Bab 16
"OKAYLAH saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, awak just call saya aje. " Wakeel bangun dari tempat duduknya.
Hoodie nya yang agak ternaik dia turunkan.
" Terima kasih Wakeel. " Ucapku sambil senyum. Sedikit sebanyak beban yang aku pikul dalam hati mulai beransur pergi selepas bercerita kepada Wakeel.
Kemudian, Wakeel hanya mengangguk lalu membalas ucapanku dengan senyumannya.
Seraya itu dia terus berlalu pergi. Apabila bayangnya mula menjauh aku kembali duduk di bangku yang sama.
Kini giliran aku pula untuk menunggu Ain yang masih belum selesai ber jogging. Mana lah mak cik ini..
" Weh.. siapa tu? Handsome! Ada pakwe tak cakap pun kan?" Soal Ain.
Panjang umur mak cik ini !
" Kadang aku tertanya mata kau ini ada masalah dari lahir ke apa? Semua orang kau cop kacak asal putih badan cantik sikit kata handsome. " Sinisku.
Pantang sangat nampak lelaki kacak. Memang mulut Ain lah mulut pertama yang memujinya. Tak padan dah ada buah hati. Tapi masih perangai renyamnya yang satu itu kekal ada.
Walaupun kadang perangai Ain biasanya banyak renyam daripada normal. Namun aku tak nafikan dia sememangnya seorang yang setia dalam percintaan. Itu salah satu kelebihannya di sebalik sikap ulat bulunya dan over renyam.
" Ini kenyataan tau! Tak semua orang aku cop handsome. Tapi kan siapa dia itu? Yang ni kan memang boleh bersaing dengan Dr PMH kita itu tau! Saling kacak antara satu sama lain." Mula dah mulut gatal dia itu.
Ain labuhkan punggungnya di sebelah tempatku yang kosong. Dia mula meneguk air dalam botol yang dibawanya tadi.
" Itulah Dr aku yang pernah aku cerita hari itu. Dr Wakeel." Balasku ringkas.
"Serius lah? Kacak betul Dr kau?! " Jelas wajah Ain terkejut.
Aku balas soalannya dengan anggukan.
" Itu kalau aku tak sakit pun, aku rela buat-buat sakit demi nak mendapatkan rawatan dari Dr Kacak macam itu. Silap-silap kang dia pula jadi Dr Cinta aku."
" Mulut kau ini memang minta nak kena telan ubat antibiotik tau! Kalau rasa antibiotik pun tak ada effect memang aku basuh mulut kau dengan clorox. Biar hilang bakteria kuman gatal kau ini." Perli aku.
Ain sekadar sengih.
" Alah.. Kau ini. Untung tau kau dapat kawan special macam aku. Seratus dalam satu! " Pujinya sendiri.
Aku julingkan mata ke atas. Buat gaya-gaya nak muntah dengan pujian naik bakulnya.
" Syukur alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang cukup pakej. Cukup pakej menggeletis dan renyam. 2 in 1.. "
Terburai ketawa dari mulut Ain. Tiba-tiba bahu aku dipukul kuat. Pedih menyengat betul tangan mak cik ini.
"Argh sakit ah! Kau kenapa?!" Marahku. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba main terjah pukul bahu anak dara orang.
" Wehh.. Aku sebenarnya ada benda nak cerita tadi. Baru teringat tu tindakan refleks terpukul kau tu. Hehe sorry.." Bahu aku kembali digosok lembut oleh Ain. Sebagai tanda maaf memukulku secara tiba-tiba.
" Apa benda yang penting sangat sampai bahu aku jadi korban ini?" Aku pandang Ain sekilas. Tangan kiri pula masih menggosok bahu kanan yang dipukul tadi.
" Kau tahu aku jumpa siapa tadi?"
Aku gelengkan kepala. Dah tak tahu lagi bertanya. Memang aku ikut dia pun tadi.
" Aku jumpa Dr Hilman. Tapi dia macam pelik sikit hari ini. Lagi pelik, bila aku jumpa dia tengah berborak dengan jantan tak guna itu."
Ayat terakhir dari mulut Ain mengundang kerutan di dahiku. Ain geleng kepala laju.
" Eh tak bukan borak. Lebih kepada dia tengah marah tapi dia tak melenting. Yang jantan tak guna itu pula asyik senyum aje bila Dr Hilman marah dia. Pelik kan Lea? Ada apa dengan dia orang itu? "
Dr Hilman marah? Jantan tak guna itu biasanya gelaran Ain untuk Ilham. Tapi ada apa Dr Hilman marah dengan Ilham? Mereka saling kenal ke?
Aku terdiam. Pelbagai persoalan mula muncul di benak fikiranku.
" Dr Hilman marah Ilham ke? Apa maksud kau dengan kata Dr Hilman pelik? " Aku palingkan badan memandang tepat ke arah Ain.
Rasa ingin tahu aku mula melonjak tinggi. Aku dan curiosity memang tak boleh berpisah. Tak kisah lah curiosity kills the cat ke atau kills the dog sekali pun. Tetap aku nak tahu!
" Tak macam ini, tadi sebelum aku datang sini Aiman kata dia nak balik. Jadi aku temanlah dia sampai tempat motor. Bila nak berjalan dekat sini aku nampak Dr Hilman. Betul-betul tak sampai 100 meter dari tempat duduk ini. Macam mencurigakan tahu?"
" Dia pakai serba hitam siap hoodie dengan cap lagi. Macam tengah intip. Aku pun pergilah menyorok belakang pokok tak jauh dari situ. Then dia pergi sergah si Am. Aku baru tahu dia pun tengah mengendap. Dari situ aku rasa itulah punca dia orang bergaduh tadi. Mengendap antara satu sama lain. Tapi Am mengendap orang lain.."
Riak muka Ain mula berubah. Seperti ada sesuatu yang dia tengah sorokkan tanpa pengetahuan aku. Matanya dilarikan memandang ke tempat lain. Tak berani memandang wajahku.
Ini lah bukti yang dia sedang sorokkan sesuatu.
" Bagi tahu aku. Apa jadi lepas itu? Kau sorok apa? Am mengendap siapa? " Soal aku laju. Tahap ingin tahu aku semakin tinggi bila melihat reaksi Ain selepas memberitahu tentang Ilham.
" Am.. Rupanya dia tengah memerhatkikan kau. Betul-betul masa kau tengah sembang dengan Dr Wakeel. " Ain ketap bibir. Kepalanya ditundukkan ke bawah.
Membulat mataku!
Ilham mengendap aku? Apa tujuannya?
" Apa dia!? Sejak bila? Kenapa pula dia mengendap aku? Dia buat apa aje? " Soalku bertubi-tubi.
Kali ini aku memang tak lepaskan peluang bila topik ini muncul. Lagi-lagi bila mengaitkan tentang diekori dan di perhati secara diam-diam. Sejujurnya aku masih lagi trauma ketika aku hampir diculik sewaktu di rumahku dahulu.
Sungguh, ketakutan aku masih belum hilang sehingga hari ini. Takut kejadian hari itu berulang kembali. Dan hari ini pula aku diperhatikan oleh lelaki. Iaitu Ilham.
" Aa.. aku tak pasti Lea berapa lama dia perhatikan kau. Cuma.. "
" Cuma apaa!!" Jerit aku.
" DrHilmanpunikutperhatikankausekali!" Tutur Ain laju kerana terkejut disergahku. Lantas dia terus menekup mulutnya.
Secara tiba-tiba, berdiri tegak bulu romaku 90 darjah. Walaupun Ain bercakap dengan kadar yang laju, aku masih lagi dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan.
Ketika ini aku tak tahu reaksi apa yang perlu aku pamerkan. Terkejut? Sejelas-jelasnya aku memang terkejut. Marah? Ya, aku marah kerana aku di-intip.
Takut ? Sesungguhnya, hanya Tuhan yang tahu. Perasaan takutku ketika ini melebih dari segala-galanya. Lebih dari perasaan terkejut dan marahku.
Aku terdiam. Masih lagi memikirkan kenapa aku di-intip oleh dua orang lelaki. Dr Hilman dan Ilham. Dr Hilman, insan yang menyelamatkan aku ketika aku hampir diculik dan kini. Dia pula yang mengintip aku.
Atas tujuan apa dia mengintip aku? Adakah tujuan yang baik. Atau pun tujuan yang jahat.
Tangan Ain yang mendarat di belakangku mengejutkan aku.
" Lea.. Aku tahu kau tengah fikir macam-macam. Tapi aku rasa ada sebab Dr Hilman buat macam itu. Walaupun aku tak tahu sebenarnya sebab apa dia orang buat macam itu dekat kau. Tapi aku tahu. Kau boleh cari jawapan untuk itu. " Belakang badanku digosok perlahan oleh Ain.
Aku hela nafas perlahan.
Ya.. Aku kena cari jawapan untuk itu. Walaupun rasa takutku ketika ini, kini beralih ke Dr Hilman. Rasa curiga aku untuk Dr Hilman makin membuak-buak.
Walau bagaimana cara sekalipun, aku tetap kena tahu dan harus juga tahu!
Hanya satu saja jalannya..
Iaitu berhadapan dengan Dr Hilman.
**
Jeng jeng jeng!! Okay rasanya dah tak curious kut sebab semua orang boleh agak apa Dr Hilman cuba buat.
Stay tuned!
P/s sebenarnya tak habis lagi final exam tapi tangan gatal pula nak menulis hehe so there you go!
Dont forget to click the star! Thankyou.💋
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top