BAB 4
AKU hempaskan badan ke tilam milikku. Empuk betul tilam kesayangan di rumah keluarga aku ini. Seronok dapat memanfaatkan cuti sem selama seminggu dengan sebaik-baiknya. Makan dimasak mama, boleh rehat, tidur petang, baring guling guling tanpa memikirkan assignment yang menggunung.
Mata memandang siling bilik dan memerhati kipas yang berpusing pusing. Serta merta bayangan Hilman menerpa di mata. Makin hari makin pelik perangai lecturer aku yang satu itu.
Selepas insiden menjadikan dia sebagai tunang olok-olok aku, dia meminta aku pula untuk jadi coffee girl nya setiap pagi. Bila bertanya kenapa, alasannya adalah 'awak dah terhutang budi dengan saya'.
Itu saja lah alasan yang sering diulang. Yang peliknya hanya hari pertama saja aku beli menggunakan duitku sendiri. Hari yang seterusnya dia memberikan wang kepadaku selama seminggu untuk aku belikan hot latte nya.
Tanpa sengaja aku juga tahu bahawa dia adalah latte lovers. Tak lupa juga dia mempunyai seekor kucing kesayangannya bernama baby.
Dari mana aku tahu? Secara tak sengaja semasa aku menghantar hot latte ke mejanya dia yang runsing itu menambah rasa curiga aku. Bila terdengar perbicaraan nya di telefon rupanya baru aku tahu yang dia risaukan babynya yang kurang sihat.
Sedikit sebanyak aku mula mengenali kegemaran Hilman. Walaupun sebenarnya aku tak mahu ambil tahu tentang lelaki itu tapi masih aku dibayangi perasaan pelik. Pelik sebab aku teruja bila mendengar kesukaannya.
Pelik memang pelik. Tapi malas aku nak ambil pusing. Anggap jela aku sedang berbakti kepada lelaki yang mencurahkan ilmunya kepada aku. Jadi bila terasa mulut mahu menkomplen cepat cepat aku ingatkan diri sendiri.
"Amboi mama perati seronok betul termenung. Teringat boyfriend dekat kampus ke?" Usik mama.
Laju aku menggelengkan kepala.
"Ish takdenya boyfriend. Lea terfikir apa nak buat cuti cuti ni. Boring pula." Dalih aku.
Punca utama aku masuk bilik tadi adalah sebab aku boring. Semua kerja dah buat tapi tak mampu hilangkan rasa boring. Nak kata buat assignment. Semua assignment yang aku terima untuk cuti sem ini juga telah aku siapkan. Jadi terlebih rajin!
"Ha baguslah tu boring. Boleh teman mama pergi rumah mak cik Mizah tu rewang. Sebab nanti malam dia nak buat kenduri doa selamat."
Aku garu kening yang tak gatal. Tadi sibuk kata boring sekarang bila ada kerja nak buat rasa malas pula. Aku kerut muka berfikir nak pergi ke tak ke rumah mak cik Mizah.
"Ha jangan sibuk nak kata malas pula. Dah cepat siapp mama tunggu." Kata mama lalu terus melangkah keluar dari bilik aku.
Aku berkira-kira mahu pergi ke tak. Pergi jela Lea lagi pun bukannya selalu pergi tolong kenduri macam ni. Aku bingkas bangun untuk bersiap.
"Cepat siap!" Laung mama dari luar.
"Ye kejap jap."
---
SELEPAS bersalaman bersama mak cik mak cik di kejiranan yang ada di rumah Mak cik Mizah aku labuhkan punggung di sebelah mama. Bawang merah di depan mata aku ambil lalu aku kupas kulitnya satu per satu.
Mama pula ralit berborak dengan kawannya sambil mengupas kentang dan halia.
Aku perhati sekeliling aku. Nampaknya tinggal sikit aje kerja yang tinggal. Cuma tinggal memasak dan menumis.
"Rajin anak kau ni Yam. Mengikut je mana mana kau pergi. Disuruh ikut rewang pun rajin. Kalau budak budak lain tak adanya nak mengikut kita ni." Salah satu mak cik di depan aku bersuara.
Mama tayang senyum. Kenyataannya mama dengan aku sahaja tahu betapa malasnya aku nak ke sini. Alih alih dalam keterpaksaan aku untuk hadir harini mendatangkan pujian dri mulut mak cik di sini.
"Betul tu. Kalau anak aku memang harapan jela. Lagi zaman sekarang zaman teknologi. Tak main telefon tengok tv. Drama melayu tu aku paham lah lagi. Ini tidak kpap kpep tu jugaklah dia layan." Jawab Mak cik yang lain.
Terhambur ketawa aku. Kpap kpep. Dari sebutannya pun aku dapat meneka itu adalah drama kpop.
"Itu kpop rasanya mak cik. Biasalah budak sebaya saya zaman sekarang memang trend cerita macam tu." Kata aku sambil gelak.
"Pelik pelik je lah zaman sekarang ni" balas makcik tadi.
Mak cik yang lain hanya mengangguk senyum. Setelah itu maka bermulalah tugasan aku sebagai cik suruh.
Memandangkan aku sahaja anak dara yang ada di dapur Mak cik Mizah, maka tugas aku hanyalah menolong dan mengikuti apa saja yang di suruh makcik-makcik di sini sehinggalah habis jamuan makan.
Di suruh mengacau lauk aku turuti, di suruh basuh pinggan juga aku turutkan.
Macam sekarang. Aku menghadap berbesen besen pinggan mangkuk selepas jamuan makan malam tadi. Aku juga yang perlu membasuhnya.
KataMak cik Mizah anak buahnya akan datang ikut membantu aku untuk habiskan membasuh pinggan ini semua. Tapi sampai ke sekarang tak muncul-muncul lagi anak buah Mak cik Mizah ni.
Aku sinsing lengan baju kurung aku. Nampaknya aku sorang aje lah kena menghadap kau wahai pinggan. Anggap saja lah ni sebagai latihan untuk aku sebelum berkahwin. Itu lah kata kata mama sebelum aku sampai di sini tadi.
Span berwarna kuning yang terendam sabun itu aku ambil. Lalu menggosok kan ke muka pinggan sehingga bersih. Sesekali aku menggaru kaki aku yang digigit nyamuk.
Maklumlah kena basuh di dapur belakang rumah. Mujurlah lampu di sini terang benderang kalau tak. Aku lah orang pertama yang lari ke rumah.
Sambil menggosok permukaan pinggan yang kotor. Telinga aku terdengar seseorang yang berdehem. Melilau mata mencari. Takkan hantu berdehem.
Ish! Seriau aku dibuatnya.
Sekali lagi bunyi orang berdehem. Aku sudah bersedia bangun dari kerusi yang aku duduki. Siap sedia untuk angkat kaki dan lari. Tapi lain pula yang jadi bila aku melangkah untuk berlari tapi kaki aku yang tergelincir akibat air sabun yang tertumpah.
Aku pejamkan mata. Redha jika terjatuh macam nangka busuk. Selepas beberapa saat aku sedar. Kenapa sampai sekarang badan aku tak mencium lantai. Rasa di awangan dengan tangan yang kemas erat terletak di pinggang aku.
Eh? Tangan?
Aku celikkan mata. Menangkap gambaran mata lelaki yang menyelamatkan aku dari terjatuh. Elok sahaja tangan aku mendarat di leher miliknya. Untuk kesekian kalinya jantung aku berdebar. Laju.
Dalam posisi yang sangat dekat di antara kami. Dalam jarak beberapa cm sahaja jarak muka aku dengannya. Terpampang wajahnya menjamu mataku. Juga aku turut merasakan debaran di dadanya.
Persis dengan apa yang aku rasakan.
Dia. Sir Hilman!
Aku tersedar lalu laju aku menolak tubuhnya jauh dari aku. Mukanya jelas terkejut. Aku memandang sekeliling. Mana tahu ada mata-mata yang nampak adegan tak sepatutnya aku dan Hilman tadi.
Bermula lah teka teki di kotak fikiran aku. Dari mana wujudnya Hilman di rumah Mak cik Mizah? Apa dia buat dekat sini?
Aku tundukkan kepala. Tak sanggup mahu memandang wajah Hilman.
Disebabkan malu apa yang terjadi sebentar tadi. Aku bergerak menjauhinya dan memusingkan badan lalu mula duduk di hadapan pinggan yang perlu aku basuh.
Lebih tepat membelakangi Hilman.
Jantung yang laju berdebar seperti baru lari marathon aku cuba abaikan. Sambil membasuh pinggan otak aku mula mencerna akan kewujudan Hilman secara tiba-tiba di sini.
"Bak sini sabun tu sikit. I'll help you."
Aku menoleh memandang Hilman yang siap duduk di sebelah dan menyinsing lengan baju melayunya. Sabun botol sunlight aku ambil lalu aku hulurkan kepada Hilman.
Aku mula berhentikan tangan aku dari membasuh pinggan. Lalu aku pandang segala pergerakan Hilman. Dia ke anak buah Mak cik Mizah yang dikatakan tadi?
"Don't look at me like you're trying to seduce me. Maaf saya tak terpikat." Ujarnya selamba.
"Eh apa sir ni. Saya pandang sebab saya pelik tiba-tiba sir boleh ada dekat sini. Tak kuasa saya nak usha lecturer sendiri." Jawab aku.
Telinga aku menangkap suara ketawa dari Hilman.
Boleh gelak rupanya dia ini. Ingatkan memanjang je nak tayang muka sombong. Tapi apa salahnya dia nak gelak. Mungkin s semasa di kampus dia terlalu strict sebagai lecturer jadi itu yang dia susah nak gelak ketawa macam ni. Aku mula bersangka baik.
"Rumah awak dekat area sini ke? "
"Haah selang dua pintu dari sini." Jawabku ringkas.
Pinggan pinggan yang siap dibasuh oleh Hilman aku susun di rak yang disediakan. Dalam tak sedar akhirnya selesai juga pinggan kotor yang bertimbun tadi. Semuanya berkat pertolongan Hilman yang menolong aku membasuhkan pinggan tadi.
"Eh dah siap dah? Cepatnya Man." Sapa Mak cik Mizah yang baru memasuki ruangan dapur.
Hilman sekadar senyum.
"Eh Man pun ada dekat sini juga? Mak cik ingat Man tak datang rumah maksu Man ni. Tak nampak pula tadi." Mama pula menyoal Hilman.
Segala persoalan aku akhirnya terjawab. Betullah sangkaan aku yang Hilman anak buah Mak cik Mizah. Betapa kecil nya dunia. Tak jumpa dekat kampus tapi dijumpakan pula di rumah Mak cik Mizah.
Tangan mama diraih oleh Hilman lalu dicium. Makin tersenyum lebar mama memandang Hilman.
"Ya mak cik. Saya baru sampai lepas maghrib tadi. Lambat sikit." Dia senyum
Mama mengangguk riang. Lalu mengerutkan kening. Menepuk perlahan lengan Hilman.
"Eh janganlah panggil mak cik. Panggil je mama. Hilman ni dah sebaya macam abang Lea dah si Raid th. Jadi anggap je mak cik ni macam mama Man." Lembut mama berkata.
Aku bulatkan mata. Telingaku tak salah dengar ke?
Ah sudah! Aku kerutkan kening. Biar betul mama aku ni! Baru jumpa sekali terus tukar panggilan ke 'mama'. Kuat betul aura Hilman yang mampu mengubahkan mama menjadi sebegini.
Wajah Hilman tak lekang dari senyuman semasa berborak dengan mama. Sungguh Hilman sombong sudah berubah menjadi 180 darjah.
Mama pula dapat anak angkat baru terus melupakan anak lama ni. Aku sedari dari tadi mama begitu rapat berborak dengan Hilman. Langsung tak canggung.
Aku sebagai pemerhati hanya diamkan diri dan menadah telinga perbualan mama, mak cik Mizah dan juga Hilman. Semakin lama mendengar semakin menguap- nguap mulutku. Badan aku disandarkan ke dinding cuba menahan mata yang mengantuk.
Hidung mula terbau bau bantal peluk saja. Kepala juga makin berat nak baring dan tidur.
Tiga pasang mata mula tertumpu memandang aku yang tersandar di dinding.
"Hilman boleh tak tolong hantarkan Lea balik rumah dulu. Mama ada kerja lagi tak siap dengan maksu kamu ni. Tengok dia pun dah tersandar gitu." Tangan mama ditujukan kepada aku.
Serta merta mata aku terus segar bila terdengar mama menyuruh Hilman menghantarkan aku ke rumah.
"Tak payahlah ma. Lea tunggu sini je dengan mama. Lea tak ngantuk lagi. Saja bersandar tadi." Saja aku beralasan.
Hilman bangun dan terus memandang aku. Segera aku larikan mata aku memandang dia. Banyak alasan aku bagi ke mama tapi mama masih juga menyuruh aku untuk balik dengan Hilman. Hujah mama juga turut di sokong oleh Mak cik Mizah yang mulai bersuara.
"Hilman pergi hantarkan Lea. Kesian dia dah mengantuk tu. Lea balik dengan Hilman ya?" Mak cik Mizah memberi arahan kepada Hilman.
Segera lelaki itu berjalan dan menunggu aku di depan pintu. Nak taknak aku ikutkan jua disebabkan mata yang mengantuk. Lagipun jam sudah menginjak ke angka 11. Walaupun belum tengah malam tapi kalau terserempak dengan gula gula atau sewaktu dengannya. Pada waktu tengah malam begini aku punya cukup keberanian ke untuk berjalan seorang diri?
---
Suasana yang sepi hanya terdengar bunyi cengkerik yang sedap bernyanyi menjadi suara latar diantara aku dan Hilman yang mulai membisu. Perjalanan dari rumah Mak cik Mizah ke rumah aku hanyalah mengambil masa selama 5minit. Tapi 5 minit itu juga lah merupakan 5 minit yang paling lama pernah aku rasakan.
" Kenapa diam je dari tadi? I'm sorry if i make you feel uncomfortable." Hilman mula bersuara.
Aku pandang wajahnya yang dibiasi lampu jalan. Nampak riak bersalah di wajahnya. Mungkin dia rasa bersalah kerana dia menyentuh aku tanpa sengaja semasa aku terjatuh tadi.
"Takpe sir. Saya faham. Terima kasih sebab dah selamatkan saya daripada jatuh tadi. Kalau sir tak ada mesti badan saya dah seronok mencium lantai licin tu." Balasku panjang.
Walaupun aku malu tapi bila teringatkan balik waktu Hilman menyelamatkan aku jadi bersyukur. Bersyukur bukan kerana dia memeluk pinggang aku. Tapi bersyukur badan aku tak menjadi mangsa lantai. Kalau tidak mungkin cuti sem aku selama seminggu hanya aku habiskan di atas tilam saja.
Mendengarkan jawapan dari mulutku sebentar tadi Hilman hanya diam. Diikuti aku yang turut berdiam diri. Takkan lah aku yang perlu mulakan perbualan.
Jalan yang gelap hanya disuluh lampu jalan yang malap membuatkan aku jalan dengan perlahan disebabkan penglihatan aku yang kurang jelas tanpa kaca mata. Kepala aku kalih ke sebelah. Hilman juga turut melangkah perlahan senada dengan aku.
Akhirnya berakhir 5 minit yang paling panjang yang pernah aku rasa. Kami tiba di depan rumah aku. Home sweet home! Aku menarik nafas lega.
Aku melangkah kemudian membuka mangga grill pintu rumah. Selepas itu aku buka pula pintu rumah. Tanpa menoleh ke belakang aku berkira yang Hilman sudah berjalan pulang ke rumah Mak cik Mizah.
Tapi tak! Hilman masih lagi statik berdiri melihat aku. Menunggu dengan diam.
"Mm bye sir.." Itu saja yang terlintas difikiran aku.
"Lepas saya berjalan lama tadi. Saya dapat bye aje?" Soalnya pula.
"Oh lupa. Terima kasih banyak banyak sir sudi teman saya berjalan jauh selama 5 minit sampai ke sini. Bye bye!" Rasanya dah cukup lengkap ayat aku.
Hilman ketawa. Terkedu aku melihatnya. Cepat cepat aku tebalkan iman aku yang makin berkurangan melihat ketawanya. Nampak ikhlas. Dan..
Dia nampak kacak. Sungguh!
Aku pejamkan mata. Jangan jangan Lea. Jangan nak tergoda, jangan juga cair. Tu sir kau! Sir kerek sir sombong.
"Kalau ye pun saya kacak sangat, tak payahlah buat muka sampai macam tu. Cover sikit tak boleh ke? " Dia tayang senyum sinis.
Ek? Macam mana dia tahu? Ada nujum pak belalang ke dia ni?
Aku tayang muka selamba. Cover sehabis baik. Pinta aku janganlah muka aku merah sekarang ni.
"Okaylah saya balik dulu. Masuk rumah terus kunci pintu. Hati hati duduk rumah sorang-sorang." Ucapnya.
Dia risaukan aku? Terharunya rasa hati sekarang ni. Dia juga tahu yang tiada sesiapa di rumah aku. Mungkin mama telah memberitahu dia dulu sebelum menghantarkan aku.
"Terima kasih sir."
"Saya terima kasih awak. Dah pergi masuk." Balasnya.
Sir Hilman masih lagi berdiri di depan grill rumah aku. Menunggu aku masuk. Setelah aku masuk mengunci grill baru dia berpusing dan melangkah pergi.
Begitu caring nya terhadap aku. Sampai aku rasa caring yang berlebihan. Tak tak. Dia caring sebab mama dah amanah kan dia untuk menghantar aku. Mungkin juga caring kerana aku adalah pelajarnya.
Tanpa sedar hati aku mula berbunga. Berbunga-bunga riang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top