Chapter 11 - Penculik 7

Bab 11

PENCULIK 7 



TOK! TOK!

Penculik 6 segera memandang ke pintu, manakala Charlotte hanya menggerakkan kepalanya memandangkan dia tidak tahu di mana arah pintu. Pintu bilik itu terbuka dan seseorang muncul dengan senyuman.

"Kenapa lama sangat awak datang?" tanya Penculik 6 dingin.

"Kami berbual kat bawah." Ujar lelaki yang berdiri di pintu itu dengan suara yang agak garau.

"Apa-apa lah." Penculik 6 mendengus kemudian berdiri dan mencucuk dahi gadis itu membuatkan dia menderam comel. "Saya mesti pergi, budak."

"Saya bukan budak!" charlotte membentak.

Penculik 6 hanya tergelak kecil sebelum berjalan menuju ke pintu. "Saya perlu pergi kerja. Awak..."

Charlotte merasakan lelaki itu kini bercakap dengan orang yang baru datang tadi memandangkan tiada sebarang nama yang disebut.

"Saya rasa awak perlu berikan dia posisi yang selesa." Ujar Penculik 6 perlahan hampir tidak didengar. "Dia perlukan rehat."

Selepas itu, pintu bilik ditutup membuatkan keadaan menjadi sunyi sekali lagi. Lelaki yang baru datang itu tidak berkata apa-apa.

"Jadi... Saya adalah Penculik 7?"

Suara itu membuatkan Charlotte hampir melompat, bagaimanapun, gagal. Suara itu seperti datang betul-betul dari depan mukanya.

"Nanti..." Charlotte mengerutkan dahinya. "Awak orang lain ke? Maksud saya orang baru?"

"Ya."

Charlotte seperti kehilangan kata-katanya. "Berapa orang kamu semua ni sebenarnya?"

"Ramai. Sangat ramai."

Charlotte tersentak sekali lagi apabila dia merasakan ada tangan yang sejuk memegang pergelangan tangannya sebelum ikatan terbuka.

"Saya akan baringkan awak kat katil." Ujar Penculik 7.

"Apa??" Charlotte membesarkan matanya ketakutan. "Apa yang awak nak buat pada saya??

Penculik 7 hanya mendengus perlahan. "Saya tak buat apa-apa. Awak perlukan rehat. Dah dua hari awak duduk."

Charlotte segera mengukir senyuman. Dia merasa itu adalah perkara yang amat menggembirakannya buat masa ini. Lelaki itu memimpinnya ke arah katil yang berdekatan secara perlahan-lahan.

"Awak boleh baring."

"Tapi... Saya tak biasa baring depan –"

"Saya akan bagi selimut." Penculik 7 memintas.

Charlotte hanya mengangguk sebelum kepalanya menyentuh bantal yang sangat lembut. Katil itu benar-benar menyenangkan. Dia dapat merasakan selimut kini menyelubunginya.

"Katil ni berbau harum."

Penculik 7 hanya ketawa sebelum berjalan duduk di sebuah kerusi. "Awak baring di atas katil orang yang paling pembersih antara kami semya."

"Macam mana rupa kamu semua ya." Charlotte menggumam sendirian.

"Bukan seperti yang awak bayangkan." Ujar Penculik 7.

"Tapi... Penculik 6 kata dia yang paling tampan antara kamu semua. Betul ke?" Charlotte hanya baring menghadap siling dengan mata yang masih ditutup. Dia tahu ia tidak boleh ditanggalkan walaupun tiada arahan yang diberi.

Penculik 7 segera ketawa menyampah. "Dia sentiasa cakap benda tu."

"Dia tak handsome ke?"

"Dia handsome." Penculik 7 mengakuinya.

"Tapi... Dia suka sangat kacau saya." Charlotte menderam. Dia tidak tahu berapa kali dia berbuat demikian.

"Maknanya awak bertuah."

"Kenapa pula?" Charlotte mengerutkan dahinya.

"Kalau dia suka awak, dia akan kacau awak je." Ujar lelaki itu. "Kalau tak... Dia tak akan pedulikan awak langsung."

"Dia suka saya?"

"Bukan suka yang macam awak fikir." Penculik 7 bersuara. "Maksudnya dia nak berkawan lebih dengan awak."

"Ah..." Charlotte mengangguk sebelum melepaskan nafas yang ditahan tanpa dia sedar langsung.

"Dia dah ada teman wanita."

"Betul ke?!" Charlote membesarkan matanya. "Berapa orang dalam kalangan kamu yang dah ada kekasih?"

"Mmmm. Lima."

"Oh, wow." Charlotte mengangguk.

"Awak pakai minyak wangi ke?" tanya Penculik 7 tiba-tiba.

"Awak rasa saya akan dapat benda tu dari mana?" Charlotte mengangkat keningnya.

"Saya dapat hidu." Penculik 7 melepaskan bersin.

"Awak alah dengan minyak wangi?"

"Lebih kurang."

"Saya rasa Penculik 6 yang pakai." Charlotte mengangkat bahunya. "Awak ada alah dengan benda lain lagi ke?"

"Tak." Penculik 7 menggelengkan kepalanya. "Ni je. Tapi saya tak suka berada dalam lif sendirian."

"Pelik." Komen gadis itu.

"Awak tahu tak..." Penculik 7 merenung gadis itu. "Saya pernah mengurat awak sebelum ni?"

Charlotte membesarkan matanya sekali lagi. "Apa maksud awak? Awak pernah berjumpa dengan saya?"

"Ya."

Charlotte seperti kehilangan kata-katanya.

"Tapi saya rasa awak dah tak ingat lagi." Penculik 7 mengangkat bahunya. "Saya pernah minta nombor telefon awak. Tapi, awak cakap awak dah ada kekasih."

Charlotte berusaha sedaya-upaya untuk mengingati perkara itu.

"Dan saya tahu awak dari kalangan orang kata..." Penculik 7 menarik nafas panjang. "Jadi saya putus asa je."

Terasa seperti kepalanya dihempap. Memang benar. Terlalu ramai yang cuba menguratnya. Tapi, dia tidak pernah bertemu dengan orang yang dia rasa benar-benar ikhlas. Dan lelaki ini pula berputus asa ketika mengetahui statusnya.

"Maaf, tapi..." Charlotte menarik nafas panjang. "Boleh awak beritahu saya ciri-ciri fizikal awak?"

"Saya??" Penculik 7 mengangkat keningnya. "Kenapa?"

"Saya cuma nak bayangkan awak dalam kepala saya."

Penculik 7 hanya mengukir senyuman manis sebelum berfikir seketika. "Saya boleh tahan tinggi. Kulit saya lembut macam kulit bayi. Tak ada yang istimewa."

"Macam mana dengan personaliti awak?"

"Mmm..." Penculik 7 berfikir sekali lagi. "Saya kebudak-budakan. Saya suka bergura memandangkan saya paling muda. Saya ada crush dengan salah seorang dari kami."

"Crush??" Charlotte mengangkat keningnya.

Penculik 7 hanya mengangguk walaupun dia tahu gadis itu tidak akan melihat.

"Awak gay ke?"

"Saya tak tahu." Penculik 7 mengangkat bahunya. "Saya suka perempuan. Tapi... Kalau saya nampak dia dengan oranag lain saya akan cemburu."

"Maknanya awak suka dia." Charlotte mendengus. "Dia tahu?

"Ya. Tapi dia anggap saya macam adik dia je."

Charlotte mengangguk.

"Tapi, kalau awak nak jadi kekasih saya... Saya akan lupakan dia." Penculik 7 mengukir senyuman sinis.

"Hei, saya bukan backup." Charlotte menggolekkan bebola matanya bagaimanapun tersenyum sedikit.

"Saya tahu ia mustahil." Ujar lelaki itu.

"Jangan cakap macam tu. Kita semua manusia sama je. Hanya sebab saya dari keluarga kaya saya tak boleh bersama dengan orang yang bawah dari saya."

"Maknanya awak nak saya –"

"Tak!"Charlotte memintas. "S-saya tak cakap macam tu. Ugh. Tak apa lah. Lupakan apa yang saya cakap."

Penculik 7 hanya mengukir senyuman manis apabila dia melihat wajah gadis itu bertukar merah. Dia bingkas bangun sebelum berjalan mendekati Charlotte. "Boleh awak duduk sekejap?"

"Kenapa?"

"Duduk je dulu."

Chalotte hanya menurut. Dia bangun perlahan-lahan sebelum duduk dengan selesa apabila dia merasakan ada seseorang duduk di sebelahnya.

"Apa yang awak nak –"

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia merasakan ada sesuatu yang menyentuh bibirnya. Dia terkedu seketika sebelum perasan bahawa benda itu adalah straw minuman.

"Apa ni?"

"Bubble Tea." Ujar Penculik 7. "Minum lah."




A/n: Gaisssssss!!! Manage to update! Hahaha, rasa macam dah d lupakan pulak Mocha & Latte tu. Nanti saya sambung tu pulak. HAHAHA XD yang ni pun kira senang k. Siapa tak kenal dia ni. Hehehe. Cerita ni ada a little bit of gay okay. Jangan nak komplen. Leave me your comment.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top