MyDreamVsReality

Aku tengah mesej ibu tentang coklat apa ibu nak bila handphone ibu yang ibu bagi guna sebab trip sekolah ke langkawi ni tiba-tiba mati!

Huaaaahh!! Boleh menangis tak?!

Macam mana ni? Battery tadi banyak je lagi. Rosak ke ni? No ayah pulak tak pernah nak hafal. Kalau hafal pun ayah bukan akan tolong, lagi kena marah adalah.

Tapi, alhamdulillah aku dah ambil hampir semua coklat yang ibu pesan.

Masalahnya sekarang, aku pasti ada lagi satu yang aku tertinggal! Apa ye?

Aku jalan-jalan sekeliling kedai coklat yang semestinya penuh dengan coklat dan juga orang buat masa ni.

Sekarang akhir tahun, jadi banyak la tourist dan aku nampak memang banyak juga sekolah buat field trip time ni.

Aku tinggalkan bakul dekat kaunter sebab tak larat aku nak bawak! Aku tengah tengok nama-nama coklat dekat rak -mana tahu aku dapat pastikan tu coklat yang aku tertinggal- bila aku rasa macam ada orang tengok aku.

Aku pusing dan pandang pintu masuk kedai dan nampak ada 4 lelaki kat situ. Diorang macam sekolah lagi tapi diorang obviously lagi tua dari aku. Aku 12 tahun dan 2 antara diorang macam budak SM dan 2 lagi masih nampak macam sebaya aku.

Tapi yang buat aku pandang diorang lama sikit hanya sebab (selain diorang hensem, haha) diorang yang dengan tak malunya tenung aku sambil senyum dan cakap-cakap sesama diorang.

Aku cepat-cepat alihkan pandangan. Hish, cuak aku!

Aku nampak dari tepi mata yang diorang macam tolak seorang lelaki ke arah aku dan aku cepat-cepat pergi rak lain.

Aku dengar kat belakang yang diorang tengah gelakkan lelaki tu dan cakap macam 'Are you seriously afraid?!' atau 'first time tengok abang macam ni' tapi tu aku dengar sipi-sipi je so aku tak pasti.

Lepas aku pasti takde siapa ikut aku, aku teruskan misi mencari coklat lagi satu tu.

Adala kawan-kawan aku tolong bagi cadangan tapi aku tahu diorang pun sibuk nak cari barang sendiri jadi aku ambil je apa-apa yang diorang cadangkan.

Aku pergi ke kaunter dan terdiam.

Eik? Mana pergi bakul aku tadi?

"Akak, bakul yang saya letak kat sini mana, ye?" aku tanya kakak cashier. Aku memang pelik tahap gaban! Macam mana coklat yang dalam 2 bakul tu boleh lesap?

Dan sebelum sesiapa tanya, tak! Aku bukan nak bukak kedai, tapi sebab keluarga aku duduk kat daerah yang macam kampung sikit susah la nak dapat coklat macam kat Langkawi ni.

Sebab tu la ibu suruh aku borong banyak sikit, boleh bagi jiran sekali. Kalau tak beli nanti ada lah yang berbunyi sana-sini, mengikut kata ibu la.

"Eh? Kan dah bayar." kakak cashier cakap sambil senyum pelik kat aku. Dan mata dia tak lari dari mata aku.

Ye, ye, aku tahu mata aku pelik.

Tapi situasi ni lagilah pelik! Bila masa badan aku boleh terbelah dua?

"Mana ada kak. Akak silap kot. Saya mana ada bayar lagi."

"Memang la bukan adik bayar. Abang adik tadi la yang bayar," kakak tu cakap sambil gelak.

Heyla, bila masa pulak aku ada abang selain kembar aku yang aku pasti dah meninggal time lahir lagi?

"Abang mana kak?"

"La, adik takkan tak tahu abang adik bayarkan tadi? Tapi dari pandangan akak la, memang korang tak nampak macam adik beradik pun. Yang sama just korang dua-dua cantik dan handsome. Haha.. lagi-lagi mata adik.

Tu yang kat pintu tu, yang pakai jaket warna coklat tu.. abang adikkan?" kakak tu cakap panjang lebar sambil tanya.

"Ah? Ha ah.." aku jawab bila aku rasa baik tak yah libatkan kakak cashier dengan masaalah 'ada mamat yang takde kene mengena ngan aku dah bayarkan coklat aku yang aku anggarkan dalam 150 ringgit.'

Aku angkat plastic dan jalan dengan muka takde expresi ke pintu keluar yang jelasnya lelaki-lelaki tadi masih berdiri berdekatan tapi kali ni diorang macam makin banyak la pulak.

Aku jalan cepat-cepat dan aku tunduk tahap boleh sujud dah sebab? Aku malu la!

Aku hantar coklat kat bas dan turun balik. Aku rasa baik aku pergi bagi duit ni kat dia. Hm, tapi macam malu je. Banyak sangat lelaki.

Tak Eli! Kau kene bagi balik duit tu!

Aku pun dengan kurang yakinnya pergi lalu koridor tu dengan harapan dia datang kat aku.

Aku pandang dia dari hujung koridor dan bila dia rasa ada orang perhatikan dia, dia pusing dan bila pandang aku dia senyum dan angkat tangan sambil lambai.

Bila dia buat macam tu, semua yang ada sekeliling dia terus pandang aku sekali.

Sudah! Apa aku nak buat ni? Gabra aku!

Aku nak bla tapi ada suara panggil aku dan aku nampak ada orang sedang berlari kat aku dari sisi mata. Aku berhenti tapi badan aku terselindung dari diorang yang lain sebab aku berdiri tepi koridor tu.

Lagipun diorang semua macam dah nak masuk kereta tadi.

Lelaki yang panggil aku tu berhenti depan aku, tak, dia berhenti tepi aku sambil tercungap-cungap sikit.

Ni bukan lelaki yang bayarkan dan dia nampak macam sebaya aku, tak macam lelaki-lelaki 'SM' kat koridor tu tadi.

"Hey, wait a sec, awak nak jumpa abang, kan?" dia tanya sambil tunjuk kat orang belakang dia.

Si pembayar.

Aku angguk tapi dalam otak aku tengah fikir dia orang mana sebab selain dari muka dia nampak kacukan, accent dia tak macam orang Melayu betul tapi tak la jelas sangat bukan Melayu.

Diapun senyum walau nampak aku macam pandang  dia dengan pandangan tertanya dan dia buat isyarat tangan ke arah si pembayar supaya dia datang sini.

Antara lelaki-lelaki tu hanya 2 orang yang gelak-gelak dan tolak main-main pembayar agar dia datang dekat dengan aku, lelaki lain hanya pandang aku dan sekeliling tanpa perasaan.

Pembayar datang dan lelaki yang mungkin sama baya dengan aku kebelakang balik.

"Em, nah ni duit coklat tu," aku cakap sambil hulur 200 dekat dia. Aku tak pasti berapa jadi baik aku bagi je.

"Keep it, it's on me. Saya nak belanja awak. It's like a token for getting to know you," dia cakap dengan senyuman.

Bila dia senyum, terus buat aku rasa macam perut aku penuh dengan rama-rama. Perasan apa ni?

"Em, mana boleh! Saya dah la tak kenal.. awa.. abang? Jap, awak umur berapa?" aku tanya bila aku rasa macam tak sopan je bahasakan orang lagi tua dari aku dengan 'awak'.

Ibu memang ajar supaya selalu bahasakan orang ikut pangkat dia, 'nanti orang mengata cakap mak tak pandai didik anak' merupakan ayat yang aku selalu dengar bila aku lupa nak ikut cakap ibu yang ni. Jadi, sebabkan tu, akupun dah terbiasa tanya umur orang bila jumpa pertama kali.

Lagipun kitorang duduk kat bandar kecil jadi logiclah kalau selalu kene lebih beradab sebab kebanyakkan orang kenal antara satu sama lain.

"Ooo, I'm 18 but if you don't want to call me 'abang' it's okay, that title is not even nessecery, and I'm not even your brother." dia jawab.

Kenapa dia bagi cadangan tu pun aku tak tahu. Takkan la dia tak nampak yang kalau sesiapa je tengok akan nampak macam dia abang aku?

"Mana boleh macam tu. Takpe, saya panggil awak abang dan sila ambil balik duit ni. Abang mana kenal saya and nanti saya nak cakap apa kat ibu kalau dia tanya kenapa duit tak guna? Tapi kan, kenapa abang asyik guna bahasa Inggeris? Abang suka bahasa tu ke?" aku cakap panjang lebar.

Aku memang nak tahu kenapa sebab bukan aku tak suka, tapi kan aku cakap tadi, aku duduk daerah macam kampung sikit jadi memang tak pernah la aku dengar orang guna bahasa Inggeris hatta orang cina pun.

Jadi aku macam excited jumpa orang yang gayanya memang guna bahasa tu lagi banyak dari Melayu, tapi berbeza dengan lelaki sebaya aku tadi, lelaki ni tak dengar pun accent kacukan.

Dia hanya senyum.

"Ok, kalau awak nak bayar balik juga, awak guna cara lain. Hang out with me while we go around Langkawi..

Awak tak suka saya cakap bahasa Inggeris ke?" dia cakao dan tanya lepas diam sekejap, mungkin dia firkir macam mana nak balas soalan aku yang dia pun tak pasti apa aku maksudkan.

Ha? Apa dia cakap ni?

"Saya bukan bercuti dengan keluarga. Saya datang dengan sekolah. Abang boleh la.. ke abang pun datang dengan sekolah abang?" aku tanya gelabah dan aku pasti warna mata aku dah bertukar dari warna hitam ke warna hijau pekat. Menandakan aku tengah gelisah.

Dia pandang mata aku, acctually dari awal lagi dia memang pandang mata aku je. Tapi reaksi dia ni memang normal.

Kebanyakan orang aku jumpa memang akan tenung mata aku. Sebab tu aku selalunya pakai contact tapi kali ni dengan malangnya aku tertinggal dekat hotel.

"Tak, saya datang dengan rombongan sekolah, tapi bukan sekolah saya. Awak jangan risau, awak ikut je sekolah awak. Nanti saya cari awak. Awak ada telefon, kan?"

Aku angguk tapi cepat-cepat geleng bila teringat nasib telefon ibu tadi.

"Ada tapi telefon tu rosak," aku cakap suara sedih. Hish! First time seumur hidup dapat pegang terus rosak!

Dan bila fikir ibu punya penat lelah nak beli telefon tu, tak termasuk kemarahan yang ibu bakal terima dari ayah, lagilah buat aku sedih.

Macam biasa mata akupun ikut tukar biru cair.

Senyuman dia kekal tetapi aku nampak makin lembut?

"Takpe, awak guna handphone adik saya, Sho!" dia panggil lelaki yang macam sebaya dengan aku tu.

"What?" Sho tanya pembeli tu.

Gaya nama macam bukan orang melayu.

Tapi aku tak terkejut mana memandangkan aku memang dah agak, gaya muka diorang memang nampak gila ada kacukan.

Pembeli ambil telefon Sho, iPhone, dan bagi dekat aku.

Sho pulak hanya biarkan dan tengok aku yang masih tak sambut telefon yang pembeli hulurkan tu.

Aku sebenarnya tak tahu sepatah haram tentang telefon ke, gajet-gajet terbaru ke, tapi aku tahu 'iPhone' ni mahal sebab ada kawan aku kat sekolah yang ayah dia pengetua, tunjuk dekat kitorang telefon yang ayah dia akan hadiahkan pada dia kalau dia dapat 5A.

Ayah aku? Memang nak happy aku dapat keputusan pun belum tentu dia sanggup.

Tapi disebabkan aku tahu iPhone ni lebih mahal dari 10 bakul coklat, aku nak tolak tapi sebelum aku buka mulut nak protes, pembeli cakap dulu.

"Bukan ambil terus, pinjam je, lagipun awak nak bayar saya balik, kan?"

Aku angguk. Mestila, takkan nak ambil duit orang.

"Nah, password dia 2010, kalau nama 'Oni-san' call, angkat." Pembeli cakap dan letak telefon tu dalam tangan aku yang tengah tunjuk telefon ibu yang dah rosak.

Dia ambil telefon ibu.

"Hey, kenapa abang ambil telefon tu?" Aku tanya pelik, dalam otak macam-macam kemungkinan aku fikir, takut dia buat harta pun ada.

"Awak ada telefon adik abang, abang kene la pegang telefon awak juga." Dia cakap dengan suara 'takkan itu pun tak tahu?'.

Aku angguk lagi dengan sengihan malu. Masa tu baru aku dengar cikgu panggil pelajar-pelajar sekolah kami.

Aku terus pusing dan pergi sebab takut kena tinggal.

"Haha, she just left you man! Just like that! I like her already." aku dengar suara gelakkan Sho dari belakang.

Aku berhenti sebab bila fikir-fikir, memang tak patut aku pergi macam tu je.

Aku pusing dan bila pembeli pandang mata aku macam aku pandang dia,

"Saya suka bila abang cakap bahasa Inggeris, sedap dengar. Saya tanya tadi hanya sebab saya jarang dengar je.."

Bila pembeli senyum baru aku teruskan balik melangkah kaki yang tertangguh tadi.

Ding!

Aku terbangun bila dengar jam loceng tepi katil memekik.

Aku tutup dan tengok jam.
Walaupun aku dah tahu pukul berapa, tak salah nak pastikan kan?

Pukul 0500.

Mimpi aku kali ni makin panjang. Aku dah berapa kali mimpi benda ni. Mimpi aku di Langkawi. Semua mimpi sama pula tu, mesti ada kena mengena dengan Langkawi dan pembeli tu.

Setahu aku, aku memang pergi rombongan time darjah 6, tapi yang aku pasti memang aku tak jumpa mana-mana 'abang' yang tolong bayarkan coklat bagai. Lagi-lagilah pelik sebab aku tak pernah, dalam mimpi tu, nampak muka pembayar tu atau sesiapa yang lain.

Jadi aku memang tak tahu kenapa aku asyik mimpi benda yang ada kena mengena dengan realiti aku dulu tapi diputarbelitkan.

Sebabkan mimpi-mimpi ni akan muncul paling kurang sekali setiap 2-3 bulan sejak aku umur 13 tahun, aku dengan senangnya boleh abaikan.

Dan aku ada cerita juga mimpi-mimpi ni dekat Secret, tapi tak banyak sangat sebab nanti mesti dia bagi lagu-lagu tak berapa nak keluar air mata.

Dia nak cakap aku curang dekat dia dengan 'Pembayar' yang tak wujud tu la. Tak logik sungguh!

Aku bangun dan mandi.
Aku siap-siapkan diri, barulah aku siap-siapkan alat sekolah aku pula. Aku masukkan buku-buku dan apa yang patut dalam beg galas.

Aku pakai contact hitam. Semalam je aku nak memberontak bagai. Aku memang ada hari je aku pakai tak ikut peraturan ni. Selalunya aku cuba la juga jadi budak baik. Kata kunci di dalam ayat di atas adalah CUBA, ya.

Lepas aku pastikan dah cukup semua barang aku, aku pergi bilik Abang Wan dan letak kerja dia -yang aku baru dapat siapkan bila jam dah tepat pukul 0100 pagi- atas meja belajar, tepi beg sandang dia dan keluar.

Set!

Aku tengok jam tangan, hm.. baru pukul 0535.

Aku turun dan masak untuk makan pagi. Aku memang akan masak untuk semua setiap pagi dan hari minggu pula aku masak untuk tengah hari dan malam sekali.

Aku dapat pas dari masak time tengahhari and petang pun selalunya hanya sebab aku sekolah. Kalau tak memang bibik full-time la jawabnya.

Ayah kisah?

Memang tak la, dia la yang siap suruh aku buat semua ni sebenarnya. Supaya apa? Biar aku ingat sekejap apa yang ayah cakap dulu.. Ha!

'Makin lama nanti makin besar kepala, time ibu dulu boleh la.. dia manjakan sangat anak.. sekarang dia dah tak de jangan harap nak buat perangai! Jangan nak jadikan mama ni hamba pulak!'

Memang aku rasa ayah aku ni over la. Macam la ayah tak tahu yang aku memang belajar buat kerja rumah dari umur 9 tahun sebab aku nampak sendiri yang ayah asyik naik tangan dengan ibu setiap kali ada benda tak bersih atau tak kena. Aku tak nak tengok dah benda menakutkan macam tu jadi aku tolong ibu kemas atau apa-apa kerja lain.

Aku dari dulu tak ada kawan rapat jadi memang banyak masa aku habiskan di sisi ibu. Walau ibu pula macam malas nak layan aku, dia still layan sebab aku hanya diam dan tanya benda-benda fasal kerja rumah atau resepi masak je selalu.

Jadi time bila agaknya yang otak ayah tiba-tiba buat conclusi yang aku ni pernah memperhambakan sesiapa?

Nak cakap dia jalan kan tanggungjawab -bagi kasih sayang dan didikkan- dia sejak aku lahir pun tak!

Jaga -belikan keperluan aku pun boleh kira berapa kali je sepanjang aku hidup 17 tahun ni- aku pun memang jelas sekalinya tak. Dari lahir, hanya ibu yang ambil tanggungjawab tu dan sekarang, aku siap jagakan keluarga ni adalah!

Selain aku, memang haramla rumah ni disapu sekalipun!

Time aku cerita fasal benda ni kat Secret pun dia bagi lagu 'Who are you'-Jessie J.

Aku sampai menangis sebakul juga la time cerita and dengar lagu dia buka sekali tu.

Tapi aku tak pernah cerita perangai orang dalam rumah ni dekat Secret. Kalau aku cerita fasal ayah pun, mesti aku cerita apa yang jadi di masa ibu aku masih ada. Bukan selepasnya.

Aku tak nak dia tahu dan harapkan sangat dia takkan dapat tahu cara aku dilayan dalam rumah ni.

Aku malu dan perasaan tu bertambah bila aku 'dengar' betapa perfectnya keluarga dia, walau dia sendiri tak pernah cakap.

Bila aku dah siap goreng nasi dan nugget, aku bancuh air kopi dan keluarkan air oren dari peti sejuk. Dan ya, keluarkan air dari peti pun 'kerja' aku.

Lepas siapkan breakfast, aku kemas dan sapu dapur kemudian vacuum ruang tamu.

Bila dah bersih aku pergi depan untuk tunggu ayah atau Abang Wan untuk hantar aku. Tapi memang selalunya abang Wan je la.

Ayah dan lebih-lebih lagilah abang Wan, memang tunjuk yang diorang menyampah dan malas gila nak hantar atau ambil aku ke dan dari sekolah, tapi diorang buat juga.

Dan itu pun hanya sebab ada sekali tu aku jalan kaki -aku memang jalan kaki ke sekolah sejak aku umur 10- balik dari sekolah dan time tu dah gelap sangat, ada jiran nampak aku dan tolong hantarkan balik walau aku dah cuba tolak. Lepas tu, macam biasa, mesyuarat-mesyuarat tingkap pun bermula.

Banyak orang pandang sinis dekat mama dan ayah, ada yang cakap yang mereka tak pandai jaga anak, tak macam parent lansung dan yang seangkatan dengannya. Bila ayah dan mama sedar kenapa diorang jadi bahan gossip terhangat bandar kami bulan tu, ayah terus bergilir dengan abang Wan untuk ambil, hantar aku.

Tapi sekarang, mungkin sebab aku dah besar dan orang sekeliking pun tak lah pelik sangat kalau aku jalan kaki balik, ayah tak kisah sangat kalau aku kena jalan kaki sekalipun.

Abang Wan dan ayah memang akan hantar pagi-pagi sebab time pagilah semua boleh nampak kalau aku datang tak berhantar. Waktu petang kadang-kadang, kalau dah sejam tunggu masih tak sampai sesiapa, maksudnya aku kena guna kaki kurniaan tuhan ni la.

Kenapa ayah dengan mama kesah sangat pandangan orang pun aku tak tahu kenapa. Sebab memang dari gaya ayah dan mama, diorang macam tak suka gila orang pandang keluarga kami. Pandangan baik atau buruk, asal nama dia pandangan, diorang terus akan masuk mood 'marah setiap masa' dan target kemarahan tu selalunya, semestinya, memang aku lah, kan?

Dari jam aku yang sekarang pukul 0720 ni aku anggarkan lagi 30 minit la baru muncul batang hidung sesiapa.

Aku sarung kasut dan ternampak macam ada bungkusan tersangkut kat pagar rumah.

Aku pergi dan ambil paper bag besar yang dalam dia ada kotak warna putih-silver dan beriben biru berkilat.

Aku terus senyum.

Hanya Secret aku tu je yang akan bagi benda warna ni.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Ok..huh! Panjang gila..sakit dah tangan typing! Haha..

Q&A of this chapter:

Kenapa mama dan ayah Sara tak suka publisiti? Normal atau tak gaya diorang tu?

Budak. Baru. Belajar
Like
Vote
Comment
Lots of ❤ ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top