BAB 5
"YA Allah. Wei wei seriuslah? Macam mana boleh dia ada dekat situ? Kacak tak dia masa tu? Kalau aku lah kat tempat kau, aku mesti pengsan bergolek-golek dah!" Soal Ain bertubi-tubi. Dah makan garam sangat dengan reaksi dia ni.
Aku julingkan mata. Mulanya aku hanya bercerita kepada Ain melalui Whatsapp. Bila terdengar aje cerita pasal sir PMH terus saja chat aku di bluetick. Tak sampai beberapa saat Ain call meminta cerita penuh dari aku.
Seperti kebiasaannya Ain lah orang yang paling eksaited bila semua cerita berkaitan sir Hilman. Bukan setakat eksaited , histeria dan juga jakun!
"Kau ni pantang kan dengar nama dia! Laju je bab bab macam ni."
"Hahaha sorry lah Lea. Aku over excited pulak dengar cerita dia ada sekampung dengan kau. Walaupun nampak misteri. Tapi misteri ni aku terima. Lagi satu kan.."
Ain menggantungkan ayatnya. Lalu diam.
"Aku rasa kan korang ni ada jodoh lah! Bukannya apa. Berdasarkan observation aku. Ada saja hal yang mendekatkan korang. Aku sokong kalau sir tu su -..." Belum sempat Ain menghabiskan ayat aku mencelah.
"Banyak lah kau punya observation! Kau ni suka suka je jodohkan aku tau. Dia tu pensyarah, aku ni student dia. Lagi pun kau tahu kan aku tak minat cerita pasal jodoh cinta semua ni." Luah aku perlahan.
"Ni aku tak suka ni. Kau ni kan cuba lupakan semua tu. Buka hati tu. Tak semua tau lelaki sama dengan apa yang kau fikirkan tu. Kat luar tu banyak lagi lelaki yang lebih baik. Jangan teringat perkara lama. Ingat tak apa psychiatrist kau tu kata." Nasihat Ain.
Ya masih segar di ingatan apa yang psychiatrist aku pernah berkata.
'Ubah diri kita jadi lebih baik. Perkara yang lepas anggap saja tu tak penting. Fokuskan saja pada masa depan. Lelaki tak semuanya sama di mata awak Iris Illea. Banyak lagi yang lebih baik. Mungkin ini dugaan awak untuk jadi wanita yang lebih kuat. Saya sebagai doktor awak saya bangga ada kawan yang kuat semangat macam awak !"
Ya aku pernah merujuk masalah takut aku kepada pakar psikiatri. Reaksi pertama bila orang lain dengar tentang psikiatri , adalah GILA. Seperti aku waktu dulu.
Tak dinafikan tapi itulah kenyataannya. Aku juga pernah beranggapan begitu sehinggalah along dan mama mengubah persepsi aku terhadap doktor psikiatri.
Tak semestinya orang yang berjumpa dengan doktor psikiatri adalah orang gila dan orang yang mempunyai masalah depression.
Selepas masalah yang terjadi dalam keluargaku. Dari mata kasar aku terlihat seperti manusia yang biasa tanpa masalah dan rasa tertekan. Tapi hakikatnya aku jadi anti serta benci dengan perkataan curang atau seumpama dengannya. Aku juga turut fobia bercinta. Akibat dari pengalaman yang telah aku lalui.
Mama dan along bersepakat untuk menghantarkan aku berjumpa dengan pakar psikiatri. Dari situ aku mula belajar cara meluahkan perasaan dengan betul, bukan dengan memendam perasaan yang terbuku di hati tanpa diluahkan.
Segala kata semangat yang aku perolehi dari doktor menjadikan aku lebih semangat menjalani hidup. Jika terlalu memendam perasaan dan tidak diluahkan sebaliknya ia dapat menjejaskan kesihatan diri dan juga terdorong untuk mempunyai masalah mental.
Dalam masa yang sama doktor bidang ini juga boleh diibaratkan sebagai pakar kaunseling.
Mujurlah aku mempunyai keluarga dan kawan yang memahami aku. Yang tidak pernah menjatuhkan semangat aku malahan menyokong aku lebih dari segalanya.
"Ya aku tahu. Aku ingat lagi. Cuma aku ambil langkah berhati hati aje." Balasku.
" Bagus! Macam ini lah kawan aku. Tapi nanti kau tolong aku ya Lea." Pinta Ain.
"Tolong apa pula?"
"Tolong aku usha kan Sir Handsome jiran baru kau tu. " Sakan Ain tergelak-gelak.
"Kau memang sewell! Hahaha dahlah aku letak dulu. Nanti apa apa aku story morry lagi. Byee!"
Selepas hampir sejam berborak dengan Ain di telefon akhirnya aku putuskan talian. Makin lama melayan dia makin senget aku dibuatnya.
---
JAM menunjukkan tepat 6 petang. Waktu ini hanya aku dan mama saja. Along keluar melepak dengan kawan-kawannya. Jadi tinggal lah kami berdua.
Aku dan mama duduk di ruang tamu sambil menikmati cucur udang bersama kuah kacang yang aku masak sebentar tadi. Mata mama khusyuk menghadap drama kegemarannya. Aku pula hanya duduk menghadap cucur udang.
Diam. Mulut aku gatal mahu bertanya tentang Hilman.
"Ma.. Dah berapa lama mama kenal dengan Hilman?"
Mama menoleh.
"Oh. Tak adalah lama baru 3 bulan. Itu pun sebab dia selalu balik hujung minggu dekat rumah maksu dia tu. Mama pernah lah tanya juga kenapa selalu balik sini. Katanya suka suasana taman kita ni. Lagi pula Hilman tu pun anak buah kesayangan Mizah tu." Balas mama panjang lebar.
Aku hanya mengangguk. Patutlah gaya mama macam dah kenal lama. Hilman pula selamba saja berborak dengan mama tanpa rasa kekok. Nampak macam baik friendly je. Kalau teringatkan balik perlian dia masa aku langgar kaki dia dulu. Memang tak macam sekarang.
Mungkin masa itu Hilman mood swing ataupun baru lepas gaduh dengan girlfriend dia. Dalam hati aku cuba ber husnuzon. Dosa mengumpat pensyarah sendiri. Nanti tak berkat pula ilmunya!
Meoww.. meow.
Mama dan aku berpandangan sesama sendiri. Kucing siapa pula sedap mengeow dekat depan rumah aku ni. Rasanya baru baru ini mama tak ada menganak angkatkan seekor kucing.
"Cer tengok kucing siapa tu. Macam kesian je bunyinya." Arah mama.
Aku bangun dan jalan menuju ke luar rumah. Seekor kucing berwarna putih yang gebu datang berlari ke arah aku. Mengesot-ngesotkan bulu gebunya di kaki aku. Lantas aku dukung.
Tangan aku mula menggosok bulu kucing gebu itu. Comelnya..
Terbenam tangan aku di bulunya yang putih itu. Pandai tuan kau jaga kau meow. Desis aku dalam hati.
Tag di leher kucing itu aku belek. Tertera namanya di situ. 'Mocy' . Membaca namanya mengundang tawa aku. Ada ke patut nama kucing letak nama makanan. Kuih moci. Nasib baik tuan kau tak letak nama kuih koci. Hahaha
"Mocy.. meow. Pus pus pus.."
Aku berura-ura ingin masuk ke dalam rumah menunjukkan kepada mama tapi terbantut bila terdengar suara lelaki memanggil Mocy. Kucing yang aku gendong sekarang ni.
Serta-merta aku menoleh. Teringin juga ingin melihat tuan kepada si mocy. Lelaki atau pun perempuan.
Mocy ditangan aku terus melompat laju menuju ke depan. Sehinggalah dia berhenti di sepasang kasut yang berada di depannya.
Kening aku berkerut seribu.
"Mocyy... Kenapa lari jauh jauh susah daddy cari. Terima kasih ci -..." Bulat matanya memandang aku.
Tawa yang aku tahan meletus akhirnya. Tambah lagi bila melihat mukanya yang seakan terkejut memandang aku.
"Youre most welcome sir. Tak sangka saya dapat jumpa daddy si mocy ni." Kata aku bersisa tawa.
Aku tak hiraukan muka Hilman dan pandangannya ketika ini. Yang aku tahu sememangnya menjadi bahan lawak aku petang ini. Siapa sangka dalam mukanya yang garang ketat jarang senyum tapi bergelar Daddy pada kucing comelnya , mocy.
Tambah lagi bila nama kucingnya seakan-akan nama kuih koci. Hahaha!
Perut mula terasa senak, tubir mata aku juga mula bergenang. Semuanya tentang kucing Sir Hilman. Lantas tangan aku pegang ke perut menahan senak.
"Hm gelak lah lagi. Padan muka sakit perut." Kata Sir Hilman. Mukanya masih reaksi yang sama. Selamba.
"Saya minta maaf sir. Saya tak boleh tahan nak simpan gelak saya. Kena saya luahkan juga. Terima kasih ceriakan petang saya harini." Aku tergelak kecil.
"Sama sama. Jom mocy kita balik." Kata Sir Hilman sambil mengusap lembut kepala mocy. Dia terus melangkah pulang ke rumahnya.
Tanpa menoleh memandang aku. Dia marahkan aku ke? Sebab gelakkan panggilan daddy?
Do vote and comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top