Bab 18

       SEDAR-SEDAR dari tidur yang lama aku disapa dengan bebelan dari mulut murai Ain. Dari A sampai Z. Kemudian dia ulang ke A balik, isi kandungannya tetap sama.

Lebih kepada menyuruh aku untuk selepas ini bertemankan dia. Kalau tidak jangan harap dia benarkan aku keluar dari pintu kolej kediaman.

Ceh propa betul mak cik ini!

Tadi siapa yang beria-ria menangis? Sekarang membebel pula.

Tapi aku tetap tadahkan telinga aku dan menerima segala bebelan dari Ain kerana aku tahu bebelan itu adalah tanda seseorang sayangkan kita.

" Yaa.. Saya menurut perintah. " Aku balas ringkas. Penat nak mendengar bebelannya yang tak berpenghujung.

Tiba-tiba pintu wadku dirempuh kuat. Terjengul wajah bimbang Along.

Tubuhku terus dipeluk erat. Bagai tak nak lepas. Aku yang terhimpit merasa sesak dengan pelukannya segera aku merungkai pelukannya.

" Along apa ini.. Tak bernafas lah Lea. Saja nak suruh orang extend duduk hospital ke apa?" Pelukan kembali dirungkaikan.

Kali ini tangan kanan Along mula memegang bandage yang digulung di sekitar kepalaku.

Belum sempat Along bersuara, Mama yang berada di belakang Along pula bersuara.

" Tahu lah risau adik kesayangan dia ini. Tapi bagilah chance mama bercakap dengan anak mama ini dulu. Risau mengalahkan bapak bapak!" Sindir Mama.

Pecah ketawa aku dan Ain. Along pula hanya menggosok belakang lehernya.
Malu dengan sindiran Mama.

Mama duduk di sebelahku. Matanya bagai tak lepas memandang segenap ruang kepalaku yang terbalut kemas.

" Haih risau mama tahu, bila dapat call dari Ain kata Lea masuk hospital. Nak tercabut jantung mama. Mujurlah cedera ringan aje. Nasib baik Man ada. Lega juga hati Mama. "

Aku hanya menganggukkan kepala.

Mengiyakan kata-kata Mama. Mujur ada Dr Hilman. Ya, dalam tak sedar sebenarnya dah berkali-kali dia menolongku. Dan aku juga dah berkali-kali menyusahkannya untuk menjadi penyelamat foc-ku.

Sedang rancak kami berbual, tiba-tiba pintu wad terkuak dari luar serta merta semua mata terarah ke individu yang sedang berdiri di hadapan pintu.

Speak of the devil.

Along  bangun dari katilku dan terus bersalaman dengan Dr Hilman. Aku hanya jadi pemerhati tingkah laku mereka yang sangat akrab semenjak aku diselamatkan olehnya dahulu.

" Man.. Terima kasih selamatkan adik aku lagi sekali. Aku betul-betul terhutang budi dengan kau. Kau selalu ada bila Lea dalam kesusahan macam ini. Terima kasih sebab gantikan aku untuk jaga dia dekat sini.  Terima kasih banyak-banyak weh. Terima kasih! " Along menghela nafas lega.

Mama turut senyum sekaligus mengiyakan kata kata Along. Aku hanya terdiam menjadi pemerhati setia.

Kali ini aku memang terhutang budi kepada Dr Hilman. Kalau Dr Hilman tiada untuk membantuku, rasa-rasanya sampai ke petang lah aku hanya terkaku baring di jalan tar itu seorang diri. Atau lebih teruk lagi, aku malah diculik dan terus hilang jejak.

Simpang malaikat empat puluh empat. Semoga aku sentiasa dilindungi dan dijauhi dari perkara yang berbahaya.

" Tak apa Raid. Aku memang tergerak hati nak lalu dekat situ sebenarnya. Lagi pun kau dah amanahkan aku untuk jaga dia. Jadi itu memang tanggungjawab aku." Balas Dr Hilman tenang.

Tergerak hati nak lalu, ataupun sebenarnya dia tengah mengekori aku? Topik ini masih lagi belum selesai. Segala persoalan aku juga masih belum terjawab. Nak ke tak nak, aku memang kena soal Dr Hilman selepas ini.

" Raid, mak cik.. Saya ada benda penting nak dibincangkan.. " Mata semua tertumpu ke arah Dr Hilman.

Riak wajahnya bertukar serius.

Entah kenapa jantungku mula berdebar laju. Ain turut memandangku dan aku juga turut memandang Ain. Tertanya-tanya perkara apa yang penting hingga riak wajahnya turut berubah sekelip mata.

Kini Dr Hilman mengalihkan pandangannya ke Mama dan juga Along. Seratus peratus tumpuannya tertumpu kepada mereka.

Nafasnya dihembus perlahan. Riak wajahnya dikawal supaya kembali tenang.

" Saya nak minta izin untuk jadikan Lea sebagai isteri saya. Aku cintakan adik kau Raid.." Ujarnya senafas.

Tenang, bersahaja, lantang dan juga jelas.

Apa aku tak salah dengar ke sekarang ini ? Telingaku masih berfungsi bukan?

Dalam ayatnya, dia membahasakan diriku sebagai Lea. Pertama kali dia mengelarkan aku dengan nama itu.

Dan juga di penghujung ayatnya...

Ain tepuk pehaku. Seraya itu terbuntang mata aku. Jantungku pula bagaikan hendak terkeluar dari sangkarnya.

Aku pandang Dr Hilman yang nampak tenang.

Dia mengutarakan niatnya tanpa memandang sekilas riak wajahku yang bagai tertelan biji durian. Nadanya sangat jelas dan juga lancar dari segi percakapannya seperti telah berlatih sebelum ini.

Tangan aku lekapkan ke dahi. Saat ini kepala aku kembali sakit. Sakit sehingga rasa bagai nak pitam mendengarnya. Oksigen pula bagaikan tak cukup untuk aku sedut.

Reaksi wajah masing-masing tak sempat aku amati.  Rentak jantungku mula berdetak hebat. Mataku juga turut aku pejamkan untuk seketika.

Saat kelopak mataku terbuka, kini mata tenangnya sedang memandangku.

Satu yang dapat aku simpulkan. Dr Hilman memang gila!

Kali ini, pastinya aku bukan bermimpi. Jauh sekali berangan-angan.

Laju otak aku mengimbas ayat terakhir yang menyapa telingaku sebelum aku tiba di sini.

Maksudnya ayat yang dituturkan sebelum aku tidak sedarkan diri tadi adalah nyata dan bukan sekadar khayalanku.

Suasana terus menjadi sunyi sepi seperti berada di tanah perkuburan.

Mulutku juga bagaikan terkunci rapat.

" Saya betul-betul maksudkan ayat saya kali ini mak cik. Saya tahu kalau saya beritahu Lea dia akan terus membantah dan tak bersetuju. Jadi sekarang, saya rasa ini lah masa yang tepat untuk saya beritahu mak cik dan Raid." Wajahnya masih tenang.

Mencerun mataku memandang wajahnya.

Gila! Memanglah aku akan bantah!

Bantah sehabis-habisnya. Kegilaan apa yang dia tengah rangka sekarang ini? Tiada angin tiada ribut, gempa bumi pun tiada. Tiba-tiba meminang anak dara orang!

Tanpa ada rasa cinta!

Kalau orang lain pastinya akan menerima lamaran Dr Hilman mentah-mentah. Tapi tidak aku!

" Nonsense! Jangan merepek lah Dr Hilman! " Nada suaraku mulai tinggi.

Kalau kami mulanya sebagai pasangan yang hangat bercinta, pastinya aku akan gembira dan senang hati menerima lamaran ini.

Tapi sekarang?

Tujuan utamanya disebalik lamaran ini juga aku tidak tahu. Lagi-lagi bila lamaran ini betul-betul diungkapkan dihadapan Mama, Along dan juga Ain.

Eh.. Ain!

Aku menoleh memandang Ain yang ternganga memandangku dan Dr Hilman silih berganti. Aku lupa akan kehadirannya dalam bilik aku ketika ini.

" Saya serius dan saya dah fikirkan keputusan ini lama. Jadi saya rasa ini yang terbaik. Saya juga dah buat solat istikharah memohon petunjuk dari Allah tentang keputusan saya hari ini. And I'm not joking about this Iris."

Kali ini aku yang ternganga.

" Tapi Man, betul ke dengan keputusan Man ini? Mak cik kalau boleh tak nak paksa mana-mana pihak. Mak cik dan mak cik Mizah memang ada plan nak jodohkan kamu dan Lea. Tapi itu hanyalah cadangan kami sahaja. Kamu pasti ke ini nak ambil Lea jadi isteri kamu? " Mama mula bersuara.

Lagi..

Rasa ada baiknya aje aku pengsan tak sedarkan diri sampai esok malam daripada telinga aku terpaksa mendengarkan semua cerita mengejut ini.

Mata Dr Hilman kembali memandangku. Kemudian mengangguk.

" Saya pasti. Seratus peratus saya pasti. Saya buat semua ini bukan sebab terpaksa. Tapi sebab saya betul-betul ikhlas cintakan Lea. Bukan cinta palsu dan  bukan juga saya terpaksa cintakan dia semata-mata saya nak lindungi dia. Lillahi Ta'ala saya cintakan Lea.." Dia kembali mengukirkan senyumannya.

Sesak dada aku mendengarkannya.

Cinta ? Ikhlas ?

Betul ke apa yang aku dengar ini Ya Allah. Aku tak bermimpi kan? Perlahan-lahan aku cubit peha aku.

Sakit! Jadi betul aku tak bermimpi.

Aku pandang Mama, Along dan juga Ain. Along dan Mama nampaknya bersetuju. Manakala Ain pula? Masih tidak bergerak, statik dengan mulutnya yang ternganga. Tak percaya agaknya dengan apa yang didengarnya hari ini.

Begitu juga denganku!


         KEADAAN agak canggung. Dan juga masing-masing hanya berdiam diri. Ya, aku masih lagi tidak boleh terima apa yang Dr Hilman luahkan sebentar tadi.

Kini tinggal kami berdua di dalam wad ini. Hanya aku dan Dr Hilman. Yang lain sudah keluar, katanya ingin memberi peluang untuk kami berbincang dan menyoal isi hati masing-masing.

Nak berbincang apa lagi kalau aku sendiri pun masih tak hilang rasa terkejut! Apa lagi menyoal isi hati !

Aku ambil nafas sekaligus ambil semangat untuk berdepan dengan lelaki yang baru sahaja mengucapkan kata cintanya untuk aku.

" Drama apa yang awak sedang reka ini Dr Izz Hilman? Saya betul-betul tak mengharap semua ini terjadi. Datang mananya perasaan itu tiba-tiba awak boleh kata awak cintakan saya? Kita baru aje kenal. BARU tahu ..  " Aku tekankan ayat 'baru'.

Riak wajahnya masih tenang. Sedikit pun tak terkesan.

"Kalau Dr nak tipu saya tak apa. Tapi tolonglah jangan tipu Mama dan Along saya. Takkan semudah itu awak dah jatuh cinta dengan saya? Awak tak kenal saya sepenuhnya lagi. Asal usul saya, keluarga saya, masalah hidup saya dan segalanya.. Saya pun tak kenal awak sepenuhnya lagi. Awak belum tahu lagi tentang saya Hilman!" Suaraku agak sebal.

Geram pula dengan wajahnya yang masih tenang dan tak berubah. Dr Hilman yang berada di hadapan aku ini, lain dengan Dr Hilman yang berada di kampus. 

Aku jadi keliru.

Sewaktu di kampus, aku tak pernah memberikan layanan yang istimewa untuk Dr Hilman jauh sekali untuk memberi rasa cinta. Tapi bagaimana dia semudah itu untuk jatuh cinta denganku tanpa mengenali diriku sepenuhnya.

" Awak tak boleh nak persoalkan cinta saya Iris. Apa yang saya beritahu tadi semuanya jujur dari hati saya. Sedikit pun saya tak berniat nak tipu perasaan saya, lagi lagi bila berhadapan dengan Mama awak. Cinta itu hadir dan diwujudkan oleh Sang Pencipta. Awak tak boleh persoalkan macam mana ia boleh wujud. Sebab saya sendiri pun tak tahu." Suaranya tegas namun masih mempunyai kelembutan.

Aku terdiam. Ya, aku tak sepatutnya mempersoalkan perasaan seseorang, apa lagi tentang cinta yang telah diberikan oleh Sang Pencipta.

Jika aku tetap mempersoalkannya, maka aku akan tergolong dalam manusia yang mempersoalkan takdir Allah.

Astaghfirullahalazim.

" Saya tahu keputusan saya ini agak mengejut. Tapi saya dah lama fikirkan semua ini. I won't force you to give the answer now.. I will give you time. As much as you want. And when the time comes, i just need you to answer this. I keep waiting for the day that you will tell me the answer.. "

Aku picit pelipisku. Ah makin pusing kepalaku. Serabut..

Dr Hilman mula duduk di kerusi di sebelah katilku. Tangan menyeluk kocek seluar kanannya. Kotak baldu berwarna merah yang berbentuk empat segi dikeluarkan. Kotak itu diletakkan betul-betul di sebelahku.

Liur yang aku telan terasa tersangkut di tekak.

Dr Hilman sememangnya serius tentang lamarannya. Kalau tidak takkan lah dia awal-awal sudah menyediakan cincin untukku.

"Ini bukti saya serius dengan apa yang saya kata. I really mean it. Saya tahu sekarang masanya tak sesuai, jadi saya akan minta umi dan walid saya sendiri untuk hantar cincin ini ke rumah awak selepas awak sihat." Ujar Dr Hilman.

" Dr.. sa.. saya"

"Just Hilman."

Aku hela nafas. Tangan aku genggam sesama sendiri. Menahan getar.

Jantung tolong jangan over active !

"  Awak tahu kan saya ini student awak dan awak itu lecturer saya? " Soalku.

Ketika ini otak aku hanya terbayang-bayang betapa hangatnya gossip di universiti setelah mengetahui bahawa aku telah dilamar oleh Dr Hilman. Dapat pula dengan geng-geng yang anti denganku.

Habis!

" Saya tak rasa itu satu kesalahan besar pun? Ada tertulis dalam buku syarat universiti ke seorang pensyarah tak boleh berkahwin dengan pelajarnya? Ada ? Kalau ada mari sini tunjuk dekat saya belah mana syarat undang-undang itu. " Cabarnya pula.

" Ada. Undang-undang universiti." Jawabku ragu. Padahal aku saja nak mengelak daripada Dr Hilman.

" Are you sure?  Saya dah baca seluruh undang-undang universiti. 80 muka surat itu semua saya tahu, every inch and word of it i have memorise all of them.  Awak tak pandai nak tipu saya dear."  Kini suaranya bertukar lembut.

Jangan cair, Lea. Tolong jangan !

" Tapi apa pula orang lain akan kata nanti? Awak memang takkan kesah. But i do! "

Ngeri rasanya bila terfikirkan tentang mulut orang yang akan rancak berborak tentang berita ini.

'Pelajar menggoda pensyarah'

Ahh.. Tak nakk!

" Negative betul.. Don't think about people perceptions Iris. They won't stop untill they feel tired of having a same topic to talk to. Let it be. Dah bosan nanti dia orang akan diam juga." Balas Hilman.

Yalah, cakap memang senang. Nak merasa itu yang tak senang tahu.

Sungguh ketika ini aku sedang berperang dengan perasaan sendiri. Perasaan terkejut, kecewa, serba salah semuanya bercampur aduk!

Tak pernah terlintas di fikiranku yang aku akan alami situasi ini. Bersama pensyarah aku sendiri. Pensyarah yang sering aku ejek dan kadang ada juga perasaan benci. Tapi hanya benci olok-olok kerana perangainya yang kadangkala menyebalkan.

Banyak sungguh soalan yang perlu aku soal untuk lelaki yang berada di depan aku ketika ini. Terlalu banyak..

Tetapi hanya satu yang terlintas di fikiranku.

Alu mengeluh pendek.

" Kenapa awak pinang saya Hilman? Why you so insisted? Saya bukan wanita terakhir dekat dalam dunia ini. And why do you love me? " Tanyaku.

Okay Lea ini bukan satu soalan malah dah lebih daripada satu soalan kau soal dia.

Tapi inilah soalan yang kerap berlegar-legar dalam kepalaku ketika ini.

Ramai lagi wanita dalam dunia ini, yang pastinya akan jatuh cinta sekelip mata aje bila berjumpa dengan lelaki seperti Dr Hilman. Petik jari aje, 10 yang datang berderet-deret.

Dr Hilman merupakan pakej yang sangat lengkap tanpa perlu add on. Jadi pastinya untuk membuatkan wanita jatuh cinta dengannya, adalah sangat mudah.

Seminit minit telah pun berlalu, aku masih tetap menunggu. Namun, Hilman tetap diam. Malah lebih kepada membisu. Mungkin kerana dia  tiada jawapan untuk soalanku. Ataupun dia tak pernah terfikir atas alasan apa dia mula jatuh hati padaku

" Okay so thats it. Saya nak..." Ayatku dipotong.

"  I do love you more than words could ever capture. Maybe this is why I have refrained from using words. I am letting you know right now that I love you. "

Mata  hazel itu mula menatapku. Lama..

"Once i love you, i love everything about you. Everythings.. "  Senyumnya.

Dan senyuman itu, masih kekal menghiasi wajah kacaknya sehingga dia berlalu pergi.

Aku terpaku..




***

Okayy agak pening ya kepala memikirkan ayat sweet ni. Ni lah typical perempuan yg suka lelaki sweet tapi taktahu pula nak jenis sweet macam mana. So i have done my best on creating this ayat gula. Taktahula menjadi ke tak. Kalau tak jadi bagitahu tau saya nak improve lagi ni hehe!

So enjoyy!

* Mungkin saya akan lambat update untuk next chapt walaupun 3 draft dah siap. Tapi still saya rasa ayat saya hancur macam kena hempas dari bangunan. Ampunii sayaa!!

Tepat 2300 words just for you!

Jangan lupa vote&comment💋!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top