Bab 21

TING..

Mataku terarah ke skrin telefon yang menyala menandakan notifikasi masuk. Aku biarkan lalu aku sambung menyuapkan mee kari yang terhidang di hadapan mata.

Selepas solat zohor di surau universiti, kaki kami terus melangkah laju ke kafetaria. Perjalanan dari surau ke kafe yang sepatutnya mengambil masa selama 5 minit, laju bertukar menjadi seminit.

Oleh disebabkan perut yang sedang  kelaparan.

Aku pandang ke sebelah.

Dari tadi mulut insan di hadapanku ini tak henti-henti mengomel tentang makanannya.

Complain sana, complain sini.

Bibirku terjongket sedikit. Menahan gelak melihat tindak tanduk Ain yang sedang menguis-nguis mangkuk mee karinya.

Sesekali berbunyi garfunya yang berlaga dengan mangkuk kecil di sebelahnya. Tangannya kembali menguis-nguis mee kari.

Atau lebih tepatnya, dia sedang melakukan pengasingan terhadap musuh utamanya. Iaitu sayur sawi yang disertakan di dalam hidangan mee kari itu.

Tingg.. Ting..

" Ishh.. bising lah telefon kau. Aku tengah stress ini.. Mak cik kari ni pun satu, apesal lah letak sawi banyak-banyak. Tak tahu ke aku ini anti sawi? " Ngomel Ain.

Aku ketawa. " Memang dekat dahi kau itu ada tulisan 'Saya anti sayur sawi.' Kau pun satu, dah tahu mee kari ada sawi sibuk juga nak mee kari. " Balasku.

Telefon mula berada di tangan. Sejurus skrin telefon aku nyalakan, dahi aku terus berkerut.

" Ini asal pula kedut seribu? Macam kau pula yang kena cari sayur. " Ain memerliku.

Mulutku diam tak membalas perlian Ain. Mata sudah melekat di skrin telefon. Tangan mula mengetik memasukkan kata laluan yang telah aku tetapkan di telefon milikku.

From: Dr Kerek

Iris..
Are you busy ??

Laju tanganku menari di atas skrin telefon.


Not really.
Ada apa Dr?


Aku biarkan skrin telefonku yang menyala. Lalu aku kembali menyuapkan mee kari ke dalam mulut. Ain juga sudah mula menjamah mee karinya setelah beberapa minit melakukan pengasingan.

" Siapa chat ? " Soal Ain.

Belum sempat aku menjawab, telefon kembali berbunyi.

From: Dr Kerek

Nothing.
Salah ke saya text buah hati saya sendiri?

Berdecit mulutku melihat sebaris ayat itu. Mujurlah mee kari selamat melepasi kerongkong.

Kalau tidak wajah manusia di hadapan aku inilah yang bakal aku sembur dengan mee kari.

Dalam tak sedar bibirku mula terjongket. Menahan senyum daripada terukir. Entah kenapa, bibir ini gatal pula nak senyum senyum selepas membaca sepotong ayat itu.

" Ahaa ! Muka merah merah ini mesti baru kena ngayat dengan Dr PMH kan?? " Bahuku ditepuk oleh Ain.

" Ishh.. Diamlahhh ..." Dalihku.

Tanpa aku sedar, bibir mula menguntum senyum.

Ain pula aku lihat hanya tersengih. Tanganku kembali menari di dada telefon.

Dr tak ada class ke ?

Typing..

Tak ada..

Typing..

Actually, saya ada perkara nak beritahu.

Perkara apa itu?

Tangan aku ditampar perlahan oleh Ain.

" Lea.. Baik kau pandang aku sekarang!" Arah Ain.

Mataku masih lagi setia menghadap skrin telefon yang menyala. Menunggu balasan dari Dr Hilman. Jelas terpampang statusnya yang sedang 'online'. Chat yang aku hantar sebentar tadi juga sudah di-bluetick.

" Leaaa.. Tengok ini..." Suara Ain mula perlahan seperti berbisik.

" Ishh.. Apa di---"

Hidungku mula mengecam bauan yang laju menerpa rongga hidung. Bau maskulin.

Susuk tubuh yang tegap mula menjadi bayang pandanganku.

" Hai Ain.. Maaf kalau saya ganggu tapi saya nak pinjam kawan baik awak sekejap, boleh? " Laju aku pandang si empunya suara.

Riak wajahnya biasa tapi terhias dengan senyuman tipis yang menjadi trademark Dr Hilman ketika berada di kampus .

Tangan kanannya sedang menggenggam telefon bimbitnya yang menyala kerana belum menutup aplikasi WhatsApp.

Patutlah online tapi tak reply..

" Eh Dr.. Boleh aje, ambik lah. Ambik terus pun boleh daripada saya sakit mata tengok dia ini tersengih seorang-seorang. " Ujar Ain sambil sengih memandang Dr Hilman.

Dr Hilman mula senyum mengejek.

Mencerlung mataku memandang Ain.

Dasar mulut tempayan! Laju aku pijak kakinya yang berada di bawah meja.

Ambik kau !

" Auchhh! " Matanya mencerun memandangku yang selamba tersenyum.

" Dr ada perkara nak bincang kan tadi? Kita nak bincang dekat mana?" Aku laju tukar topik.

" Come.. " Dia mula berjalan melepasiku.

Aku pandang Ain sekilas sebelum turut mengikuti langkah Dr Hilman. Mulutnya jelas bergerak seperti menyebut sesuatu.

" Goodluckk! " Tangannya dilambai-lambaikan ke udara.

         " DOKTOR nak jumpa saya sebab nak tanya tentang jawapan saya ke? Sa.. saya bel---"

Dr Hilman menggeleng perlahan seraya menghentikan gagapku sebentar tadi. Bibirnya turut terukir senyuman manis.

Senyuman yang berbeza berbanding yang dia pamerkan di hadapanku dan Ain sebentar tadi.

Hailaa...

Aku terdiam dan mula terpaku melihat senyumannya.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku mudah cair setelah melihat senyumannya.

Senyuman yang dulunya agak sinis, bahkan boleh dikira, berapa kali saja dalam sehari dia menghadiahkan senyumannya untukku.

Namun kini, berbeza. Semuanya seperti berubah. Senyumannya ini tak pernah lekang bila dia bersama denganku. Mungkin ini sisi Dr Hilman yang belum sempat aku kenali.

" Kan saya dah kata hari itu. I'll give you time. As much as you want and i won't force you. Jangan risau. Saya takkan penat atau pun give up untuk tunggu jawapan dari awak. " Ujarnya tenang.

Pandangan kami bertaut. Kata orang tua dahulu, kalau nak lihat kejujuran seseorang . Lihatlah dari mata dan cara pandangannya.

Dan ketika ini, aku tak nafikan yang kata-kata itu sememangnya benar. Dia jujur. Itu yang dapat aku pastikan.

Pelayan mula menghantarkan pesanan air yang telah kami pesan sebelum ini. Aku terus memegang gelasku yang berisi air ice lemon tea.

Aku pandang pula wajah Dr Hilman. Wajah tenangnya yang sedang menyisip perlahan air hot latte-nya.

Air kegemarannya.

" I need you to takecare of yourself. Lepas ini kalau nak pergi mana-mana pun, please.. Bring someone. Ain ke sesiapa pun. Asalkan berteman. Can you ?" pintanya.

Berkerut dahiku memahami kalimat itu. Kalimat yang dilontarkan secara tiba-tiba.

Dah kenapa pula tiba-tiba Dr Hilman bertukar menjadi over protective ini ?

" Sejak bila pula Dr pandai risaukan saya ini ? Dah tukar jawatan jadi Along saya pula ke? " Soalku sarkastik.

Riak wajahnya agak berubah selepas aku bersuara, namun tak sampai sesaat riaknya kembali menjadi tenang. Eh tak marah pula dia ini?

" Soon, saya akan sandang jawatan lebih tinggi daripada Along awak. Jadi tak salah kalau saya risaukan awak mulai sekarang, Iris.." Ujarnya dengan yakin.

" Kenapa tiba-tiba aje ni Dr ? " Soalku.

" Hilman. Kita sekarang bukan dalam kampus Iris. So you shouldn't call me as Dr. I have told you before."

Galak matanya memandang wajahku.

Gulp! Alamak terlupa..

Nampaknya selepas ini aku kena hadap cermin sebut nama Hilman berulang kali sehingga lidahku lancar menyebut namanya tanpa gelaran 'Dr'.

Dia kembali menyisip air kegemarannya. Aku hanya terdiam dan turut memandangnya.

" Saya tak nak minta apa-apa cuma i need you to be extra careful. Sentiasa berjaga-jaga. Di mana-mana pun. Please, kali ini awak perlu buat apa yang saya minta. Nothing much. Rasa apa-apa mencurigakan atau rasa someone is following you, then you know how to reach me. Do not hesitate to call me. Abaikan waktu atau dekat mana-mana sekalipun. You have to call me whatever it is." Arahnya.

Dahiku terus berkerut seribu. Dalam masa yang sama aku juga turut terpinga-pinga.

Apa maksud Hilman dengan memberi amaran untukku supaya berjaga-jaga?

Tak. Tak boleh..

Jangan bagi dia susahkan diri dia untuk kau, Lea. Dah berapa kali Hilman susahkan diri dia untuk menyelamatkan kau daripada bahaya yang datang sebelum ini?

Bahaya yang  secara tiba-tiba. Dalam waktu bahaya itu juga lah dia sentiasa ada untuk menyelamatkanku bila mana aku perlukan seseorang untuk membantuku.

Jadi sampai bila aku harus bergantung harap padanya?

" Atas sebab apa saya kena buat macam itu? Saya ini dah banyak susahkan awak Hilman. Jadi saya rasa tak perlu awak susahkan diri awak untuk saya lagi. You're nobody." Balasku sarkastik.

Kali ini aku berkeras. Aku tak mahu dia susahkan dirinya untukku lagi.

" Just do what i said Iris! Jangan degil boleh tak? I don't want anything bad happen to you. Can't you understand it !? " Keras suaranya menyoal.

Beku.

Terhincut bahuku dek kerana terkejut mendengar suaranya yang keras. Laju mata aku halakan ke bawah. Memandang lantai cafe ini.

Suara Hilman kali ini sungguh berbeza dari sebelumnya. Aku diam. Nak bernafas pun rasa takut. Bahkan telan air liur pun terasa tersekat di trakea.

Tak sampai sesaat, telingaku dapat menangkap keluhan halus yang terbit dari ulas bibir di hadapanku ini. Mukanya diraup kasar.

Tangannya mula memicit pelipis.

Aku memberanikan diri untuk menatap wajahnya. Jelas terlihat, wajahnya yang sarat dengan rasa serba salah.

Mungkin serba salah kerana telah meninggikan suaranya terhadapku.

" Saya minta maaf. Sebab saya tak dapat faham awak, Hilman. My bad. I'm sorry. " Luahku perlahan.

Nak ke tak nak kena beranikan juga bersuara.

Mata pula aku larikan. Tak sanggup pula rasanya nak pandang dia. Kerana aku yang mula memberontak.

Yalah, salahku kerana aku tak dapat memahaminya. Sebenarnya aku juga tidak faham apa yang telah berlaku dan situasi sebenar yang Hilman cuba sampaikan, tapi aku pasti bahawa kali ini adalah salahku.

Jadi kali ini biarlah, jika dia ingin melindungiku bahkan sentiasa ada denganku sekalipun. Aku takkan menghalang.

Kerana aku percaya padanya. Aku percaya yang dia tidak akan mempunyai niat buruk terhadapku. Jauh sekali untuk menyakiti aku.

Kerana selama ini, dialah penyelamatku.

Aku pandang wajah Hilman yang sedang memandangku

Tiada reaksi, tiada juga sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya untuk membalas permintaan maafku.

Setelah beberapa saat tiada balasan darinya, aku mula mengalihkan pandanganku dari Hilman yang hanya diam membisu.

Kepala aku palingkan ke kanan.

Entah kenapa, saat ini hati aku terasa sarat dengan perasaan.  Perasaan yang bercampur aduk.

Kepalaku pula mula penuh dengan tanda tanya.

Tanda tanya untuk seluruh soalanku yang hanya boleh dijawab oleh insan yang berada di hadapanku ketika ini.

"Iris, look at me. Please.."  pintanya.

Bagaikan ada kuasa magnet, kepala aku mula menoleh dan memandang matanya yang tak lepas memandangku.

" No matter how far we're apart, you're still my responsibility Iris, and you're also my priority. Always and forever.. Never doubt that. And never doubt my love for you. I'm truly sorry.. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top