Chapter 16 - Penculik 11
Bab 16
PENCULIK 11
TOK! TOK! TOK!
Charlotte dan Penculik 7 berhenti berbual serta-merta apabila mendengar bunyi ketukan itu. Charlotte hanya mendengar apa yang penculik itu katakan. Lelaki itu berusaha mengelak untuk menjawab soalan yang sensitif baginya sepanjang masa. Dia lelaki yang manis. Kalau bukan sebab Penculik 9, mesti Charlotte menyukai lelaki ini.
"Oh, sayang." Penculik 7 mengukir senyuman lebar.
"Jangan panggil saya macam tu, budak." Satu suara lembut membalas.
"Giliran awak ke sekarang?"
"Ya." Jawab lelaki bersuara lembut itu. "Saya bekerja syif malam nanti."
Penculik 7 memuncungkan bibirnya. "Jadi, saya nak main dengan siapa malam ni?"
"Main lah dengan yang lain."
Penculik 7 hanya mendengus perlahan kemudian mendekatkan mukanya ke telinga Charlotte untuk berbisik. "Kalau bukan sebab lelaki ni, mesti saya dah terpikat dengan awak."
Charlotte terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Hampir sama dengan apa yang berada di dalam kepalanya. Hanya untuk orang berbeza.
Penculik 7 memandang lelaki bersuara lembut itu. "Jangan mengurat dia."
"Kenapa?" lelaki itu mengangkat keningnya. "Awak suka dia ke?"
"Yang saya suka tu awak." Penculik 7 menderam.
Lelaki bersuara lembut itu tersengih sebelum mengusap kepala Penculik 7. "Dah pergi makan."
Penculik 7 berjalan keluar dari bilik itu masih dengan wajah yang dimuncungkan jelas tidak mahu.
"Awak okey, Charlotte?" tanya lelaki itu sopan.
"Ya." Charlotte mengerutkan dahinya sedikit. "Adakah awak..."
"Penculik 11? Ya." Lelaki itu bersuara lembut. Dia tahu apa yang gadis itu cuba untuk pastikan. Dia sudah sedia maklum mengenai nama-nama itu.
Charlotte mengukit senyuman manis. "Jadi, ini giliran pertama awak?"
"Ya." Suara lembut lelaki itu senang didengari.
"Lembut betul suara awak."
Penculik 11 hanya mampu mengukir senyuman. "Er... Terima kasih?"
Charlotte segera ketawa.
"Awak nak apa-apa ke?" tanya lelaki itu. "Saya boleh dapatkan untuk awak. Beritahu je."
"Saya cuma nak berkenalan dengan awak."
Penculik 11 terkejut sedikit apabila mendengar kenyataan itu. Memang benar. Charlotte ingin mengenalinya disebabkan Penculik 7 sepertinya suka dengan lelaki ini.
"O – Okey..." Penculik 11 mengerutkan dahinya sedikit. "Apa yang awak nak tahu? Dan ianya bukan sesuatu yang boleh mendedahkan identiti saya."
Charlotte mengukir senyuman. "Beritahu saya macam mana muka awak."
Penculik 11 berfikir seketika. "Muka saya macam perempuan. Semua orang cakap macam tu. Nak je saya tumbuk mereka."
Charlotte hanya tergelak kecil.
"Saya ada parut kecil kat bibir bawah." Lelaki itu menyambung. "Kena tengok dekat baru nampak."
Charlotte mengangguk. "Perangai awak macam perempuan juga ke?"
Penculik 11 mendengus kuat. "Mestilah tidak. Saya jenis yang marah depan-depan. Kalau saya dah meletup, semua yang ada kat rumah ni boleh mati."
Charlotte tersengih lagi. "Pernah awak jadi macam budak-budak?"
Penculik 11 berfikir lagi. "Saya tak pasti. Tapi, saya suka curi snek makanan dari yang lain."
"Apa pendapat awak tentang Penculik 7?"
"Penculik 7?" ulang lelaki itu. Tidak begitu pasti siapa yang dimaksudkan memandangkan dia tidak mengingati turutan mereka untuk menjaga gadis itu.
Charlotte membetulkan kedudukannya sambil mengangguk. "Lelaki yang baru je keluar tadi tu."
Penculik 11 mengerutkan dahinya. "Yang suka bubble tea tu ke?"
"Ya!" Charlotte mengangguk. "Dia."
"Kenapa dengan dia?" tanya lelaki itu.
"Apa pendapat awak mengenai dia?"
Penculik 11 terdiam seketika. Tidak tahu apa sebenarnya yang gadis ini cuba maksudkan. "Dia seorang yang... baik."
"Jawapan awak langsung tak memuaskan." Charlotte menggerutu.
"Habis tu apa yang saya patut jawab?"
"Well..." Charlotte mengangkat bahunya. "Dia nampak macam suka sangat kat awak. Sangat-sangat suka."
Penculik 11 tersengih. "Charlotte, saya sayangkan dia."
"Betul ke??" Charlotte membesarkan mata di bawah kain yang menutup matanya.
"Sebagai seorang abang."
Charlotte mendengus perlahan.
"Apa yang awak nak saya cakap?" Penculik 11 mengangkat keningnya. "Kami bukan gay, Charlotte. Sayang kami sebagai adik-beradik."
"Tapi, dia suka sangat pada awak." Charlotte memuncungkan bibirnya.
Penculik 11 hanya mampu mengukir senyuman. "Dia memang macam tu. Memandangkan dia yang paling muda dan saya antara yang paling muda. Jadi, dia pun berperangai macam budak."
Charlotte masih tidak bersetuju dengan hal itu. "Awak ada teman wanita?'
"Dulu, ya." Lelaki itu menjawab. "Dan pada masa akan datang pun saya akan cari teman wanita. Bukan teman lelaki."
Charlotte mendengus lagi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia kecewa mendengar jawapan itu.
"Awak tak penat duduk kat kerusi tu?" tanya Penculik 11.
Charlotte baru tersedar dia masih duduk di situ. Di mana Penculik 7 membawanya duduk dan minum bubble tea bersama.
"Awak nak saya pindahkan awak ke katil ke?" tanya lelaki itu aagak risau melihat posisi Charlotte. Tidak hairan lah kenapa Penculik 7 suka sangat dengan dia. Kebaikan dan kelembutan lelaki ini boleh mencairkan sesiapa sahaja.
"Boleh juga."
Penculik 11 membantu Charlotte untuk bangun sebelum membawa gadis itu ke katil. "Awak bertuah ini bukan katil saya."
"Kenapa kalau ini katil awak?" Charlotte mengangkat keningnya.
"Saya akan tendang awak ke bawah."
Charlotte menggerutu apabila mendengar kenyataan lelaki itu.
"Ini habit saya." Ujar lelaki itu. "Saya tak suka orang duduk atau baring kat katil saya. Saya akan tendang mereka."
"Apa-apa lah." Charlotte tergelak kecil setelah Penculik 11 kembali ke tempatnya. "Tapi kan... Kulit awak sangat lembut."
Penculik 11 memandang kulit putihnya seketika. "Terima kasih."
"Dan satu lagi..." Charlotte bersuara lagi. "Saya harap awak cuba pertimbangkan apa yang kita bualkan sebentar tadi."
"Pasal apa?" Penculik 11 mengerutkan dahinya.
"Pasal Penculik 7."
A/n: Yayyyy!!! Dapat pun update. Nak mampos aku cari timing nak update. Hehehe. Anyway, tak nak cakap banyak. Korang rasa sapa Penculik 11 dan juga... Penculik 7 tu. Hehehe. Leave me your answers!~
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top