BAB 3

TELEFON yang berdering aku pandang sekilas. Dari mama. Aku gesek ikon hijau.

" Lea apa jadi ni. Kenapa sampai masuk hospital. Mama risau tahu tak? Nak mama dengan along datang sana tak? Lea okay tak sekarang ni?" Panjang lebar soalan mama sebaik saja aku jawab panggilannya.

"Ma. Relax chill chill okay ma? Lea okay je biasa lah sakit setiap bulan. Kalini overdose sikit sakitnya tu yang terpaksa check in hospital."

Seperti biasanya. Siapa lagi yang suka bawa mulut bercerita dengan mama aku selain si Ain mulut becok tu.

Seboleh-bolehnya aku memang taknak mama tahu sebab mama terlalu risaukan aku. Katanya aku sorang saja anak perempuannya, tak ada siapa yang nak jaga bila berjauhan lain lah kalau ada suami.

Erk.. Macam macam saja ayat dari mak mak.

"Ini agaknya kalau Ain tak bagi tahu mama takdenya Lea nak bagitahu kan? Budak bertuah. Lepas 3 hari baru nak bagitahu. Sabar aje lah." Aku gelak.

"Alah mama ni bukannya serius pun. Minggu ni Lea rasa nak balik rumah lah. Boleh tak minta along ambik kan. Malas nak bawak motor tu." Kata aku.

Memang selama ni aku balik hujung minggu naik motor. Kali ni rasa malas nak tunggang baby skuter kesayangan aku tu selepas mogok dekat tengah jalan lepas balik hospital.

Padahal rumah dengan universiti tak adalah jauh berlainan negeri. Setakat sejam biasanya aku redah naik motor. Lebih mudah jimat masa tak perlu nak hadap jammed.

"Nanti mama cakap dengan along. Tapi kamu kena ingatkan balik lah along tu. Biasalah along kamu tu masa kecik bukannya rajin nak makan kismis dulu. Sampai sekarang terbawa-bawa pelupanya tu." Sempat mama perli along.

Aku bantai gelak terkekeh-kekeh.

"Okaylah ma. Nanti Lea chat along balik. Lepasni Lea ada kelas ni. Nanti Lea call mama balik. Assalamualaikum."

"Ha yelah elok elok, waalaikumsalam"

Aku letak telefon. Mula menyusun kertas kertas yang berselerak atas meja. Satu persatu pen aku kutip masukkan balik ke dalam pencil case.

Pintu bilik aku diketuk. Seraya itu pintu ternganga luas. Aku tilik pemakaian Farah. Apa ke rajinnya tiba tiba nak pakai baju kurung petang petang macam ni

"Eh kau rajin betul nak pergi class petang pakai baju kurung?" Soal aku.

Biasanya hanya kelas pagi kami akan berpakat memakai baju kurung. Aku Ain dan juga Farah. Bahkan kami juga siap menyediakan jadual bila ber baju kurung dan baju formal untuk ke kelas.

Bak kata pepatah sepakat membawa berkat gitu.

" Laa kau ni. Nampak sangat tak tengok group kelas. Harini kelas Sir Amri cancel. Ngam pula lepastu Luqman jemput satu kelas kita pergi makan kenduri rumah dia." Kata Farah.

Aku garu kening yang tak gatal.

"Luqman yang mana pula ni?"

"Alah Luqman fakulti kedoktoran tu. Dia buat kenduri doa selamat ke apa tah. Eh kau cepatlah siap. Ain pun dah siap tu. Lambat kitaorang tinggal!"

"Yelah yelah tunggulah kejap."

Farah meninggalkan aku di bilik. Segera aku belek baju kurung yang digantung rapi di loker. Aku gapai baju kurung moden corak berbunga-bunga.

Selepas sepuluh minit akhirnya siap. Aku oleskan lipstick colour nude di bibir. Malas nak siap cantik cantik. Aku keluar dari bilik melihat Ain dan Farah yang bercekak pinggang menunggu aku. Aku tayang sengih.

----

MULUT Ain, Farah dan juga aku tak berhenti memuji kemewahan rumah Luqman. Tak sangka rumah dia secantik semewah ini. Nampak je low profile tapi kenyataannya..

Dia memang orang kaya. Manakan tidak bila kami bersalaman bersama Datin Maria mummy kepada Luqman baru kami tahu yang dia rupanya anak Dato' dan Datin!

Sifatnya yang humble dan mesra tak memilih kawan dengan pelajar yang lain tak menampakkan yang Luqman dari golongan orang berada.

Dari jauh aku nampak Luqman berjalan ke arah aku yang duduk di penjuru meja. Berbaju melayu purple nampak padan dengan kulitnya yang cerah. Aku nampak dia senyum manis memandangku.

"Tak sangka baju kita sama colour harini." Katanya lalu senyum.

Luqman menarik kerusi di sebelah aku lalu melabuhkan punggung.

Ya kebetulan sangat baju kurung aku sama warna dengannya harini. Kalau orang lain tak tahu mahu aku dikata ada chemistry dengan Luqman.

Aku senyum mengangguk. "Itulah padahal saya main ambik je baju kurung ni. Tak terfikir pun nak pakai warna ungu."

Luqman senyum pandang aku. Ain dan Farah menarik kerusi di hadapan kami lalu duduk. Mata masing masing melekat memandang aku dan Luqman.

"Something fishy here. Korang ni ada chemistry lah! Baju dah lah sama warna. Macam orang nak kahwin!" Kata Ain.

Tersembur air oren yang aku minum. Luqman cepat cepat menghulurkan tisu kepada aku lalu mereka mula ketawa.

Kurang asam. Aku berdecit. Nasib baik tak kena ke baju Luqman. Kalau tak berkilo kilo malu aku!

Masing masing seronok gelakkan aku. Termasuk Luqman. Aku hanya tersipu malu.

"Hi can i join you guys?"  Satu suara dibelakang kami.

Empat pasang mata mula tertumpu ke arah suara yang menyapa. Luqman terus berdiri bersalam dengannya. Nampak macam akrab.

"Eh bang boleh je! Duduk lah sini. Alang alang Luq pun nak pergi sambut tetamu kat depan kejap. Okay korang makan dulu ya? Nanti saya datang balik." Ujar Luqman terus meninggalkan kami bertiga.

"Makan sir.." Ajak Ain dan Farah.

Izz Hilman mula melabuhkan punggung disebelah kerusi aku. Bau perfume tubuh nya menyapa hidung aku. Tak berapa kuat tapi cukup untuk hidung aku kenal pasti bau perfume Izz Hilman. Selepas pertemuan kami di hospital aku mula menghafal bauan minyak wanginya.

Nampak macam gila tapi tu lah kenyataannya. Bukan sengaja hidung aku nak menghafal bau badannya.

Tanpa menghiraukan pandangan aku dia mula membaca doa dan terus makan. Di antara banyak banyak kerusi dekat khemah ni kerusi sebelah aku juga dia nak duduk.

Laju mata aku lari kan untuk memandang pinggan yang terisi kuih yang Ain ambil. Masing masing mula membisu. Kekok bila lecturer yang tak berapa friendly duduk makan bersama. Masing masing diam melayan makanan yang terisi di pinggan.

Aku suakan blueberry cheese tart ke mulutku. Dessert pertama yang dapat menarik perhatian aku. Kegemaranku.

Rasa blueberry dan cheese bergabung di dalam mulut. Sedap!

Begitu khusyuknya aku mengunyah dan menikmati cheese tart tadi sampai aku tak perasan yang mata Hilman merenung aku.

Bila tertangkap matanya merenung aku, terus dikalihkan matanya.

"From your eyes i know that you surely loves blueberry cheese tart right?" Ujarnya tanpa memandang aku. Tangannya masih lagi menyuap makanan.

Nampak sangat ke aku menghayati makan tart ni? Ke sebab dia perhati aku dah lama?

Dengan mulut yang masih mengunyah aku terus anggukkan kepala. Malas nak bercakap banyak. Tangan mula menggapai lagi seketul tart. Bukannya selalu jumpa cheese tart sesedap ni.

Aku jeling ke tepi melihat Hilman yang selesai makan dan menolak pinggannya ke hadapan. Laju tangannya menarik pinggan yang berisi kuih muih di hadapan aku.

Aku jeling mukanya yang selamba. Sesuka hati dia je ambik pinggan kuih aku. Lalu disuakan cheese tart aku ke mulutnya.

"No wonder awak makan tart ni sampai 5 ketul. Sedap juga." Katanya mendatar.

Aku kerutkan kening. Dari mana dia tahu aku dah makan lima ketul? Rasanya aku makan tart ni dari sebelum dia duduk sini. Otak aku ligat memikir.

Mendengarkan kata Hilman, Ain dan Farah yang selesai makan bingkas bangun dari tempat duduknya. Gayanya seperti memberi peluang Hilman untuk berborak dengan aku. Nampak sangat nak tinggalkan aku.

"Kitaorang nak pergi amik air sekejap ya." Katanya pada aku sambil tersenyum mengejek.

Nasib kau lah Lea kena hadap sir ni. Suasana yang riuh disekeliling kami tidak aku hiraukan. Itu juga membuatkan aku dan Hilman tetap berdiam. Diam sehingga dia mula bertanya.

"Macam mana sakit haritu? Okay dah?" Soalnya.

Tak tahu nak kategorikan soalannya prihatin atau pun tidak.

"Alhamdulillah saya okay. Dah sihat dah pun. Sir buat apa dekat sini?" Soalku balik.

Pelik juga tiba-tiba boleh wujudnya Hilman di sini.

Matanya memandang aku. Lama.

Pandangan yang aku tak dapat tafsirkan.

Tangannya menunjukkan kuih yang dia gigit separuh. Kening aku berkerut.

Kenapa dia tunjuk aku kuih tu?

"Tak nampak ni? Ni kuih. Tengah makan lah ni." Ujarnya selamba.

Aku gigit bibir. Nak memerli aku rupanya!

Aku juling mata ke atas. Boleh tukar jawatan lecturer agaknya Hilman selepas ni. Jadi seorang lawyer. Lawyer buruk.

Kepala nya berpusing memandang muka aku. Keningnya dijongket kan.

"Er saya tahulah sir makan. Tak kata pun sir tengah memancing. Maksud saya macam mana boleh tiba tiba sir muncul dekat kenduri ni?" Kata aku terang. Rasanya cukup untuk dia faham soalan aku.

Untuk seketika dia diam. Cuba menghabiskan makanan di mulutnya.

Mata aku meliar. Memandang dan memerhatikan orang di sekeliling aku yang memandang ke arah meja kami. Gaya pandangan mata mereka yang agak pelik.

Aku tengah duduk sebelah anak Dato'ke? Aku menoleh ke Hilman. Muka tenang dengan mata yang redup. Mata Hilman langsung tak menghiraukan mata mata yang memandangnya. Perlahan-lahan dia menyisip minumannya.

"Luq tu saudara saya. Jadi saya sebagai abang saudara kesayangan dia yang dah di jemput kena lah datang."

Aku membulatkan mulut berbentuk 'o'. Saudara rupanya. Patut gaya macam akrab semacam. Hilman mula diam. Begitu juga aku. Sekali lagi perasaan canggung hadir menerpa aku bila bersama Hilman. Entah apa yang perlu aku lakukan.

Kaki aku goyangkan laga sesama sendiri. Muka aku tundukkan ke bawah.  Mana lah Ain dengan Farah ni. Katanya nak ambil air je. Lama macam disuruh buat air. Segala kutukkan aku simpan. Sabar aje lah.

"Lea.." Serta merta kepala aku dongakkan.

Tertancap mata aku pada susuk tubuh yang cukup aku kenali. Raut wajah yang terkejut melihatku.

Dua pasang mata yang memandang aku. Mata Hilman dan juga Ilham. Hilman mengerutkan keningnya. Memandang aku yang diam tak terkutik.

"Are you okay?" Tangan Hilman melambai di depan mata aku.

"Saya okay. Nak apa?" Soalku dingin kepada Ilham.

"Thank god you're here Lea. I'm deeply miss you. Saya minta maaf un.."

"Stop Ilham. Saya dah tak ada apa apa dengan awak. Jangan cari saya lagi please. I forgive you."  Balas aku.

Sungguh aku tak sangka datangnya dia berjumpa aku hanya untuk sebut ayat yang paling aku benci. Miss taik ayam dia.

Mata Hilman tetap memerhati apa yang terjadi diantara kami.

"Saya tahu saya bersalah dekat awak. Tapi saya menyesal buat awak macam tu. Saya tak ada niat pun nak buat awak macam tu. Dan saya tahu awak pun masih tak boleh move on sebab awak sayang saya lagi kan? Be with me Lea? " Soal Ilham.

Menggelegak darah aku mendengar ayat terakhirnya. Tak boleh move on? Tak ada niat? Tak ada niat untuk curang?

Aku ketap gigi. Ikutkan hati mahu aku simbah dia dengan air oren di tangan aku. Segera aku buang niat jahatku. Jangan Lea ni dekat public. Jangan jatuhkan maruah dia dan maruah diri kau sendiri.

"Sorry Ilham. Untuk pengetahuan awak saya dah totally move on. Oh ya! Saya lupa nak kenalkan awak dengan tunang saya. Izz Hilman. Dia tunang saya." Kata aku senafas.

Idea gila yang secara tiba-tiba muncul dan terus aku lafazkan tanpa berfikir dulu. Aku cuba kawal muka. Taknak nampak yang aku sedang menipu dengan statement mengejut yang baru aku keluarkan.

Mata Hilman mencerlung memandangku. Nasib kau lah Lea.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata pandai pandai lah menanggung.

Otak aku mula berfikir. Ada bagusnya kata tunang. Sekurang-kurangnya Ilham tahu yang aku bakal berkahwin dan itu menjadi alasan yang kukuh untuk dia jauhkan diri dari aku dan tak mencari aku lagi.

Jelas terpapar wajah kecewa Ilham. Aku kuntum senyum. Nampaknya aku berhasil. Tapi cepat aku sedar bahawa Hilman juga turut memandang aku. Meminta penjelasan.

Segera aku menggerakkan mulut menyebut 'help me' kepada Hilman. Malu segan semuanya aku campak tepi untuk menjauhkan diri dari Ilham.

Hilman senyum. Seperti faham apa yang aku maksudkan.

"Izz Hilman. Tunang Iris." Ujar Hilman tenang. Tanggannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Ilham yang kaku.

Dengan perlahan Ilham menyambut huluran tangan Hilman. Dan menggariskan senyuman nipis.

"Saya tak sangka awak dah bertunang. Begitu mudahnya awak lupakan saya Lea? Saya pergi dulu." Kata Ilham lalu terus meninggalkan kami.

Aku memandang tubuh Ilham yang mula meninggalkan kami.

Begitu mudahnya awak lupakan saya Lea.

Seribu satu kutukkan untuk Ilham aku simpan dalam hati tanpa luahkan. Sakit hatiku bila dikatakan sebegitu. Ayatnya yang terakhir seolah-olah aku yang bersalah. Seperti aku pula yang meninggalkannya dulu? Padahal dia yang tinggalkan aku. 

"Diam je? Anythings?" Soal Hilman.

Aku terdiam. Tak semena-mena lelaki yang bergelar lecturer aku ini terpaksa menonton drama sebabak aku dan Ilham. Bukan setakat menonton, malah terpaksa menjadi pelakon mengejut.

Pelakon!

"Er saya minta maaf sir. Terpaksa jadikan sir sebagai tunang olok-olok saya tadi. Saya tak tahu nak balas apa yang dia cakap tadi. Jadi topik tunang tu topik yang paling cepat yang saya boleh fikirkan supaya dia tak ganggu saya lagi." Jawabku.

Nak taknak terpaksa jujur bercerita dengan Hilman tentang situasi aku sekarang. Takut bila tak jujur nanti aku dianggap mengambil kesempatan ke atasnya. Di kata kan student menggatal dengan lecturer sendiri. Tak ke haru hidup aku nanti!

"Terima kasih sir sebab tolong saya iya kan pasal tunang tu. Saya hargai pertolongan sir tadi. " sambungku lagi.

"I'm not doing that for free.. Memang patut awak appreciate pertolongan saya. Buat pertama kali saya kena berlakon jadi tunang orang. " Jawab Hilman.

Gulp!

Ah sudah. Apa maksud dia ni?

"Saya nak upah saya. Upah sebab jadi tunang awak."

Aku gigit bibir. Otak aku mula berfikir. Upah apa yang dia nak? Takkan duit? Kalau duit berapa sangat lah student macam aku ni boleh bagi dia berbandingkan gaji dia sebagai lecturer yang gaji beribu-ribu.

Baru mulut aku mahu bergerak bertanyakan pasal upah..

"Pukul 8 pagi saya nak a cup of hot latte." Pintas Hilman.

Aku menghela nafas lega. Secawan latte sahaja. 

Kacang goreng. 

Dengan rela hati aku sanggup lakukan demi membalas  jasa baiknya yang  membantu aku tadi. Sekurang-kurangnya tak adalah dia boleh kenakan aku atau pun mengungkit balik jasa yang pernah dia lakukan untukku.

Aku senyum pada Hilman yang memandang wajah aku. Dia juga turut tersenyum lalu bangun dari  tempat duduknya. Dia menundukkan kepalanya dekat dengan telinga aku yang dilitupi tudung selendang milikku sebelum berbisik..

"Everyday. I want it EVERYDAY. See you next week fiancé. Don't forget my latte." bisiknya di telinga kananku.

Sebelum meninggalkan aku yang terpinga-pinga seorang diri. Aku terlopong. Bukan kerana perkataan 'Everyday'. 

Tetapi perkataan 'Fiancé'. 










I need my readers comment about the 3 bab yang i dah publish. Untuk i improve apa yang kurang dalam cerita ni. Terimakasih sebab baca cerita ni dan kalau ringan tangan tolong lah vote 😜. Love you😘


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top