BAB 2

"LEA!" Panggilan itu membuatkan aku menoleh ke belakang. Aku jeling gerangan yang memangilku. Kurang asam!

Kata lepas habis class suruh tunggu dekat kafe. Tapi dia boleh pula pergi jumpa kekasih hati dia tu. Ain tayang sengih ke arah aku sambil memegang plastik di tangannya.

"Ampun Lea. Nah untuk kau hehe. As usual chocolate . Sorry lah buat kau kena tunggu lama." Ain sengih lebar macam biasa. Lalu menghulurkan aku aiskrim cornetto.

Pandai nak pujuk aku makcik ni. Tahu sangat aku lemah dan mudah terpujuk dengan aiskrim ni.

"Apa ampun? Tak lama pun Ain, baru 40 minit je aku tunggu kau ni. Kelip kelip mata je dah 40 minit tak terasa pun! Nasib pandai beli hati aku. Kalau tak aku hempuk hempuk kepala kau pakai pensil case aku ni."

Sambil membebel sambil aku buka balutan kertas aiskrim. Lalu aku suakan ke mulut. Sedapnya. Sejuk hati ni.

"Hehe sorry lah Lea. Tadi Aiman nak pinjam calculator  tu yang aku terus jumpa dia dulu sebab dia ada kelas lepasni. Calculator dia pula habis bateri." Ujar Ain.

Aku angguk kan. Dah dapat aiskrim jadi aku lupakan segalanya.

"Eh Lea lepasni kita free kan?" Soal Ain.

"Haah kenapa?"

"Apa kata lepasni kita pergi mamak depan tu. Aku kan mengidam gila nak minum teh ais dia. Lagi lagi dengan roti canai tu. Pergh mesti syok! Jom teman aku jom?"

"Lain macam kau ni Ain. Kau tengah berisi ke? Berapa bulan?" Kataku tiba tiba.

Pap!!

Ain diam tapi tangannya yang menjawab. Aku kena hempuk. Aku mula gelak terkekeh-kekeh.

"Hah! Main-main pula kau. Kalau aku sepak kau sekarang ni indah hari kau dekat hospital esok." Ain mencebik.

Siapa suruh guna ayat mengidam kan memang kena. Selalunya untuk orang mengandung aje.

"Dah jom jom. Tak payah nak cebik mulut tu. Aiman tak ada nak tolong pujuk suap kau ayat sweet dia tu." Ain sengih.

Orang dilamun cinta. Tak dapat tengok muka, bumbung rumah pun jadi lah. Tapi sebab sekarang dekat universiti, sebut nama pun boleh terngiang-ngiang.

----

PELAYAN kedai mamak meletakkan dua teh ais dan sepinggan roti canai bersama kuah dal di hadapan kami.

"Thankyou nei" Anei hanya mengangguk senyum.

Dengan bacaan bismillah aku sedut teh ais rakus. Fuh sedapnyaa! Lega sikit tekak ni.

Ain pula tangannya laju menyuakan roti canai ke dalam mulutnya. Mata aku meliar di sekeliling. Tak ada lah ramai orang sangat waktu macam ni. Sebab kebanyakannya ada kelas petang.

"Wei wei baru aku ingat nak bagitahu kau apa. Dari tadi aku duk fikir apa aku nak cerita." Ujar Ain dengan mulut yang tengah mengunyah roti canai.

"Kau kalau ye pun penting sangat cerita tu habiskan ngunyah tu dulu boleh tak? Bersembur ni ha roti kau kat muka aku!"

Ain tayang sengih lalu menyedut teh ais laju laju. Macam penting sangat cerita yang dia nak ceritakan ni.

"Ha macam ni. Aku rasa aku dah jumpa sir PMH baru aku Leaa!! Tengok sekali rasa nak bertambah berkali-kali. Lagi lagi bila aku dengar rupanya  lecturer baru tu nak masuk fakulti kita. " aku julingkan mata ke atas.

Tak habis habis lelaki PMH.

PMH ayat singkatan dari Penyejuk Mata dan Hati yang Ain gunakan untuk cover daripada guna ayat crush. Kalau orang lain salah dengar mesti bunyinya jadi PMS. Haha.

Katanya lagi kalau guna PMH tak ada siapa tahu. Hanya kami berdua yang tahu. Macam macam aje perangai Ain renyam ni.

"Ek eleh kau nak cerita tu je ke? Selama ni berpuluh lecturer masuk pun aku bukan pernah kisah pun. Semua manusia juga. Lainlah kalau tiba tiba kucing yang jadi lecturer. Aku mesti ambik tahu punya!" Pintas aku.

Setakat  lecturer masuk sikit punya hal aku tak kisah. Lagi pun lecturer aje bukan nya anak YB ke Tengku pun.  Memang lumrah orang datang dan pergi. Jadi apa yang peliknya.

"Kau ni ada aje nak menjawab. Boleh tak jangan menyampuk aku nak bercakap ni. Macam ni... Lecturer baru kita hot gila gilaaa! Sekali tengok tak puas woo. Terteleng teleng pastinya!  Pergh. Muka dia sekali tengok boleh tak tidur malam! "  Ain tepuk meja.

Masing masing yang berada disekeliling  semua memandang ke meja kami. Aku menoleh sengih dan kata sorry kepada yang lain. Ain senyum kambing kerana malu yang lain memandangnya.

" Kau perlu ubat tidur tak? Aku ada aje standby ni. Kalau rasa tak boleh tidur juga meh sini aku hempuk kan kepala kau. Senang sikit kerja aku." Kata aku.

Sekali lagi tangan aku jadi mangsa cubit Ain. Perit wo!

"Kau jangan macam macam Lea. Aku takut je kalau kau tengok kau pun jadi macam aku ni Lea. Dia lah makhluk lelaki yang paling handsome segak yang pernah aku tengok.For the first time in forever  universiti kita ni ada lecturer handsome selain sir Zul lelaki orang tu."

Aku geleng kepala tergelak teringat cerita Sir Zul yang jadi kegilaan Ain semasa kami sem 3.

Ain umpama ulat bulu diantara kawan aku yang lain. Haha. Pernah masa datangnya sir Zul ke universiti kami dia yang paling excited. Lagi lagi bila tahu sir Zul adalah respective lecturer batch kami.

Katanya boleh jadi sir PMH. Sejuk mata memandang, bersemangat nak belajar sampai tak pernah skip kelas sir. Alih alih kecewa sebab sir Zul sudah berkeluarga.

Macam biasa aku takkan berminat nak kisah ambil tahu lecturer handsome ke cantik. Asalkan aku datang kelas, belajar dapat pointer bagus itu aje.

" Aku tak berminat lah nak tahu pasal sir tu Ain. Lagi pun aku takut kalau sir tu betul hot lagi lagi bila masuk kelas kita."

"Takut kenapa pula."

"Takut semua student perempuan kelas kita kena strok haba. Lagi lagi kau! Kau kata sir tu hot kan. Tak pasal pasal masuk berita awani." Ujarku selamba.

Puk!

Laju tangan Ain menepuk lenganku.

"Harap harapnya kau pun tak kena strok haba ya Lea." 

Aku jongket kening. Tipu lah kalau aku tak tertanya tanya gerangan sir hot yang Ain ceritakan. Tapi aku simpan soalan aku dalam hati. Tak lambat tak cepat mesti aku akan tahu.

----

"LEA kau serius okay ke ni? Muka pucat sangat ni. Kau tak payah pergi kelas eh? Risau lah aku tengok." Ujar Ain.

Dari lepas waktu subuh, kepala, badan perut kaki aku semuanya sakit. Dah biasa aku hadap periodpain setiap bulan. Tapi rasanya tak seteruk ini. Penyakit bulanan yang paling perempuan benci.

Tiba tiba kepala terasa berat. Kepala pening, perut sakit aku gagahkan juga pergi kelas pagi ni. Sebab teringatkan ada assignment yang Miss Elya minta kami lakukan.

Aku atur kaki jalan perlahan-lahan sambil menunduk. Menahan sakit perut melampau.

"Takpe aku okay. Nanti telan panadol okay lah ni. No worries okay?" Ujarku perlahan. Kalau ikutkan hati dengan badan yang sakit ni memang nak je berselubung dengan selimut  baring sepuas-puasnya.

"Yelah yelah. Kalau tak larat jangan paksa diri kau Lea. Aku dah cakap tadi suruh skip je kelas ni. Kau degil sangat. Suruh makan panadol pun susah sangat macam suruh makan batu! Degil ini anak. Dah jalan slow slow tak apa kalau kita masuk kelas lambat sikit." Bebel Ain.

Aku mengangguk lemah. Mulut Ain yang mula membebel aku tak hiraukan. Sakit periodpain yang dasyat ini membuatkan deria melawan aku hilang bagai angin yang berlalu.

Kami berjalan perlahan-lahan menuju ke dewan kuliah yang berada di hujung blok. Dalam hati aku sempat mengeluh dengan dewan kuliah yang jauh ya amat.

Masa macam ini lah dewan nak jauh. Ain beria mahu memapah aku. Tapi aku tolak. Aku taklah selemah itu walaupun rasa sakit ni membuatkan aku nak aje baring dekat lantai ni.

Perlahan-lahan aku atur nafas yang mulai mengah. Rasa sejuk menerjah badan walaupun aku pakai baju tebal lengan panjang.

Mata aku mula terasa berpinar-pinar. Terasa semua benda yang berada di sekeliling aku menjadi dua. Dalam masa yang sama kaki aku masih berjalan.

Untuk seketika aku pejamkan mata aku untuk menstabilkan kedudukan badan. Tetapi tanpa aku sedar aku dirempuh susuk berbadan tegap yang baru keluar dari kelas yang baru kami lalui.

Dalam sekelip mata semuanya menjadi gelap. Suara terakhir yang aku dengar adalah jeritan dari Ain. Aku rebah.

"Leaaaa!!"

---

PERLAHAN-LAHAN aku buka mata yang memberat. Mata aku mula berkerja menafsir tempat keberadaan aku. Bantal empuk, selimut hangat. Macam dekat hospital.  Ya hospital.

"Ya doktor. Baik terima kasih banyak banyak." Suara pertama yang menerjah telinga aku. Suara garau. Tapi bukan suara Ain.

Yang jelasnya suara seorang lelaki. Figura lelaki yang berdiri di depan pintu aku amati. Tangannya lincah menari di atas screen telefonnya.

Siapa dia? Rasanya sebelum aku pengsan tak ada lelaki pun. Lagi satu. Ain mana? Kenapa aku sorang saja dalam bilik ni. Bersama lelaki asing yang tak aku kenali.

Aku membelakangi lelaki tadi yang berdiri di depan pintu. Bunyi derapan tapak kasut lelaki tadi semakin mendekat. Ah sudah. Dia nak datang sini. Apa aku nak buat ni!

Nak toleh ke tak? Taknak taknak. Tapi disebabkan tahap curious  aku yang tinggi aku nak toleh. Kau kena tahu juga Lea siapa lelaki tu.

Akhirnya perlahan-lahan aku pusingkan badan aku. Mata aku meliar memandang bajunya.

Baju warna biru terang yang kemas, seluar slek hitam. Lengan baju yang dilipat hingga ke siku. Haruman maskulin yang kuat menerjah rongga hidung aku. Membuatkan aku terkhayal sendiri dengan bau perfume badannya.

  Lambat mata aku menangkap renungan lelaki tersebut. Aku tatap wajah lelaki segak dihadapan aku.

Ternganga. Entah sebesar mana mulut aku menganga sekarang ini. Aku taknak kisah.

Terkejut. Tak percaya unbelievable

Bulat mata aku pandang dia. Paling terkejut beruk bila aku perasan lanyard staff  card yang tertulis 'lecturer' berserta staff id  dan gambarnya.

Ini bukan setakat terkejut beruk, terkejut monyet, terkejut cimpanzi dan seangkatan dengannya. Segera aku larikan mata aku dari pandang si dia.

Menyesal. Menyesal pergi tenung dia dari atas sampai bawah. Menyesal pergi berkhayal bau perfume dia.

Jelas dari tepi aku nampak dia tersenyum manis. Ah sudah. Ni mesti modal senyum nak bahan aku.

"Miss trolley. Awak memang suka tilik saya dari atas sampai bawah ke? Kalau ya saya segak sangat janganlah tenung saya sampai nak tembus, sweetheart. "

Aku diam. Jantung aku mula buat hal. Satu perkara yang aku harapkan. Darah jangan laju-laju serbu muka please.

Aku kalihkan mata aku. Mulut berat pula nak menjawab.

"Dah puas tilik saya dari atas sampai bawah sekarang taknak pandang pula? Sakit sakit pun sempat pakai blusher  satu muka ya?Dia senyum lagi. Lebih tepat senyum sinis.

Sesuka mulut sedap rasa dia kata aku pakai blusher satu muka. Aku pandang dia. Raut wajah mamat handsome sinis tak semegah.

"Maaf ya bila masa saya tilik awak dari atas sampai bawah? Tak kuasa lah saya. Kalau nak perasan tu berpada- pada lah. Perasan betul! Lagi satu. Awak buat apa ha dekat sini? Mana kawan saya dia pergi mana.." soal aku bertalu-talu.

Ain pun satu. Sampai hati dia tinggalkan aku sorang dekat sini dekat mamat ni.

"Lea. Ha sedar pun kau! Lama aku tunggu tau." Ujar Ain yang baru memasuki bilik yang menempatkan aku.

Siap menjinjit plastik yang berisi roti dan air.

"Aku pergi cafe bawah jap beli roti ni. Jadi aku tinggalkan kau kejap minta sir tolong tengok kan." Aku pandang Ain mintakkan penjelasannya.

Tapi dia mula senyum senyum malu pandang lelaki di depan aku ni. Takkan dah tangkap cintun?

Lelaki tadi mula mengalihkan matanya memandang aku. Cukup untuk aku tahu  sir  yang sebut oleh Ain adalah lelaki yang berdiri di depan aku ini. Lelaki yang aku langgar kaki dia masa teman mama beli barang. Lelaki yang perli aku.

"Okaylah saya rasa saya patut beredar dulu. Kawan awak pun dah okay dah mulut pun dah banyak becok bertanya." Dia pandang aku.

Oh cari pasal mamat ni. Becok dia panggil aku? Ain tergelak lalu pandang aku. Panas je hati ni. Dahlah tengah sakit di panggil becok lagi!

"Saya pergi dulu ya. Get well soon Iris." Katanya lagi lalu menghadiahkan senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Seolah-olah ayat dan senyumannya yang paling ikhlas.

Aku mengangguk lalu tak lupa juga aku ucapkan terima kasih. Walaupun geram kenalah berbudi bahasa. Dengan langkah yang penuh maskulin dia melangkah keluar dari ruangan bilik.

Otak jahat aku mula mengimbas mukanya.

Wajahnya yang cerah, rambutnya yang kemas dihiasi dengan senyum yang manis. Gila kalau perempuan lain tak terpikat.

Salah satu contoh terdekat terpampang jelas ialah Ain! Dia yang berlebih-lebih senyum. Sampai sir tu keluar pun Ain masih lagi senyum senyum.

Tipu lah kalau aku kata aku tak terpikat dengan senyuman dia. Ish!

Aku pandang Ain. Seronok betul pandang pintu tu.

" Ehem! Orang tu dah pergi dah." Kata aku.

"Haih lah sir PMH. Kacak bergaya betullah. Kalau tak ingatkan kau yang sakit Lea nak juga aku pengsan macam kau. Alang-alang dapat dukung free. " Usik Ain. Sambil gelak gelak.

Eh kejap apa Ain kata?

"Apa dia Ain? PMH? Dukung?" Soalku. Rasanya aku tak salah dengar tadi.

Aku korek telinga.

"Haa lah tu lah Sir PMH yang aku kata tu! Handsome kan Lea! Hot and sexy!  Tadi masa kau collapse gelabah aku tau. Nasib baik sir tu terus angkat kau ajak aku pergi hospital. Muka kau pucat gila time tu. Untung ada sir PMH." jelas Ain.

Aku tepuk dahi. Sir tu dukung aku? Malunya aku! Dahlah main terjah je marah dia tadi. Bukannya berterima kasih tapi marah.

" Macam mana pula kau boleh jumpa dia?"

" Lah kau lupa ke? Kau yang langgar badan sasa dia tu sampai kau pengsan. Kau pandai eh Lea!" Soal Ain.

Aku kerut kening. Yang aku langgar tadi tu badan mamat tu ke? Ops salah. Sir tadi tu ke?

"Er yeke. Pandai apa benda pula kau ni? Aku sakit ni ingat buat main main ke?" Geram aku.

"Tak bukan macam tu. Kau pandai sebab nak pengsan dekat sir PMH tu. Seronok pula mulut kau boleh berlaga dengan dada dia eh! Eh aku kan kalau tak ingatkan kau sakit lama aku cepuk kau. Hahaha."

Erk? Aku cium dada dia? Itu bukan sengaja. Bukan juga sambil menyelam minum air.

Tapi kan baru aku perasan satu benda..

Bekas bibir. Patutlah baju dia tadi ada bekas bibir. Dan bibir tu..

Bibir aku.

Aku tepuk dahi. Apa masalah aku ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top