RANDOM 4 (WAN ADA CRUSH)
“Wati, kalau tak ada hal lagi, aku masuk ke dapur baliklah. Tak sedap pula duduk kat sini lama-lama. Bos aku tengah kemas-kemas kat dalam.” Aku segera bangun tanpa menunggu persetujuan dari Wati. Dia bukannya nak makan pun. Sebutir nasi pun belum masuk ke mulut dia. Sibuk nak membawang aje kerjanya.
“Jenny...” Panggil Wan. Mata dia jatuh ke arah Wati yang sedang menoleh ke arahnya.
“Eh, panjang umur. Baru aje berborak pasal you.” Tiba-tiba suara Wati berubah lunak. Aku yang mendengar ni hampir terlompat dari tempat aku berdiri.
“Siapa?” Wan kerutkan dahi sedikit.
“Ashawati. Takkan tak ingat?” Mata Wati terkedip-kedip merenung Wan dari atas ke bawah. Nampak gayanya, macam dia dah terpesona dengan panahan cinta Wan. Bukan aku tak tahu dulu dia pun salah seorang peminat Wan.
Wan pandang aku dengan renungan tanda tanya. Aku angkat bahu. “Kau nak pesan apa? Nasi goreng ke?” Tanyaku.
Wan angguk kepala. “Dengan telur mata sekali.”
“Beres. Aku masuk dalam dulu. Wati, aku masuk dululah eh. Kau boraklah dengan Wan.” Aku segera melarikan diri dari situasi yang janggal ni. Bimbang kepala aku semakin berat dan bersemak gara-gara mereka berdua.
“Duduklah Wan... Dah lama I tak berborak dengan you. You apa khabar sekarang? Dah ada girlfriend ke masih solo?”
Wah, proaktif betul langkah yang diambil oleh Wati. Aku yang mendengar ni terasa geli hati sendiri. Pandai-pandailah Wan menjawab soalan Wati yang bertubi-tubi tu. Aku yang perempuan ni boleh naik lemas dibuatnya. Apatah lagi Wan yang dari dulu sampai sekarang dilahirkan sebagai introvert.
Selesai membuat pesanan Wan, aku jenguk mereka secara sembunyi-sembunyi. Melihat Wati begitu rancak bercerita dengan tangannya yang sekali-sekala terangkat sama menyebabkan aku malas mahu menghampiri mereka.
“Pergilah lepak sekali. Yang tengok dari jauh tu kenapa?” Soal Kak Fiza.
Aku tersengih nipis. Macam mana nak cerita kat Kak Fiza yang aku tak berapa berkenan dengan sikap busy body Wati tu ya? Bayangkan berapa lama aku tak jumpa dia, tapi dia boleh tahu semua perkara tentang aku. Tak busy body ke tu?
“Kesian Wan terkulat-kulat melayan kawan Jenny tu berbual.”
Tak sangka Kak Fiza pun perasaan perkara tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top