BAB 6
TOK tok tok..
Termamai-mamai aku menggosok mata. Telefon yang berada di tepi bantal aku ambil. Kelopak mata terkebil-kebil kerana cahaya telefon.
8.00 a.m.
Siapa pula mengacau nikmat tidur pagi aku ni. Baru pukul 8. Disebabkan aku sedang ber'cuti' jadi aku memanfaatkan masa tidur dengan baik.
Tok tok tok..
Bunyi lagi ketukan di pintu.
"Lea.." laung suara dari depan pintu.
"Ya Allah membongkang lagi anak dara ni. Eh anak orang lain dah bangun solat, mandi, masak, sidai kain tau.Macam manalah lelaki nak berkenan macam ni." Bebel Mama.
Automatik aku duduk menegak. Sebelum mama mulakan tazkirah pagi aku bingkas bangun dan aku jauhkan bantal dan selimut kesayanganku. Aku tegakkan badan dalam terpaksa. Mengantuk oi.
"Harini abc lah ma. Tu sedap tidur tu hihi." Aku sengih.
"Dah bangun mandi cepat tolong mama pergi kedai. Nak buat mee goreng basah tapi barang tak cukup. Alang alang tu boleh lah exercise sikit. "pinta Mama.
Mendengar menu pagi hari ini mee goreng basah buatan Mama serta merta aku teguk liur. Sedapnya dah berbulan rasanya tak makan mee goreng basah. Berkobar-kobar semangatku datang.
"Okay Lea mandi kejap."
----
SELESAI mengambil barang yang secukupnya untuk memasak mee goreng basah aku aturkan langkah menuju ke kaunter pembayaran kedai runcit yang berada berdekatan di rumah aku. Lagak seperti seorang makcik makcik yang membawa bakul berisi barang mentah berserta beg dompet merah jambu. Mengundang tawa di bibir aku sendiri.
Tak cukup dengan bakul dan dompet, penampilan aku juga harini seperti makcik makcik. Bertudung sarung bercorak bunga milik mama aku. Penampilan malas yang biasa aku pamerkan bila di rumah keluargaku.
" Semua rm 10.50"
Aku keluarkan dua helai not berwarna hijau dan duit syiling lalu aku hulurkan kepada pakcik pemilik kedai runcit. Selesai membayar aku mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Hampir separuh jalan melepasi kedai runcit tadi aku berhenti.
Seperti diekori aku kejap kejap menoleh kebelakang. Aku mula percepatkan langkah. Masih telinga aku menangkap bunyi derapan tapak kaki di belakang mengikuti aku.
Dalam hati tak putus-putus aku berdoa agar aku sentiasa dilindungi dari perkara yang berbahaya. Belum sempat untuk aku melangkah laju tangan aku direntap dari belakang.
Senyum sinis yang menyeramkan.
"Eh apa ni! Kau siapa?!" Lelaki yang berhoodie gelap di depan aku mula gelak sinis.
"Huh tak sia sia aku ikut kau ke sini. Mari sini kau! "
Tangan aku yang mula menggeletar aku tarik kasar dari pegangannya. Takut, cemas. Tanpa berfikir panjang aku mula jerit.
"Tolong! Tol.."
Laju tangannya mula menarik lengan aku dan mulut aku ditekup dengan tangannya lagi satu. Aku mula menangis meraung. Ya Allah apa jadi dengan nasib aku hari ini. Bantu lah hamba mu ini.
Pelbagai cara aku cuba untuk melepaskan diri dari lelaki yang menekup aku. Aku bergelut dengan lelaki yang lebih besar tenaganya dari aku.
Tanpa dipinta air mata aku mengalir sendiri. Plastik yang berisi mee dan bahan yang lain aku genggam kuat. Kau kena lawan Lea!
Aku hayunkan plastik yang berisi barang barang tadi ke mukanya, Serta merta dia mengadu kesakitan dan melepaskan tangan aku. Nasib dalam ni ada botol kicap yang mama pinta aku beli.
"Sial. Tak guna punya perempuan!"
Lelaki tadi mula menggosok mata nya yang aku pukul. Peluang yang ada aku gunakan sebaik-baiknya untuk berlari. Air mata yang masih tersisa di pipi aku biarkan.
Aku berlari dengan sekuat hati sehingga aku rasa tangan aku kembali dipegang dari belakang.
"TOL.." Belum sempat aku menjerit aku disapa dengan suara yang cukup aku kenali.
"Iris.. Awak kenapa ni?" Tangan aku dipegang oleh Hilman. Matanya mula memandang aku yang menggigil ketakutan.
Dengan tudung yang senget, baju yang hampir terkoyak Hilman memandangku dari atas hingga ke bawah. Belum sempat aku menjawab mata aku tertancap ke individu yang mengejar aku tadi yang berada di belakang Hilman. Dia tersenyum sinis.
Tangan dan badanku mula menggigil hebat.
"Hilman tolong saya. Di.. dia nak culik say.. saya. Kat belakang awak." Aku berlindung di belakang Hilman.
Laju Hilman menoleh kebelakang. Mencari individu yang aku baru katakan sebentar tadi. Muka Hilman berkerut.
"Tak ada sesiapa kat sini Iris. Siapa yang nak ganggu awak ni? Dia buat apa dekat awak?"
Dengan tersedu-sedu aku menggeleng. Tadi ada, baru aje.
"Dia ad.. ada. Dia ke.. kejar saya. Hoodie hitam. Sa.. saya takut Hilman. To.. tolong saya.." Hilang segala panggilan sir yang biasa aku gelarkan dirinya. Bahu aku terhincut-hincut menahan esak yang mula menggila.
Hati aku mula berdebar. Badan pula menjadi lesu tak bermaya selepas penat berlari.
Bahuku diusap lembut oleh Hilman. Cuba menenangkan aku. Tangannya yang mengusap bahu aku biarkan.
Tak ada apa yang mampu aku fikirkan sekarang ni. Aku hamburkan segala tangis aku di dada Hilman yang setia memujuk dan menenangkan aku sehingga ke rumah.
Untuk seketika aku merasa selamat bersama dia.
----
"TAK guna ! Siapa jantan tu? Mati dia kalau aku jumpa dia nanti. Berani dia buat adik aku macam ni! Lea ingat tak rupa jantan tu tadi?" Soal Along berang.
Mama yang berada di sisi aku sudah teresak-esak menangis memelukku.
Aku yang memeluk lutut duduk di lantai, menggeleng perlahan.
Otak aku masih lagi tak habis fikir. Apa yang lelaki tadi nak dari aku. Dan kenapa aku yang jadi mangsa?
"Takpe Raid kita dah buat report dan orang kampung pun dah tahu. Lambat laun kita akan dapat tangkap dia." Hilman menoleh memandang aku dan beralih ke mama.
"Saya minta maaf makcik. Tak dapat nak tangkap lelaki yang kejar Iris tadi. Sepatutnya saya datang lebih awal." Keluh Hilman.
Mama mengusap air matanya yang bersisa.
"Takpe Man, salah makcik juga suruh Lea pergi kedai tadi pagi. Tak sangka pula ada orang yang nak buat dia macam itu. Maafkan mama ya Lea. " Ucap mama memandang aku dan Hilman.
Tubuh tua mama aku peluk. Sejujurnya bukan salah mama pun aku jadi sebegini. Mungkin memang dah tertulis pagi ini aku di duga.
Mujurlah sir Hilman datang tepat pada waktunya. Tanpa sir Hilman aku tak tahu apa yang jadi dengan nasibku sekarang.
"Terima kasih banyak banyak Man tolong selamatkan Lea. Makcik terhutang budi dengan Man. Kalau tak ada Man makcik taktahu apa jadi dengan Lea." Ucap Mama lagi.
Aku mula mengangkat kepala memandang Sir Hilman yang duduk bersama Along. Saat mata aku memandang Hilman. Matanya juga turut memandang aku. Cepat cepat mata aku larikan. Dari riak wajah Along juga mula nampak tenang. Tak merah menahan marah seperti tadi.
"Terima kasih tolong selamatkan adik aku. Aku ada adik sorang je Man. Kalau apa apa jadi dekat dia tadi aku rasa useless sangat sebab tak mampu jaga adik aku sendiri. Lea sorang je adik aku. Aku percayakan kau untuk jaga adik aku masa dia dekat kampus. Terima kasih wei." Along menepuk bahu Sir Hilman.
Dahi aku berkerut. Jadi Along tahu yang Sir Hilman pensyarah aku? Dari mana pula dia tahu? Tak mustahil juga mama turut tahu.
"Sama sama makcik, Id. Lagipun saya memang tergerak hati nak pergi kedai tu tadi. Tak sangka saya boleh jadi macam ni. Mungkin Allah dah gerakkan hati saya untuk tolong Iris masa tu."
"Hm.. Don't worry Raid. I will make sure she will be safe. Dia tanggungjawab aku." Sambung sir Hilman lagi.
Along dan mama senyum lega mendengar bait kata dari sir Hilman. Tapi tidak aku. Seperti ada maksud tersirat disebalik ayat,
'Dia tanggungjawab aku.'
Aku tanggungjawab Hilman? Apa maksudnya.
Astaghfirullahal'azim. Cepat cepat aku usir segala persoalan di dalam otak aku. Think positive. Dia selamatkan kau dan kau pelajar dia semestinya kau tanggungjawab dia Lea.
Sir Hilman bangun dari sofa dan bergerak ke pintu. Mungkin nak balik ke rumah dia. Aku masih lagi berdiam tak berkutik. Sempat dia bersalaman dengan Mama dan Alongku.
'bangun Lea. Bangun!'
Aku bingkas bangun dari tempat duduk aku. Dia dah nak balik. Sepatah perkataan pun aku tak keluarkan masa sampai di rumah tadi. Ucapan terima kasih jauh sekali.
Hilman menoleh berura-ura untuk melangkah keluar dari grill rumah.
"Sir.."
Pantas Hilman menoleh memandang aku.
"Terima kasih tolong selamatkan saya untuk kali kedua." Yang pertama masa terjatuh yang kedua pula untuk kejadian yang aku tak ingini.
Hilman senyum tapi cepat cepat dia tayangkan riak mukanya yang biasa. Dasar kedekut senyum! Sempat aku mengutuk.
"Hm.. sama sama. You are my responsibility. Saya balik dulu. Be safe. Assalamualaikum." Hilman melangkah keluar.
Sekali lagi aku tercengang. Dua kali dia bercakap tentang tanggungjawab. Aku tanggungjawab dia ke?
---
1318 words je mampu tulis harini. Sedih gila rasa macam tak bersemangat nak tulis chappy ni. Macam tak ada sambutan je dari readers untuk cerita ni. Or maybe i should unpublished je story ni. 😪
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top