Bab 12

*Walaupun taksampai 5votes tapi idea pula mencurah-curah dengan jayanya.><
So here the next chapter. Special for you guys! Jangan lupa bagi review tau! Nak tahu juga pendapat korang :'(
Enjoy!



HARI sukan berlangsung dengan ceria Walaupun panas terik memancar dengan teriknya. Mereka tetap bersemangat.

Pelajar perempuan yang paling aktif hari ini. Ceria malahan rasanya terlebih bersemangat bila kumpulan pelajar perempuan di sebelahku ini  mula menjerit bersorak terlolong tak ingat dunia.

Kawan baik aku yang dua orang itu juga terjerumus sekali dalam kumpulan pelajar yang menjerit.

Kalau tak teringatkan hari ini hari sukan mahu aku cepuk satu satu mulut pelajar yang terlolong ini.

Kalau ye pun excited, tak usahlah terjerit mengalahkan pontianak hilang anak.

Aku toleh ke kanan. Terpancar wajah teruja anak gadis di sebelahku bila melihat homosapien yang berada dalam court futsal sedang melakukan servis. Mulut pula tak henti-henti menjerit bersorak mengalahkan pelajar lelaki yang sepatutnya menjadi lumrah meminati aktiviti sukan bola seperti ini.

Rasa macam terbalik pula dunia hari ini. Semua sukan yang sepatutnya perempuan tak minat dan boring terbalik menjadi kegemaran mereka. Tak mustahil kerana homosapien yang satu itu.

" Lagi.. Dr lagi sepak sepak!! Sikit lagi.."

" Smart gila Dr buat servis. Perfect 100 betul!! Melengkapi ciri piawaian lelaki idaman!"

" Dr Handsome!!  Go Dr, go Dr! "

"Aku terbayang macam mana lah kalau jadi laki aku nanti. Kacak gila.."

Aku juling mata ke atas. Ya tahu dia smart, tangkas dan kacak dan sebagainya. Tapi pujian melampau betul sampai berangan nak berlaki kan Dr Hilman.

Ya kawan-kawan, homosapien yang menjadi bualan gadis angau di sini tak lain tak bukan pastinya Dr Hilman.

Sekarang tengah berlangsungnya perlawanan futsal di antara kumpulan pelajar lelaki dan juga para pensyarah. Perlawanan yang sengit dan juga hangat. Masing-masing bersungguh-sungguh untuk merebut mata terakhir bagi melayakkan mereka untuk dinobatkan sebagai juara perlawanan futsal.

Aku sebagai pemerhati turut menyokong kedua-dua kumpulan. Neutral berada di tengah-tengah. Tak nak pilih kasih. Jadinya bila bola di kaki kumpulan pensyarah aku bersorak, di kumpulan pelajar juga aku turut bersorak. Nampak adil walaupun setiap kumpulan boleh tahan cekap dan tangkas.

Lagi-lagi bila melibatkan para pelajar dan pensyarah yang aktif sukan. Suasana semakin gamat dan riuh dengan suara dari pelajar-pelajar.

" GO DR GO DR! You can do it! Arghh sikit lagiii... Gelecek sikit .."

"GOALLLL!!"

"Arrrrgghhhhh Dr... GOAALLLLLL!!! " Jerit Ain dan pelajar yang lain.

Aku tutup kedua telinga aku dengan tapak tangan. Hampir terkeluar rasanya gegendang telinga aku. Lepas ini memang kena pergi klinik lah kau Lea..

Aku toleh ke sebelah memandang mereka yang teruja bertepuk tangan seronok dengan kemenangan kumpulan pensyarah sebentar tadi.

Nampak? Betapa obses sungguh mereka hari ini dengan kumpulan pensyarah? Semuanya gara gara Dr Hilman sebagai penyeri kumpulan itu.

Aku geleng kepala melihat telatah kawan baik aku yang satu itu. Siap pakej melompat kegembiraan Ain dan Farah si ulat bulu. Sama aje dua-dua perangainya. Lepas ini memang ulat bulu lah gelaran yang akan aku panggil untuk mereka berdua ni.

Aku sekadar tepuk tangan. Teruja juga bila kumpulan pensyarah yang menang. Memang layak sebab mereka tersangatlah cekap seperti pemain profesional.

Selesai perlawanan aku bangun dari tempat duduk.  Gelanggang juga telah dikosongkan untuk acara yang seterusnya. Aku tinggalkan Ain dan Farah yang masih lagi dalam mood excited.

Sekarang terasa kering pula tekak aku ini. Padahal yang menjerit tadi bukannya aku. Tapi terasa juga hausnya bila mendengar mereka yang menjerit terlolong.

Tangan mencapai 3 botol air mineral yang berada di kotak. Memang disediakan untuk para pelajar dan pensyarah yang memerlukan air mineral.

3 botol air aku pegang. Tak lupa juga dua lagi botol semestinya untuk kawanku yang penat menjadi cheerleader tak berbayar hari ini.

Tiba-tiba terasa getaran di poket sebelah kananku. Tanda ada panggilan masuk. Cepat-cepat aku ambil telefon. Muncul satu nama...

DR KEREK

Dr kerek? Siapa lagi kalau bukan Dr Hilman. Memang itu lah nama yang aku save sejak aku jadi student incharge dalam kelasnya.

Nak apa pula dia ni...

Okay jawab aje lah Lea. Mana tahu penting ke. Laju aku tekan punat hijau.

"Assalamualaikum ye Dr.. Apa apa boleh saya tolong? " Sapaku sopan.

Percayalah tak lain tak bukan mesti Dr Hilman akan call aku bila dia perlukan pertolongan dari aku aje.

" Waalaikumussalam. Good Iris. Awak boleh baca hati saya. I need you favor. "

Kan? Nampaknya memang betul tekaan aku. Call nak minta tolong aje.

" Ya what can i help you Dr? "

" Awak dekat tempat air kan? " Soalnya.

Eh? Mana dia tahu.

Nampaknya memang dia ada dekat sekitar ni. Aku pandang sekeliling. Cari susuk tubuh yang sedang bertanya di talian. Tak nampak pula.

" 3o'clock ."

Kali ini aku pusing seperti yang disebut. Jumpa apa yang aku cari. Sedang duduk di bangku tempat rehat. Seorang diri, sambil memegang telefon matanya memandangku.

" Tolong ambilkan saya air satu, please. Pass it here."

Berkerut seribu kening aku.

Call semata-mata suruh aku ambilkan air sahaja? Dah lah suruh ambil satu botol aje. Lain lah suruh bawak dua ke tiga botol. Berbaloi juga. Apa orang lain akan kata bila nampak nanti?

"Eh tapi ---- "

"Saya tunggu. Terima kasih. "

Tut...

Terus panggilan dimatikan.

Rasa tangan aku ni ringan aje. Ringan nak mencekik orang!

Memang minta kena cekik perangai dia ni. Kalau lah aku bukan student, dan dia juga bukannya pensyarah. Memang leher dia dah lama jadi mangsa cekikkan aku!

Dalam keterpaksaan, aku berjalan seorang diri menuju ke tempat rehat pensyarah lelaki yang disebutkan tadi. Berat langkah nak ayun. Tangan pula dah sedia memegang sebotol air.

Botol air yang mulanya aku ambil untuk Ain dan Farah aku letakkan balik ke kotak yang berisi air mineral. Kejap lagi lah datang ambik.

Dr Hilman bingkas bangun dari tempat duduknya bila melihat aku yang mulai mendekat. Tapi tak pula dia melangkah berjalan ke arahku. Sepasang kasut futsal berada di sisinya. Kiri kanannya aku lihat kosong. Tanpa pensyarah yang lain.

Nasib baik..

"Nah Dr.." aku hulurkan botol air.

"Thank you. Sorry sebab susahkan awak datang ke sini. Kaki saya sakit. Sebab itu saya minta tolong. " Jelasnya.

Mataku terarah ke kakinya yang kosong tanpa kasut ataupun selipar.

Kini aku pula yang dihurung rasa bersalah. Ter buruk sangka dengan pensyarah sendiri. Ingatkan dia saja nak membuli aku suruh layan dia.

Tapi tak..

Kakinya sakit disebabkan baru lepas main futsal tadi. Tak elok betul perangai aku.  Dah buruk sangka dengan dia.  Nasib baik aku tak main sembur aje tadi. Kalau tak memang aku hempuk kepala sendiri kat tiang gol.

" Oh tak apa Dr. Saya faham.. "

" Wah wah.. Manisnya. Ada apa apa ke ni Man? " Sapa satu suara di belakangku.

Aku teguk liur.

Sir Hamdan dan juga Sir Akmal sengih memandang kami berdua. Aku pula hanya kejung berdiri macam tugu negara.

" Tak ada lah bang. Saya minta tolong dia suruh ambik kan air kebetulan Iris ada dekat sana.." jelas Dr Hilman.

Aku menghela nafas lega. Lantas aku gariskan senyuman tipis untuk mengiyakan kata Dr Hilman.

" Oh macam itu. Padan lah awak tolong dia Iris. Dr awak ni kalau dah main futsal tak ingat dunia tadi. Last last kaki dia tu juga yang jadi mangsa."

Sir Ikmal pula mencelah.

"Maklumlah hari ini kan dia popular dapat pujian golongan kaum hawa hari ini.. Mentang-mentang lah kita ni dah ada orang rumah tu lah agaknya tumpuan utama beralih dekat si Man ni.. Jatuh saham kita abang Dan." Ujar Sir Ikmal.

Sir Hamdan dan Sir Ikmal gelak. Seronok membahan Dr Hilman yang  tersenyum lucu.

" Tak adalah bang. Bukannya saya sorang aje kena sorak tadi. Ramai juga. Kan Iris?" Mata kami bertembung.

Lagi sekali aku hanya mengangguk.

" Er.. Dr kalau tak ada apa apa saya pergi dulu. " Rasa canggung pula bila berlama-lama di sini.

" Alright. Thank you again Iris." Aku sekali lagi hanya mengangguk.

Aku terus berlalu. Dr Hilman pula turut mengikut serta dalam perbualan Sir Hamdan dan Sir Ikmal.

TEPAT jam dua petang semua pelajar diminta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Nasib baik cuaca mulai berubah redup. Tak adalah kena berkumpul  panas-panas dekat lapangan yang tak berbumbung ini.

" Hah! Jumpa pun kau. Melilau mata aku mencari hampir nak juling dah ni!" Bising Ain.

Aku mencebik. Dan-danlah aku pergi tandas pun dia nak cari.

" Aku pergi tandaslah. Takkan lah aku nak pergi tandas pun kena minta izin kau dulu. Ain boleh tak saya nak ke tandas dahulu dah tak tahan nak buang air ni. Izin kan ke tak? Macam tu ke? " Perli aku.

Ain dan Farah mula bantai gelak terkekeh-kekeh.

" Kau ni memang abnormal lah Lea! Otak mereng. Hahahaha.." kata Ain masih bersisa tawanya.

Tiba-tiba matanya membulat bila mendengar suara dari speaker.

" Astaghfirullahalazim.. Baru aku teringat. Aku lupa nak bagitahu kau Lea. Nama kau dapat dalam giliran untuk game selepas ini. Hasil pilihan rawak. "

" Eh kenapa nama aku pula? Game apa ni?"

Terkejut aku. Kenapa nama aku pula yang terpilih.

" Ingat tak yang haritu aku ada plan game bonding with lecturer? Selepas ini game itulah. Dengan ketua pensyarah setiap group aje. Malangnya nama aku pula tak terpilih." Ain buat riak muka sedih.

"Aku harap kau yang dapat pasangan dengan Dr Hilman! Mesti meletop.." Teruja Ain.

Aku pula hanya buat buat tak dengar. Malas nak layan.

Seraya itu terdengar suara dari pengacara majlis meminta supaya para pelajar dan pensyarah yang terpilih untuk game seterusnya di minta untuk berkumpul di kawasan lapangan yang telah di sediakan.

Tak sangka pula permainan yang dicipta oleh Ain sebelum ini betul-betul dia masukkan ke dalam listnya. Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak turut serta. Tapi nak buat macam mana dah nama aku juga yang terpilih ketika undian dicabut.

Dalam otak aku mulai berfikir siapa yang nak cari gula, siapa yang nak makan lemon?

Eish pening!

Dapat aku lihat dari ekoran mata, pelajar-pelajar yang terpilih berpasangan dengan pensyarah yang lain. Aku juga dapat melihat susuk tubuh Dr Hilman.

Tapi bukankah dia sakit kaki tadi?

Ah biar lah. Mungkin kaki dia dah elok kut.

Tapi yang menjadi kerisauan aku ketika ini mana Madam Syarifah yang sepatutnya menjadi pasangan denganku? Semua peserta telah dikehendaki untuk beratur bersama pasangan masing masing. Tapi aku?

" Iris Illea awak kumpulan dengan Dr Hilman ya? Madam Syarifah tak dapat join awak sebab dia sakit perut." Ujar wakil pelajar yang menguruskan game ini.

Ternganga mulut aku tiba-tiba Dr Hilman muncul di sebelahku.

" Kak Syarifah tak cakap ke saya gantikan dia? " Soal Dr Hilman.

Terkejut bukan kepalang aku.

Aku geleng kepala. Tak tahu pula yang Madam Syarifah sakit perut. Padahal tadi jumpa masa sebelum permainan bermula elok aje.

"Dia kurang sihat, sakit perut dan pening. Kebetulan pula partner saya Farhan kaki terseliuh masa main futsal. Jadi kak Syarifah yang cadangkan saya untuk ganti tempat dia."  Cerita Dr Hilman.

Alahai..  Ketika ini aku memang tengah tahan geram dengan mulut Ain yang mendoakan aku supaya berpasangan dengan Dr Hilman. Gara-gara mulut puaka dia lah aku berpasangan dengan Dr Hilman.

Aku pandang sekeliling. Mata berlaga dengan Ain dan Fara yang tergelak terkekeh-kekeh di luar. Agaknya mereka dah tahu dulu yang aku akan berpasangan dengan Dr Hilman. Sempat pula berkata 'kalau jodoh tak kemana'.

Memang siap dua ekor itu lepas aku habis game ini. Memang aku campak dia orang dekat longkang belakang kolej kediaman!

" Awak okay kan? " Suara Dr Hilman menyoal.

" Saya okay aje. Cuma bukan kaki Dr sakit ke? " Balasku pula. Kang nanti kalau makin parah takut aku pula dipersalahkan.

"I'm okay. Cuma lenguh aje tadi. Dah bersedia ke? Saya tak suka kekalahan." Rentak suaranya berubah.

Lebih kurang ayatnya dengan 'kalau kalah siap lah awak!'

Teguk liur aku. Aku bercadang nak main ala kadar aje. Tak mengharap pun nak menang. Jauh sekali menjadi juara.

"Er.. Insya Allah lah saya cuba." Terketar suara aku.

Stress aku macam ini !

Sebelum permainan bermula, kami diminta untuk mendengar taklimat tentang gaya permainan. Permainan dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama akan makan lemon yang dah disangkut dengan tali dan kutip 10ketul gula-gula dalam tepung menggunakan mulut.

Yang kedua pula diminta untuk makan sebekas ais krim 1.5 l dan gula yang berada di dalam tepung.  Siapa cepat habiskan aiskrim dialah pemenang.

Hadiah pemenang pula merupakan sepasang jam tangan Daniel Wellington serta anak patung beruang yang comel.

Walaupun hadiahnya  gempak. Tapi permainan ini tetap tak masuk akal.

Gila memang gila!

Sama gilanya dengan idea pencipta game tak masuk akal ini! Siapa lagi kalau bukan kawan kesayangan aku itu, Ain. Memang tujuan permainan ini nak bagi pemain kena diabetes ke apa?

Pandai-pandai pula dia olah permainan ini tanpa beritahu aku. Bab ais krim sebekas mungkin tak jadi masalah bagiku. Tapi siapa pula nak habiskan gula-gula yang Dr Hilman dah kutip nanti? Walaupun hanya 10 ketul tapi bagi aku itu masalah besar!


2046 words.







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top