Chapter 17 - Penculik 12
Bab 17
PENCULIK 12
Lebih kurang 10 minit berlalu sejak Penculik 11 meninggalkan bilik itu. Charlotte sudah tidak dapat mengingati berapa kali dia menggesa penculik itu untuk memikirkan tentang lelaki yang menyukainya. Dia juga meminta lelaki itu menceritakan kisah-kisah Penculik 11 itu dengan Penculik 7, lelaki yang menyukainya.
Charlotte tersedar dari lamunannya apabila dia terdengar bunyi pintu bilik itu ditutup. Dia langsung tidak sedar bila ia terbuka.
"Menunggu saya?" seorang lelaki bertanya ceria dengan wajah tersenyum sambil menunjukkan gaya yang comel walaupun dia tahu gadis itu tidak akan melihatnya.
"Siapa awak?" Charlotte mengerutkan dahinya.
"Ouch. Soalan tu buat saya terasa."
"Tak... Maksud saya..." Charlotte menggelengkan kepalanya. "Adakah awak orang baru atau..."
"Saya baru bertugas." Lelaki itu memintas. "Dan... Saya orang terakhir."
Charlotte mengangguk. "Jadi... Kamu semuanya 12 orang."
"Betul." Lelaki itu mengangguk. "Jadi saya Penculik 12 lah."
Charlotte hanya berdiam diri. Entah kenapa, dia merasa agak tidak senang mendengar perkara itu. Maknanya sudah tiada yang akan ditunggunya lagi.
"Kenapa ni?" tanya Penculik 12. "Awak nampak macam tak gembira. Ada yang tak kena dengan saya ke?"
Charlotte hanya mengukir senyuman yang mempunyai banyak emosi bercampur-baur. "Awak lah yang selalu buat bising malam-malam tu?"
"Ah..." Lelaki itu tersengih. "Awak perasan rupanya."
"Awak sangat bising tahu tak." Komen Charlotte tidak begitu serius mengenainya.
"Tsk!" Penculik 12 memeluk tubuh sambil mengukir senyuman manis. "Awak akan rindukannya nanti."
Charlotte terdiam serta-merta. Dia hampir terlupa yang itu bukan lah di mana dia berasal. Dia hampir terlupa bahawa dia sebenarnya diculik. Dia juga hampir terlupa bahawa dia akan kembali kepada kehidupan asalnya nanti.
Penculik 12 perasan akan perubahan riak wajah gadis itu sebelum dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkap. "Awak akan pulang ke rumah esok."
Charlotte agak terkejut mendengar kenyataan itu. "Betul ke?"
"Ya." Penculik 12 mengangguk sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek seluarnya. "Kami dah rancang perjalanan esok. Kami akan pulangkan awak tanda sebarang kecederaan seperti yang dijanjikan."
Perkara itu langsung tidak menggembirakan Charlotte.
"Awak... Nak menangis ke tu?" Penculik 12 mengecilkan matanya untuk memeriksa gadis itu walaupun gagal disebabkan oleh penutup mata yang ada. "Alahh... Jangan buat saya nangis juga. Tapi... Tak apa kot. Sebab saya tak pakai eyeliner sekarang ni."
"Awak pakai benda tu?" Charlotte mengangkat keningnya.
"Sebelum ni." Jawab lelaki itu. "Sekarang tak lagi. Ia sesuatu yang akan menghabiskan duit dalam kehidupan kami. Banyak benda penting nak buat."
Charlotte mengangguk. "Mana Penculik 1?"
Lelaki itu berfikir seketika. Cuba mengira kedudukan mereka semua setakat ini. "Dia berada di suatu tempat. Ada sesuatu yang dia perlu jaga."
"Penculik 2? Yang penakut tu." Charlotte tersengih mengingati lelaki itu.
Penculik 12 tersengih. "Kat bawah rasanya. Saya selalu sakat dia. Dia memang sangat penakut."
"Penculik 3? Yang suka makan ayam goreng tu."
"Saya rasa dia keluar dengan seseorang." Penculik 12 mengangkat bahunya.
"Penculik 4?"
"Mungkin kat tempat kerja." Lelaki itu berfikir seketika dengan dahi yang berkerut. "Dia masih belum pulang."
"Bagaimana dengan Penculik 5?"
Lelaki itu memandang Charlotte sekali imbas. Dapat meneka bahawa gadis itu ingin mengimbau kembali kesemua mereka. "Budak berkaki besar tu? Masih kerja lagi."
"Dia berdengkur kuat sangat." Komen Charlotte.
"Saya lagi kuat berdengkur dari dia awak tahu tak."
Charlotte hanya tergelak kecil. "Penculik 6... Kalau tak silap dia yang puji diri dia tampan tu kan?"
Penculik 12 segera mengukir senyuman. Terus dapat mengagak siapa yang dimaksudkan. "Ya. Tapi sebenarnya dia memang tampan. Mungkin memang yang paling tampan antara kami."
"Penculik 7 yang kebudak-budakan tu?" Charlotte mengangkat keningnya. "Dua kali dia jaga saya. Dia memang suka Penculik 11 ke?"
Penculik 12 segera ketawa. "Penculik 7 tu sering cakap yang dia sayang pada Penculik 11. Tapi... Penculik 11 sayang dia sebagai adik."
"Tapi perkara tu memang benar lah kan?" Charlotte cuba memastikan.
"Kami rasa macam tu lah." Penculik 12 kembali memeluk tubuhnya. "Kami pun pasangkan mereka."
Charlotte mengangguk. "Penculik 8? Yang bersuara merdu tu?"
"Suara saya pun merdu juga." Penculik 12 mencebik mukanya.
"Awak tahu buat bising je."
Penculik 12 mendengus kuat sambil menggolekkan bebola matanya.
"Dan seterusnya..."
"Penculik 9?" lelaki itu segera memintas. "Dia yang banyak menjaga kami memandangkan dia yang paling tua."
"Dia yang paling tua?" Charlotte membesarkan matanya.
"Ya." Penculik 12 mengangguk. "Saya rasa dia keluar juga. Dan Penculik 10 pula..."
"Itu 'Mama' kamu kan?" tanya Charlotte hampir mematikan apa yang lelaki itu cuba katakan.
Penculik 12 hanya mengukir senyuman. "Ya. Dia keluar dengan yang lain."
"Dia suka mengemas kan?" tanya gadis itu.
"Bukan suka. Tapi obses." Penculik 12 membalas. "Saya tak suka mengemas sebenarnya. Tapi kalau dia yang suruh... saya akan buat."
Charlotte hanya tersengih. "Dan Penculik 11 yang baru je keluar dari bilik ni sebelum awak masuk."
Penculik 12 hanya mengangguk. Tidak perlu memberitahu di mana keberadaan lelaki itu.
"Saya rasa saya akan rindukan kamu semua." Charlotte menggumam perlahan. Berharap hanya dia seorang sahaja yang mendengarnya.
Penculik 12 memandang gadis itu. Dia dengar. Dengar dengan jelas apa yang dikatakan sebentar tadi.
"Boleh saya minta sesuatu?"
"Apa dia?" tanya lelaki itu agak teruja. Entah kenapa, dia ingin menunaikan apa sahaja permintaan gadis itu buat masa ini.
"Boleh awak beritahu kenapa kamu culik saya?"
"Sebab duit lah. Sebab apa lagi." Penculik 12 menjawab selamba.
"Dan kenapa kamu perlukannya?"
Penculik 12 menarik nafas panjang. "Saya tak pasti kalau saya boleh beritahu awal, Charlotte."
"Tolong lah..." Charlotte cuba merayu. "Sekurang-kurangnya saya boleh buat abang-abang saya faham."
Penculik 12 merenung gadis itu. Buat masa ini, itu lah yang mereka perlukan. Supaya kehidupan dapat diteruskan dengan baik. "Ianya... Untuk ibu kami."
"Ibu kamu?" ulang Charlotte.
Penculik 12 mengangguk walaupun gadis itu pastinya tidak dapat melihat. "Ibu bapa saya terlibat dalam kemalangan beberapa bulan yang lalu. Ayah tak dapat diselamatkan. Ibu pula sebaliknya. Tapi... Dia dalam keadaan koma." Penculik 12 cuba menenangkan dirinya. "Mereka adalah ibu bapa angkat kami sebenarnya. Tapi mereka tak pernah buat kami rasa macam tu. Mereka sayangkan kami sangat-sangat."
Charlotte hanya terdiam di tempatnya.
"Biaya perubatan kat hospital sangat-sangat mahal." Penculik 12 menggigit bibirnya seketika. Berusaha untuk tidak mengeluarkan air mata. "Kami semua bekerja dengan bayaran yang rendah. Terpaksa bergabung untuk membayar kos. Termasuk lah biaya untuk menyara hidup kami sendiri."
Mata gadis itu mula berair.
"Keadaannya semakin teruk." Penculik 12 meneruskan apa yang ada disebalik kehidupan mereka. "Dia perlu dibedah secepat mungkin dan biayanya sepuluh kali ganda dengan apa yang kami mampu. Kami terdesak. Kami dah cuba pelbagai cara. Setiap orang bekerja dua atau tiga pekerjaan dalam satu hari. Tapi tak berhasil. Dan... Satu-satunya harapan kami adalah awak."
Charlotte sudah tidak dapat menahan lagi. Air matanya jatuh bercucuran membasahi pipi.
"Kami minta maaf." Ucap lelaki itu dengan nada sedikit serak.
Charlotte langsung tidak dapat berkata apa. Dia hanyut dalam emosi dan perasaannya sendiri.
"Okey..." Penculik 12 berusaha mengembalikan senyuman di wajahnya semula. "Jangan beritahu mereka saya ceritakan benda ni pada awak."
Chalrlotte hanya mengangguk cuba menenangkan diri.
"Biar saya hiburkan awak." Ujar lelaki itu. "Saya akan nyanyi. Lagu yang gembira."
Charlotte hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Tapi sebelum tu..." Penculik 12 berjalan ke arah gadis itu. Dia mencapai topi merah yang berada di atas kepalanya sendiri sebelum memakaikannya kepada Charlotte. "Ambil ni. Memandangkan ini hari terakhir awak di sini. Jaga ini baik-baik."
Sekali lagi, Charlotte hampir mengeluarkan air matanya. Penculik 12 kembali ke tempat dia berdiri sebentar tadi.
"Saya akan mula..."
Naega nungama gidohan i sungani
Geudae ein mameul anajulge cheoncheonhi
Oneuri hanbeonui chance na naeditneun cheot georeum
Yaksok halge jal halgeoya
Gidaemankeum na yeoksi haengbokhage
Uri dul manui kkum geu cheot georeum
Barulah Charlotte tahu bahawa lelaki ini tidak berbohong. Suaranya benar-benar merdu.
Nae nuni wae iri nunbusyeo hage dwae
Simjangi wae iri michin deut ttwige hae
Sum gappa ojiman naegen neomu sojunghae itjima
Maen cheoeum ne kkum, ne mal, geu nunmulboda jinhan
Tto cheongugui nektaboda dalkomhaetdeon
Yes, you are my baby baby baby, baby baby baby
Yaksokhae na meomchuji anheulge
Geudaeman bomyeo
Naega nun gama gidohan i sungani
Geu eolmana son kkobawatdeon geu narinji
Oneuri hanbeonui chance na naeditneun cheot georeum
Swipji anheul geoya ara
Tteoreojin siganmankeum meoreojyeoseo
Natseon geu eolgul nal seulpeuge hae
Nae nuni wae iri nunbusyeo hage dwae
Simjangi wae iri michin deut ttwige hae
Sum gappa ojiman naegen neomu sojunghae itjima
Maen cheoeum ne kkum, ne mal, geu singgeureopdeon yeoreum
Tto cheongugui namjjok boda challanhaetdeon
Yes, you are my baby baby baby, baby baby baby
Yaksokhae na meomchuji anheulge
Geudaeman bomyeo
Neomu babo gatdaneun geol nado jal ara
Neo bakke moreuge doen ireon naega natseoreo
Jigeum naeditneun cheot georeumeul
Ttara girl, please come closer
Naui cheongugin geudaeman barabol su itge
Maen cheoeum ne kkum, ne mal, geu nunmulboda jinhan
Tto cheongugui nektaboda dalkomhaetdeon
Yes, you are my baby baby baby, baby baby baby
Gaseum gipsugi ppajyeosseo
Neomani jeonburangeol, cheongugirangeol
Baby baby baby, baby baby baby
Yaksokhae geudaedo naman bomyeo
Naman saranghae
Charlotte tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana. Suara lelaki ini merdu membuatkan dia ingin tersenyum sepanjang masa. Akan tetapi, semakin dia mendengar, semakin pula dia ingin menangis.
-----------------------------------------------------------------------------
A/n: Hola gaisssss!!!! Finally dapat update. Tak banyak mana pun. Tapi nak update punya lah ambil masa yang lama nak mamposss. Hahaha. Btw, ini penculik terakhir. Sepa tu? Hohoho~ Lepas ni dah tak ada penculik lagi yang nak diteka. Nanti akan di-revealkan jawapan. Tunggu tau. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top