Bab 8

Namira berjalan sekitar kompleks beli-belah. Sebelum pulang, dia singgah sebentar di sana untuk membeli sedikit barang keperluan di farmasi. Sedang asyik melilau mencari farmasi, sebuah butik tudung di sisi koridor menarik perhatiannya. Langkah kakinya terhenti dan tanpa sedar melangkah masuk ke dalam butik itu bagai sebuah tarikan magnet.

"Cik, nak cari tudung ke?" tegur seorang pekerja butik.

"Ya. Tapi saya tak pandai pilih tudung ni. Boleh tolong saya?" pinta Namira.

"Of course boleh cik." Ramah. Pekerja butik melayan Namira mesra.

*

'Restoran Delima Seafood'

Tak sangka yang dirinya akan pulang ke restoran ini semula setelah berazam untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke sana. Hatinya yang sudah tawar dengan perbuatan maksu dan Shahrul. Hal itu membuatkan Namira memutuskan cruise adalah tempat terakhir akan dijejaki kakinya, tanpa berfikir panjang. Namun, setelah akal warasnya kembali, syukur Tuhan masih memberi kesempatan untuk dirinya kembali mencari hikmah di sebalik kehidupan.

"Assalamualaikum Maksu."

"Waalaikumsalam..." Maksu Salina terdiam. Terkejut dengan apa yang dilihatnya kini.

"Wah Mira! Maksu percaya sekarang Mira mesti dah dapat cukup ketenangan kan? Tengoklah balik-balik cruise trip terus bertudung. Alhamdulillah!" Wajah Maksu Salina melakar senyum gembira. Terkejut melihat perubahan anak saudaranya. Keliru juga sama ada anak saudaranya ini baru pulang dari cruise trip atau kem ibadah.

"Alhamdulillah. Mungkin."

"Baguslah. Jadi sekarang mesti Mira dah sedia nak kahwin dengan anak Tan Sri Faizul kan?" Senyuman Namira memudar. Dia baru saja pulang dengan harapan dapat memulakan semula dengan Edry dalam hidupnya, sekarang Maksu sudah bawa sesuatu yang tak diingini.

Spoil. Namira mengerut kening.

"Kita bincang kejap lagi la. Mira nak rehat dulu." Kakinya laju melangkah meninggalkan maksu. Sakit hati.

"Maksu ni masih tak nak give up dengan perjodohan tu! Macam mana ya aku nak bagi tahu maksu yang aku dah jumpa orang lain masa dekat cruise? Maksu boleh terima ke? Ke dia akan naik angin? Ah! Aku kesah apa! Ini hidup aku! Aku yang akan hidup dengan bakal suami aku. Jadi aku berhak buat pilihan sendiri! Kalau maksu masih nak anak Tan Sri Faizul tu, apa kata maksu je yang kahwin dengan dia. Maksu pun kan dah lama menjanda." Namira membebel sendiri.

"Tan Sri Faizul? Eh kejap. Kenapa nama tu macam familiar je eh?"  

"Hadrey. Hadrey Faizul."

Sontak, Namira teringat akan nama itu. Nama sebenar Edry! Hadrey Faizul. Faizul? Adakah Edry anak Tan Sri Faizul? Mungkinkah itu benar? Tak mungkin... Ini terlalu mustahil untuk jadi satu kebetulan. Tapi walau bagaimanapun, kemungkinan itu masih ada.

*

"Maksu, Mira ada benda sikit ni nak tanya maksu." Namira tiba-tiba memunculkan diri di ruang tamu.

Maksu Salina yang sedang asyik menonton televisyen baru tersedar anak saudaranya berada di situ setelah disapa.

"Tanya apa tu? Tanyalah."

"Siapa nama lelaki yang ayah nak jodohkan dengan Mira?"

"Hadrey Mikhail Tan Sri Faizul."

'Hadrey? Hadrey Faizul? Mungkinkah dia Edry? Kebetulan apakah ini? Aku akan cari tahu,' monolog Namira dalam hati. Ada rasa teruja terbit di hati.

Tapi betulkah sangkaannya itu? Mungkinkah sudah suratan takdir? Jika benar, semestinya takdir ini suatu yang indah buat Namira.

"Walaupun Edry tak pernah cerita pasal latar belakang keluarga dia, tapi semua orang tahu dia anak orang kaya. Ayah dia Tan Sri. Dengarnya pemilik syarikat besar kat KL sana." Namira teringat akan kata-kata Kak Syuhada.

"Syarikat besar kat KL ya?" Pantas. Tangan Namira laju mengetik bahagian Google pada telefon pintarnya. Jari-jemari mula ligat menaip nama Hadrey Mikhail Tan Sri Faizul.

Beberapa pautan berkait kata kunci carian yang ditaip terpapar pada skrin telefon. Kebanyakannya daripada laman sesawang bisnes dan bursa saham. Salah satu pautan yang sempat dibaca Namira, "Hadrey Mikhail Tan Sri Faizul bakal mewarisi syarikat Herrlich Group milik arwah Tan Sri Faizul Abdul Rahman. Tan Sri Faizul juga sudah meninggal dunia?"

Hasil carian pada Google ditelek satu-persatu. Tiada gambar Hadrey Mikhail berjaya ditemui. Namira cari pula sama ada syarikat Herrlick Group terletak di Kuala Lumpur atau bukan untuk memastikan lagi. Ya benar sekali, memang Hadrey Mikhail Tan Sri Faizul adalah pewaris syarikat Herrlick Group seperti yang disangkakan. Bermakna betullah Edry adalah Hadrey Mikhail Tan Sri Faizul. Kebetulan apakah ini?

"Hadrey Faizul. I know it's him!" Senyuman terukir di akhir kata-kata Namira. Memang Tuhan telah menakdirkan pertemuan mereka. Alangkah senangnya hati Namira saat ini.

Namira tersenyum-senyum sendiri memikirkan hal ini. Edry tahukah tentang semua ini? Kalau dia tak tahu, tentu dia bakal terkejut sepertimana Namira sekarang. Kalau dia sudah tahu pula, mungkin dia sengaja nak buat kejutan? Macam dalam filem-filem tu. Bakal suami yang dijodohkan sengaja rahsiakan identiti untuk kenal bakal isterinya secara senyap-senyap. Ha, sudah... Jauh sudah angan-angan perempuan yang satu ni. Penangan banyak sangat tengok drama agaknya.

"Hm, macam mana ya aku nak surprisekan Edry dulu? Yes! Aku akan datang rumah dia!" Keputusan langsung saja dibuat kerana terlalu teruja.

*

Di sebuah kedai hadiah di ibu kota, Namira mencari-cari buah tangan apa yang sesuai dibawa untuk melawat ke rumah keluarga Edry. Segeloloh-gelojoh Namira, dia masih ingat adat sopan-santun kaum Melayu. Setidaknya dia datang dengan sedikit buah tangan walaupun datang tanpa undangan.

"Buah tangan apa yang sesuai untuk bakal mertua ya? Tapi siapa je yang ada kat rumah tu? Aku ni pun gelojoh sangat. Bukan nak tanya maksu dulu!" Namira menepuk dahi sendiri. Baru sedar diri sendiri gelojoh. Terlalu terujalah katakan.

"Tapi tak boleh. Aku nak pastikan dulu sendiri sebelum cakap dengan maksu." Akhirnya Namira memutuskan untuk tidak bertanya lagi pada Maksu Salina.

*

Keesokan harinya, Namira sudah muncul di depan pagar banglo mewah kediaman keluarga Tan Sri Faizul. Tak menyempat sungguh. Disebabkan sudah terlalu teruja.

Namira tekan loceng.

Daun pintu banglo itu terbuka. Seorang wanita beruniform pembantu rumah berjalan keluar menuju pagar.

"Ya, cik cari siapa?" tanya wanita itu.

"Boleh saya nak jumpa dengan Hadrey. Saya bakal tunang dia." Spontan Namira memperkenalkan dirinya.

"Hadrey yang mana satu? Anak Tan Sri Faizul dua-duanya Hadrey. Hadrey Mikhail ke Hadrey Mifzan?" tanya pembantu rumah itu semula.

"Apa dia? Ada dua Hadrey?" Tiba-tiba hati Namira jadi tidak sedap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top