Bab 17
AKU mengeluh. Hampir 40 minit aku berdiri menunggu insan yang sangat penting ketika ini untuk menjawab segala persoalanku dari semalam. Tapi hari ini, tak muncul- muncul bayangannya.
Selepas 40 minit aku menunggunya, akhirnya aku ditegur oleh kerani yang lalu di depan bilik Dr Hilman. Yang paling menyakitkan hati ialah.
" Dr Hilman hari ini tak datang. Dia inform pagi tadi kata dia mc sakit. "
Setelah mengetahui itu aku terus melangkah pergi. Buat apa nak menunggu, kalau orang yang di tunggu pun tiada.
Sakit hati pun ya juga. Kenapa aku pandai sangat tak terfikir nak bertanya dengan orang lain dulu yang Dr Hilman datang ke tak hari ini.
Membazir 40 minit tenagaku berdiri dan aku juga terpaksa menahan perut yang lapar.
Sudahnya, aku hanya menghabiskan masa lapangku selebihnya untuk mengisi perut yang lapar. Disebabkan rasa ingin tahuku yang tinggi, aku terabaikan perutku yang mula bernasyid dari pagi.
Aku bawakan sudu yang berisi nasi goreng kampung ke dalam mulut. Sedap macam biasa!
Setiap kali aku berkunjung ke restoran ini, hanya nasi goreng kampung yang sering aku pesan. Walaupun restoran ini agak jauh dari kawasan universiti tapi aku tetap berpuas hati dengan makanannya.
Pinggan kosong aku tolak ke tepi. Mulut pula mula menyisip air minuman ice lemontea.
Lega.
Aku menoleh ke kanan memandangkan aku duduk membelakangi pintu masuk restoran. Agak pelik kerana kebiasaannya pengunjung ramai pada waktu petang begini. Mataku terarah ke susuk tubuh yang berpakaian gelap. Tapi aku abaikan, dan teruskan dengan memandang pemandangan di luar yang nampak agak gelap.
Patutlah tak ramai pengunjung, sebab mendung nak hujan jadi..
Eh kejap? Mendung?
Aku pusingkan badanku 90 darjah. Betul lah mendung. Segera aku capai sling bag aku. Cepat cepat aku pergi ke kaunter pembayaran.
Selesai membayar makanan, aku mula berjalan menuju ke tempat parking motor yang agak jauh di hadapan. Tadi masa mula-mula datang sini tak pula rasa jauh. Sekarang rasa semakin jauh lagi ada lah.
Kaki aku menapak agak laju kerana ingin mengejar masa sebelum hujan turun. Telingaku menangkap bunyi derapan tapak kaki yang kuat. Bunyi flat shoes aku yang berlaga dengan jalan tar tak juga mengeluarkan bunyi yang kuat.
Jadi bunyi tapak kaki siapa sekarang ini?
Aku berhentikan langkah aku. Suasana di sekitarku agak sunyi walaupun waktu tengahari. Dengan rasa was-was aku pusingkan badan ke belakang. Aku pandang sekeliling.
Tiada apa-apa.
Keluhan mula terbit tanpa aku sedar.
Tak ada apa-apa Lea. Kau aje yang takut sangat ini. Sejak semalam, rasa takutku makin bermaharajalela menguasai diri. Mungkin kerana terfikirkan apa yang dikata oleh Ain semalam.
Di-intip.
Aku kembali melangkah menuju ke motorku. Langkah aku turut lajukan. Akhirnya tiba juga di kawasan tempat letak motor. Aku menghela nafas lega.
Kunci motor aku masukkan ke dalam lubang kunci. Belum sempat aku putarkan kunci ke kanan, mata aku ditekup dengan tapak tangan yang besar. Gelap serta merta pandanganku.
Aku cuba untuk menjerit tetapi malangnya mulut aku turut ditekup dengan tangannya. Yang pastinya ini adalah tangan dari seorang lelaki.
"Erm.. ermmm" Aku mula meronta.
Menggerakkan badan agar terlepas dari lelaki ini. Walaupun aku tahu pastinya tenaga seorang lelaki lebih kuat daripada tenaga wanita. Tapi aku masih mencuba.
Selepas itu aku merasakan tekupan tangan pada mulutku semakin diketatkan. Seperti memaksa untuk aku berdiam daripada meronta.
Jantungku mula berdetak hebat. Badan turut menggigil-gigil. Air mata sudah pastinya lebat turun. Aku hanya terfikirkan apa nasibku selepas ini.
Aku mula hilang semangat untuk melepaskan diri. Sesungguhnya ketika ini, aku hanya mengharapkan seseorang kiriman dari Tuhan untuk menolongku.
Kalau dulu sewaktu aku hampir diculik, Dr Hilman yang menjadi hero yang menyelamatkan aku. Tapi sekarang siapa yang harus aku harapkan?
"Lawan Lea! Lawan!"
Terbit bisikan dari dalam hati. Dalam tak sedar ia turut memaksa aku untuk lebih berani melawan dan mempertahankan diri.
Aku mula meraba sesuatu sehinggalah..
" One day I'll make sure you will be mine. No matter what happen darling.." Bisik suara garau itu berada tepat di tepi telinga kananku. Oleh kerana kedudukan aku dan dia amatlah dekat, jadi aku dapat mendengar gelak sinisnya.
Aku kembali meronta-ronta dalam masa yang sama aku cuba meraba helmet yang tersangkut di cermin sisi motor. Setelah dapat apa yang aku cari. Aku genggam kuat helmetku.
Bersedia untuk menghentak lelaki yang berada di belakangku ketika ini.
Malangnya sebelum aku sempat ayunkan tangan yang memegang helmet ke kepala lelaki ini, kepala aku dihentak kuat ke handle motor. Aku mengeringis kesakitan.
Pedih, perit. Sekaligus aku merasa pening. Berpinar-pinar rasanya pandangan gelapku.
Terasa bendalir mula keluar dan meleleh di sekitar keningku. Serentak itu pegangan di mulut dan mata aku turut dilepaskan.
Dalam keadaan pening, aku gagahkan diri untuk menoleh dan melihat bayangan lelaki tersebut. Tangan kanan aku lekapkan ke dahiku yang dihentak kuat.
Pandangan mataku yang mulai kabur, aku cuba celikkan sedaya upayaku. Tujuan utama aku hanya untuk melihat wajah lelaki tak guna yang telah mencederakan aku.
Nampaknya sifat malang sudah sebati dalam diriku. Sekali lagi aku ditimpa malang apabila bayangan lelaki yang menghentakku tadi telah hilang sekelip mata.
Nafasku mulai tak teratur. Termengah-mengah kerana bergelut sebentar tadi. Jantung pula masih berdegup dengan kadar yang laju. Tangan yang menggengam helmet tadi mula terlepas dan jatuh ke bawah. Rasa takut tadi kini berganti dengan rasa sakit yang mencucuk di bahagian kepalaku.
Makin kuat menyengat rasa sakit ini.
Badanku mula hilang imbangan dan akhirnya aku jatuh menyembah tanah. Sempat telinga aku menangkap panggilan dari seorang lelaki yang berlari-lari ke arahku.
" Irissssss !!!"
Ya aku kenal suara itu.
Dalam keadaan tak sedarkan diri. Mata mula terpejam, aku merasakan tubuh badanku berada di awang-awangan. Tubuhku dicempung dan dipeluk erat. Akhirnya aku bersama dengan orang yang menyelamatkanku.
Dalam hati, tak putus-putus aku mengucapkan rasa syukur kerana kini aku telah diselamatkan dengan seseorang. Walaupun aku masih tidak dapat melihat wajah penyelamatku.
Ketika ini kedudukanku yang sangat dekat dengannya membolehkanku untuk menghidu bauan wangian yang dipakai oleh lelaki ini. Bauan yang sangat tidak asing dan bahkan aku menyukai bauan ini.
" Ya Allah Iris.. Please stay awake, don't close your eyes. I still need you ! "
Sayup-sayup suaranya menyapa gegendang telingaku sebelum aku lelap di dalam dakapannya.
" YA ALLAH.. Lea!! Apa yang dah jadi ini Dr? Kenapa Lea boleh macam ini?" Suara pertama yang menyapa gegendang telingaku saat ini ialah suara dari mulut Ain.
Aku pasti yang itu adalah Ain. Bagaimana dia boleh ada di sini?
Dan aku.. Aku ada di mana sekarang ini ?
Seraya itu aku cuba untuk membuka kelopak mataku. Namun hampa, aku tak mampu kerana kelopak mataku saat ini terasa melekat seperti dilekatkan dengan gam. Ia menghalang aku untuk membuka mata dan melihat keadaan di sekelilingku.
Ketika ini aku menangkap keluhan pendek dari mulut seseorang yang betul-betul berada tepat di sebelah kiriku.
" Saya.. Haih.. Saya jumpa dia dekat tepi jalan tempat parking motor. Dia kena serang lagi.."
Terasa tilam yang aku baring dihenyak perlahan. Kemudian aku mendengar tangisan dari Ain. Sungguh saat ini perkara yang paling aku inginkan adalah untuk melihat sekelilingku.
Lagi-lagi bila aku menangkap tangisan dari Ain. Timbul satu pertanyaan di benak fikiranku.
Keadaanku teruk sangat ke?
" Dr dah beritahu mama dengan along Lea ? " Tanya Ain suara yang masih serak serak basah.
Setelah itu aku merasa pergelangan tanganku dipegang.
" Tak apa, Dr tolong tengokkan Lea. Biar saya yang inform aunty." Ujar Ain lalu meninggalkan aku.
Keluhan demi keluhan yang dapat aku tangkap. Keluhan dari orang yang sama yang berada di sebelah kiriku. Siapa sebenarnya orang yang berada di sebelah aku ketika ini?
" Saya tak tahu macam mana lagi nak pastikan awak sentiasa selamat. Awak macam budak kecil yang sering kena diperhatikan.." Ujarnya tenang tapi dalam masa yang sama terselit kerisauan di situ.
Siapa dia ini? Nampak aku sakit macam ini pun masih nak mengejek aku sebagai budak kecil!
Bauan minyak wanginya menerobos rongga hidungku. Semakin kuat. Seperti dia sedang berada sangat hampir denganku. Dan bauan ini juga..
Yang aku bau sebelum aku tak sedarkan diri. Bauan yang familiar.
Seperti bauan minyak wangi yang sering Dr Hilman semburkan. Jadi..
Insan yang menyelamatkan aku tadi... Adakah dia Dr Hilman?
" Ada satu cara. But I know that you will hate it. I have to do it just to make sure that you're safe by making you mine Iris. Itu sahaja cara yang dapat saya fikirkan.."
Tangannya mendarat di lenganku yang berlapik baju. Kejap pegangannya. Lalu dia lepaskan.
" Saya.. saya perlukan awak."
Ayat terakhir yang dituturkan menambah lagi semangatku untuk melihat gerangan di hadapanku ketika ini.
Kali ini aku memaksa kelopak mataku untuk dibuka. Sehinggalah aku dapat melihat cahaya dari lampu ruangan yang laju menerobos masuk kedalam retina.
Berkerut-kerut kening yang menahan biasan cahaya yang terang. Kelopak mataku mula terbuka perlahan-lahan. Pandangan agak kabur.
Pemandangan pertama yang terhias di hadapan mataku ketika ini adalah wajah Dr Hilman yang sedang tersenyum memandangku.
" Iriss..."
***
1455 words just for you..
Keep vote&comment💋
Thankyouu!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top