Bab 9

"Silence is an answer too"
***

TING..

Telefon yang berbunyi menandakan mesej masuk aku biarkan. Seronok melayan novel yang aku baru pinjam daripada Farah petang tadi. Tajuk pun dah best apatah lagi jalan cerita!

Untuk seseorang yang bukannya novel lovers semestinya akan mengatakan yang membaca novel adalah perkara yang paling membosankan di dunia. Tetapi tidak bagi seorang novel lovers seperti aku. Sehari tak lengkap kalau tak baca novel. Hadaplah novel apa apa pun semua boleh masuk. Kecuali buku sejarah. Nyah kau jauh jauh!

Ting..

Siapa pula yang mesej ni. Penanda buku yang berada di helaian pertama aku ambil lalu letakkan di helaian terakhir yang aku baca. Novel ditutup lalu diletakkan di penjuru katil. Tangan pula mencapai telefon.

Unknown:

Esok pukul 12 datang dekat bilik saya.

Be punctual.

Erk. Tak ada salam mukadimah apa semua tiba tiba main terjah suruh aku datang bilik dia. Sah orang salah nombor. Nampak sejenis manusia yang tak reti beri salam. Agaknya lupa masa sekolah agama ada ajar. Sebelum menyapa seseorang perlulah didahului dengan memberi salam sekiranya orang islam.

Lagipun bukan kali pertama dapat mesej dari unknown ni. Lagi lagi bila mesej melalui sms. Lain lah kalau what'sapp. Senang sikit nak tengok muka manusia mana yang send chat tak reti mengucap salam.

Sorry wrong number.

Ringkas dan padat. Malas nak melayan orang yang tak dikenali aku tutup telefon. Belum sempat aku letakkan ke meja telefon berbunyi lagi. Kali ini bukan mesej tapi call!

Dalam hati aku teragak agak nak menjawab panggilan telefon. Lagi lagi dari orang asing. Dalam hati aku berkira-kira. Nak ke taknak. Dari cara dia ber mesej nampak gaya macam orang melayu.

Ah angkat aje lah. Tangan tekan punat berwarna hijau. Sejurus itu terdengar suara lelaki yang memberi salam. Sah melayu!

"Assalamualaikum."

Aku diam. Berdehem sekejap sebelum menjawab salamnya.

"Waalaikumussalam. Saya rasa encik salah nombor ni. Saya tak kenal encik." Sebelum dia bersoal aku menjawab dahulu.

Terdengar suara dia berdehem dari corong telefon. Tengah membetulkan suaranya ataupun menyiapkan jawapan untuk soalan aku. Aku diam lagi. Menunggu jawapan dari si pemanggil.

"Hani.. Pelupa juga awak ya?" Sah! Ini lah homosapien yang menukarkan nama aku pagi tadi.

Otak pula boleh terlupa yang pagi tadi aku sendiri rela hati bagi nombor telefon.

"Memang saya tahu pun ini nombor Dr. Nampak jelas je terpampang nama gambar Dr dekat dalam telefon saya ni. " Perli aku.

"Hahahah.. You are so funny Hani. "

Suara tawanya bergetar di gegendang telingaku. Dalam hati aku mendongkol geram. Apa masalah tiba-tiba nak tukar nama aku jadi Hani. Dan tiba-tiba pula mood pensyarah aku ini berubah. Elok pula malam ini dia 'menyedekahkan' tawanya ke aku. Selama ni bukan main tayang muka keras.

"Okay I'm sorry. Esok datang bilik saya. Tingkat 5 paling hujung. Pukul 12. That's all. See you tomorrow. Bye. " Terus talian dimatikan.

Hish!

Minta kena cekik aje ayat dia ini. Cari pasal betul. Nasib baik pensyarah, kalau bukan memang aku lumat lumat macam sambal belacan! Aku genggam telefon kuat. Sabar Lea..

Malam malam kesabaran aku diuji. Nasib kau lah dapat pensyarah perangai macam ini.

Aku hempaskan punggung ke katil. Geram.

Katil double decker berwarna hitam itu bergegar. Membuatkan Ain yang sedang lena diulit mimpi tersedar dan..

" Weii! Roboh katil ni !!! " Teriak Ain.

Aku sengih kerang busuk.

" Sorry Ain sorry.. " Terus Ain lentok sambung mimpinya yang tergendala.

Sedangkan aku? Otak tak lepas lepas fikir tentang pensyarah tiga suku tu. Apa lagi lah yang dia minta. Jangan kata nak suruh aku sambung tugas coffeelady pula! Memang taklah. Cukuplah sekali hari itu sahaja. Jangan harap. Dan takkan berulang kembali.

---

Aku tunduk ke bawah memandang flat shoes yang aku pakai. Haih. Aku masih berkira kira nak pergi ke tak. Sempat ke kalau aku lari sekarang ini ? Kalau lari jelas jelas markah kau akan dipotong. Bukannya 1 ke 5%.

Tapi 10% !  Bila ditanya kenapa dipotong jawapan paling menyakitkan hati adalah 'suka hati saya lah. Saya ke awak lecturer sekarang ni?' 

Apa lah salah silap aku punya pensyarah yang kuat mengarah ini. Harap muka handsome perangai menyakitkan hati aje! Dalam sakit hati otak aku pula laju membayangkan wajahnya yang putih cerah. Hidung mancung dihiasi bulu kening yang lebat. Badan pula jangan dikata.  

Perfect 10!

Sekali pandang macam model, dua kali pandang terus jatuh cinta tergolek-golek anak dara orangDari atas sampai bawah serba serbi sempurna memenuhi syarat piawaian lelaki impian wanita. Gila kau Lea!

Aku geleng geleng kepala. Tak boleh jadi nak taknak kena pergi juga. Bila pintu lif terbuka laju aku meloloskan diri ke dalam. Jari menekan punat lif tingkat 5.

Keluar dari pintu lif mata aku melilau mencari bilik Dr Hilman. Suasana dalam ruangan tingkat 5 yang menempatkan bilik para pensyarah sepi. Waktu lunch hour, jadi memang patutlah sunyi.

Sambil mata  memerhati kaki juga turut melangkah. Sehinggalah tiba di bilik yang paling hujung. Mata aku memandang  tulisan di pintu kayu berwarna coklat.

DR. IZZ HILMAN

Nama sedap kena dengan tuan. Tapi perangai tak menyedapkan hati langsung! Belum lagi perli-perlian yang keluar. 

Astaghfirullahalazim jahatnya mulut aku. Tak elok mengumpat pensyarah sendiri. Tak berkat ilmu yang masuk otak. Silap-silap tak berkat hidup aku. Segera aku beristighfar menyedari kesalahan sendiri.

Selepas itu, aku ambil nafas seketika lalu mengetuk pintu bilik milik Dr Hilman. Diam. Tanpa ada bunyi dari dalam.

Aku ketuk lagi bertalu talu tapi lain pula jadinya bila pintu tiba-tiba terkuak dari dalam dan dada bidang milik Dr Hilman  yang aku ketuk. Aku gigit bibir. 

" Eh.. Sabarlah kalau ya pun nak sangat jumpa saya. "

Aku mendongak. Mata memandang Dr Hilman yang memandangku. Ya, Dr Hilman memang tinggi. Aku hanyalah separas dadanya sahaja . Itulah sebabnya aku terketuk dada dia tadi. Ter okay, ter.

Bila matanya coklatnya berlaga dengan mata aku, laju aku menunduk. Dada mula berubah rentak. Muka yang panas bagai di panggang oven sedaya upaya aku tahan. Tangan yang mengetuk dada manusia di depan aku ini aku pegang.

Itulah tadi banyak mulut kau Lea mengumpat dia sana sini, sekarang bila dia depan mata diam pula. Berbakul-bakul bebel aku simpan dalam hati

" Dah.. Jangan jadi patung cendana pula dekat sini. Nah.." Kunci kereta dihulurkan kepada aku. Aku pandang pelik tangannya yang menghulurkan kunci.

" Buat apa ni? Saya tak reti bawa kereta Dr. " Soal aku blur.

Dr Hilman ketawa. Lagi berkerut-kerut kening aku.

" Saya tak suruh awak bawa kereta pun. Cuma tolong ambilkan rubric assignment, portfolio student dengan file  saya dekat dalam kereta. Semua saya dah siap print, saya letak dekat belah belakang. "

Rasa macam nak hempuk kepala ni dekat dinding di sebelah. Aku sengih cuba menutupi soalan tak masuk akal yang aku tanya tadi. Apa benda yang aku fikir sampai nak kena bawak kereta dia. Aku pandang Dr Hilman yang menyilangkan tangannya. Tubuh tegapnya disandarkan di daun pintu. 

" Oh er.. Okay. Itu je kan? "Soalku.

Dia hanya mengangguk. Aku juga turut mengangguk. Kaki aku pula berat bagaikan terpasak di lantai. Tak bergerak.

 Tanpa sengaja mata aku menangkap renungan Dr Hilman. Lama dia renung aku. Gusar aku jadinya. Terfikir juga ada taik hidung melekat di pipi ke? Atau tudung yang aku pakai senget benget? Tangan kanan aku meraba-raba di sekeliling muka. Mencari apa yang tak kena dengan muka sendiri. Kalaulah ada cermin.. 

Haa!

Telefon. Belum sempat aku mengambil telefon yang berada di dalam beg, Dr Hilman bersuara. 

" I know what you think. There's  nothing wrong with your face or your tudung. It just.. " Aku pandang Dr Hilman. Menunggu ayat seterusnya.

" The color of the blouse that you are wear now.. Same color with mine. " 

Aku tilik baju 'scarlet' yang tersarung di badan. Betul-betul setona dengan baju yang dipakai Dr Hilman hari ini. Semuanya warna maroon. 100% sama dengan warna baju dan tudung aku hari ini.

Maroon!

" You looks good in maroon. " Sambungnya lagi.

Tersekat saluran pernafasan aku. Terasa oksigen yang berada di udara makin berkurangan dan tidak cukup untuk aku hirup. Tersangkut pula di trakea. Untuk seketika aku merasa organ organ dalaman aku berhenti berfungsi. Kali ini hilang segala kosa kata ayat yang terkandung di dalam benak fikiran bila menangkap maksud sebenar Dr Hilman. Lebih tepat lagi dia sedang memuji aku! 

Aku berdehem. Cuba mengawal suara dan ayat yang bakal aku keluarkan. Aku kawal ekspresi muka. Taknak nampak begitu teruja dengan pujiannya yang baru dilontarkan. Mungkin juga mulutnya senang memuji orang. Sweet talker!

" Thank you. Saya pergi ambil barang dekat kereta Dr dulu. " Balasku tanpa perasaan. Tapi dalam hati hanya aku yang tahu.

Dr Hilman mengangguk.

Segera aku mengorak langkah menjauhi Dr Hilman yang masih setia berdiri di depan pintu. Bila tiba di depan lif. Aku menghela nafas lega. 

---

SATU keluhan terbit bila melihat timbunan kertas dan file yang berada di belakang tempat duduk pemandu kereta Dr Hilman. Ya, masih segar diingatan jenama kereta Dr Hilman. Itu pun disebabkan kes dia menumpangkan aku waktu tiada teksi.

Mata aku mula meneroka kereta Dr Hilman. Satu ayat yang dapat aku simpulkan.

Teratur. Bersih. Wangi.

Kemas bersih walaupun wujudnya timbunan file dan kertas kerja tapi masih tetap tersusun rapi. Wangi pun wangi. Bukan bau wangian kereta tetapi bau wangian Dr Hilman sendiri. Bau yang tak terlalu menusuk ke hidung dan sedap untuk di bau. Macam Dr Hilman selalu gunakan.

Ah sudah! Lagi sekali aku terfikirkan dia.

Mata aku menerawang lagi. Keretanya juga bersih malahan lebih berkilat. Melihat tahap bersihnya kereta ini aku tahu yang Dr Hilman seorang lelaki yang pembersih dan rajin mengemas.

Pendek kata perfectionist. Jauh sekali bila dibandingkan dengan Along kesayangan aku yang satu itu.

Kereta macam baru lepas kena badai ribut tsunami. Bersepah sana sini. Dengan kasut futsal, baju kerja tergantung dan file kerja. Tapi ada masa bila Along rajin dia kemas juga kereta kesayangannya itu.

Saat ini aku sedang mengira jumlah file dan bahan assignment yang perlu aku bawa nanti. File plus portfolio student ada 49. Satu lagi file berisi bahan bahan assignment kelasku dan mungkin juga kelas yang lain. Jumlah yang perlu aku bawa adalah 50

50 kalau semuanya nipis takdehal, tapi ini tebal-tebal !

Rela ke tak rela terpaksa jugalah aku relakan mengangkat semuanya seorang diri tanpa ada bantuan. Di sebalik rasa terbeban mengangkat barang barang ini aku bersyukur. Sekurang-kurangnya Dr Hilman baik hati juga nak menolong aku  print semua bahan untuk assignment yang sepatutnya menjadi tugasan aku sebagai wakil kelas. Tak adalah menyakitkan hati sangat perangai dia sebenarnya.

Aku tutup pintu kereta Dr Hilman dengan perlahan. Kalau hempas nanti nampak sangatlah aku yang bersalah kalau keretanya rosak atau calar. Tangan sebelah lagi menekan button lock kereta.

Belum sempat aku memusingkan badan untuk melangkah pergi, muncul satu suara yang menyapaku dari belakang.

" Let me help you. "


***

Settle update another new chapter.  Helllo my dearest readers! Thankyou sebab baca cerita tak seberapa seronok saya dari bab 1 sampailah ke 9 ni. Hoping that you will enjoyed it !  I'm your humble writer , your vote really inspired me! Do vote and comment.❤️Kalau ada salah silap or typo jangan segan segan utk comment . I 'II surely reply all of your comment. Last but not least stay safe and duduk rumah elok elok okei?

Cf🌼




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top