Bab 14

AKU berjalan melepasi sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di bawah dataran berbumbung. Tujuan utama aku datang ke sini tak lain tak bukan, semestinya nak mencari kawan bertuahku yang satu itu.

Tangan ringan dan tak sabar pula nak humban minah dua ekor itu ber-swimming dalam longkang.

Selesai permainan bonding with lecturer tadi, semua pelajar dibenarkan untuk berehat dan makan tengahari sebelum acara yang seterusnya bermula. Mata-mata pelajar perempuan yang lain semuanya tertumpu ke arahku.

Mata memerhati diikuti mulut yang mula bergerak. Aku tunduk kepala memandang ke bawah.

Ralit aku memerhatikan diri sendiri.

Baju aku kotor sangat ke? Tak pun, rasanya tudung aje yang agak kotor. Sebab bukan aku yang kutip gula dalam tepung tadi.

Gula dalam tepung.. Dr Hilman!

Aku tepuk dahi. Teringat pula aksi terlalu bijak aku tadi.

Mati kau lepas ini Lea..

Kali ini memang sah yang kau sendiri undang masalah. Otak pula tak habis fikir lagi dimana letaknya akal fikiran aku semasa aku lapkan mulut Dr Hilman sebentar tadi.

Satu sahaja yang mampu aku rasakan.  Aku malu !

Rasa dah tak ada kudrat nak memandang muka Dr Hilman lagi. Lagi-lagi bila teringat tangan ini yang mengelap mulutnya.

Haish... Mana nak letak muka aku ini.

Selesai saja acara lecturer bonding tadi, terus aku larikan diri. Muka dah cukup tebal apatah lagi telinga. Lagi-lagi bila semua tahu tentang scene  aku mengelap-ngelap mulut Dr Hilman.

Dr Hilman pula hanya tayang wajah selamba dia seperti biasa. Aku pula seperti cacing ditabur garam. Tak senang duduk!

Lagi mukaku bertambah panas bila mata Dr Hilman seperti dah tertanam dekat mukaku. Mata tak berganjak memandangku. Walaupun dalam keadaan curi-curi.

Lagi lah bertambah berkilo-kilo perasaan malu aku. Andai saja aku boleh putarkan balik masa..

Memang aku akan biarkan muka Dr Hilman yang comot tadi. Biar pun mukanya seperti petani jatuh dalam sawah, sekalipun aku sanggup pejam mata.

"Amboi kau.. Aku plan cuma nak bagi kau pasangan dengan Dr Hilman aje. Tapi lain pula jadinya bila viral drama sebabak kau.." Ain tiba-tiba muncul di belakangku.

"Apa diaa?! Kau yang plan??! " aku terjerit. Tangan aku laju menampar lengan Ain berkali-kali.

Kurang asam manis punya budak !

"Weh.. ampun.. ampun. Aku bukannya plan betul. Cuma kebetulan aje. Aduh sakit lah!" Ain menggosok lengannya yang aku tampar. Kebetulan pula kami berdiri di sebelah longkang!

Puas hati aku.

" Kalau tak ingatkan aku tengah join game itu tadi. Memang aku nak aje lari pergi humban kau dalam longkang belakang kolej kediaman itu!" Getus aku geram.

Tangan aku cuba menolak-nolak batang tubuh Ain untuk masuk ke longkang. Saja nak menakut-nakutkannya.

"Wehh... Jatuh lah aku. Sorry lah Lea !!" Seraya itu aku lepaskan pegangan tanganku yang berada di belakang badannya.

Tangan aku silangkan ke dada. Lagak marah.

Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia ini.

"Tapi serius black Lea. Kalau aku tak kenal kau dan tak kenal Dr Hilman memang aku claim kau sebagai pasangan yang hangat bercinta! " Dia mula lagi..

Aku jeling tajam.

"Kau tahu masa kau lapkan mulut Dr Hilman masing-masing tak puas hati tau. Berdarah mata budak-budak perempuan yang suka Dr Hot tu! Jadi tahniah lah, secara rasminya nama kau memang dah terkenal satu universiti kita! " Sambung Ain lagi.

Ayat terakhir membuatkan mata aku terbuntang. Biar betul !

Tangan aku bawa ke dahi. Pening, pening.. Patutlah dari tadi melekat aje mata budak-budak ini pandangku.

Rupanya sebab ini..

" Sumpah masa itu aku memang tak sedar Ain. Macam tindakan refleks. Aku cuma rimas tengok dia kotor macam itu. Tak sangka pula macam ini jadinya.." keluhku.

Ain ketawa. Eh.. Memang cari pasal budak ini.

Orang tengah pening fikir masalah boleh pula dia ketawa senang. Tak memahami hati kawan langsung!

" Relaks lah Lea. Kejap aje itu mulut diaorang kecoh. Nanti lama lama hilang lah topik tu. Tapi betul betul aku tak boleh lupa drama sebabak kau tu. Kalah filem kdrama kegemaran aku tau!" Lagi sekali dia sambung gelak.

Dia dah mula dah! Aku hanya diam dan membiarkan tanganku pula yang menjawab. Geram!


ACARA terakhir diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada pihak penganjur. Kesemua hadiah pada hari ini disponsor oleh pelbagai pihak yang terlibat.

Hadiah hari ini yang di taja sememangnya hadiah-hadiah yang grand, dan juga sangat berbaloi untuk dimenangi.

Majoriti kumpulan pada hari ini yang banyak merebut tempat pertama dalam setiap acara semestinya daripada kumpulan Venus iaitu diketuai oleh Dr Hilman a.k.a Dr Tak Tahu Kalah.

Nak tahu sebab apa? Sebab semua permainan yang disertai oleh ahli kumpulannya, semuanya mendapat nombor satu!

Tak ada terselit nombor dua, jauh sekali nombor tiga.

Sememangnya betul apa yang dia kata. Dia tak sukakan kekalahan. Oleh kerana itulah kumpulannya telah menyandang tempat pertama dalam juara keseluruhan pada hari ini.

Ain bukan main bangga katanya menjadi anak buah Dr Hilman dalam kumpulan Venus.

Kumpulanku pula hanya menang tempat ketiga dalam acara keseluruhan. Tapi masih lagi dalam carta top 3.

Akhirnya tibalah masa untuk penyampaian hadiah acara terakhir iaitu bonding with lecturer. Nama Dr Hilman dan namaku diumumkan sebagai juara. Lebar sengihku bila memandang hadiah yang dipegang oleh Dr Hilman.

Bear pinkk! Serta jam tangan berjenama Daniel Wellington yang dibungkus cantik.

"Memang patutlah si Man tu menang. Tengok aje lah tadi. Habis dia rempuh badan aku masa nak cari gula-gula itu. Bersungguh betul kau nak anak patung tu ya Man?" Sir Hamdan mula membahan Dr Hilman.

"Dalam hati ada taman Man ni abang Dan. Lembut nau nak anak patung.."

Terkekeh-kekeh Sir Ikmal dan Sir Hamdan membahan Dr Hilman.

Aku turut ketawa.

" Mana ada bang. Saya bukan nak sangat pun anak patung hodoh ini. Cuma itulah dah sebati dalam diri saya angka satu ini. Malu lah saya kalau kalah nanti.." jawab Dr Hilman lalu turut ketawa.

"Untung lerr Iris geng dengan Dr Hilman ini. Dapat juga anak patung. Tapi kalau tak geng dengan awak tadi memang saya couple kan Dr awak ini dengan anak patung pink dia itu.."

Terburai ketawa semua pensyarah yang mendengarnya.

Aku pula dalam hati senang. Dapat juga pinky bear ini. Boleh lah gantikan bantal peluk kempis yang selalu aku peluk semasa tidur.

Setelah itu semua berlalu. Tinggal lah aku dan Dr Hilman. Mulutnya tak henti-henti mengeluh semasa mengoyakkan plastik hamper.

Setelah terkoyak plastik hamper, lebih berat dia mengeluh. Rupanya terdapat dua buah anak patung bear itu. Yang satu besar dan yang satu lagi kecil.

" Entah berapa ratus kalori saya bertambah hari ini cuma untuk patung dan jam ini sahaja. Dah lah besar! " Bebel Dr Hilman.

Aku hanya ketap bibir. Tahan ketawa.

"Dr saya nak yang besar tau! " Teruja aku bile melihat bulu bear itu yang gebu.

"Awak nak ambik semua pun saya tak kisah Iris. Menyampah pula saya tengok ugly bearly bear ini." Katanya malas.

Kedua-dua patung itu ditolakkan ke arahku.

Aku bantai ketawa. Sesuka hati aje tukar ugly duckly jadi ugly bearly .

" Tak boleh lah macam itu Dr. Kesian Dr dah makan banyak takkan saya ambil semuanya. Jam dengan bear kecik Dr ambik. Saya ambil bearly bear besar ni aje." kataku sambil peluk bearly bear baruku.

Dr Hilman hanya menggelengkan kepala lalu tangannya mula membuka kotak jam pula. Ternyata jam juga terdapat sepasang! Yang berlainan kotak.

" Nah.." dia hulurkan sekotak jam Daniel Wellington.

"Fair and square. Awak ambil lah dua-dua bear hodoh itu dengan jam ini. Saya cuma ambik lagi satu ni aje." Ujar Dr Hilman.

" Eh tak boleh! Fair and square itu kena sama-sama adil." Aku letakkan bear kecil disebelah kotak jamnya.

" Yalah, yalah.. Saya ambil pinklious bear ini."

Aku ketawa bila melihat riak muka Dr Hilman yang agak bosan.

"Pinklious, comel lah nama tu!"

"Habis ingat awak sorang aje boleh bagi nama? " Sinis Dr Hilman.

Aku ketawa lagi. Tak nak kalah. Nak juga saing nama bearlyku.

" Tapi Dr.. Jangan buang tau bear cantik ni!" Kataku tiba-tiba. Takut pula lepas ini dia campak bear ini ke tong sampah.

" Memang saya plan nak buang pun lepas ini." Balasnya selamba.

Sambil tangan kanannya memegang hujung telinga patung bear itu.

Bulat mata aku. Kan betul !

" Eh ! Janganlah Dr. Susah payah Dr makan aiskrim tadi takkan nak buang macam itu aje. Membazir betul lah.." rungutku.

Memang orang lelaki ini tak tahu ke sentimental value ?

" Yelah.. Saya tak buang. Nanti saya letak lah dia ini dekat dalam kereta saya itu. " Kata Dr Hilman terpaksa.

" Betul ya! Jangan buang.."

" Yaa.. Nanti saya hantar gambar lah kalau awak nak bukti sangat. " Terus tangannya pegang anak patung dan kotak jam tangan.

Aku hanya sengih.

Setelah itu Dr Hilman terus meminta diri. Katanya nak pergi susun pinkly bearnya di dalam kereta.

Macam lah aku tak tahu dia itu tipu aje sebenarnya. Entah-entah  pergi bagi dekat adik dia ke girlfriend dia. Selepas itu kata dah susun dekat dalam kereta.

Lelaki keras macam Dr Hilman itu. Takkan lah nak letakkan anak patung dalam kereta pula? Jatuh lah saham dia sebagai lelaki kacak nanti..



1461words just for you!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top