Chapter 14 - Penculik 10

Bab 14

PENCULIK 10


Charlotte membuka matanya perlahan-lahan. Dia menaikkan tangan untuk menggosok matanya bagaimanapun teringat dia memakai penutup mata. Dia tidak ingat bila dia terlelap semalam. Dia hanya mendengar suara Penculik 9 menyanyi dengan lembut untuknya sehingga tertidur.

Dia mengerutkan dahinya apabila terdengar bunyi sesuatu sedang bergerak. Sepertinya ada seseorang yang bergerak di sekitar bilik itu yang sedang melakukan sesuatu yang tidak dapat dipastikan.

Charlotte berdehem sedikit. "Penculik 9?"

Bunyi pergerakan itu terhenti serta-merta.

"Kalau awak maksudkan lelaki yang menjaga awak semalam dia dah pergi kerja." Suara dingin membalas sebelum bunyi pergerakan itu kedengaran lagi.

"Dan awak siapa pula?"

Lelaki itu mengangkat keningnya. "Orang lain."

"Adakah awak..." Charlotte mengerutkan dahinya sedikit. "Pertama kali bertugas menjaga saya?"

"Ya."

Charlotte hanya mengangguk. "Awak Penculik 10."

Lelaki itu hanya mengangkat bahunya sebelum meneruskan apa yang dia lakukan saat ini.

"Apa yang awak buat?"

"Mengemas."

"Mengemas?" ulang Charlotte.

"Ya." Lelaki itu mengangguk. "Saya tak boleh tahan kalau tak mengemas."

Charlotte hanya diam tidak membalas. Agak pelik memandangkan jarang lelaki yang suka mengemas boleh dijumpai. Selalunya, mereka serabai.

"Awak nak mandi ke?" tanya Penculik 10.

Charlotte mengangguk sebelum bangun dari katil itu. Penculik 10 membantunya untuk berdiri. Dia mencapai tuala yang sentiasa digunakan oleh gadis itu dan menyediakan baju untuknya. Mereka segera menuju ke bilik mandi.

"Kenapa macam pernah hidu bau awak?" Charlotte menarik nafas cuba menghidu bau lelaki itu.

"Kenapa awak hidu saya?" tanya lelaki itu.

Charlotte mengelipkan matanya seketika. "Sa – saya cuma..."

"Sebab semua baju yang awak pakai tu baju saya." Lelaki itu memintas dengan nada dingin.

"Jadi, sepanjang saya kat sini ni baju awak yang saya guna?" tanya Charlotte agak terkejut dengan kenyataan itu.

Penculik 10 hanya mengangguk. "Saya yang paling kecil di rumah ni."

"Patut lah."

Lelaki itu menghidupkan lampu bilik mandi. "Awak boleh masuk." Dia menghulurkan tuala dan pakaian pada gadis itu. "Ini keperluan awak."

Charlotte hanya mengangguk sebelum menutup dan mengunci pintu bilik mandi itu. Dia segera melepaskan penutup matanya dan seperti biasa, dia akan berada di situ selama hampir sejam. Ini adalah satu-satunya masa untuk dia melihat keadaan luar.

Setelah selesai, gadis itu memakai baju yang disediakan sebelum menutup matanya semula lalu keluar.

"Dah selesai?" tanya suara dingin itu.

"Ya." Charlotte meraba-raba cuba menyambut tangan lelaki itu sebelum di bawa semula masuk ke dalam bilik.

"Duduk sini." Arah lelaki itu ketika cuba membantu Charlotte. Dia berjalan ke suatu tempat sebelum kembali dengan dulang berisi makanan. "Ini sarapan awak."

"Terima kasih." Ucap gadis itu.

"Cuma sandwich dan susu." Beritahu Penculik 10. "Jadi, tak ada masalah untuk awak makan dengan mata bertutup."

"Okey." Charlotte mengangguk.

"Huarghhh!!!!!!"

Jeritan itu membuatkan gadis itu terkejut. "Kenapa?? Apa yang terjadi??"

"Yah!!! Ka – sesiapa tolong saya!!"

Penculik 10 membesarkan matanya sebelum berlari membuka pintu bilik itu cuba mencari jika ada sesiapa berdekatan. Charlotte hanya duduk kaku di tempat dia berada agak kebingungan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak lama selepas itu, kedengaran derapan bunyi tapak kaki masuk ke dalam bilik itu.

"Ka – awak..." Penculik 10 menuding ke arah orang yang ada di pintu itu. "Tolong saya."

"Kenapa?" satu suara bertanya di muka pintu. "Apa yang terjadi?"

"Ada lipas kat sana." Penculik 10 menuding ke arah meja berdekatan.

Charlotte hampir tersedak makanannya apabila mendengar sebab lelaki itu menjerit. Hanya disebabkan lipas. Lelaki yang muncul di muka pintu itu tidak berkata apa-apa dan terus menangkap lipas itu sebelum membuangnya ke tingkap.

"Terima kasih." Ucap Penculik 10 agak lega.

"Awak bertuah saya sayang awak." Lelaki itu mengukir senyuman sinis.

"Diam lah!" Penculik 10 menggolekkan bebola matanya. "Pergi keluar."

Lelaki itu hanya ketawa, memandang Charlotte sekali imbas sebelum berlalu pergi dari bilik itu. Penculik 10 hanya mendengus kuat ketika duduk di kerusinya semula.

"Jadi... Awak takut lipas?" Charlotte bertanya setelah keadaan menjadi sunyi sepi.

"Saya benci lipas." Akuinya.

Charlotte tergelak kecil kemudian teringat sandwich yang baru sahaja di makannya. "Anyway... Sedap sandwich tu."

"Thanks."

"Thanks??" ulang Charlotte. "Awak yang buat?"

"Ya." Balas lelaki itu.

Charlotte ternganga serta-merta. "Jadi, awak lah yang mereka panggil 'Mama'?"

"Macam tu lah kiranya."

"Macam tak percaya pula."

Penculik 10 menggolekkan bebola matanya. "Itulah kenyataan."

Charlotte mengukir senyuman. "Jadi... Awak dengan lelaki tadi tu ke? Maksud saya... Bersama?"

"Lelaki tadi tu??" Penculik 10 mengangkat keningnya. "Lelaki tu... Saya... Bersama?? Siapa yang bagi awak idea ni?"

"Well..." Charlotte berfikir seketika. "Macam ramai sangat yang mengaku mereka ada crush dengan orang dalam kalangan kamu."

Penculik 10 mendengus perlahan. "Saya tak tahu kenapa dia tu tak boleh nak berhenti mengganggu saya."

"Sebab dia suka awak."

"Dia ada teman wanita." Selamba Penculik 10 memberitahu.

"Dia ada teman wanita??" Charlotte membesarkan matanya agak terkejut mendengar kenyataan itu.

"Ya."

"Habis tu... Kenapa dia bersikap macam tu?" tanya Charlotte.

"Saya tak tahu." Lelaki itu mengangkat bahunya.

"Tapi..."

Belum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya, pintu bilik itu direntap kuat oleh seseorang. Kedengaran bunyi nafas kuat dari situ.

"Uh... Hai." Lelaki yang muncul di muka pintu itu menyapa membuatkan Charlotte terkedu seketika. Dia kenal suara itu. Suara lelaki semalam yang mana dia gelar sebagai Penculik 9.

"Kenapa?" tanya Penculik 10.

"Awak perlu ikut saya." Ujar lelaki di muka pintu itu. "Sesuatu berlaku. Kita perlu pergi ke sana."

"O – okey." Penculik 10 bingkas bangun. Nada risau jelas kedengaran dari balasannya tadi. "Awak ambil cuti ke?"

Lelaki itu hanya mengangguk.

"Macam mana dengan dia?" Penculik 10 menuding ke arah Charlotte.

"Ada yang akan ganti awak." Lelaki itu memandang sekali imbas ke arah gadis yang duduk diam itu.

"Okey."


--------------------------------------------------------------------------------------------------


"Hai!"

Charlotte mengangkat keningnya apabila mendengar suara menyapa selepas hampir tiga puluh minit berlalu. "Hai."

"Ingat saya lagi?" tanya suara itu.

"Saya rasa pernah dengar suara awak." Charlotte mengecilkan matanya untuk berfikir.

"Saya yang bagi awak bubble tea hari tu."

"Ah..." Charlotte segera teringat akan perkara itu. "Awak Penculik 7."

Lelaki itu mengira sedikit. Cuba memastikan sama ada jawapan gadis itu betul. Dia mengukir senyuman serta-merta. "Kuat ingatan awak."

Charlotte hanya tersenyum bangga. "Tapi... Apa jadi?? Ada sesuatu tak baik berlaku ke? Kenapa tiba-tiba je Penculik 10 keluar?"

Penculik 7 berdiam diri seketika. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia tidak tahu sama ada dia boleh memberitahu perkara sebenar atau tidak.

"Hello...?" Charlotte mengangkat keningnya kerana tidak menerima sebarang balasan.

"Jangan risau." Penculik 7 mengukir senyuman manis. "Semuanya akan baik-baik saja."

"Mmm... Adakah..." Charlotte menelan air liurnya. "Ia... Sebab kamu menculik saya... Ada kaitan dengan apa yang sedang terjadi sekarang?"

Penculik 7 hanya berdiam diri. Dia berusaha untuk tidak mengeluarkan airmatanya. Ya. Ia ada kena-mengena. Itu adalah sebab kenapa mereka mengambil risiko untuk memilih jalan ini. Sebab mereka menjadi penculik.

"Awak tak perlu risau apa-apa."



A/n: Okay, gaiss. You can kill me. Damn it!! Baru dapat post. Sorry sesangat. Kekangan masa yang sangat teruk. I've got a new job early this year. And I've just got posting now. So, there's a lot that I need to learn. Sebab tu balik kerja terus condem. Tak ada tenaga.

Anyway, korang rasa sapa ni? Senang je ni. Kalau ada masa saya cuba update yang lain pulak juga. Doakan je lah. Leave me your answer. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top