Bab 13

"ALAH.. Buat apa pula patung bear tu. Jam tu okay lagi. Mana mahunya kami lelaki ni ambik anak patung. Lembut nyah.." Sir Hamdan bersuara. Mengundang tawa yang mendengarnya.

Nak-nak pula Sir Hamdan berpasangan dengan Darwish. Lelaki mana nak terima patung bear. Jam itu boleh faham lagi.

"Ala Dan, jam tu kau ambik lah share dengan bini. Patung tu pula kau bagi dekat si Darwish. Boleh juga bagi ke makwe." Sampuk Sir Faizal.

Mata Darwish pula terarah ke aku. Hilang tawaku. Eh.. eh. Dah kenapa pula mata dia ini?

" Kalau taknak takpe Sir bagi kami aje lah patung dengan jam itu." Pasangan perempuan sebelah pula bersuara.

"Eh mana maunya. Dah menang kena lah terima hadiah. Yang kalah tu nengok aje lah, buat cara kalah.." Sekali lag semua ketawa mendengar balasan dari Sir Hamdan.

Setelah itu, semua berlalu ke tempat masing-masing, untuk memulakan permainan.

" Seriously Iris. I'm not gonna eat that ice cream and those sweets. Semata-mata untuk patung beruang hodoh itu."
 
Mukanya agak tak puas hati. Mungkin kerana memang dia anti dengan makanan yang manis, lagi lagi aiskrim!

Badan segak macam Dr Hilman ini mana mungkin nak makan aiskrim.

Kemudian aku dan Dr Hilman turut memandang sebekas ais krim yang berada di depan kami.

Sebekas.

Dr Hilman pula tak puas hati.

Aku lagi lah tak puas hati mengenangkan cara permainan yang telah berubah. Tapi mengingatkan anak patung dan jam yang menarik perhatian aku itu. Terus aku kuburkan rasa ketidakpuasan hatiku.

Demi sebuah anak patung dan juga jam berjenama itu.

"Dr.. Tolonglah, saya nak sangat bear comel dengan jam itu. Dr kata Dr tak suka kekalahan?"

" Comel awak kata? Better annabelle than this! Memang lah saya tak suka kekalahan tap---"

"Ke Dr takut gemuk makan aiskrim itu? Huh.. Tak sangka pula Dr ni penakut." Aku potong kata Dr Hilman. Nada suaraku juga seperti mencabarnya.

Membulat matanya memandangku. Tak sangka agaknya aku mengugutnya.

"Aha.. wrong person dear.. Saya pantang dicabar. You want that ugly bearly bear? So let's get it! " Tegas suaranya.

Aku pula kecut perut. Lagi-lagi bila dia memanggil namaku sebagai 'dear' Tapi dalam hati aku teruja. Teruja nak menang.

" Dr kutip dan makan gula-gula dan biar saya makan ais krim. Deal tau!" Balasku sungguh-sungguh.

" So goodluck!" Ujar Dr Hilman.

Aku dan Dr Hilman berpisah berlainan meja yang berada jauh 3 meter di hadapan. Nampak Dr Hilman dah bersedia untuk mengotorkan mukanya hari ini.

PRITTTT...

Wisel mula dibunyikan sebagai tanda permainan dimulakan. Dr Hilman mula mendongak untuk menghisap lemon yang tersangkut tali. Mukanya berkerut-kerut menahan rasa masam.

Aku ketawa lepas.

Tak tahan tengok gelagat para pensyarah lagi lagi pasanganku, Dr Hilman. Habis menghisap lemon, dia pula mula membenamkan mukanya di dalam bekas yang berisi tepung untuk mengutip gula-gula.

Aku tergelak-gelak melihat wajah kacak Dr Hilman yang diselaputi dengan tepung. Pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan permainan mula menjerit kuat menyokong Dr Hilman dan pasangan yang lain.

Dr Hilman keluarkan 3 ketul gula-gula yang dikutip dari mulutnya. Laju betul! Seterusnya dia membenamkan lagi kepalanya dan mengeluarkan 4 ketul lagi.

Bermakna tersisa lagi 3 ketul gula-gula di dalam bekas. Sekelip mata aje Dr Hilman selesai mengeluarkan 10 ketul gula-gula. Pensyarah yang lain masih lagi terkial-kial untuk mengeluarkan gula di dalam tepung.

Pengadil mula mengangkatkan tangannya kepadaku sebagai tanda aku untuk menyambung permainan seterusnya.

Sekarang tiba giliran aku pula untuk menghabiskan sebekas aiskrim nestle.

'Mampukah aku nak habiskan sebekas ni?'

Tanpa membuang masa aku capai sudu yang dah tersedia lalu suapkan segumpal aiskrim ke mulutku. Sedap! Kena pula tengah-tengah matahari terik ini. Lega dapat lalu ke tekakku yang mula kering.

Aku sambung lagi suapkan aiskrim ke mulut sambil melihat Dr Hilman yang sedang mengunyah gula-gula yang dikutipnya tadi.

Suara para penonton aku tak hiraukan. Aku sambung suapkan lagi aiskrim ke dalam mulut. Sehingga kembung mulutku mengunyah. Aku pandang pula pasangan lain yang masih bergelut dengan tepung.

Aiskrim pun belum lagi disentuh.

Selesai kunyah aiskrim aku suapkan lagi. Aku paksa mulut untuk mengunyah 5 sudu aiskrim sekaligus.

Sumpah pening!

Rasa ngilu mulai terasa di gusi dan gigiku. Otak pula terasa mulai beku. Tapi aku tak boleh mengalah kerana dah berjanji dengan Dr Hilman nak habiskan sebekas aiskrim. Harus aku tunaikan!

Aku suap lagi. Dan lagi..

Sehinggalah Dr Hilman mengangkat tangannya kepada pengadil tanda dia selesai menghabiskan gula-gulanya. Dr Hilman mulai berlari ke meja aku.

Ketika itu aku mula menyuap aiskrim perlahan-lahan ke mulut. Tak larat nak masukkan banyak-banyak. Ngilu gila!

"Biar betul ! Dah lebih 5 minit baru ini je awak makan Iris ? Sebelum ini awak makan ke tak? " Soal Dr Hilman.

Aku hanya mengangguk sambil menyuapkan aiskrim. Mulut masih penuh dengan aiskrim. Muka comot pula jangan dikata. Semestinya muka aku lah yang paling comot ketika ini.

"Sejuk tahu. Otak saya hampir beku dah ni! Slow-slow je lah ya Dr?" Jawabku sambil memandangnya.

Di sekitar mulutnya dan jambangnya penuh dengan tepung yang melekat-lekat. Sampai ke bulu matanya yang lentik turut terkena tepung sekali.

Sempat lagi aku gelakkan Dr Hilman. Tajam dia pandangku.

"Dr tolonglah saya.. Tak kesian kan saya ke?" Kali ini aku mengalah.

Tak sanggup dah nak menyuap aiskrim ke mulut. Lidah macam nak tercabut dah hilang deria. Takut bila aku paksa, hilang pula deria rasa dekat lidahku nanti.

Tak sempat aku hendak memujuk lagi. Dr Hilman terus rampas sudu yang berada di peganganku.

Terkejut. Bulat mata aku memandangnya.

Dia mula menyuapkan aiskrim ke mulut. Laju dia suap hampir lima sudu sepertiku tadi.

" Urggghhh.. I hate this horrible ice cream!" Dr Hilman bersuara.

Kepala ditundukkan sedikit untuk memudahkan dia menyuap aiskrim. Dia suapkan lagi aiskrim strawberi itu ke mulutnya.

"Arghhh.. I hate straw-- erry!" Aku tergelak-gelak mendengarnya. Tak boleh tahan ketawa melihatnya.

"Errkkk.... Werkk... Arghh... Uekk..."

Dr Hilman berkerut-kerut mukanya menelan aiskrim yang sejuk itu. Dia menjeling ke sisi memandangku.

Nampak aku yang mula ketawa terkekeh-kekeh tak ingat dunia.

Klekuk..

Dr Hilman ketukkan sudu yang penuh aiskrim tadi ke tudungku.

" Hei ! Kotor lah tudung saya..." Aduku.

Dr Hilman pula berhenti menyuapkan aiskrim ke mulutnya. Mulutnya dibuka bagi mengeluarkan wap sejuk aiskrim.

"Siapa suruh gelakkan saya. Baik lagi saya ini nak tolong awak. Bukannya nak tolong saya habiskan aiskrim tapi tolong gelakkan pula!" Dr Hilman bercakap sambil mulutnya ditekup menggunakan tangan kanannya.

Hahahaha..

Aku gelak senang. Gembira!

"Dr habiskan lahhh... Saya nak menang."

" Sekejaplah. Saya rest kejap. Lidah saya dah macam nak terputus ni. Huh.."

"Dah cair tak sedaplah Dr. Nanti dah tinggal sikit saya tolonglah habiskan." Balasku.

Dia kembali menunduk memandang sisa aiskrim. Dr Hilman mula menyambung suapannya yang tergendala.

"Akkk..Erkkk..."

Dr Hilman suapkan lagi aiskrim ke mulutnya. Lagi dan lagi.

Sehinggalah...

"Erghhh... Aaa.. iirrr...erkkk.." Dr Hilman pegang dahi.

Mendengar perkataan air, aku terus pantas berlari meminta air mineral. Pastinya Dr Hilman sekarang dah brain freeze.

Laju air mineral diteguk melepasi tekak. Serba-salah pula aku dibuatnya sebab paksa dia makan aiskrim.

Wajahnya pula jelas menunjukkan betapa tak sukanya dia dengan aiskrim. Terbit rasa kesian untuk Dr Hilman kerana terlalu mengikut suruhanku.

Hampir seluruh mukanya kotor. Kotor kerana mengutip tepung sebentar tadi dan kini makan aiskrim.

Tisu yang berada di tepi meja aku capai. Wajah Dr Hilman penuh dengan tepung bercampur dengan aiskrim. Sehingga ke lehernya juga terkena aiskrim.

Tangan aku mula bergerak ke tepi bibir dan rahangnya yang penuh dengan aiskrim. Di telinganya yang terdapat sisa aiskrim aku lapkan perlahan.

Tindakan aku spontan kerana mukanya yang sangat kotor. Langsung tak sedar apa yang aku lakukan sekarang. Hanya sekadar untuk membersihkan kotoran di mulutnya sahaja.

Sehinggalah aku dapati tubuhnya tiba-tiba mengeras. Mataku dan mata hazel milik Dr Hilman berlaga. Dr Hilman jelas terkejut dengan tindakanku ketika ini.

Terhenti pergerakkan di tanganku. Menyedari itu, aku terus jarakkan diri dari Dr Hilman. Baru sedar apa yang sedang berlaku tadi.

Mata Dr Hilman masih lagi terpaku memandangku yang mula menunduk.

"Err.. Sorry. Ada kesan aiskrim dan tepung nampak comot. Saya minta maaf." Sebelum dituduh menggatal aku, meminta maaf dahulu.

Reckless! No good Lea, no good!

Dalam kepala berbakul-bakul kutukkan serta sumpahan aku sediakan untuk diri sendiri. Kenapa aku boleh bijak sangat bertindak seperti itu di khalayak ramai.

"Oh ya ke? Tak apa lah.." Cuma itu jawapannya. Dia tarik lagi tisu baru untuk mengelap mulutnya.

Riak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

Sedangkan aku? Aku yang mulakan tindakan tak berapa bijak tadi. Tapi hati aku pula yang laju berubah rentak. Hilang dari sangkarnya.

Aku ketap bibir. Menahan rasa getar dalam hati yang makin menggila. Relax.. relax..

Aku buang pandangan ke bekas aiskrim.

Aiskrim yang masih lagi tersisa suku bekas. Banyak Dr Hilman dah habiskan untuk aku.

Tinggal sikit aje lagi nak habis..

Sudu yang berada di pegangan Dr Hilman, aku rampas. Aku laju suapkan aiskrim ke mulut seraya menghabiskan semua sekaligus. Suap laju laju ke mulut untuk melepaskan geram ke diri sendiri atas keterlanjuran aku tadi.

Aku angkat tangan selepas menyudahkan suapan terakhirku.

PRITT.. PRITT..

Alhamdulillah kami diisytiharkan sebagai pemenang. Tak henti-henti para pelajar bersorak dan tepuk tangan bila aku dan Dr Hilman yang memenangi acara ini. Semestinya aku harus berterima kasih kepada Dr Hilman.

Kerana dia kami menang hari ini..

Sumpah.. Selepas ini aku akan muntah hijau tengok aiskrim, kembaran aiskrim atau seangkatan dengannya!

Say no to ice cream!


1365 words just for you!

*Made with love. Taktahu kenapa saya paling suka menulis cerita tentang sukan ni. Mungkin sebab rindukan sekolah..
Anyway saya harap korang pun suka chapt ni!
Please please drop your comment utk saya tahu adakah saya punya cerita okay ke tak, melepasi piawaian cerita korang ke tak, enjoy or not. Jangan lupa vote sekali tau!

Thankyou untuk awak semua yang vote! I'm really excited bila dapat noti korang vote.

Much love,
Cf

#nota kaki; kalau korang nak saya followback atau saya terlupa nak followback, just hit me at the message board. I'll surely respond.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top