BAB 8
"Love will find you, when you are ready."
***
Dewan kuliah yang menempatkan pelajar sebanyak 50 orang mula berbunyi riuh dengan suara suara pelajar dari fakulti yang bercampuran. Untuk subjek sem ini kebanyakan bercampur dengan pelajar di fakulti yang lain membuatkan dewan kuliah semakin riuh dan juga ramai.
Kerusi di sebelah aku kerling. Oleh sebab Ain bangun lewat pagi tadi terpaksa aku tinggal pergi ke dewan kuliah dulu. Katanya dalam call lagi 5 minit sampai tapi hingga sekarang tak nampak batang hidung. Botol air mineral yang berada di tepi meja aku ambil lalu minum. Haus lapar semua ada. Lagi lagi bila ada kuliah waktu pagi. Nak bersarapan pun jauh sekali.
Sedang elok aku meneguk air mineral, tiba-tiba bahu aku dirempuh dari tepi oleh seorang pelajar. Membuatkan air yang aku minum tersembur terkena baju dan juga buku nota yang berada di atas meja. Serta merta membuatkan aku menoleh memandang ke belakang.
"Oups. Sorry." Bibir pelajar perempuan itu tersenyum seronok melihat baju dan tudung aku yang basah terkena air. Mata aku mencerlung memandang mukanya yang teruja.
Lagi sekali malang menimpa aku!
Seronok Farisha memandang aku yang kebasahan. Entah apa masalahnya yang tak puas hati denganku. Sentiasa mencari jalan untuk mengenakan aku. Ini kalau Ain ada, mahu ditarik-tarik rambut karatnya yang serabut.
"Are you okay? Basah baju awak ni. Ambik tisu ni." Satu suara menyapa aku. Bungkusan kecil berisi tisu dihulurkan kepada aku.
Mata aku mula melakukan kerjanya iaitu memerhati. Lelaki yang menghulurkan tisu kepada aku tadi terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Datang mana pula mamat ni?
Riak wajah Farisha mula berubah. Menayangkan sengih menggedik.
"Eh Wish duduklah sebelah I . Ada kosong dekat situ. Jom lah." Tangannya menarik lengan lelaki yang bernama Wish di sebelah aku ini.
"It's okay , I duduk sini je. Boleh kan? " Lelaki tadi mula menyoal aku.
Aku angguk senyum kekok. Entah dari mana wujudnya mamat ni tiba-tiba boleh datang duduk di sebelahku. Lelaki tadi hanya tersenyum. Farisha yang geram mula menjelingku dan melangkah meninggalkan aku dan Wish.
"I'm sorry. Lupa nak kenalkan diri. Saya Darwish dari course architecture. And you?" Darwish rupanya. Patutlah Farisha beria menyebut wish wish. Sangkaku lagu wish wish merry christmas. Erk!
Aku tayang senyum. Tak sangka pula aku bakal berkenalan dengan pelajar dari course architecture. Course yang paling top di universitiku. Menurut kata Ain pelajar yang ingin memasuki bidang itu juga diwajibkan untuk menjawab peperiksaan yang bagi aku ber IQ tinggi. Bukan calang calang pelajar yang boleh memilih bidang tersebut. Salah satunya mamat yang berada di depan aku ini.
"Wah architecture? Salah satu top course dekat universiti ni! So awak sem berapa?" Soalku. Dalam tak sedar aku mula bertanya banyak soalan kepada Darwish.
Darwish hanya senyum mengangguk dan menjawab semua soalanku. Menurutnya dia merupakan pelajar sem terakhir sama sepertiku. Tetapi masih banyak lagi subjek yang perlu dia ambil untuk sem ini. Termasuklah subjek yang bersama denganku.
"You know what, saya ingat awak seorang yang pendiam. Tapi banyak juga awak bertanya sampai soalan saya pun awak lupakan." Aku garu kepala yang tak gatal. Muka aku diserbu 'blusher'. Tak sedar yang mulutku mula becok menanyakan dia banyak soalan disebabkan aku kagum dengan dia sebagai seorang pelajar architecture.
"What is your name strawberry? Your cheek now looks like strawberry."
Aku menundukkan kepala. Bertambah malu rasanya. Nampaknya blusher semulajadi aku keluar, dan bahkan bertambah bila Darwish menegur tentangnya.
"Nama saya Iris Il-...." Tersekat perkataan yang mahu aku keluarkan bila mata aku menangkap figura lelaki yang sedang berjalan di hadapan kelas dengan pakaian formalnya. Serta merta membuatkan semua pelajar di dalam dewan bangun mengucap salam kepadanya kecuali aku yang masih terduduk.
Terasa cuitan dan bisikan dari Darwish aku bingkas bangun. Tetapi malangnya matanya laju menangkap wajah aku yang terselindung di sebalik para pelajar.
"Assalamualaikum kelas. Sorry saya lambat." Ucap pensyarah.
Pelajar yang lain mula membalas salam dan juga mengucap selamat pagi kepada dia. Kecuali aku yang masih terkaku.
" Nampaknya ada orang yang tak bersuara semasa kamu semua greeting saya tadi. Repeat it again louder." Matanya masih kekal memandangku. Membuatkan semua pelajar terpaksa mengulangi semula.
"Good morning Dr." laung semua pelajar.
Mata aku membulat. Lagi bertambah kerutan di dahiku.
Dr? Dia seorang Dr? Kenapa selama ni aku tak pernah tahu yang dia memegang tittle seorang 'Dr'?Dan aku pula dengan selambanya menggelarkan dia sebagai 'sir'. Kejutan apa pula sekarang ni! Aku tepuk dahi.
---------------
"Oh ya.. Saya lupa nak bagitahu yang class representative kamu semua untuk subjek ni saya dah pilihkan. Iris Illea you're gonna be the class representative . So about the rubric assignment i will passed it to Iris. So apa apa dia akan inform kamu semua. Jelas? That's all for today. Semua boleh bersurai." ucapnya dengan nada tegas.
Pelajar lain semua menoleh memandangku yang duduk jauh di belakang. Aku jadi salah tingkah bila diperhatikan sebegini. Mungkin juga mereka pelik baru harini Dr Hilman masuk ke kelas terus menyuruh aku menjadi class representative. Pelajar yang lain mula beransur keluar daripada dewan.
Aku masih dalam keadaan statik. Terduduk terkaku. Mulutku juga ternganga. Aku jadi wakil kelas? Sesuka hati dia aje petik nama aku macam petik bunga dekat taman!
"Tak sangka Dr pilih kau Lea! Terkejut beruk aku dengar." Ujar Ain sambil mengemas alat tulis.
Aku menyandarkan badan ke belakang kerusi.
"Aku lagilah Ain! Terkejut cimpanzi, terkejut kambing semua ada." Ain galak menggelakkan aku. Seronok agaknya aku yang tak bernasib baik dipilih oleh Dr. Hilman hari ini.
Satu keluhan terbit. Jadi wakil kelas bukannya senang. Sudahlah banyak kerja. Dari print, fotostat dan segalanya macam benda termasuklah berjumpa dengan Dr Hilman.
Haish!
Bercakap pasal Dr Hilman membuatkan aku bertambah geram dengannya. Kenapa nama aku juga yang disebutnya. Ada lagi berpuluh-puluh nama orang pelajar yang boleh disebut selain aku. Aku mengeluh lagi. Nak taknak kena terima juga.
"Congrats Iris! See you again." Ujar Darwish lalu terus keluar dari dewan. Aku hanya tayang senyum.
Setelah itu, aku bangun dan tolak kerusi rapat ke meja. Kami mula berjalan keluar daripada dewan. Ain berjalan di hadapan aku dan serentak itu telinga aku terdengar suara Dr Hilman memanggil seseorang.
"Iris. " Sebut Dr Hilman laju.
Aku yang tak berapa mendengar selamba berjalan laju keluar meninggalkan dewan, sedangkan Ain pula berhenti mengejut di hadapan pintu depan dewan membuatkan aku yang mengekorinya berlanggar dengan kepalanya.
"Aduh! Kau ni kenapa berhenti tak bagi signal?"
"Kau dengar tak Dr panggil? Aku rasa dia panggil kau." Ain terngintai-ngintai.
"Aku tak rasa dia panggil aku. Kau dengar ke dia sebut tadi? Aku pun tak dengar. Nama orang lain lah tu. Dahlah jom aku lapar." Telinga aku mendengar juga suara Dr Hilman memanggil tapi tak berapa jelas.
Daripada sibuk stress memikirkan hal jadi wakil pelajar lebih baik aku mengisi perut yang dah bernyanyi lagu rock. Tangan Ain aku tarik supaya mengikuti aku.
"Tapi Le..."
Ain terus terdiam. Aku mula memandang Ain yang terkulat-kulat menunduk ke bawah. Apasal pula minah ni. Kaki aku pula dipijak oleh Ain.
"Auch! Kau kenap..."
"Iris Illea!" Suara Dr Hilman memanggil. Kali ini betul nama aku yang dipanggil.
Aku toleh ke belakang. Patutlah Ain memijak kakiku sebentar tadi. Aku melihat Dr Hilman menyilangkan tangan dan bersandar di pintu. Lagak yang selamba tapi dengan muka yang serius. Aku dan Ain mula memandang sesama sendiri. Dengan berani aku mula bersuara.
"Sir, er Dr panggil saya ke?" Masa macamni lah mulut nak tersasul.
"Ain, saya pinjam kawan awak sekejap." Ain menganguk laju membenarkan aku pergi.
Dr Hilman terus berlalu masuk ke dalam dewan. Ain segera menolak tubuhku supaya masuk ke dalam dewan mengikuti Dr Hilman. Sebenarnya aku takut nak berhadapan dengan dia sekarang.
Aku tarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Cuba menghilangkan debar di dada. Serta merta aku mula terfikir yang aku bakal dimarahi oleh Dr Hilman kerana tidak fokus di dalam kelas. Mati lah aku !
Dr Hilman mula duduk di tempatnya dan memerhati aku yang berdiri di hadapannya. Degupan jantung mula berubah rentak. Aku sudah siapkan hati dan telinga jika hari ini aku dimarahi oleh Dr Hilman di atas ketidakfokusan aku semasa kelasnya tadi. Tangannya mencapai Iphone 7 yang berada di hujung meja lalu, dihulurkan kepada aku.
Aku memandangnya pelik. Kenapa pula hulurkan telefonnya kepadaku?
"Bagi nombor awak. Senang saya nak contact bagi kerja yang awak perlu buat."
Aku sudah ternganga. Panggil aku tadi semata nak minta nombor telefon aje? Buat penat jantung aku berdebar je!
"Err.. Saya nak save nama apa ni." Dr Hilman pandang aku lalu senyum.
Bagus Lea nampaknya kau memang salah soalan kali ni! Tiba tiba rasa tangan ni ringan nak menepuk mulut sendiri. Macam mana soalan ni boleh terpacul keluar dari mulut.
"Save as Hani." Kening aku berkerut.
Dah kenapa pula kena save nama Hani? Kepala Dr Hilman baru lepas terhantuk ke apa? Takkan tak sampai 10 minit dah lupa nama aku.
"Nama saya Iris Illea. Tak terselit pun nama Hani dekat dalam nama saya. Huruf H pun tak ada." Jelasku.
Jauh betul namaku dengan nama 'Hani'. Sikit sikit rupa dan sebutan pun tak ada berbunyi Hani.
"Just do it. " Arahnya. Dengan rasa was-was aku hanya menurut. Rasa macam tak masuk akal pun ada. Setelah selesai aku hulurkan semula telefonnya. Aku tetap berdiri menunggu kata seterusnya dari Dr Hilman.
"Okay thank you. You may go now." katanya tanpa memandangku. Tangannya mula bergerak laju di atas keyboard laptop miliknya. Aku masih lagi diam. Berdiri statik di kedudukan yang sama.
Dr Hilman mula mengalihkan matanya memandang aku.
"Kenapa Hani? Saya tak berminat dengan nama tu. Lagi pun Mama Papa saya bagi nama saya dah cukup sedap." Kataku tak puas hati.
Tak cukup tiba-tiba menjadikan aku sebagai wakil kelas, sekarang ni sesuka sesedap rasa mengganti namaku sebagai Hani. Memang aku tak puas hati. Kesian Mama Papa aku yang mengerah idea untuk mencari nama yang sesuai untuk aku. Tapi alih alih pensyarah aku pula sesenang itu menggantikan namaku dalam masa sehari.
"Awak tanya saya jawab. So ikut suka saya lah nak panggil ke save number awak apa. So Hani, you may go now. Thank you." Selamba Dr Hilman menghalau aku.
Matanya kembali dihalakan ke laptop di hadapannya. Selamba. Tanpa ada rasa bersalah.
Aku pandang Dr Hilman. Rasa geram yang aku tahan dari tadi lagi meluap-luap. Lagi dengan muka Dr Hilman yang selamba tidak berdosa itu.
Aku tenung mukanya. Kecik besar kecik besar aje aku pandang.
"Your eyes distracted me. Stop staring at me." Segera aku larikan mata aku dari memandangnya. Terasa seluruh otot muka aku kejung. Lebih tepat berona merah!
Aircond dewan yang sejuk tidak terasa sejuknya lagi. Malahan lebih panas. Aku segera beredar dari dewan kuliah daripada diselubungi rasa geram memandang Dr Hilman yang tak berperasaan.
Ain yang bercakap dan cuba bertanya tentang Dr Hilman, aku abaikan. Air teh ais aku hirup perlahan. Cuba menyejukkan hati yang panas.
"Lea kau kenapa ni? Risau pula aku kau diam camni. Dr Hilman buat apa dekat kau ? Dia buat benda benda tak elok ke? " Soal Ain bertalu-talu.
Laju tangan aku menepuk dahi Ain. Ada ke patut fikir macam itu.
"Kau husnuzon sikit boleh tak? Gila ke apa Dr Hilman nak buat macam itu dekat aku. " Aku geleng kepala dengar ayat Ain.
Seburuk-buruk perangai menyakitkan hati Dr Hilman, tak terlintas langsung di fikiran aku pasal benda macam itu.
Ain menggosok dahinya yang aku tepuk.
"Manalah aku tahu. Aku bertanya aje. Dah kau balik dari jumpa Dr terus moodswing macam orang mengandung ni kenapa?" Tak puas hati aku jeling Ain.
Bercakap tak sah kalau tak meloyar buruk!
"Dr Hilman. Minta no aku lepastu a-..."
"Weh dia minta no kau!? Bestnyaa! Kalau aku jadi kau , mesti aku dah melompat sampai ke bintang dah!" Pintas Ain teruja.
Pap! Aku tepuk lengan Ain. Suka sangat menyampuk aku bercakap. Makan padahnya. Ain mengadu kesakitan.
"Kau ni cuba dengar dulu apa aku nak cerita. Agaknya kalau sehari kau tak potong apa aku bercerita mesti tarikh lahir kau hilang kan?" Ain sengih.
" Macam ni. Dr minta no telefon aku. Itu tak ada masalah. Yang masalahnya sekarang ni kenapa dia suka hati aje nak tukarkan nama aku?" Luah aku tak puas hati.
Kening Ain berkerut mendengar.
"Dia tukarkan nama kau jadi apa?"
"Hani." Jawabku malas. Aku urut dahi yang terasa pening. Bukan pening sebab dapat nama baru. Tapi pening sebab lambat sarapan.
Mata Ain membulat. Lama dia pandang wajah aku. Kenapa pula minah ni.
"Seriuslah? Dr Hilman cakap macam tu? Macam mana reaction dia weh? Mesti handsome kan!? " Aku bangun dari tempat duduk aku.
"Eh.. eh .. kau nak pergi mana?" Soal Ain.
" Penat aku melayan otak masuk air kau. Aku taknak terjerumus otak air keruh macam kau."
Ain gelak. Makin kuat sempat juga berkompang dengan meja. Aku bingkas berlalu untuk membeli makanan. Perut yang berbunyi perlu diisi dahulu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top