MyLife

Alhamdulillah, abang diam sepanjang perjalanan yang 4 minit tu, dan bila sampai, dia matikan enjin dan keluar dengan muka yang macam biasa dia, bengang.

Aku keluar dan susun selipar dan kasut-kasut yang ada. Lepas tu aku siram pokok bunga lepas letak beg atas kerusi batu yang ada di laman rumah. Kalau aku tak buat ni ada lah sesi 'jom dera Elisya' dari orang rumah ni. Kalau aku bernasib baik pun, paling kurang kene maki hamun.

Aku masuk dalam lepas dah sapu sampah dan angkat kain. Aku bawa bakul kain dan beg. Aku letak bakul dalam bilik Iron baju. Aku keluar bilik dan lepaskan nafas lega bila masih tak nampak papa or mama.

Hubungan antara parent aku dan aku kalau nak diterangkan dalam satu perkataan, aku akan guna perkataan,

Membenci.

Hubungan aku dengan semua orang dalam rumah ni kategori yang sama. Tapi perasaan ni lebih kuat pada papa dari mama atau Abang Wan sebab dia darah daging aku.

Aku nampak kelibat Abang Wan dekat dalam dapur. Tengah cari makanan la tu.

Nasib baik aku nampak dia macam dah jumpa benda nak makan. Kalau tak, memang muka ni la akan jadi private chef dia.

Aku terus naik atas dan masuk bilik. Lagi lama aku dekat bawah, lagi besar kemungkinan abang aku yang TERsayang tu akan ada akal untuk kuat kuasakan gelaran 'bibik' aku ni.

Jadi sekarang korang boleh tekakan kenapa ada TER kat depan sayang tadi kan?

Aku letak beg dekat kerusi meja belajar aku dan capai tuala untuk mandi.

Aku cabut contact lens warna coklat cair dan letak dalam bekas.

Tak, aku bukan rabun. Dan tak, aku bukan saje-saje nak MPO atau bajet-bajet mat saleh.

Mata aku ni, dia bukan warna biasa. Dan bukan setakat warna dia je tak normal.

**

Aku dengar ada orang ketuk pintu bilik. Aku cepat-cepat bangun, tak, sebenarnya aku dengan malasnya bangun dari sejadah dan buka pintu bilik.

"Eli, turun makan," mama ajak tapi dengar suarapun aku tahu tu arahan.

Walaupun 'ajakan' tu ada selit ayat 'tolong la jangan makan sekali' dengan gaya muka mama, aku tetap angguk. Malas aku tambah drama yang sedia ada antara aku dan mama dengan melawan ajakan dia yang tak berapa ikhlas ni.

Mama ni memang asyik tunggu je aku buat sesuatu supaya dia boleh 'ajar' aku lepas tu.

"Ok, kejap lagi saya turun," mama tengok mata aku yang warna kelabu dan terus senyum sinis dan angguk.

Bila nampak warna tu, memang dia sendiri tahu betapa akupun sebenarnya malas nak mampus makan dengan 'keluarga' aku ni. Dan dia amatlah suka hakikat yang dia dapat buat aku macam ni.

Yang dia berjaya sakitkan hati aku dengan control hidup aku.

Lagipun aku memang lansung tak kisah fasal 'suka ke tak' mama dekat aku atau impian dia yang berjudul 'aku akan buat kau menderita' terhadap aku tu.

Mama ni tak la baik sangat. Typical mak tiri katakan. Setakat kene lempang tu biasalah. Tapi kalau dia nak suka aku ni pun memang mustahil sebab selain masaalah-masaalah aku dekat sekolah, aku ni memang tunjuk dekat depan semua orang dengan jelasnya betapa aku tak suka dia.

Siapa suka kalau terpaksa tengok muka orang yang tanpa rasa bersalahnya, bahagia curang  dengan ayah kau time ibu kau tengah menderita sebab camser setiap hari?? Siap kene panggil mama lagi?!

Aku perhatikan mama turun tangga sampai kelibat mama hilang barulah aku lepaskan keluhan dan masuk ke dalam bilik aku yang berwarna pink -satu lagi benda aku benci (warna ni) yang mama jadikan realiti- semula untuk lipat telekung.

Aku turun tangga lepas sikat sikit rambut supaya nampak jugalah aku kisah fasal dia(rambut aku). Aku pergi terus ke dapur dan duduk dekat tepi Abang Wan.

Hari aku sekolah, lauk pauk mesti dari kedai sebab dengan jelasnya hanya aku tukang masak or cleaner rumah ni.

Bila aku duduk baru semua mula makan, dengan pengecualian ayah.

Walaupun dengan jelas kitorang tak sehaluan, mama masih menekan keperluan makan bersama. Kenapa? Jangan la tanya aku yang sememangnya takkan nak ambil tahu ni.

Kalau nak juga suruh aku teka kenapa, maybe dream dia la kot nak ada rumah tangga 'bahagia' macam tu. Tapi nak bahagia apanya kalau awal-awal kau mulakan dengan curi laki orang?

Kitorang makan berteman kesunyian. Alhamdulillah la ayah tak de. Kira masih selamat la urat-urat muka aku, kalau tak, memang belum masuk bilik muka aku dah cramp sebab buat pertandingan muka tak puas hati or bengang dengan ayah.

Aku kalau dengan mama atau abang Wan memang malas nak tunjuk apa-apa emosi. Buang masa je. Tapi kalau dengan ayah aku, aku jadi rajin pulak nak sakitkan hati dia. Maybe sebab, macam aku cakap, dia darah aku, jadi aku mesti selalu rasa nak tunjuk perasaan aku kat dia walau perasaan bengang aku sekalipun.

Mama pula akan malas nak gaduh dengan aku kalau dia kekurangan penonton untuk tonton  lakonan tahap Oscar dia tu.

Ayah selalu balik lewat dan jarang suruh kitorang tunggu untuk makan sekali.

Ayah tu maybe ada kerja lain selain kerja tetap dia. Sebab kalau setakat cikgu takkan sampai setiap hari, kalau tak pukul 9 malam, takkan nampak la batang hidung ayah tu.

Aku tolak sikit bahu abang Wan dengan bahu aku. Bila dia pandang aku dengan muka 'hish, budak ni.. pehal?' Aku bagi isyarat supaya dia hulurkan cawan air kat tepi dia. Dia jeling aku tapi still ambil dan hentak tepi aku, dia abaikan jugak tangan aku yang kononya nak sambut.

Tapi aku tak cakap apa-apa dan ambil gelas untuk tuang air.

Abang Safwan ni kalau ada mama dia buat macam aku tak wujud je sebab aku rasa dia takut aku bagi tahu mama fasal perangai-perangai dia.

Ha, benda ni sebenarnya aku tak berapa nak faham! Apa kepentingan dia nak takut kat situ? Macam la dalam rumah ni ada orang percaya cakap aku. Jadi asal nak takut kalau aku yang memang tak akan mengadu ni, mengadu pun?

"Aku dengar hari ni kau buat hal lagi dalam kelas. Kan nak SPM lagi 2 bulan je.. kenapa makin buat perangai? Kerjanya nak tarik perhatian je tahu.. Nasib baik semua kat sekolah tu tak bodoh dan ikut telunjuk kau. Kalau tak, memang semua termakan la dengan gilakan perhatian Elisya ni. Hish! Tak boleh ke jadi macam Abang Wan ni? Ni tak, nak keras kepala jugak!" mama ambil keputusan untuk 'ceriakan' suasana sepi kat meja ni dengan warm up untuk memaki aku.

Huh! So much for makan malam yang tenang.

Bila aku cakap dia suka kalau ada penonton, maksud aku dia lebih excited la, tapi tak bermaksud kalau tak cukup penonton dia takkan kacau aku.

"Buat perangai? Sorry mama, tapi tak la teruk sangatpun rasanya. Dan fasal SPM tu, kalau nak dekatpun apa nak fikir sangat? Saya memang tak pandai.." aku cakap setawadhu yang mungkin dengan harapan yang isu ni tak dipanjangkan.

Malangnya hidup aku tak pernah macam aku nakkan.

"Kalau main pas-pas kertas tu pun dah macam budak tak cukup akal apatah lagi kalau kertas tu tengah kutuk cikgu yang mengajar kau? Melampau tau tak?! Tu tak termasuk dengan buat kecoh time rehat lagi!" mama cakap dengan suara jelas sekali boleh buat gempa bumi kecil dalam rumah ni.

Tapi mama macam biasa takkan berhenti setakat tu je..

"Entah la kenapa susah sangat nak jadi macam Wan.. Kau ni, perangai dah satu. Otak pun.." mama biar ayat tu tergantung sebab dengan senang sesiapa je boleh sambung..

Mama ni memang bangga sikit ngan anak dia (abang safwan) yang jual dadah setiap hari Ahad.. semua benda dia buatkan perfect! Memang 100% anak yang SOLEH la..

'Mama fikir dia tu rajin sangat ke nak 'study kat libary' setiap hari Sabtu, Ahad? Alasan je! Dia bukan pergi Libary mama oi! Dan mama, kerja-kerja U dia dari 2 tahun lepas Eli yang buat.. So dengan automaticnya yang terlebih cerdik tu Eli la kan?'

Aku senyum senget bila fikirkan benda ni.

"La.. setakat saya cakap dia boroi apa salahnya? Dan mama bukan kesah sangat pun kan kalau Elisya melampau ke, kurang ajar ke. Mama just kesah sebab mama takut nanti ada yang gossip fasal mama. Diorangkan memang dah selalu kutuk mama kan? Diorang cakap mama tak pandai jaga anak, eh silap, anak tiri," aku cakap sambil minum air.

Abang Wan kat sebelah aku dah tersedak bila dengar aku balas macam tu.

Dah kalau aku cuba terangkan perkara sebenar sekalipun, memang sebesar kuman je harapannya mama ni nak percaya. Kalau dia percaya pun dia lagi happy kut dengan nasib malang aku tu, siap ajak ayah buat kenduri kesyukuran agaknya.

So, alang-alang mama ni nak buat aku rasa macam aku la manusia paling jahat, baik aku jadi jahat betul-betulkan?

"Elisya! Kenapa teruk sangat perangai kamu nii?!!" mama jerit dan tepuk meja makan sekali.. dari tepi mata aku nampak Abang Wan senyum senget sikit.

Suka sangat la tu tengok aku kena marah.

"Ya?" aku balas dengan senyuman semanis mungkin.

Aku dah lama immune dengan pekikan,teriakkan -makian lagi-lagilah!- dari mama. So, memang aku boleh silang kaki je menghadap mama sekarang ni.

"Kenapa kamu selalu kurang ajar macam ni?! Mama nak bagi nasihat kat Elisya sebagai seorang ibu. Mama nak Elisya berjaya.. jadi cuba cakap apa kamu nak mama buat?" mama tanya.

Adoiyai.. Apa kes ni tiba-tiba dia buat ayat tak berapa nak menitik air mata ni? Bukan tadi dia macam dah siap-siap nak maki aku ke?

Tapi still, tak dapat dinafikan kelawakan kat ayat mama ni! Aku bukan setakat dah gelak dalam otak, dekat luar pun dua-dua boleh nampak aku tengah tahan gelak.

Like seriusly?

Ada ke orang yang nak jadi 'ibu' akan maki 'anak' dia setiap peluang dia dapat? Ada ke ibu yang lepang anak dia bila anak tu tak buat kerja rumah sebab demam? Ada ke 'ibu' yang takkan lupa ingatkan 'anak' dia yang ayah dia sayang sangat kat 'ibu' baru ni dengan cara paling baik sekali?

Contoh?
Macam ni kot..

'Elisya, tengok ni papa beli rantai baru untuk mama. Hm.. mama kesian la pulak kat arwah ibu Elisya, diakan tak pernah dapat benda-benda macam ni. Benda dia pun papa bagi kat mama, kan? Mamapun pelik kenapa papa nak manjakan mama macam ni. Sepanjang kahwin dengan ibu Elisya pun papa tak berapa nak kesahkan kat dia, kan?'

Lebih kurang macam tu la ayat dia.. ini pun ayat pertama sekali aku dengar dari mama berkenaan dengan arwah ibu aku, time bulan pertama dia jadi mak tiri aku. Jadi korang boleh bayangkanlah sekarang betapa ayat-ayat dia dah 'level up' sejak tu.

Walaupun ibu kandung aku sebenarnya bukan la rapat sangat dengan aku dari aku kecil sampai besar pun, dia still ambil tahu hal ehwal aku. Walau dia jaga aku bukan sebab sayang, tapi sebab dia tahu aku anak dia.

Aku pun tak tahu kenapa, tapi ibu memang macam terpaksa sangat didik aku atau jaga aku.

Macam tu jugak ayah aku, tapi ibu tak naik tangan atau anggap aku tak wujud.

Mungkin aku je over sebab fikir ibu sendiri tak sayang anak kandung dia, tapi memang itu yang aku rasakan sepanjang 15 tahun aku hidup dengan ibu aku.

Dan apa mama cakap lagi? Dia nak aku berjaya?

Oo... Itu semestinya! Dari mana dia nak dapat duit nanti kalau bukan dari aku? Lagipun memang tujuan hidup diakan nak menghancurkan hidup aku.

Sekarangpun dengan senang hati dia yang guna duit arwah ibu save dalam account bank dia untuk aku.

Tapi tu of course sebab ayah yang bagikan?

Diakan SAYANG sangat kat mama ni.

"Em.. Mama nak jadi ibu? Mungkin perkara pertama mama kene buat adalah berhenti berusaha kot. Lagi-lagi usaha yang macam setakat nak bagi haiwan tepi jalan ni.. Tapi kalau ya Allah dah bagi hidayat kat mana untuk berubah, Elisya rasa buat membazir masa je mama minta 'nasihat' dari Eli, Eli memang tak pernah dan takkan kesah langsung apa yang mama nak buat. Memang dah jelas kan selama ni yang mama hanya pengganti ibu walau itupun sebenarnya Eli rasa mama tak layak."

Pang!

Auch! Pedih pipi aku!

"Eli tolong masuk bilik sekarang! Mama tak boleh tengok muka tu sekarang ni" mama cakap dengan suara ditahan tahap max!

La... kalau dah bagi aku satu das, apahal pulak nak cover-cover marah aku?

Tapi aku menurut perintah dan bangun untuk masuk bilik. Memang tak dinafikan kesukaan aku bila dapat bla dari meja ni.

Tapi aku terhenti melangkah bila perasan ada orang sedang tengok aku.

Hm.. why am I not surprised?

Memang confirm la sebab ni mama 'menahan' kemarahan dan mungkin benda ni dah ada dari part ayat 'syahdu' mama tadi.

Ayah dah balik!

"Eli nak-"

Pang!

Sekali lagi, auch!

Dan ya, penampar ayah pun sesuatu yang normal dalam kehidupan aku.

"Aku tak kisah kau nak kurang hajar dengan orang lain, tapi bukan dengan mama! Faham?"

Ayah pandang aku tajam sekali pakej muka bengang dia, ayah buka mulut lagi untuk cakap sesuatu, tapi bila dia pandang mata aku dia tutup mulut dan lalu tepi aku macam aku halimunan dan sapa 'keluarga' dia.

Aku angguk perlahan lepas tarik nafas, walau aku tahu ayah tak kisahpun fasal anggukan aku ni. Aku terus jalan untuk ke bilik tanpa toleh ke belakang walau aku masih boleh rasa kehendak cik 'hati' yang nak tegur ayah dia macam anak normal yang lain.

Walau banyak mana sekalipun aku lalui masa-masa ayah akan naik tangan, abaikan atau terus buat aku macam tak wujud, masih aku tak boleh berlagak macam dah biasa. Aku masih rasa macam nak nangis air mata darah.

Aku mungkin tunjuk yang perangai ayah ni takde effect dalam hidup aku, tapi sepandai manapun aku boleh tipu orang lain... Aku pastinya takkan boleh tipu diri sendiri.

Ayah still ayah aku.
Darah yang mengalir dalam badan aku tak kira macam mana aku rasa nak keluarkan dan nak tukar darah lain, still darah tu jugalah darah yang aku share dengan ayah. Aku yakin aku takkan terlepas dari kesengsaraan hati yang akan selamanya berharap ayah dia akan jadi ayah yang normal satu hari nanti.

Aku berhenti berjalan bila tinggal beberapa langkah je lagi aku nak sampai pintu bilik. Aku tengok diri aku kat cermin yang tergantung pada dinding antara bilik aku dan Abang Wan.

Patutla ayah malas nak teruskan kemarahan dia tadi.

Dia tengok mata aku,
Mata yanng warna biru.

Warna kesedihan.

Hm.. sebnarnya bukan hanya diri sendiri je aku tak boleh tipu.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Terima kasih for reading this..

Q&A of this chapter:

Boleh teka kenapa orang asyik beri reaksi kat mata dia atau apa kelebihan mata dia?

Budak. Baru. Belajar
Like
Vote
Comment
Lots of ❤ ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top