Bab 11

SELEPAS menunaikan solat asar aku labuhkan punggung di lantai. Tangan bekerja mengemaskan bantal bantal di katilku. Rasa macam rajin sikit hari ini.

Aku tuang baju bersih yang berada di dalam baldi yang telah siap dijemur. Tangan mula melipat baju satu persatu. Setelah selesai semuanya, aku mula susun ke dalam locker milikku yang berwarna kelabu. Pintu locker  aku tutup.

Selesai satu kerja. Selepas ini cari lagi kerja rumah yang boleh dibuat untuk memanfaatkan masa yang terluang. Bukan selalu dapat masa terluang  macam ini.

Pintu bilikku dibuka dari luar.

Ain melangkah masuk ke bilik bersama laptop di tangan lalu duduk di meja belajar kami. Dari sem satu sehinggalah sem terakhir, aku dan Ain sememangnya ditakdirkan bersama. Sebilik, sekelas semuanya bersama. Boleh dikatakan hampir semua, tak ubah seperti  kembar. Kembar tapi lain bapa dan emak!

Aku perhati Ain. Mimpi apa hari ini tiba-tiba diam tak bersuara. Kalau tidak hari-hari mulut tak pernah berhenti bising macam punggung ayam. Potpet potpet..

Jarinya diketukkan ke meja. Riak wajahnya agak runsing. Aku hanya memerhati gelagatnya. Sekejap garu kepala, sekejap ketuk meja, sekejap menongkat dagu. Seperti mak kucing hilang anak.

"Kau kenapa ni? Mak kucing hilang anak berapa ekor? " Soalku.

Ain jeling. Aku tersengih lalu bangun dan berdiri di sebelah kerusinya.

" Kau ni.. Hisshh peninglah aku Lea. Kurang lagi dua aktiviti je dah aku dah buntu macam hilang anak dibuatnya." Kata Ain runsing.

Aku gelak lepas. Kan betul macam mak hilang anak.

Bila ternampak skrin laptop yang menyala aku mula mengerutkan kening. Kurang jelas melihat perkataan di situ.

Tangan laju mencapai cermin mata yang berada di hujung meja. Ini lah nasibnya orang yang bermata empat.

Mujurlah rabun mataku tidak berada di tahap yang teruk. Kalau tidak memang sampai ke tua lah aku terpaksa bergantung kepada cermin mata.

Aku pandang balik skrin laptop setelah menyangkutkan cermin mata. Nampak seperti draft paperwork.

Sukan Tahunan Universiti Kali ke- 20.

" Sukan tahunan? Sejak bila pula kau incharge bahagian paperwork untuk sukan tahunan ni? " Tanyaku pelik.

" Baru baru ini je. Yang lain ketua kumpulan dah buat. Turn aku sekarang ni lah. Part activities. "

Aku hanya bulatkan mulut membentuk 'o'. Padanlah dari tadi tak senang duduk. Rupanya tengah perah otak fikirkan aktiviti sukan tahunan.

Setiap tahun pastinya ada wakil pelajar yang akan mencadangkan untuk mengadakan sukan tahunan.

100 peratus penglibatan dan perancangan sukan tahunan ini semuanya dirancangkan oleh wakil pelajar yang terpilih. Aktiviti, kertas kerja, peralatan segalanya diserahkan kepada pelajar.

Malah pelajar juga didedahkan dan di didik supaya berdikari dan handal untuk menangani majlis majlis besar yang biasanya berlangsung di universiti.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memupuk sifat tanggungjawab dan bekerjasama antara para pelajar yang berlainan fakulti.

"Tolong aku Lea.. Cadangkanlah aktiviti apa apa. Yang pastinya kena best! Tak adalah nanti orang fikir aku ciduk games dekat google."

Aku ketuk jari telunjuk ke dagu. Buat buat berfikir. Aktiviti apa yang seronok dan menghiburkan yang boleh dimasukkan ke dalam list sukan tahun ini. Okay dapat idea!

" Hmm.. Apa kata letak bola beracun? Macam dalam RunningMan selalu kita tengok tu. Buat kumpulan terdiri daripada gabungan pelajar. Ada juga manfaatnya. Mesti seronok punya! " Laju Ain menepuk tangan.

Tanda sokong dengan pendapat yang baru aku berikan tadi. Tangannya laju mengetik ke keyboard laptop.

Tak sia-sia juga setiap malam aku ber marathon tengok RunningMan setiap hari.

" Aku tak terfikir pun pasal tu tadi Lea. Such a great idea! Dalam masa yang sama boleh merapatkan hubungan sesama pelajar berlainan fakulti. Chaiyaa lah kau Lea! "

Aku jongket kening sebelah. Tanda bangga dengan idea sendiri.

" Eh Ain lagi satu? " Baru teringat tadi kata tak cukup dua aktiviti.

Ain senyum.

" Cari gula dalam tepung. Tapi yang ini bukan biasa biasa okay! "

Aku kerutkan kening. Gula tepung?

" Apa yang specialnya? " Soalku. Setakat cari gula dalam tepung, permainan yang sering diulang dan sangatlah cliche.

" Satu kumpulan 2 orang, student and lecturer.  Ini random then cari gula macam biasa dalam tepung tu. Lepastu kena kutip gula yang dia dapat tu sampai habis sambil tangan terikat di belakang. Yang lagi seorang selepas partner dia siap, dia kena makan lemon sebiji then habiskan gula yang  partner dia kutip. Lepaskan ikatan tangan dan lari sampai garisan penamat. Yang paling cepat tulah yang menang. " Jelas Ain.

Gembira dengan ideanya laju tangannya di tepuk.

Aku hanya angguk setuju. Walaupun agak pelik, asalkan ada permainan untuk sukan yang bakal diadakan nanti.

Yang pastinya aku akan jauhkan diri dari game sebegini. Siapa aje yang nak comot comot ? Lagi-lagi kena makan gula.

Isk isk..

Kena ganti baju satu hal lagi makan masa. Masa itu emas jadi membazirkan masa sangatlah tidak elok.

" Aku tak sabar lah nak tunggu sukan tu nanti.. Tak sabar nk tengok student mana yang akan dapat activity bonding time with lecturer tu! Yang pastinya aku nak tengok Dr Hot Kacak itu partner dengan siapa!" Ujar Ain semangat.

Aku julingkan mata ke atas. Dari wujudnya Dr Hilman sampai lah ke sekarang. Nama itu tak pernah berhenti meniti di bibir Ain.

Bukan sahaja Ain, malahan semua pelajar di universiti ini. Naik boring juga mendengarnya. Nak lagi bila aku dapat gelaran wakil pelajar subjek Dr Hilman.

Semestinya aku jadi orang suruhan Dr Hilman, itu juga boleh dikatakan bertuah oleh pelajar pelajar wanita. Katanya seronok boleh tatap muka kacak Dr Hilman hari hari.

Mereka tak tahu betapa tersiksanya hati aku melayan perangai Dr Hilman tu. Tapi aku hanya berdiam.

Takkan nak beritahu Dr Hilman tu perangainya macam mana. Reaksi aku hanyalah biasa. Sebab dah rasa boring pula mendengar pujian untuknya hari-hari.

***

SEAWAL pukul 7.30 pagi lagi semua pelajar sudah berkumpul di tempat lapangan belakang kolej kediaman yang biasanya tempat aktiviti luar dilakukan.

Pelajar diploma mahupun pelajar ijazah sepertiku semuanya berkumpul sekali. Riuh-rendah kerana hari ini merupakan hari sukan untuk satu warga universiti.

Bermacam warna baju sukan yang mereka pakai untuk hari ini. Warna baju tidak dihadkan untuk pelajar asalkan mereka berpakaian sopan dan bersesuaian. Tak ada lah menjolok mata pensyarah-pensyarah lelaki mahupun pelajar di sini.

Hari ini adalah hari kebebasan dan juga hari untuk bersosial bagi pelajar dan juga pensyarah. Masa ini lah waktunya student lecturer bonding. Yang muka garang ketat masa mengajar juga luluh jadi lembut bila bergaul dengan pelajar. Tak perlu juga memikirkan assignment dan sebagainya.

Semua sedia maklum yang pelajar-pelajar akan dibahagikan secara rawak mengikut kumpulan pensyarah yang terdiri daripada 15  kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 25 orang pelajar. Nama kumpulan hari ini juga mewakili nama- nama planet.

" Lea.. " Laung Ain dari jauh. Laju aku menoleh.

" Mana kau pergi? Sampai hati kau tinggalkan aku sorang terkapai-kapai dekat lautan manusia ni? " Rajukku.

Ain berlari anak ke arahku sambil termengah-mengah. Oleh sebab Ain merupakan ahli jawatankuasa sukan pada hari ini, jadi dia lah yang harus mengendalikan aktiviti-aktiviti hari ini sekaligus menjadi pelajar paling busy.

" Alaa.. Sorry lah aku pass kan list aktiviti tadi dekat Dr Hot. Wei.. Kau tahu tak -.."

"Tak tahu. " Laju aku pintas ayat Ain. Lengan aku ditampar perlahan.

"Ish sabar lah kejap! Aku nak cerita ini. Kau tahu Dr Hot kesayangan kau hari ini.. Kacak overdose!! Nasib baik iman aku masih kuat, hampir gugur iman aku tengok dia pakai sport attire. Dengan badan tegap macam itu. Lawa helok badan dia! Anak dara mana lah yang tak jatuh hati dengan dia.. " Mata Ain bersinar-sinar memuji Dr Hilman.

Sesedap rasa aje dia claim Dr Hilman sebagai Dr kesayanganku. Nasib baik kawan!

Ain sambung lagi memuji kekacakan Dr Hilman yang menjadi tumpuan utama hari ini.

Bila mendengarkan pujian Ain, perasaan ingin tahuku terus melonjak ke tahap maksimum. Dalam hati aku tertanya-tanya juga kacak sangat ke Dr Hilman hari ini? Tapi bukankah dia hari-hari pun nampak kacak?

Ish!

Mata pula tiba-tiba gatal. Gatal nak cari Dr Hilman yang menjadi topik panas hari ini. Terteleng-teleng sampai lenguh juga kepalaku mencari susuk tubuh Dr Hilman yang menjadi pujian rakyat wanita.

Mana pula dia ni..

" Weiii.. Dr Hilman.. Tu tu !!! " 

Panjang umur!

Berpusing kepalaku 90 darjah. Mata terhenti ke susuk tubuh yang tersarung sport attire. Melangkah dengan bergaya di antara pelajar- pelajar. Setiap langkah yang di ayun menunjukkan personaliti dirinya sendiri. Tak lupa juga hari ini dia murah dengan senyuman.

Angguk dan senyum. Itu yang kerap kali diulang dari hujung sehingga  ke depan bila disapa oleh pelajar-pelajar. Mimpi apa pula dia semalam, sehinggakan hari ini murah dengan senyuman.

Tracksuit kelabu, baju nike fit. Hati perempuanku tak boleh menipu. Mata pula melekat memandang Dr Hilman. Entah aura apa yang merasuki mataku untuk melakukan sedemikian.

Sememangnya kacak. Lebih tepat kacak overdose!

Seperti terasa dirinya diperhatikan laju dia menoleh ke arah kami. Lebih tepat ke arahku. Segaris senyuman ditayangkan.

Bukan senyuman terpaksa ataupun hambar. Tapi senyuman ikhlas yang manis. Terpaku seketika. Tak sempat untuk aku membalas senyumannya dia terus berlalu pergi.

" Oh my!! Dia senyum dekat kau Lea ! Aku tahu kau mesti terkesima kan tengok dia harini?! "

Aku diam. Tak angguk dan tak juga bersuara. Mengiyakan dalam hati. Bukan suka atau jatuh cinta.

Tidak! 

Tapi memang dia kacak hari ini. Bak kata Ain kacak overdose!

***

DARI jauh terpancar keterujaan di wajah  Ain. Tersengih-sengih dia memandangku. Ulat bulu naik daun begitulah jadinya.

Excited sangat. Tangannya melambai-lambai ke arahku yang jauh di sudut paling hujung. Aku turut membalasnya.

Kami terpisah. Acara sukan tahunan ini dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh pensyarah.

Ain dimasukkan ke kumpulan kedua iaitu Venus. Ketika nombornya disebut untuk memasuki kumpulan venus dia lah yang paling teruja. Terkinja-kinja melompat gembiara mengalahkan pelajar junior!Teruja kerana kumpulan Venus diketuai oleh Dr Hilman aka Dr Hot.

Manakala aku pula tercampak jauh ke kumpulan Mercury. Diketuai oleh Madam Syarifah. Tapi aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya tak adalah aku keseorangan kerana Darwish dan Farah juga turut sama berada kumpulan aku.




15 April 2020:  1667words.
Happy 100 readers. Excited sikit walaupun votes tak banyak. Btw terimakasih dear readers yang vote dari chapt 1. ❤️ Terharu sangat! :') Merasa juga ada readers.
So for the next part saya perlukan 5vote at least utk saya sambung cerita ni. Kalau tak ada maybe saya patut hold je dulu. Disebabkan tak ada sambutan daripada readers tentang cerita ni.

Ml: cf




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top