Chapter 18

Bab 18


Semua orang berkumpul pada malam itu di ruang tamu. Merancang dengan teliti perjalanan untuk esok. Mereka harus berhati-hati dan mengambilkira segala risiko yang ada. Gadis yang menjadi tahanan mereka dibiarkan sendiri. Percaya bahawa dia tidak akan melakukan apa-apa.

"Kita tak boleh berkumpul di satu tempat sahaja esok..." Suho bersuara. "Terutama sekali di tempat awam."

"Tapi, mereka bukannya kenal muka kita." Baekhyun mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.

"Ya." Suho mengangguk. "Tapi Charlotte tahu kita semua ada 12 belas orang secara keseluruhan."

"Itu kesalahan kita!" Chanyeol mendengus. "Kenapa kita bergilir menjaga dia dan setiap orang mesti melakukannya?"

"Siapa yang tak nak mengalah untuk tidak mengambil bahagian?" Kris merenung mereka tajam. "Saya dah beritahu awal-awal... Beberapa orang je pergi jaga dia."

"Kita memang tak boleh buat macam tu, Kris." Luhan bersuara lembut. "Kita semua bekerja. Ada yang berjaga kat hospital. Memang terpaksa buat giliran macam tu."

Semua orang terus melepaskan keluhan.

"Jadi..." Suho kembali bercakap. "Kyungsoo, Chen dan saya akan pergi mengambil duit tu. Kami dah beri arahan untuk bertemu di tempat yang jauh dari tempat kita akan tinggalkan Charlotte."

Suho memandang kedua-dua penama yang disebutnya itu tanpa berkata apa-apa.

"Chanyeol dan Kris kena jadi pengawal kami. Maksudnya..." Suho memandang kedua-dua orang itu. "Kamu kena perhatikan sekeliling. Pastikan keadaan sentiasa selamat dan terkawal."

Kris dan Chanyeol hanya mengangguk.

"Xiumin, Sehun..." Suho berpaling memandang mereka. "Kamu akan bawa Charlotte. Pastikan kamu menyamar dengan baik. Jangan tunjukkan apa-apa yang boleh membuatkan dia tahu itu kamu."

Sekali lagi, jawapan yang diberi hanya anggukkan.

"Kai dan Lay..." Suho menarik nafas panjang. "Perhatikan sekeliling untuk mereka. Begitu juga dengan Baekhyun dan Luhan."

Tiada bantahan yang diberikan.

"Dan Tao bersedia dengan van."

"Okey." Tao membalas.

"Semuanya dah jelas kan??" Suho memandang setiap orang di situ yang mana mereka semua hanya mengangguk tanda faham.

"Okey..." Suho berdiri serta-merta. "Semua boleh berehat. Sesiapa boleh ambil giliran untuk menjaga Charlotte.

*********************************

Luhan melangkah masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Sehun dan Kai. Dia berdiri sendirian di situ sebelum sepasang tangan memeluknya erat dari belakang.

"Hunnie?"

"Yes, baby?" Sehun mengukir senyuman di balik bahu lelaki itu.

"Awak yang sepatutnya jadi 'baby' kat sini." Luhan menepis tangan lelaki itu membuatkan dia mencebik. "Tengok tu... Perangai macam budak-budak."

Sehun kembali mengukir senyuman ketika duduk di katil.

"Jangan duduk kat katil saya, Sehun." Luhan mencengkam baju lelaki itu sebelum menolaknya ke tepi.

"Yalah!" Sehun berjalan pergi ke katilnya sendiri yang hanya berada di sebelah katil lelaki itu. Chen dan Kai pula tidur di lantai beralaskan tilam.

"Mana mereka berdua ni?" tanya Luhan.

"Chen pergi membuat kecoh di bilik yang lain." Sehun mengangkat bahunya sebelum baring dan memandang ke siling dengan kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepalanya. "Kai kat dapur saya rasa. Tolong-tolong Kyungsoo."

"Awak rasa semua akan baik-baik saja ke esok?"

"Semuanya akan baik-baik saja, Lu." Sehun membalas walaupun dia sendiri tidak pasti akan perkara itu. "Kita dah rancang semuanya."

Luhan menarik nafas panjang sebelum mengangguk. Sesuatu terlintas diingatannya membuatkan dia kembali memandang lelaki itu.

"Sehun... Awak gay ke?"

Soalan itu membuatkan Sehun memandang lelaki itu. "Siapa yang cakap macam tu?"

"Charlotte." Luhan mengangkat bahunya. "Apa yang awak beritahu dia tu?"

"Apa yang dia cakap kat awak?" tanya Sehun semula.

"Dia mendesak suruh saya fikirkan perasaan awak pada saya."

Sehun segera ketawa sebelum membetulkan kedudukannya. "Budak tu nampaknya lucu."

"Lucu lah sangat." Luhan menggolekkan bebola matanya. "Bukan ke awak suka dia? Kena lah ambil hati dia baik-baik. Bukannya cakap benda bukan-bukan sampai dai fikir benda lain."

Sehun memandang lelaki itu sambil mengukir senyuman manis yang penuh makna. "Saya tak tipu pasal benda tu, Lu."

Luhan mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

"Awak asyik muncul di pertengahan saat saya ada perasaan pada seseorang.

"Bila masa pula??" Luhan bertanya kebingan.

Sehun hanya mampu mendengus perlahan. "Dah lah. Jom tidur."

********************************

Kyungsoo membasuh pinggan ditemani oleh Kai. Dia tidak begitu bermaya sejak pulang dari hospital. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya saat ini. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.

"Awak okey ke?"

Kyungsoo memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. Hampir terlupa dia tidak berseorangan. "Ya. Saya okey."

"Jangan nak tipulah, Soo." Kai mendengus perlahan. "Saya tahu awak."

"Oh. Kalau macam tu... Saya tak okey." Kyungsoo mengangkat bahunya selamba membalas.

"Ada apa ni?" tanya Kai risau.

Kyungsoo melepaskan dengusan kuat. "Macam mana awak boleh okey dengan situasi sekarang?"

Kai hanya mampu memandang tidak membalas.

"Kenapa hidup kita kucar-kacir macam ni?" Kyungsoo masih merenung lelaki itu. "Dengan ibu masih tak sedarkan diri. Dengan penculikan untuk dapatkan duit..."

"Kyungsoo..."

"Tak!" lelaki itu membentak kemudian mematikan air paip yang terpasang sejak tadi. "Saya dah tak tahan hidup macam ni, Kai."

"Saya tahu." Kai bersuara lembut. "Hanya kali ini saja. Semuanya akan kembali normal lepas ni."

"Macam mana kita nak kembali normal selepas menculik seorang perempuan?" Kyungsoo tergelak menyindir. "Kita ni dah jadi penjenayah."

"Kita tak ada pilihan lain, Soo." Kai mengeluh perlahan. "Kita benar-benar tak ada pilihan lain."

Kyungsoo hanya menarik nafas panjang. Cuba mengawal emosinya.

"Hei..." Kai menarik tangan Kyungsoo sebelum memeluk lelaki itu. "Tak apa. Kita akan fikirkan kesemuanya nanti."

Kyungsoo mengesat air mata yang sudah jatuh bercucuran di pipinya. "Macam mana kalau kita masuk penjara?"

"Saya tak rasa gadis tu akan biarkannya." Ujar Kai. "Dia seperti faham dan tak akan bertindak macam tu."

***********************************

Charlotte langsung tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Dia asyik bergerak-gerak di atas katil berusaha hendak tidur bagaimanapun gagal. Kenyataan bahawa dia akan pulang ke rumah esok benar-benar mengganggunya. Pulang ke rumah. Entah kenapa, dia langsung tidak gembira mengenai hal itu.

"Awak ni kenapa sebenarnya?"

Charlotte tersentak apabila mendengar suara itu sebelum duduk serta-merta dengan mulut terbuka.

"Awak tak dapat tidur ke apa?" tanya suara itu.

Walaupun banyak suara yang didengarnya selama berada di situ, dia dapat mengenali suara ini dengan baik.

"Awak sepatutnya tidur dengan lena malam ni..." suara itu menarik nafas panjang. "Awak akan pulang ke rumah esok."

Memang benar. Dia seharusnya gembira. Akan tetapi, sebaliknya yang terjadi.

"Awak mendengar ke tak ni?"

"Dah berapa lama awak ada kat dalam bilik ni?" tanya Charlotte cuba mengubah topik yang lain.

"Lebih kurang sepuluh minit yang lalu."

"Kenapa saya tak perasan?" Charlotte mengerutkan dahinya.

"Dah awak sibuk bergolek kat katil sambil mendengus." Lelaki itu mengangkat bahunya. "Macam mana nak sedar."

Charlotte melepaskan keluhan panjang.

"Awak okey tak ni?" tanya lelaki itu risau.

"Ya. Teruja nak balik." Tipu gadis itu.

"Tak nampak teruja langsung pun." Lelaki itu mengangkat bahunya sekali lagi.

"Mungkin lebih baik jika saya lakukan ini."

Dengan itu, Charlotte bingkas bangun dari tempat duduknya membuatkan lelaki itu memandangnya risau. Tidak semena-mena gadis itu membuka ikatan matanya tanpa sebarang amaran. Dia mengelipkan matanya cuba membetulkan penglihatannya. Matanya terbuka luas memandang satu susuk tubuh di hadapannya yang memakai jaket berwarna hitam dan penyelubung kepala. Susuk itu juga memakai kacamata hitam dengan topeng menutup bahagian mulut dan hidungnya.

Lelaki itu hanya berdiri berdekatan tingkap dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. "Saya dah agak awak akan buat begini."

Charlotte mendengus perlahan memandangnya.

"Kenapa?" tanya lelaki itu tenang.

"Saya nak tengok muka awak." Jawab Charlotte jujur.

"Saya dah cakap awak pernah tengok muka saya."

"Tapi saya nak gambaran yang lebih jelas!" bentak Charlotte.

Lelaki itu hanya mampu melepaskan keluhan. "Itu tak akan berlaku."

Charlotte membuka langkah perlahan-lahan dan berjalan menuju ke arah lelaki itu membuatkannya berundur sedikit. Charlotte berdiri di hadapannya. Berusaha mencari jika ada sesuatu yang boleh membuatkan dia mengenali lelaki itu.

"Please..."

Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. "Tak boleh."

Charlotte cuba menanggalkan topeng lelaki itu bagaimanapun berjaya dihalang pantas olehnya.

"Kawal diri awak, Charlotte."

"Saya janji saya tak akan beritahu sesiapa." Rayu gadis itu. "Saya cuma... Cuma nak tengok muka awak. Itu je."

"Macam yang saya cakap..." lelaki itu mengeluh. "Ia tak akan terjadi."

"Kenapa??" Charlotte bertanya tidak puas hati. "Saya tak akan buka mulut. Please... Saya janji."

"Saya tahu."

"Jadi...?" Charlotte mengangkat keningnya.

"Ini bukan masa yang sesuai."

Charlotte tidak berkata apa-apa lagi. Dia sudah kehilangan kata-kata. Dia hanya mampu berharap lelaki itu akan mengubah fikirannya.

"Awak akan tengok muka saya." Ujar lelaki itu. "Pada masa yang lain. Bukan sekarang."

Charlotte mengeluh panjang sebelum lelaki itu melepaskan tangannya.

"Pergi tidur."

Charlotte tidak membantah. Dia sudah tidak tahu hendak melakukan apa. Tiada apa yang boleh dilakukannya saat ini.



A/n: Finally... Dapat update. Anyway, tak nak cakap panjang lah. Korang boleh enjoy dan baca dan juga komen yaa gaisss. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top