsung kebelakangan ni." Ella bersuara lembut. "Kamu tak ada urusan lain?"
Ella adalah majikan paling baik pernah mereka jumpa. Mungkin juga sebab dia tertarik pada Suho memandangkan lelaki itu sering berkunjung untuk melawat mereka. Ella pula selalu berasa malu bila Suho ada bagaimanapun tidak berani untuk bercakap dengannya.
"Kami okey, Ella." Kyungsoo membalas dengan senyuman lembut.
"Okey." Ella hanya mampu mengangguk.
"Hello."
Serentak mereka semua menoleh memandang empunya suara. Senyuman mereka kelihatan semakin lebar.
"Luhan!!"
"Wuoh..." Luhan mengukir senyuman sinis. "Saya tak tahu kamu gembira tengok saya kat sini."
"Awak tak kerja ke?" tanya Kyungsoo.
Luhan menggelengkan kepalanya. "Saya ambik cuti hari ni."
Kenyataan itu membuatkan Kyungsoo dan Xiumin berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum.
"Habis tu apa awak buat kat sini?" tanya Xiumin.
"Boleh saya pinjam Sehun kejap?" Luhan memandang Ella cuba membuat muka comel. Gadis itu sudah seperti kawan mereka. Memandangkan mereka sering berkunjung, hubungan mereka semakin rapat.
"Mestilah." Ella menggolekkan bebola matanya memandang muka lelaki itu. "Saya tak tahu bila Sehun akan berhenti bercakap pasal awak. Nasib baik awak datang dan bawa dia pergi."
Serentak mereka semua ketawa.
"Sehun!!" Ella menjerit dari tempatnya. "Ada pelanggan nak jumpa ni!"
"Kalau perempuan tu nak minta nombor telefon saya beritahu dia saya dah ada kekasih!" Sehun memekik dari belakang.
Ella hanya tergelak mendengar balasan lelaki itu. "Saya percaya awak tak nak lepaskan yang ni. Mari cepat!"
Beberapa saat kemudian, Sehun muncul lengkap dengan pakaian seragam kerjanya termasuk topi di kepalanya. "Kan saya dah cakap saya tak-" matanya terbuka luas apabila terpandang Luhan berdiri di situ. "Luhan??"
"Hai." Luhan mengukir senyuman manis.
"Apa awak buat kat sini?" tanya Sehun. "Awak tak kerja?"
"Dia ambil cuti untuk awak." Kyungsoo mencelah.
"Betul ke??" Sehun memandang lelaki itu dengan mulut terlopong. Perkara itu membuatkan dia benar-benar gembira.
"Ya." Ella hanya duduk berpeluk tubuh. "Awak bertuah saya akan beri awak perlepasan. Awak boleh balik. Saya bagi awa setengah hari."
"Terima kasih, Ella." Sehun terus sahaja berlari masuk untuk menanggalkan pakaian seragamnya sebelum kembali.
"Jom!" Luhan segera memanggil lelaki itu.
"Semoga bergembira." Kyungsoo melambai ke arah mereka.
"Mungkin nanti Kai pula datang jemput Kyungsoo." Ella bersuara membuatkan lelaki itu menjeling ke arahnya. "Betul lah."
Sehun dan Luhan pula berjalan keluar dari kedai itu.
"Kita nak ke mana?" tanya Sehun dengan wajah yang gembira.
"Ke mana sahaja awak nak pergi." Luhan menepuk bahu lelaki itu. "Awak kan adik saya."
Sehun mendengus perlahan mendengar perkataan 'adik' itu. "Kalau saya... Saya cuma nak luangkan masa dengan awak. Kat rumah pun tak apa."
Luhan menderam. "Alah... Pilih lah sesuatu yang menyeronokkan.
"Mmm..." Sehun mula berfikir seketika. Belum sempat sesuatu muncul dalam fikirannya, langkahnya terhenti serta-merta membuatkan Luhan turut berhenti berjalan dan memandangnya hairan.
"Itu Charlotte."
Luhan membesarkan matanya kemudian memandang ke arah di mana Sehun sedang melihat. Memang benar. Charlotte. Dia dengan beberapa orang kawannya. Mereka memasuki sebuah pasaraya.
"Jadi... Itu budak perempuan yang awak suka masa sekolah menengah kan?" Luhan memandang Sehun.
Sehun membalas pandangan lelaki itu. "Itu cerita lama. Tak akan ada benda yang boleh jadi."
"Awak langsung tak cuba pun."
Sehun hanya melepaskan keluhan. Dia masih lagi bingung. Bingung dengan semuanya. Bingung dengan perasaannya sendiri.
------------------------------------------
A/n: Sekali lg sy ingt kan ek. Cerita ni ada bromance. Tlg jgn ada negatif komen. Ini hanya sekadar cerita. Tak ada kena-mengena dgn yg hidup atau yg mati.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top