BAB 10

"Happiness is a choice. Nothing will make you happy until you choose to be happy. "

***

" LET me help you." Sapa satu suara dari belakangku. Laju aku menoleh.

" Kenapa Dr sampai ke sini? " Soalku.

Terkejut juga bila tiba-tiba dia muncul dekat sini.

" Saya tak sekejam itu nak suruh awak angkat semua sorang-sorang. So give me those files. "  Ucapnya.

Dalam hati aku terharu. Tak sangka sampai ke sini Dr Hilman ikut aku. Semata-mata taknak aku angkat semua file ni seorang diri. Dalam hati aku tersentuh dengan cara layanannya. Baik juga Dr Hilman ini. Tak adalah seteruk yang aku sangka.

Tanpa teragak-agak aku hulurkan semua file ke tangan Dr Hilman. Alhamdulillah. Ringan juga beban aku. Aku renggangkan tangan yang lenguh. Tak perlu lah aku nak bazirkan tenaga perempuanku yang tak berapa kuat ini.

Aku pandang Dr Hilman yang mula mengira jumlah file yang berada di tangannya. Tekun sekali. Sesekali dia melirik ke arahku. Setimbun file dibahagikan menjadi dua. Sangkaku dia tengah mengira samada aku ambil file nya cukup ataupun tidak. Tapi bukan !

" Nah. Sekarang dah sama rata. Half and half.  So tak adalah awak jalan tanpa bawa apa apa. Riak wajah yang biasa.

Wah wah wah! Tiba-tiba rasa tangan ringan aje nak mencekik orang sampai biru !

Beria-ria aku memuji sakan dan tersentuh dengan layanannya yang baik. Tapi aku salah !  Aku tarik balik kata kata aku yang dia seorang baik hati. Sakitnya hati.. Nampak sangat hatinya baik sehingga tak membenarkan aku berjalan berlenggang kangkung.

Ciskek betul !

Dr Hilman pandang wajah aku. Mungkin jelas terpancar muka ketidakpuasan hati aku saat ini. Kesah apa aku. Aku ambil 25 buah file yang dia telah bahagikan tadi. Nak taknak terpaksa akur. Jadi kami sama sama adil, masing-masing membawa 25 buah file.

Sepanjang perjalanan dari ruangan parkir kereta universiti sehinggalah ke dalam. Ada saja mata mata manusia yang melekat memerhati kami. Lebih tepat memerhati Dr Hilman. Dr Kacak pujaan anak dara di kolej ini.

Setiap langkah yang diayunkan pasti mendapat perhatian orang disekeliling. Mata-mata pelajar perempuan pastinya melekat dan tergoda melihat Dr Hilman.

 Tak dinafikan Dr Hilman sememangnya kacak dan bergaya. Dengan ketinggiannys yang ala ala model dan juga dari pengamatan aku dia pastinya pergi ke gym setiap minggu. Harus aku akui. Jangankan anak dara, mak orang sekalipun akan menyatakan jawapan yang sama iaitu Dr Hilman kacak. Lagi-lagi mempunyai title seorang Dr pada usia yang cukup muda.

Sekilas aku melihat sekumpulan pelajar pelajar ralit berborak. Lebih kepada bergosip. Seperti biasa kalau dah mata bergerak, mulut  pun ikut sekali bergerak.

" Jarang-jarang Dr Hilman nak berjalan dengan student lagi lagi student perempuan."

"Eh tu bukan Iris Illea ke? "

" Oh my god Dr Hilman couple with his  student!"

"Awh so sweet, chemistry sangat dia orang ni. Baju pun sama kaler!"

Terasa panas aje telinga aku menangkap dua komen terakhir dari pelajar perempuan yang baru melintasi kami. Tak terasa belah mana sweet nya malahan terasa 'sawit' ada lah. Tangan laju aje nak ketuk sekor sekor kepala yang sibuk bergossip tu.

Aku pandang Dr Hilman yang berjalan di sebelah. Tetap dengan gayanya. Sesekali dia mengangguk bila pelajar menyapanya.

Dr Hilman jelas mempunyai aura yang tersendiri. Suaranya yang penuh dengan authority dan gaya yang sangat maskulin setiap kali ke kelas. Itu juga lah jadi faktor utama aku digossipkan oleh para pelajar di sini. Pastinya aku akan menjadi topik bualan utama dalam gossip makcik bawang para pelajar. Belum lagi isu baju kami yang sedondon.

Alahai..

Dr Hilman pula? Slumber badak aje berjalan. Seperti tak terdengar dan tak terjejas langsung oleh bualan para pelajar tadi. Aku juga yang  menunduk malu.

Akhirnya sampai juga ke tingkat 5. Aku menghela nafas lega. Boleh tahan berat juga file tadi. Aku pandang Dr Hilman. Tangannya mula menyusun file di atas mejanya. Sesekali dia tolak file ke kanan dan ke kiri. Menyama ratakan ketinggian file.  See?

Sudah terang lagi bersuluh, Dr Hilman seorang yang berseni. Seni dalam mengemas. Untunglah siapa yang jadi isteri dia nanti. Dapat suami yang extra rajin seperti Dr Hilman.

Suara Dr Hilman berdehem menyapa telingaku.

"Awak memang suka memerhati orang ke" Soal Dr Hilman. Kedua-dua tangannya disilang dan dia bersandar di meja menghadapku.

Jelas matanya difokuskan memandang aku.

Aku gigit bibir. Jelas sangat ke aku memerhati perbuatan dia? Perlahan-lahan aku balas renungan Dr Hilman. Otak tengah ligat merangka jawapan.

"Err.. not really. Saya termenung tadi. Perut lapar tak makan lagi." Aku pegang perut.

Okay alasan ini memang tak tipu sebab aku betul betul lapar. Sarapan pagi pun tak sempat terus kena berkejar masuk ke kelas. Macam biasa, tak sempat nak sarapan jadi dibawa ke waktu tengahari. So kalau selepas ini aku makan jadinya bukan lunch tapi brunch.

" Oh.. I see. So shall we?"

" Hah? Shall apa? " Aku pandang Dr Hilman.

Segaris senyuman dipamerkan.

" Come, i treat you for lunch. Lagi pun saya memang belum makan lagi. Lepasni ada kelas ke? "

Erk? Belanja makan? Aku senyum seraya geleng kepala. Bukannya jual mahal tapi tak nak jadi bahan gosip oleh student bawang walaupun perut dah mulakan konsert.

" Thank you Dr. Tapi saya tak lapar sanga -.."

Krukkkk krukk.

Dr Hilman ketawa lalu keningnya dijongketkan. Tanda menyoal kembali jawapan yang aku beri. Aku pula menunduk. Berbakul-bakul aku kutuk perut sendiri.

Derhaka punya perut! Berani-beraninya pula masa-masa macam ini nak bersyair dengan jelasnya depan Dr Hilman.

" Don't worry, i know. Saya takkan bawa awak makan dekat kafeteria kolej. Kita makan dekat luar. Is it okay for you? "

Aku angguk perlahan. Sekali lagi, Dr Hilman boleh baca fikiran aku. Mungkin dia tahu aku tak mahu jadi bahan bualan para pelajar dan pensyarah di sini. Lagi lagi bila nampak keluar makan dengan Dr Hilman aka Dr Hot. Pening.. Pening..

---

PINGGAN yang telah kosong aku tolak ke tepi. Tangan pula mencapai gelas yang berisi ice lemon tea. Sambil menghirup air sambil melihat sekeliling kafe yang baru pertama kalinya aku pergi. Tak jauh dari universitiku hanya mengambil masa dalam 10 minit.

Satu per satu pelanggan masuk ke dalam kafe. Membuatkan kafe ini menjadi lebih ramai orang. Aku lihat sekilas jam di tangan kananku.

1.45 p.m.

Bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan menarik perhatian aku. Nampaknya orang di depan aku ini dah habis makan. Sepanjang kami makan sehinggalah sekarang tiada satu soalan pun yang terpacul keluar dari mulutku. Hanya Dr Hilman yang banyak bertanya. Sejujurnya aku masih segan. Walaupun bukan kali pertama makan dengan Dr Hilman tapi tetap rasa segan ini tak boleh hilang. Bagaikan sebati dalam diriku.

" Are you okay? Kenapa diam? " Dr Hilman mula menyoal.

Aku berfikir. Takkan nak cakap sebenarnya saya segan makan dengan Dr sebab itu saya diam.  Mahu nanti aku dicop sukakan dia pula! Haru haru..

" Nothing. Saya cuma nak tanya kenapa Dr selalu ajak saya makan? Padahal saya boleh aje makan sendiri. "  Ya, ini lah soalan yang aku tertanya-tanya dari tadi sampailah sekarang. Pelik juga dua kali aku makan bersama Dr Hilman tapi langsung tak teringat nak bertanya.

Tangan Dr Hilman yang lincah menari di skrin telefon terhenti. Telefon yang berada di tangan kanannya kini diletakkan di sisi pinggan.  Kedua tangannya diletakkan di atas meja. Perhatiannya kini sepenuhnya terhadapku.

Aku teguk liur. Alamak! Salah tanya soalan ke?

" Kenapa awak ada masalah ke saya belanja awak makan? Takut boyfriend marah? " Soalnya sarkastik.

Erk! Soalan aku dibalas dengan soalan.

" Eh tak.. Saya tanya aje, kalau saya ada boyfriend  tak adalah masa hari itu saya minta Dr berlakon jadi tunang saya. " Nada suara bertukar perlahan bila menyebut perkataan tunang.

Bila difikirkan balik rasa malu aku naik berkilo-kilo. Apa jadi dengan otakku waktu itu aku boleh terfikir nak jadikan Dr Hilman sebagai tunang express aku.

Untung pada waktu itu Dr Hilman hanya mengiyakan menurut saja hikayat yang aku rangka. Bayangkan kalau ketika itu dia membantah. Mahu aku benamkan kepala ke dalam kuali berisi kari ayam.

Dr Hilman senyum senget. Masih lagi matanya memandang aku. Aku menunduk. Ini salah satu faktor kelemahan aku. Bukan tergugat keimanan tapi tak selesa bila dipandang dan direnung sebegitu oleh lelaki. Pasti aku cuba melarikan mata.

" When we're in this situation, I think i know what is your weakness. And i can conclude it easily."  Katanya tiba-tiba.

Aku beranikan diri pandang Dr Hilman. Tertanya-tanya juga apa yang dia tahu tentang kelemahan aku secepat itu. Laju betul dia menilai kelemahan aku.

Tiba-tiba Dr Hilman menarik kerusi ke depan. Rapat dengan meja makan kami. Kedua tangannya betul-betul diletakkan di atas meja. Badan dan kepalanya mula bergerak ke depan perlahan-lahan.  Aku yang berada di depannya mula tak senang duduk. Lagi sekali mata aku berlaga dengan mata coklat tua miliknya.

Aku menolak kerusi ke belakang. Sekilas memandang sekeliling. Pengunjung di kafe itu juga makin berkurangan. Pengunjung yang masih tersisa di kafe ini pastinya nampak kelakuan Dr Hilman sekarang.

Apa yang ada dalam fikiran Dr Hilman kali ini tak dapat aku teka. Dr Hilman masih lagi dalam keadaan statik. Terasa Dr Hilman semakin mendekat. Laju aku menunduk ke bawah. Detak jantung pula makin tak tentu arah.

Selepas beberapa saat kerusinya kembali ditolak kebelakang. Menjauhi meja yang berada di depannya.

" As you can see. This is your weakness. Saya tahu awak takut dan tak selesa bila ada lelaki yang renung awak macam apa yang saya buat tadi. At least I know that you're not a girl who are easily falling in love. You're like butterfly.  " Lembut nadanya bersuara. Tak keras dan tak juga menjengkelkan.

Aku terdiam. Kali ini mata aku tak berganjak dari memandang wajah kacak Dr Hilman. Bukan kerana aku tergoda, tapi aku terkesan dengan kata-katanya. Sedalam itu dia menganalisa diri aku. Segala butir bicara yang keluar dari mulutnya bagai memuji diriku secara tidak nyata.

Dr Hilman bangun dari kerusi. Lipatan lengan bajunya yang tersinsing dibetulkan. Lalu resit yang berada di tepi gelasnya di ambil. Aku perhati segala tindak tanduknya. Dr Hilman membongkokkan badannya. Direndahkan juga kepalanya supaya sama ketinggiannya dengan kepalaku.

" Butterflies pretty just the way it are, same goes like you. Pretty to see. But hard to catch..." Dr Hilman terus berlalu ke kaunter pembayaran meninggalkan aku yang terpinga-pinga.


----

BELUM sempat kaki melangkah masuk ke bilik, aku dikejutkan dengan panggilan lantang dari Ain yang juga baru masuk ke dalam rumah.

"Leaa... You better tell me about this picture! " Muka aku dihadapkan dengan muka skrin telefon milik Ain.

Mata aku terbuntang. Mulut juga ternganga. Speechless.

Skrin telefon milik Ain dihiasi gambar aku sedang berjalan berduaan bersama Dr Hilman semasa makan tengahari tadi. Laju aku merampas telefon Ain. Cuba melihat dengan lebih jelas.

Biar betik!

Ternyata memang gambar aku dan juga Dr Hilman! Dengan baju kami yang sedondon. Ain diam sambil merenung aku tajam. Marah agaknya aku tak ajak dia sekali makan tengahari tadi.

" Kau ini kan kalau ye pun nak silent relationship dengan Dr Handsome tu tak boleh ke bagitahu aku dulu?! Sampai hati kau berahsia dengan aku macam ini. Ini pun nasib baik budak budak junior tu tunjuk dekat aku. Kalau tak bermisai lah aku kalau tunggu kau bagitahu." Rajuk Ain.

Aku tepuk dahi sendiri. Seperti yang aku jangka, pastinya jadi bahan gossip para pelajar. Zaman sekarang perkara apa aje yang tak digossipkan? Silap hari bulan masuk jamban pun boleh jadi bahan gossip.

" Aku tak sangka sekarang ini universiti kita banyak adik dan kakak bawang. Aku den -"

" Jadi betullah kau dah menjalani hubungan serius dengan Dr Handsome?" Ain potong ayatku. Mukanya kelihatan terkejut.

Tak tunggu lama aku terus tampar bahu Ain. Mengadu kesakitan member.

" Memang termaktub dalam kromosom kau ke suka potong ayat aku?  Bagilah aku bercerita sekejap. Nanti nak potong tu potonglah. Potong 14 ke 24 ke aku tak kisah dah. " Balasku.

Ain sekadar sengih.

Dari A sampai Z. Segalanya aku ceritakan tak ada terkurang atau terlepas satu pun. Seperti biasa Ain hanya menadahkan telinganya. Terangguk-angguk kepala Ain mendengar ceritaku. Sekejap gelak sekejap sengih. Akhirnya aku juga yang geram melihatnya.

" Berdasarkan pemerhatian yang dah lama aku selidik. Aku rasakan Dr Hilman ni sebenarnya syok dekat kau tau Lea ! " Ujar Ain.

Sekali lagi bahunya menjadi mangsa tamparan berbisaku.

Sewenang-wenangnya pula mengeluarkan pemerhatian yang tak munasabah. Gila agaknya kalau Dr Hilman sukakan aku. Tak masuk dek akal fikiran !

" Kalau kau rasa kepala kau nak pendek 2 inci, mari sini aku tolong pendek kan guna kamus dewan aku. Alang-alang biar berbaloi sikit pemerhatian yang kau buat itu." Balasku geram.

Aku dan Dr Hilman?  Bukan bagai langit dan bumi, malahan bagaikan pipit dan merak!

Lagi pula tak ada alasan dan bukti pun yang menunjukkan Dr Hilman sukakan aku. Bias bias apatah lagi.

Aku hempaskan badan ke tilam kolej kediaman yang tak berapa empuk. Perut kenyang badan pun jadi malas. Dapat bau bantal dan selimut cukup buatkan aku rasa mengantuk.
 
"Tapi kan Lea kalau betul macam mana? " Soal Ain. Kali ini keningnya dijongketkan ala ala Ziana Zain.

Aku bergerak mengiring menghadap Ain. Mata makin lama makin memberat. Bahananya berjaga malam menyiapkan assignment yang tertunggak malam tadi. Akhirnya pukul 4 pagi baru mata terlelap. Mulut yang mula menguap aku tutup dengan tangan kanan.

" Ish jangan merepek lah Ain. Aku dengan Dr tu macam pipit dan merak. Gila agaknya kalau dia suka aku. Taknak fikirlah. Mata berat ni, aku nak tidur sekejap tau. Nanti sebelum asar tolong kejutkan okay. " Kataku sambil mata tertutup.

Tak boleh tahan mata walaupun sekejap. Tetap nak tidur!

"Ha yelah. " Ain mula melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku yang mula dibuai mimpi.

---



Update untuk harini sempena hari tua saya!  Alhamdulillah semakin tua semakin banyak saya belajar. So here for u guys. Tak minta banyak i cuma nak vote from my lovely reader. Thankyouuu❤️



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top