Bab 19
" APA-APA pun jawapan kau nanti, aku nak kau yakin sebab benda ini penting gila kut! Kalau boleh kau buat lah solat istikharah banyak kali. Sampai kau dapat jawapan. Aku sentiasa sokong semua keputusan kau. Kalau kau nak kahwin nanti, kau kena tahu orang yang paling memberi sokongan padu untuk kau itu semestinya aku!" Hujah Ain panjang lebar.
Aku hanya diam.
Sejak discharge dari hospital, hidupku sentiasa bergelumang dengan soalan yang sama.
Iaitu, sama ada aku perlu terima Hilman atau pun tidak.
Memikirkan perihal itu hidupku umpama tak lengkap. Tidur pun tak lena!
Betul-betul soalan itu sentiasa menyinggah di fikiran aku.
Setiap masa, setiap saat.
Bila terkenangkan luahan hati Hilman yang dia luahkan semasa perbincangan kami semalam,ia menjadi punca malam itu aku tak tidur dengan tenang.
"I do love you more than words could ever capture. Maybe this is why I have refrained from using words. I am letting you know right now that I really love you. "
Aku geleng kepala laju-laju. Gilaaa !
Tak, aku tak jatuh cinta semudah itu. Tapi otak ini degil, tetap terbayang-bayang ayat manisnya semasa dia mengungkapkan kata keramat itu.
Terasa begitu tulus ucapannya, dan matanya yang bercahaya semasa mengungkapkannya.
Sungguh menunjukkan yang dia betul-betul serius tentang keputusan yang telah dia buat. Dan juga..
Dia sememangnya jujur.
Jujur mencintai aku.
Tapi jawapan yang aku beri hanyalah, masa. Aku perlukan masa untuk memikirkan tentang perkara ini. Perkara yang menentukan masa depan yang bakal aku cipta dengannya.
Lagi pula, jika dia memang tercipta untukku, walaupun beribu batu jauh kami terpisah. Tetap dia akan menjadi jodohku. Tak cepat dan tak juga lambat.
"Hah!! Aku punyalah membebel macam nenek si bongkok tiga, dia boleh pula duk berangan bakal suami kacak dia itu. Bazir ber-liter - liter air liur aku! " Dengus Ain dari hujung talian.
Aku mengerutkan kening walaupun tak kelihatan oleh Ain.
" Bakal suami apanya? Terima pun belum sesuka hati aje, kau cop dia bakal suami aku!" Giliran aku pula membebel.
Ain ketawa berdekah-dekah sebagai balasan.
"Kau ini gelak gelak kenapa? "
" Kau tahu, hati aku kuat mengatakan yang kau akan jatuh cinta dengan Dr PMH. Tak lama lagi aku akan dengar kau punya luahan hati dan kau akan tanya aku apa tanda seseorang jatuh cinta. Just wait and see! " Tebak Ain.
Kali ini aku terdiam. Ish, takkan lah semudah itu aku jatuh cinta. Lagi pula tak ada sebab untuk aku jatuh cinta dengan Hilman.
" Aku malas melayan merepek kerepek kau. Kalau layan kau ini, bagi seminggu pun belum tentu habis. Dah lah, aku nak berehat. Nanti jangan lupa forward assignment by email. Byee ! " Ujarku laju.
" Weh kau me--"
Tit..
Aku matikan panggilan sebelum Ain berleter panjang.
Saja nak bagi dia pula yang panas hati. Asyik panaskan hati aku aje. Kali ini biar aku yang panaskan.
Aku duduk di hujung katil. Tangan memegang telefon sambil menggumam sendiri.
Macam mana lah aku nak menghadap muka Dr Hilman itu semasa kelas dia nanti.
Nak-nak pula dapat cuti sakit sampai hari Isnin aje. Dan keesokan harinya ialah kelas bersama Dr Hilman selama tiga jam. Tiga jam juga lah kena menghadap dia.
Jika dulu rasanya, tiada masalah untuk aku berjumpa dengannya mengenai pelajaran, tapi kini.. Selepas lamaran itu.
Aish! Pening lah nak fikir.
" Ini dah kenapa cakap seorang-seorang? Sejak kepala terhantuk, otak itu dah mereng ke? " Aku jeling gerangan yang sedang berdiri di depan pintu bilikku.
Bercakap itu tak sah kalau tak mem-perli orang. Sama dengan kawan baik aku yang satu itu! Memang termaktub kromosom kuat perli dalam darah ke apa?
" Dah kalau otak mereng pun, tak nak mengaku adik dah ke? " Aku pulangkan paku buah keras.
Along mula menapak memasuki bilikku. Punggungnya dilabuhkan di sebelahku yang mempunyai ruang kosong.
" Ishh.. Tak adalah sampai macam itu. Along ini Along yang penyayang tau! Sanggup terima hodoh bodoh adik aku yang satu ini. " Katanya bangga. Tersengeh memandangku.
Cubitan ketam aku terus mendarat tepat di pinggangnya. Serta-merta dia mengaduh kesakitan.
Haa, cari pasal lagi..
" Adik ada satu aje. Tapi layanan macam adik angkat aje rasanya. Zaman sekarang adik angkat pun dapat layanan istimewa tau. Ini Along yang satu ini... Hmm hampeh.. " Kutukku.
Along hanya diam riaknya jadi tenang. Tapi tak pula bersuara.
Aik sentap ke?
Tiba-tiba tangan kanan Along mula mengusap lembut ubun kepalaku. Usapan lembut yang sarat dengan kasih sayang.
Rasa geram aku terhadapnya tadi terus terbang hilang.
Ya, inilah sikap penyayang Alongku yang sering dia tunjukkan. Mulutnya kadang agak kasar bila berbicara, kadang makan hati juga bila kena marah. Tapi sikapnya yang penyayang, yang sentiasa mementingkan aku dan juga Mama, itulah merupakan kelebihan utama yang ada pada dirinya.
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga kini sudah beralih ke bahu Along. Dalam tak sedar, itu juga merupakan punca dia menjadi seorang abang yang over protective terhadapku, selaku adiknya.
Dia jugalah insan yang menyalurkan kasih sayang yang aku perlukan dari seorang ayah.
Dalam setiap sujudku, aku sentiasa berdoa agar kebahagiaan yang aku miliki ketika ini, tidak mudah terhapus walaupun beribu rintangan yang akan aku jalani selepas ini.
" Lea.. Dah fikir ke pinangan Hilman itu? Along tanya aje. Tak nak paksa, tapi nak Lea fikir betul-betul. Ini penting tau! Bukan macam pakwe makwe cinta monyet yang sehari dua putus." Ujar Along.
Aku menyandarkan kepalaku ke bahu kanannya. Sejujurnya aku masih lagi buntu. Aku juga tak punya jawapan untuk soalan itu.
Tangan Along mula menggosok lenganku.
" Kahwin ini tak boleh bawa main-main. Sekali dah buat keputusan tak boleh patah balik. Sebab lelaki yang Lea akan pilih ini, adalah lelaki yang akan bimbing Lea untuk seumur hidup. Kalau boleh semua orang nak bercinta sampai syurga, dan Lea pun kena start fikir dari sekarang. Lelaki yang Lea akan pilih ini bukan kena setakat pandai bimbing solat, bimbing rumah tangga, bimbing isteri. Tak.
Tapi dia juga kena pandai bimbing rumah tangganya sendiri supaya hubungan yang Lea bawa ini nanti tak sekadar di dunia aje. Tapi untuk dibawa ke akhirat sekali.. "
"Lagi satu perkahwinan ini, kita bukannya terbina dari rasa cinta dan sayang aje. Kepercayaan itu yang paling penting. Kalau tak ada kepercayaan tak guna sebuah ikatan perkahwinan. Ibarat nasi tanpa lauk. Lengkap ke kalau makan nasi sahaja?
Tak kan? Tak ada lauk, tak lengkap nasi. Faham maksud Along?"
Aku mengangguk perlahan sebagai jawapan.
"Jadi macam itu juga lah rumah tangga. Kepercayaan ini ibarat sebuah cermin. Kalau suami bersifat jujur dan bersifat terbuka. Tak ada selindung- selindung. Itu akan jadi pantulan untuk pasangannya juga. Ada faham? " Soal Along.
Mulut terkunci tapi soalan dari Along aku balas melalui anggukan. Sangat mendalam bait ayat yang Along terangkan untukku. Nasihat yang dapat aku gunakan dalam usahaku untuk menjawab soalan dari Hilman.
" Dah lah.. Along nak pergi cuci kereta. Ingat pesan along itu. Along dah tolong sikit. Selebihnya Lea kena guna kata hati Lea. Ambil masa. Kalau tak ada juga rasa itu. Then, you should know the answer. " Ujar Along.
Bahuku di usap perlahan sebelum Along meninggalkan ruangan bilikku.
Aku mengeluh perlahan.
Mampukah aku ?
***
Haiii!! Selamat Hari Raya to all my readers! Agak lama tak update new chapt. Assignment belambak sangat yang perlu disubmit jadi terabaikan sekejap cerita ni.
So here the new chapt! Happy reading.
Don't forget to click vote& comment 💋
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top