RANDOM 6 -
“Nah, dah bayar, kan?” Soalku sambil meletakkan plastik berisi makanan ke atas meja betul-betul di depan Wan.
“Dah...” Wan senyum.
“Kau orang sembanglah. Aku nak balik dulu.”
“Dah nak balik ke? Aku hantar kau balik.” Wan segera bangun.
“Tak payahlah. Aku balik naik Grab car aje.” Aku pandang ke arah Wati. “Bye Wati...”
“Wan, you masih pakai nombor WhatsApp lama ke?” Wati menyoal.
Bye aku ni langsung dia tak balas.
Mentang-mentang Wan lebih penting dari aku. Tanpa menunggu lagi, aku teruskan langkah.
“Tunggulah dulu. Rumah kita bukan jauh mana. Kau pakai Grab car tu dah membazir duit. Lebih baik sekali jalan dengan aku aje.” Suara Wan kedengaran dari belakang. Aku menoleh sedikit.
“Cerita apa dengan Wati tadi?” Aku tanya sekadar ingin tahu.
“Dia cerita pasal diri sendiri.”
Aku tahan ketawa mendengar luahan Wan. Dah agak dah. “Kata tadi tak lama lagi kahwin dengan cikgu satu sekolah dekat tempat dia mengajar. Tapi masih nak try kau juga.” Aku geleng kepala.
“Dia tak tanya pasal diri aku, dia cerita pasal diri sendiri.” Wan ulang sekali lagi. Agaknya dia masih culture shock dengan kehadiran si Wati.
“Slow betul kau ni. Bila perempuan cerita pasal diri sendiri dekat lelaki, maknanya dia berminat dengan lelaki tu.”
“Macam mana kau tahu?” Wan menunduk mencari wajahku.
Aku julingkan mata dengan rasa tak percaya.
“Akukan perempuan. Aku tahulah.” Naik sedikit suaraku kerana geram dengan tahap ‘slow’ Wan.
“Lagipun tadi aku dengar dia tanya kau single atau tak...” Sambungku lagi. Aku pandang ke arah Wan semula. “Kau jawab apa kat dia?”
“Single...” Ucapnya sepatah.
“Padanlah dia tanya nombor WhatsApp kau." Aku menggeleng kepala dengan sikap lurus bendul Wan. Benda-benda macam ni malas aku nak ajar. Pandai-pandailah dia melayan whatsApp Wati. Esok-esok jangan gatal mengadu ke aku pula.
🩵
Tak mampu nak marahkan Wan dalam hal ni *sambil tepuk dahi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top