MY SECERT LOVER FRIEND
WRITER:BLUE RAIN
Ep.8
Keesokannya harinya Rennya menghabiskan masa bersama dengan keluarga sebelum kembali ke Kota Kinabalu bersama Tyler.Rennya Dan keluarga bersama ke sungai menangkap ikan dan sambil mandi manda.
"Kakak,Cuba bogia kau layan abang Tyler. Kesihan dia sendiri,"kata Rainie yang begitu peka.
"Aikk..nah,pandai kau ahh.Biarlah bah dia itu,"jawab Rennya Dan tersenyum dengan adiknya.
"Kakak,Abang Tyler suka kau.Kau tahukah tidak,"tanya Rinie memandang Rennya.Rennya sekadar mengangkat bahu sahaja.
Kedua mereka terdiam sambil berlumba-lumba membuang batu kedalam sungai Siapa yang jauh. Rennya melirik kearah Tyler Dan mata mereka bertentang.Bagaikan magnet melekat,seakan-akan ada bibit cinta dari mata mereka. Tyler tersenyum menampakkan lesung pipinya.
"Aduiii..bikin kasi lemas senyuman si Tyler ni-Rennya bermonolog.
"Saya cintakan kau Renn-Tyler pula bermonolog.
"Kalau hati sudah terpaut mata tu tidak boleh tipu kakak,"bisik Ryan yang entah datang Dari mana.
"Kakak sembunyi lagi, pasahal sudah jelas yang Kakak perhatian Pada Tyler,"kata Ricky Dan berlari menuju ke sungai.
"Nanti kau sana Ryan,"kata Rennya mengejar adiknya.
Mereka semua tertawa, Tyler juga terikut tertawa memandang mereka semua. Rennya mendekati Tyler Dan duduk di sebelah Tyler.
"Tyler,kenapa ini.Kau diam sahaja sejak dari semalam lagi. Apa yang kau cakap sama adik saya Rainie semalam,"usik Rennya Dan memandang tepat ke mata Tyler.
"Tiadalah,saya suka tengok keluarga Kau,"jawab Tyler Dan menundukkan dirinya.
"Kau belum jawab soalan saya Tyler,"tanya Rennya tidak berpuas hati.
"Boby,panggil saya Boby.Nama samaran saya itu.Tidak ada apa-apa yang kami ceritakan semalam,"jawab Tyler Dan tersenyum.
"Ooo,Boby?.Baiklah B,"kata Rennya Dan tersenyum.
"Apa??apa kau panggil saya?,"tanya Tyler sedikit terkejut.
"B,kau tidak suka,"kata Rennya.
"Sangat-sangat suka,"jawab Tyler Dan tersenyum malu-malu.
"B,senyum boleh buat saya cair,"kata Rennya Dan terus berdiri meninggalkan Tyler untuk mengambil makanan.Tersenyum-senyum Tyler.
"Apakah maksudnya Rennya itu?adakah dia sudah buka hati kepada saya-Tyler bermonolog lagi.
"Abang Tyler,mari sini.Kita makan dulu,"panggil Ricky sambil melambaikan tangannya. Tyler berlari anak mendekati keluarga Rennya.
Selesai makan encik Richard menyuruh mereka mandi sebelum kembali ke rumah.Tyler juga merasakan kemesraan bersama keluarga Rennya.Semacam yang Tyler tidak mahu kembali ke Kota Kinabalu.Malam selesai makan Tyler duduk di beranda rumah Rennya sambil mendengar suara yang merdu Dari ungas-ungas hutan.
"Jauh juga kau mengalamun,"kata Rennya membawa Segelas Nescafe kepada Tyler.
"Aikk..tidaklah.Siok dengar bunyi-bunyi sini kampung kamu,"jawab Tyler Dan mengambil gelas yang berisi nescafe.
"B,besok kita kena balik awal.Saya ada sell group sana kolej. Pertanyaan yang kau tanyakan pada saya itu,saya akan cubalah.Tetapi kalau kadangkala saya tidak ada masa call kau,jangan kau fikir saya mengelak. Kerana kau tahu jugakan,saya selalu ikut larian sana sini. Saya kena buat seperti ini kerana keluarga saya.Kalau saya menang,adalah sedikit saya bagi mereka,"kata Rennya Dan menundukkan wajahnya menahan airmatanya menitis.
"Saya faham Renn,beruntung keluarga kau dapat anak seperti kau.Kau seorang atlit yang kuat semangat.Saya kalah dengan semangat kau.Renn,terima kasih kau terima saya,"kata Tyler dan Rennya memandang ke arah Tyler tetapi entah kenapa airmatanya terus menitis.
"Hey..kenapa kau Renn?jangan nangis,"tanya Tyler dan mengesat airmata Rennya.
"Saya gembira tetapi tidak tahu kenapa airmata saya mengalir sahaja.Saya teringat akan kata-kata ibubapa saya.B,kami orang susah dan saya tidak pernah mengharapkan seseorang akan datang dalam hidup saya.Saya banyak tanggungan,saya kena berusaha demi keluarga saya.Saya sebenarnya tidak layak untuk kau B.Kenapa saya yang kau pilih?saya tidak boleh seperti orang lain.Saya tidak ada masa untuk layan kau B.Saya takut akan sakiti hati kau B,saya akan terima kau tetapi seandainya suatu hari kau mahukan perpisahan saya dengan rela lepaskan kau.Namun,saya tidak akan berhenti jadi sahabat kau.Walaupun kita sudah kahwin nanti,saya tidak mahu kita bermusuh.Kalau kita tidak ada jodoh,"luah Rennya dengan wajah yang muram.
"Renn,kenapa kau cakap seperti ini?saya pastikan kita akan kekal,"jawab Tyler dan mengesat airmata Rennya lagi.
"Masa depan kita bukan kau tentukan B,tetapi Tuhan,"kata Rennya mengangkat jari telunjuknya ke atas.
"Saya mahu kita tetap bersama,"jawab Tyler dan tersenyum lagi.
"Yalah,saya haraplah begitu,"jawab Rennya.
Encik Richard menyuruh mereka masuk,malam semakin larut.Seawal pagi ibu Rennya bangun memasak sarapan untuk anaknya dan Tyler sarapan.Banyak bekalan yang diberikan oleh ibu Rennya untuknya bawa ke Hostelnya.Sekitar jam 8 pagi,kedua mereka,bertolak.
"Renn,minggu depan kau pigi selangorkan,"tanya encik Richard.
"Ya,apa.Nanti saya bagitau bila saya jalan,"jawab Rennya kepada bapanya.
Tyler memecutkan kendaraannya menuju ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu kedua mereka berbual rancak.
"Terima Kasih Ren,"Kata Tyler Dan mengengam jemari Rennya,terkejut Rennya saat tangannya di pegang oleh Tyler.
"Kenapa B?,"tanya Rennya.sedikit gementar.
"Sebab kau benarkan saya menjaga kau. Saya pasti bahagiakan kau,"kata Tyler bersungguh-sungguh Dan masih mengengam jemari Rennya tidak mahu lepaskan. Tiba-tiba Tyler mencium tangannya.
"Isskk,terkejut saya dengan kau ni B,"kata Rennya Dan menarik tangannya Dari gengaman Tyler.
Setiba di Kota Kinabalu Tyler menghantar Rennya di hostelnya.
Berpandangan Eva Dan Leah melihat Rennya dihantar oleh Tyler. Sebaik sahaja Tyler jalan,berlarian kedua mereka mendekati Rennya.
"Wow!! sepertinya ada berita baik ni,"kata Leah bertanya Rennya. Rennya tersenyum sahaja.
"Nahkah,mesti ada berita baik nikan,"tanya Eva lagi.
Ep.9
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top